Saturday 28 September 2019

Itu janji Allah

Berdoalah dalam keadaan yakin. No doubt, no fear, no worries. But feels that it already happens. Syukur that all your wishes and desires are already being granted.

Itu janji Allah.

"Berdo'a kepadaku niscaya akan Ku-perkenankan bagimu" (QS. al-Mu'min:60)

I’ve seen wonders every single day. Thousands of people are sharing their stories with me. Every day i see magic happening around me. MasyaAllah.

Bertenang, be happy, relax, be in present moment. Only in these conditions magic will happens. Kerana hanya hati yang bersih sahaja mampu bertenang dan gembira sepanjang masa.

Saya buat status ni kerana Allah baru saja keluarkan saya dari perkara yang dah 10 tahun saya tak jumpa jalan keluar. Rupanya bila saya bertenang, jalan tu mudah sangat bagi Allah. Terharu dan Syukur saya masih tak boleh hadam lagi nikmat Allah ni. 😭

Dapat sesuatu?

-Afnan Rosli-
Be Happy 💖

Rahsia hidup ini terletak sekeliling kita

Rahsia hidup ini terletak sekeliling kita. Kalau kita ambil masa untuk perhatikan, renung dan fikir secara telus. Pasti kita jumpa.

Selalu orang tanya, macamana Afnan boleh dapat semua ni?

I don’t know. Since saya tak perlu kerja, dan saya dah bertahun tak kerja, i’m enjoying life by doing what i love. So, i have soo much freedom and plenty of time to think, ponder and study this whole creations.

Dan bila saya banyak masa untuk berfikir, untuk merenung alam. Then baru saya nampak bigger picture. How this universe really works. Macamana seluruh ciptaan saling berkait. Tak ada satu pun makluk yang tak terkait. We are all one.

Tapi most people. Kebanyakkan manusia harini tak sempat nak buat begitu. Kita terlalu sibuk surviving. Kita battling for survival. Kita terkejar kejar untuk sekadar hidup sampai kita lemas tak jumpa jalan. Hilang punca, sesat. Sampai tak nampak dah all the great things about life.

I’m soo happy, grateful & thankful for my freedom. Because i have plenty of time to think. To ponder, to study, and to feel the Greatness of God.

Sebab itu lah saya sungguh-sungguh sangat suruh orang bertenang. Keluarkan orang dari Survival mode. Bahagia kan orang. Kerana hanya pada keadaan ini saja kita mampu berfikir, mampu merenung dan mampu merasai besar nya Kuasa Allah yang ada dalam seluruh penciptaan langit dan bumi.

Cuba tengok hidup kita. Kita banyak terkejar sana sini. Bangun pagi, kalut-kalut, kerja-kerja, tau-tau dah malam. Esok ulang lagi benda yang sama. Tau-tau dah setahun berlalu. Sedar tak sedar dah 5 tahun berlalu.

Berapa lama lagi kita nak hidup begitu? Sampai tak sempat langsung untuk duduk rileks malam-malam, tarik nafas, senyum. Pandang langit, menangiss. Dalam hati ucap. Ya Allah.

رَبَّنَا مَا خَلَقْتَ هَذا بَاطِلاً سُبْحَانَكَ فَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

“Wahai Tuhan kami, tidaklah Egkau jadikan benda-benda ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau. Maka peliharalah kami dari azab api neraka.”

Nikmat hidup bebas ni luarbiasa tuan puan. Trust me. Freedom is true wealth. Bertenang lah.

-Afnan Rosli-
Be Happy 💖

NIKMAT SESAAT SENGSARA 10 TAHUN

NIKMAT SESAAT SENGSARA 10 TAHUN

Satu hari lepas solat Maghrib, tengah duk wirid saya terpandang ada satu sosok tubuh yang lemah berjalan pergi jumpa imam. Dia seolah2 bercakap sesuatu yang sangat penting.

Kemudian imam tunjuk pada seorang pakcik yang sedang solat. Pemuda ni pun tunggu pakcik ni solat sampai habis. Kemudian dia dekati pakcik ni sambil nangis teresak2 bercerita. Saya duk perati dari jauh. Tak pasti apa yang di cerita nya.

Tak lama lepas tu dia keluar dengan muka sedih dan hampa. Saya duk fikir dua tiga kali, nak pergi tanya ke nak baca Quran. Last2 saya bangun cari lelaki ni tadi. Tapi tak jumpa. Pusing punya pusing, rupanya dia sedang duduk belakang pintu masjid, sedang Menangis.

Saya bagi salam, then tanya, abang macam ada masalah jee. Kenapa ni? Dia pun cerita lah, dia ni ada HIV dan Cancer Kulit. Sekarang tengah sakit ni, ubat pun dah seminggu habis. Nak kena balik Johor jumpa Doctor sana, sebab appointment sana.

Saya cakap macamni lah, abang tunggu sini, saya ambil kereta saya hantar pergi stesen Bas. Masa nak naik kereta dia cakap takpela dik, duit pun saya takde ni, biar saya mintak sedekah sini dulu. Ada duit saya balik.

Saya cakap naik jela bang, dalam kereta kita sembang. Waktu tu hujan lebat, abang ni pun menggigil kesejukan, sebab dia jalan kaki dari PJ ke Bangsar redah Hujan. Jauh tu. Dia pun nampak tak selesa duduk dalam kereta saya, segan agaknya dengan basah2, badan dah berbau nanah sebab cancer kulit dia. Satu kereta berbau.

Tengah drive tu saya tanya lah macamna boleh jadi macamni? So abang ni pun buka lah story.

Abang ni masa muda macam2 dosa abang buat, Arak, Zina, Derhaka pada Mak.

Abang ni kerja jadi Guard dekat satu rumah Dato’ ni. Then abang berkenan pada Maid Indonesia kat rumah tu. Maid tu cakap dia single. So, couple lah. Dah couple, terlanjur laaah. Rupa2 nya, maid ni dah kahwen, dah ada anak pun.

Suami dia dekat Indonesia pulak main dengan perempuan lain. Jadi dia terkena HIV, abang ni pun kena HIV. Macamtu lah permulaan nya. Sejak dari tu, hidup jadi huru hara abang ni cakap.

Yang boleh dia jalan kaki dari PJ ke Bangsar rupanya sebab kerja tapi majikan tipu tak bayar gaji. Sebab tu lah ubat dia dah habis seminggu dia masih tunggu di KL. Tunggu gaji. Tapi gaji tak dapat.

Pesan abang ni, masa muda, Mak Ayah jaga elok2, jangan Derhaka. Derhaka je, memang macam2 bala Allah hantar. Hidup takkan tenang.

Sekarang apa bala yang abang takde? Sakit, Miskin, kena Hina. Semua Allah bagi selonggok.

Saya dapat rasa penyesalan dan penderitaan dalam mata abang ni yang berkaca2 tu.

Kawan, kita semua ada Dosa, kita semua Buat Dosa. Sebaik2 Pendosa adalah mereka yang BERTAUBAT!

Apa saja Dosa kita, kita simpan, rahsia kita dengan Allah. Malam2 bangun lah BERTAUBAT, MINTAK AMPUN.

Sebelum Allah datangkan Bala Bertimpa2.
Sesungguh nya Allah MAHA PENGAMPUN dan Cintakan orang2 yang Mintak ampun pada Nya.

*Saya dah minta izin untuk kongsikan cerita beliau pada kawan2. Beliau cakap kongsikanlah, jangan bagi siapa2 pun rasa apa yang saya rasa. Nikmat sesaat merana berpuluh tahun.

           -Afnan Rosli-
Exclusive Calligraphy Artist

Sebab subconscious mind tak tahu apa yang kita nak dan kita tak nak, dia hanya attract apa yang kita focuskan

Sesuatu yang menarik saya nak cerita. Beberapa tahun lepas saya ada bawa balik seekor anak kucing, ibu dia mati, so, dia follow saya balik ke rumah waktu jogging.

Dari hari tu memang setiap hari kitorang beri makan pada kucing ni. Dari dia baby sampai dia besar. Tapi, kucing ni, kau faham-faham jela. Kita ajak dia sekor je makan. Satgi dia pi blast mesej kat group wasap group Telegram dia.

Dia panggil habis semua sedara mara jiran tetangga dia cakap ada kenduri, makan free kat rumah ni. Jadi, kat rumah tu dah jadi macam rumah tumpangan kucing dah. Dari seekor dah jadi berekor-ekor dah.

Sepanjang beberapa tahun ni, diorang dah beranak pinak sampai cucu-cicit dah. Saya pun dah tak tahu mana satu mak, mana satu bapak, yang mana kahwin dengan yang mana, yang mana curang. Banyak sangat. Haih 😪.

Mak saya pulak dia jenis tak berapa suka binatang berbulu ni. Dia geli. Ayah saya jenis kesian. Suruh bagi makan.

Tapi lately perangai kucing ni makin menjadi-jadi. Hari-hari diorang akan berak dan kencing depan pintu. Pastu kencing atas kasut-kasut, selipar-selipar yang ada depan pintu.

Bau dia takyah cakap. Setiap pagi dia nak gi office je, buka pintu mesti bau hancing yang amat teruk. Bau macam tandas awam yang takde flush berminggu-minggu. Buka pintu pun dah rasa macam nak termuntah dah.

Saya balik rumah mak saya baru ni, tengok dia pasang macam duri-duri tu depan pintu rumah. Eh, kucing tu selambe je berak & kencing macam takde pape.

Then saya cakap kat mak saya. Gini ma, mama rileks je. Bertenang, jangan serabut dengan dia kencing. Lagi kita serabut, lagi kita sakit hati, lagi banyak dia berak & kencing.

Sebab subconscious mind tak tahu apa yang kita nak dan kita tak nak, dia hanya attract apa yang kita focuskan. Bila kita duk serabut, marah, geram dengan kucing tu kencing & berak. Itu lah focus kita. Kencing dan berak. Maka itu lah yang kita sedang attract. Kita sedang tarik. Lagi banyak dia datang.

Tahu tak, bila ubah focus je. Harini clear terus. Lapang dada rasa. Takde langsung kencing, takde berak, bau pun takde, buka pintu tu rasa macam legaaaa sangat.

Saya tanya mak saya tadi waktu berbuka. Macamana rasa buka pintu pagi ni? Mak saya siap cakap, rasa macam nak sujud syukur depan pintu. Itu lah betapa lega nya hati beliau.

Hahahaha, benda simple je kan?

Kita pun dalam hidup ni banyak silap focus. Banyak kita focus pada benda yang kita taknak. Antara emosi yang salah focus kita ialah fear. Ketakutan.

Saya selalu sebut. Ketakutan juga ialah satu bentuk doa. Tetapi doa perkara yang kita taknak berlaku. Cuma nya sebab kita focus pada takut itu. Itu lah exactly apa yang akan berlaku. Kerana itu lah focus kita.

Ingat. Worrying is a form of prayers for the things you don’t want.

Harap anda Belajar sesuatu dari kisah ini.
Ubah focus anda, ubah nasib anda.

Nite.

          -Afnan Rosli-
Exclusive Calligraphy Artist

Modul Metamorphosis ini merupakan benda yang punya titik persamaan dengan beberapa seminar dalam dan luar negar

sumber : https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10220643759309795&id=1409650354

Sekarang baru 7.20 pagi di London. Saya ada mesyuarat jam 10.00 pagi, tak tahu nak sarapan apa. Haha. Sejak Dato Mufti keluarkan kenyataan semalam, ada kawan, ada orang yang saya tak kenal, minta sangat saya keluarkan kenyataan.

Saya pun tak tahu kenyataan apa, namun yang saya boleh kata ialah kita kena ikut apa yang Dato Mufti tegur dan nasihat.

Ada beberapa benda yang saya ingin jelaskan kepada semua:

1. Modul Metamorphosis ini merupakan benda yang punya titik persamaan dengan beberapa seminar dalam dan luar negara.

Cuma, seminar yang ini dilaporkan kepada Pejabat Agama dan Pejabat Mufti.

Dan sebab itulah Pejabat Agama dan Pejabat Mufti bertindak. Ianya hampir sama dengan kes ESQ beberapa tahun lalu.

2. Afnan Rosli tidak recruit, tidak sebarkan, tidak berdakyah atau berdakwah untuk membawa kepada New Age. Tuduhan ini sangat berat dan membawa kepada fitnah yang nyata.

Ia adalah modul seminar happiness yang mempunyai titik persamaan dengan beberapa elemen. Dan elemen itu yang ditegur supaya diubah kerana ada kaitan dengan pegangan agama kita semua.

Mengajak menyertai ajaran sesat, tidak.

3. Afnan kena bertaubat, Alumni kena bertaubat. Bukan alumni juga kena bertaubat, yang memuat naik status tuju-tuju, yang membawa kebencian kepada Tuan Afnan, yang fitnah serta berusaha sangat-sangat supaya Afnan Rosli dihapuskan, dipenjara, dihukum seberat-beratnya dengan tuduhan membawa ajaran sesat, kena bertaubat.

Maksud taubat dari Dewan Bahasa dan Pustaka ialah: permintaan ampun yg disertai rasa sesal dan berazam kembali ke jalan yg benar. ~ nasuha taubat yg sebenar-benarnya (dgn jujur dan ikhlas). bertaubat meminta ampun dan menyesal atas dosanya yg sudah-sudah dan berazam tidak akan melakukannya lagi: (Kamus Pelajar Edisi Kedua).

Saya juga kena bertaubat, dosa saya sangat banyak dalam kes ini. Saya sendiri akui saya kadang-kadang jadi benci sana sini hanya kerana posting yang begitu begini.

4. Jujur saya katakan, adalah sangat baik mana-mana guru, orang yang dikenali serta sesiapapun anda sama ada penah ke kelas atau tidak, mempunyai persoalan dan perkara yang tidak baik tentang satu-satu hal, bertanya terus kepada empunya diri atau terus melapor dari menulis dan membawa orang lain menghentam tanpa usul periksa.

5. Kita tidak jadi hero, juga tidak diangkat suci murni dan mulia untuk membawa orang ke jalan yang baik dengan cara membenci orang lain.

Kawan-kawan yang baik,

Saya sendiri diganggu, dihentam, dibunuh rasa berkawan sesama sendiri oleh kerana kes ini. Susahnya kita nak berlapang dada kerana kita ada kebencian sana sini.

Saya kena block, saya juga memblock. Saya fokus kepada apa yang saya boleh belajar sahaja.

Kes Afnan dan Metamorphosis ini adalah benda bagus untuk kita belajar.

Kita sering sebut hal akidah tidak boleh dibawa main, namun kita juga kena sedar yang fitnah, menipu, mencuri, menggunakan fake account, rasuah, serta apapun bentuk kejahatan yang kita buat, tetap kena bertaubat dan memohon ampun maaf kepada Allah.

Afnan menerima cacian yang super duper banyak. Beliau sudah meminta maaf dalam live baru-baru ini. Dan ianya dianggap tidak valid oleh netizen selepas keluarnya Bayan Linnas dari Dato Mufti.

Netizen masih mahukan penjelasan dan permohonan maaf yang baru bagi perkara nombor 4 di dalam Bayan Linnas tersebut. Dan doakan kami berjaya bersembang dengan Afnan tentang hal ini.

Setiap orang, perlu bantuan. Dan diwaktu dia susah, perkara paling mudah nak “bantu” Afnan ialah menaikkan status di media sosial masing-masing supaya Afnan baca dan insaf. Jujurnya itu tidak berlaku.

Teguran secara umum dan dibuat dikhalayak itu membawa kepada kebencian dan keraguan terhadapnya. Itu antara tragedi buruk kita semua.

Kita semua berharap teguran kita adalah perkara baik, namun kawan-kawan, berhati-hati, boleh jadi yang kita tulis itu ditarik segala jari-jari kita untuk merasa perit api neraka.

Jujurnya, saya puji mereka yang menerangkan tentang ritual dan aktiviti yang salah itu tanpa sikit pun membenci dan meragukan orang lain. Saya kagum dengan bahasa dan ayat kalian. Alhamdulillah.

Kawan-kawan,

Ini kita belajar.

Jika kita sayang seseorang, tegur dia depan-depan. Bawa dia, angkut dia, paksa dia, pujuk dia untuk dia dapat nasihat serta pesanan dari mereka yang jauh lebih arif dan bijaksana.

Dunia hari ini dikuasai media sosial, dan kita tak sedar, yang kita ini sedang jadi orang jahat yang berlatar belakangkan ilmu dan kepandaian.

Semua orang berusaha nak baiki, dan usaha di belakang tabir, kita tak mahu buat, kita lebih suka biar orang nampak dari apa yang Allah tahu dan pandang.

Saya Khairul Hakimin Muhammad dengan ini memohon ribuan kemaafan dari kalian. Yang bersetuju dan tidak setuju dengan apa sahaja yang kami duk buat dalam membantu selesaikan kemelut ini.

Jutaan terima kasih kepada TAMRIN dan Pejabat Dato Mufti Wilayah Persekutuan, Tuan Afnan sendiri, serta semua kawan-kawan sama ada yang kenal atau tak, yang PM, Whatsapp, dan berhubung demi mendapatkan solusi dan penerangan yang sebaik-baiknya.

Alhamdulillah. Saya tidak akan komen lagi dan move on. Semuanya dah selesai. Alhamdulillah.

Khairul Hakimin Muhammad,
Belajar lagi.

MUFTI KELUAR FATWA, KITA NAK BUAT APA?

Sumber :https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2397970933791247&id=100007350914409

MUFTI KELUAR FATWA, KITA NAK BUAT APA?
.

Posting ni panjang gila.
Siapa patut baca?
.

Ex peserta program, bakal peserta program, pejuang kebenaran dan yang tiada kena mengena.
.

Semoga bermanfaat.
.

------------------------------------

Saya telah baca kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Pejabat Mufti.
.

Panjangkan? haha. Ambil masa lebih dari 1jam untuk habiskan dengan teliti.
.

Ini beberapa perkara yang perlu diambil berat.

.
.

1) "Sejujurnya, kami tidak melihat keseluruhan yang diajarkannya adalah bermasalah. Cuma, mungkin ada beberapa kandungan yang diajarkan, perlu kepada semakan semula daripada panel yang berkelayakan kerana bercanggah dengan Syariat Islam serta tidak selari dengan al-Qur’an dan al-Sunnah."
.

Jelas dinyatakan disitu.
.

Ada terdapat kandungan yang bercanggah dengan syariat Islam.
.

Tetapi dilihat juga tentang ayat "Sejujurnya, kami tidak melihat keseluruhan yang diajarkannya adalah bermasalah."
.

Maka tujuan kenyataan rasmi ini dikeluarkan untuk menjelaskan tentang perkara yang melanggar syariat islam.
.

Haq dan batil itu jelas dan telah dijelaskan oleh pihak berautoriti.
.

Boleh setakat tu?

.
.
.

2) Pihak Pejabat Mufti juga telah menyenaraikan modul-modul yang dianggap melanggar syariat islam.
.

Iaitu perkara-perkara dan amalan-amalan serta ritual-ritual yang menyerupai agama lain.
.

Perkara-perkara tersebut telah disenaraikan , telah dijelaskan, telah diulas oleh pihak berautoriti.
.

Baca dan terima dengan hari terbuka kerana pihak Pejabat Mufti lebih arif tentang perkara ini berbanding kita yang hanya duduk pejabat sendiri. haha. Tenang gaiss.
.

Apa yang telah salah telah dijelaskan kenapa. Boleh baca sendiri yaa gaiss.
.

Antara konten yang bermasalah ialah:

1) Teknik Berdoa
2) Feeling is prayer
3) Kesalahan Mendefinisikan “Tawakkal”
4) Soul Travel (yang korang dok sebut roh2 keluar badan tu.)
5) Meditasi
6) Chakra (bukan chakra Naruto atau Musang Ekor 9.)
7) Universal Oneness (Ini bahaya gila.)
8) Salahfaham Beberapa Ayat al-Qur’an, Hadith dan Sirah

.

Aik, macam banyak pulak. haha.
.

Oke, itu semua ialah content yang dianggap salah dan melanggar syariat islam.
.

Mufti juga telah menjelaskan kenapa dengan sandaran dan sumber yang sahih. Yelaa, nama pun mufti, kita ni muflis. Jangan nak buat pandai sendiri. oke gais?
.

Terima oke?
.

Yang salah kita bangkang, yang betul kita sokong.
.

Kan dah dimention di point no.1.
.

Pihak mufti mengatakan bukan keseluruhan.
.

Jadi mana yang tidak salah serta nasihat-nasihat baik daripada program tersebut gunalah.
.

Yang dah jelas dan dijelaskan salah tinggalkan.
.
Al Ulamak warisatul anbiya.
.
Ulama dah bagi guidline kita follow jer.
.
Tak payah nak bangkang. Yang ditanya nanti yang mengeluarkan fatwa, maka semestinya mufti sangat berhati-hati dalam mengeluarkan fatwa. Betul kan? Setuju kan?
.

Jangan pening ye gaiss. Tenang ~~
.

Berlapang dadalah kalian semua. Tapi belum habis ni..
.

Lambat lagi nak habis.

.
.
.

3) Lihat seni dalam menegur kesilapan dalam kenyataan rasmi Pejabat Mufti.
.

Inilah perkara yang saya tekankan sejak saya mula bercakap tentang isu ini.

.

"Kami amat berhati-hati dalam meletakkan hukum atas perbuatan seseorang individu atau kumpulan yang didakwa bercanggah dengan syarak. Ini kerana, kemungkinan ianya dilakukan dalam keadaan jahil ataupun salah faham. Justeru, prinsip Islam dalam hal ini adalah tidak bermudah-mudahan dalam menjatuhkan hukum."
.

Zoom in sikit.
.

"Ini kerana, kemungkinan ianya dilakukan dalam keadaan jahil ataupun salah faham."

.

dan juga yang ini.
.

"Kami menyeru umat Islam untuk tidak mudah memberikan label kepada beliau atas kekhilafan ini kerana ini kemungkinan besar silibus Metamorphosis disusun secara tergesa-gesa tanpa merujuk kepada pihak berwajib terlebih dahulu."
.

Zoom in lagi..
.

"Kami menyeru umat Islam untuk tidak mudah memberikan label kepada beliau atas kekhilafan ini..."

.

Apa maksudnya ini?
.

Kalau kita baca betul-betul.
.

2 ayat diatas yang mungkin 1% sahaja dari keseluruhan kenyataan tersebut. Bakinya 99% ialah penjelasan dan nasihat yang tegas tentang pekara yang betul dan salah.
.

tapi 1% ini melambangkan kelembutan dan adab dalam menegur dan memberi nasihat bagi mendamaikan penerimaan 99% teguran dan penjelasan yang tegas tadi.
.

Sememangnya tiada kompromi tentang kesalahan berkaitan aqidah.
.

Tapi kita wajib belajar dari adab dan kelembutan ulamak dalam menegur kesilapan.
.

Itulah contoh kelembutan yang diwarisi oleh ulamak dari warisan kesempurnaan akhlak Baginda Nabi. :)
.

NOTA: dah macam ustad pulak aku ni, kang ada aku kena kecam sebab tak ada tauliah. HAHAHA

.
.
.
.

SEKIAN untuk episod 1.
.
---------------------------------------------
.

Kita teruskan kepada episod 2.
.

Apa nasihat-nasihat mufti kepada:

1) Penggemar Motivator dan Perunding Latihan Muslim
.

"Justeru, tidak wajar bagi audien untuk menerima segala-galanya tanpa menilai semula apa yang didengari daripada motivator dan perunding latihan."
.

"Hal inilah yang memerlukan satu usaha awal daripada orang awam yang berminat dan seminar dan kursus sebegini untuk memantapkan asas-asas agama terlebih dahulu sebelum mengikut mana-mana seminar motivasi dan pembangunan diri."
.

Penjelalsan penuh anda boleh baca sendiri..
.

Chill dulu.
.

Mufti nasihat dan tegur kita terima.
.

Tak ada apa pun salah dalah dalam nasihat-nasihat tu.
.
Kata nak hati tenang. Nak tenang dan bahagia waktu orang nasihat dan tegur kita kene terima dengan hati yang terbuka.
.

Baru hidup tenang. Kan kan kan?
.
.

2) Motivator dan Perunding Latihan Muslim
.

Mufti memberi contoh dari satu kisah antara Imam Hanafi dan anak muridnya Imam Abu Yusuf.
.

Dimana mufti tutup dengan satu kenyataan ini.
.

"Semoga kisah yang ringkas dengan makna mendalam ini, dapat difahami oleh kita semua agar tidak tergesa-gesa untuk menyampaikan ilmu dalam keadaan tidak betul-betul bersedia."
.

Ini juga terguran yang patut diterima.
.

Bukan tidak boleh menyampaikan ilmu..
.

tapi jangan menyampaikan ilmu dalam keadaan tidak bersedia. Bahaya untuk orang lain lebih-lebih lagi soal agama dan aqidah.
.

Ini terpakai untuk semua orang, bukan untuk mana-mana individu.
.

Tenang gaiss tenang.
.

Jangan gaduh-gaduh.
.

OKE, itu ringkasan dari kenyataan rasmi pejabat mufti.
.
.

TAPI....
TAPI....
TAPI....

.

Macam mana dengan 3 golongan lagi?
.

1) Peserta yang telah hadir program dan amalkan pekara tersebut?
.
2) Peserta yang bakal hadir?
.
3) Pejuang kebenaran yang mempertahankan perkara yang benar?

.

dan kata panjang posting ni.
.

Yang gagah je mampu bertahan.
.

Korang nak sambung ke nak rehat dulu?.

.

Kalau penat korang simpan laa dulu nota ni, nnt sambung.
.

Kalau masih gagah, jom teruskan.
.
.
.
.

----------------------------------
PESERTA YANG TELAH HADIR PROGRAM
----------------------------------
.

Nasihat saya bagi yang telah hadir dan telah mengamalkan perkara-perkara yang dijelaskan mufti untuk tinggalkan dan bertaubat serta memohon ampun pada Allah.
.

Mana yang tidak salah di sisi syariat islam anda boleh teruskan.
.

Saya percaya banyak nasihat-nasihat berguna yang anda boleh ambil dari program beliau.
.

Kalau tak, tak kan laa kot korang support gila-gila kan? haha.
.

Berlapang dada dengan apa yang diputuskan.
.

Ada yang akan berkata.
.

"Saya guna teknik-teknik tu buat saya makin dekat dengan Allah. Hidup saya makin tenang dan bahagia."
.

"Saya belajar teknik doa yang betul, apa saya mintak mesti dapat. Banyak dah orang dapat apa mereka nak dengan teknik ni."
.

Apa yang saya nak tekankan disini.
.

Niat tidak menghalalkan cara.
.

Mufti juga telah menjelaskan kenapa didalam penjelasan beliau yang panjang lebar itu.

.

Saya nak kongsikan dengan anda beberapa perkara untuk hidup bahagia, tenang dan makbul doa.
.
.

haaa, inilah Metamorphosis 2.0. HAHAHA.
.
tiberrr. HAHA. oke gurau jer. Jangan serius sangat. panjang posting ni.

.

tapi, nantilah saya kongsikan di posting saya yang lain.
.

Dah panjang sangat dah ni.

.

Teruskan sokong apa kebaikan yang beliau kongsikan dan mana yang salah kita sama-sama tinggalkan.
.

Jangan merasa kecewa atau sedih.
.

Doa kepada Allah supaya kita semua diberikan taufiq dan hidayah untuk amalkan perintah Allah dan meninggalkan segala laranganNya.
.
.

----------------------------------
PESERTA YANG BAKAL HADIR PROGRAM
----------------------------------
.

Garis panduan telah di tetapkan oleh mufti.
.

Jadi saya rasa anda telah baca dan telah faham.
.

Bila anda ada dalam program tersebut anda boleh nilai.
.

Mana yang betul mana yang salah.
.

Nampak pelik je macam tak pernah ada dalam agama kita.
.

Salurkan pada jalan yang betul.
.

Dan jangan amalkan.
.

Cuma saya nak berpesan, jaga hati dari prasangka buruk kepada beliau.
.

Dan ambil butir-butir ilmu dan nasihat dari pengalaman hidup beliau.
.

Isu ini berlaku pastilah ada kebaikan dan hikmah yang Allah serta kan dalam isu yang berlaku ini.
.

Carilah hikmah dari semua ini.
.
.

----------------------------------
PEJUANG KEBENARAN
----------------------------------
.

Mereka inilah yang membuatkan isu ini HOT. HAHAHA.
.

Saya ucapkan tahniah kepada anda semua kerana tanpa tekanan hebat dari anda mungkin kita tidak dapat tahu apa yang salah dan yang betul.
.

Saya melihat ada dari kalangan kalian yang sudah berdamai setelah mufti keluarkan kenyataan rasmi.
.

Bagi yang masih menyerang individu tanpa memberikan solusi dan mengharapkan sesuatu yang baik dari pernjuangan anda itu.
.

Dah boleh bawak bertenang. HAHAHA.
.

Kebenaran tentang NEW AGE dan segala ritual-ritual asing itu telah pon dijelaskan mufti bahawa ianya salah.
.

tapi, jika penganjur program telah membawa satu pendekatan baru yang tidak melanggar mana-mana hukum agama.
.

Kita juga perlu menyokong penganjur.
.

Jangan time salah saja kita bersuara kaw-kawa hawliaw. tapi bila orang buat benda betul kita senyap membisu.
.

Itu nama nya keyboard warrior, bukan pejuang kebenaran.
.

DAripada jadi keyboard warrior baik jadi BOBOIBOY, atleeast dia selamat kan bumi. Eh, tiberr. HAHAHA

.

Kita sama-sama sokong mana yang baik, kita sama-sama banteras mana yang salah.
.

Saya sendiri telah hubungi Afnan menyatakan bantahan saya tentang modul yang disenaraikan dan dijelaskan mufti dari diajarkan didalam program.
.

Dan kami masih berhubungan baik.
.

Kita menyatakan perkara yang haq.
.
Dan beliau macam biasa, oke je walaupun saya bantah. tak de pulak melenting. HAHA. Chill laa gaiss.
.

Saya juga menyatakan sokongan kepada beliau atas segala kebaikan yang beliau sudah lakukan dan yang akan dilakukan.
.

Sebab Allah telah beri beliau amanah dengan influence yang Allah telah berikan kepada beliau.

.

OKE GAIS? Boleh bertenang dah?
.

Jangan gaduh-gaduh. Pukul kang kalau gaduh lagi. HAHA.

.

Ada pulak guna statement saya seakan-akan saya sokong benda salah.
.

aiyoyo. sah2 saya nyatakan saya sokong yang betul dan saya bantah yang salah.
.

oke gaiss. penat dah ni. korang pon dah penat kan?
.

Yang jantan-jantan boleh dah siap-siap nak pergi solat jumaat.
.

Hidup nak bahagia, tenang.. Masjid pergi lambat. Oucchh. HAHHAA.

.

Apa? Yang ini ?
.
"Saya nak kongsikan dengan anda beberapa perkara untuk hidup bahagia, tenang dan makbul doa."
.

Nanti2 lahh saya share. HAHA.
.
Metamorphosis 2.0 HAHAHHAA
Nota: habis aku kalau afnan baca. HAHAHAHA
.

OKe gaiss, salam jumaat dan salam perdamaian.
.

Malik Hairuddin
TENANG IS GOOD

Friday 27 September 2019

Belajar bertenang

Harini hari Sabtu. Hari cuti macamni, cuba Belajar bertenang, rehatkan badan, rehatkan minda. Instead of sleeping, watching tv, scrolling FB, tengok wayang, shopping, itu semua bukan merehatkan, itu sebenarnya memenatkan.

These activities drains our energy. Dia buat kita rasa lega sementara, bila habis tengok wayang, habis tengok tv kita rasa serabut balik. Sebab itu hanya buying time kita panggil.

Tidur sepanjang hari pun begitu. Kita ingat, kita rehatkan badan. Sebenarnya dia buat badan kita lemau, lemah. Perasan tak lepas bangun tidur rasa penat lain macam, otak jadi cloudy semacam jee. Kan?

Here’s my suggestions.

Lepas baca status ni & comment benda baik-baik, terus letak phone di flight mode. Jangan buka flight mode hingga ke malam.

Pergi bancuh air madu, green tea, lemonade or anything that refreshes us. Tarik nafas, enjoy the moment. Read books, peluk anak isteri, smiles, go out in Nature, take cold shower, make someone smile today.

Buat something yang refreshes us. Pokoknya, tolak gadget, shut all communication devices. Recharge, reflects. You’ll see, quality kerja anda minggu depan akan naik mendadak.

How you spend your weekend determines how you feels the whole week. Enjoy 😉 👍🏼💖

          -Afnan Rosli-
Exclusive Calligraphy Artist

Kita miskin kerana...

Salam Ramadhan Salam Hebat

Tak, kita miskin hari ini bukan sebab kita beli Honda. Bukan sebab kita tak beli rumah dulu. Bukan sebab kita tak melabur di ASB. Kita miskin bukan sebab kita pakai Proton masa beli kereta pertama.

Atau sebab kita hanya mampu bayar Kancil EX660 je. Bukan itu sebabnya kita miskin.

Kita miskin, kerna kita tak membaca. Negara China terbitkan sehingga 440,000 buku baru setiap tahun. Amerika yang aqidahnya kita kata tak betul tu, terbit sehingga 304,900 judul baru setiap tahun. England terbit sehingga 180,000 buku baru tiap tahun. Rusia terbit sehingga 101,000 judul baru tiap tahun.

India, 90,000 judul baru.

Jepun, 82,589 judul baru.

Jerman, 82,048 judul baru. Ni semua angka purata terbitan judul baharu setiap tahun. Masakan negara ni terbit buku tapi orang tak baca? Penerbit terbit buku kerana adanya demand dalam pasaran. China, Amerika, England, India, Jepun dan Jerman ni semua negara yang mencorak teknologi zaman sekarang. Sebab tu depa boleh pi Marikh, lepak stesen angkasa ISS bila depa rasa nak melepak.

Daripada kereta, teknologi depa berkembang hingga buat kapal terbang. Daripada seleceh-leceh buat unit televisyen, teknologi berkembang hingga penuh 1 rumah dengan teknologi depa, peti ais mesin basuh dapur air cond semua benda lah. Depa jadi negara pengeluar.

Negara ni pula, semuanya negara yang aqidahnya bukan Islam tau. Padahal dalam Islam ni, Iqra tu kan tuntutan paling tinggi? Jadi kita pun tertanya-tanya, mana negara Islam ni pi? Sampai pi Mekah pun, tasbih kopiah jubah semua Made in China? Kita jadi negara pengguna.

Dan sebenarnya jauh sangat kalau nak pi banding sampai ke Jerman yang jaraknya 12 jam perjalanan kalau naik kapal terbang tu. Cuba lihat diri kita dulu? Kita membaca tak? Kalau baca, berapa buku setahun? Berapa buku sebulan? Berapa buku seminggu?

Dalam kariah, adakah kita jadi ahli yang aktif? Adalah kita ambil peranan dalam keputusan-keputusan pembuat dasar? Adakah kita bersuara ketika melihat ketidakadilan? Adakah kita bertindak untuk membetulkan ketidakadilan itu?

Atau adakah kita – semata-mata hanya menjadi warganegara yang pasif? Dah lah tak membaca. Beli Honda pula tu. Kondem Proton. Bila pemerintah buat salah – kita enjoi tonton sambil makan popcorn.

Dan kemudian kita tertanya-tanya – kenapa negara Muslim tak maju?

Yang tak mau maju itu ialah kita sebenarnya. Yang tak mahu membaca. Dan tak pernah menjadi warganegara yang aktif.

Orang yang miskin bukan orang yang beli Honda dulu sebelum beli rumah pertama tau. Atau kereta pertama dia Kancil EX660.

Orang miskin ialah orang yang tak membaca. Kita miskin sebab bangsa kita tak membaca.

IQRA

Aku cuma seorang pelajar Tahfiz Wal Qiraat yang tak habis pengajian

•Ayah:
Bachelor Degree In Architecture, University of Tennessee, USA.

•Mama:
Master In Business Administration, University of Knoxville, USA.

•Adik pertama:
Bachelor Degree In Petroleum Engineering, Tulsa University, USA.

•Adik ke dua:
Bachelor Degree In Shariah and Islamic Studies, Yarmouk University, Jordan.

•Adik ke tiga:
Diploma Pengajian Islam (Al-Quran dan Sunnah), Universiti Sultan Zainal Abidin, Terengganu.

AKU PULAK??
Aku cuma seorang pelajar Tahfiz Wal Qiraat yang tak habis pengajian. 😌

Alhamdulillah Allah dah tentukan yang Terbaik!

Anyway tahniah semua! Aku tumpang Bangga!

ACCEPTING OURSELF TOTALLY

Kita selalu dengar orang cakap, saya nak cari orang yang boleh terima saya seadanya. Boleh terima segala kekurangan dan kelemahan saya.

Tapi pernah tak kita tanya diri kita, adakah kita sendiri terima kekurangan dan kelemahan diri kita sendiri?

Pagi ni saya nak share sikit tentang ACCEPTING OURSELF TOTALLY dan berdamai dengan diri kita sendiri.

Kita semua ada sisi gelap. Sisi di mana kita taknak orang tahu. Di mana kita sendiri nak marah dengan diri kita. Kita sendiri malu dengan diri kita. Kita sendiri rasa benci pada diri kita.

Mungkin kisah silam kita, mungkin cerita jatuh kita, mungkin kelemahan dalaman kita, mungkin kekurangan fizikal kita. What ever it is. I don’t know. Setiap kita ada sisi gelap yang berbeza.

Saya juga ada zaman saya jatuh teruk, zaman saya buat keputusan bodoh, zaman saya kena khianat, zaman yang memalukan. Dan semua zaman ini memang perit nak lalui. Period ini adalah period yang penuh dengan kesakitan.

Anda mungkin sedang sakit, mungkin sedang depress, mungkin sedang lost. What ever difficulties yang anda ada sekarang. Trust me. Itu semua akan berakhir tak lama lagi. Nothing last forever.

Pain is good. We do need pain to grow. No pain, no gain.

EVERY PAIN GIVES A LESSON. EVERY LESSON CHANGES A PERSON.

But, sufferings is bad. Sufferings ni datang bila kita pegang terlalu lama. Hold pain long enough. It becomes sufferings. So, dalam life ni kita kena embraces pain. Because with every pain, theres a lesson, and every lesson changes a person.

Embrace pain, but don’t hold it. Kita kena terima diri kita seadanya. Terima segala kisah hitam kita, kisah silam kita. Tragedy yang berlaku pada kita. Segala kesakitan yang kita pernah lalui. Itu semua kita terima dan ambil sebagai satu kelebihan.

Kekurangan dan kelemahan ni lah yang buat kita unik. Yang buat kita siapa diri kita. Saya ingat lagi, dulu saya selalu malu nak bercakap di depan. Sebab setiap kali saya bercakap, i will get emotional. Saya akan nangis tak pasal-pasal.

But now. That very kelemahan yang saya sangat malu itu lah yang jadi kelebihan saya. Orang datang dari seluruh dunia nak dengar Afnan cakap, pastu nak nangis sama-sama.

Dulu saya malu nak senyum nampak gigi. Sebab saya rasa gigi saya ni terabur, tak tersusun. Tak cantik macam orang lain. But once i decided to accept it as my uniqueness. MasyaAllah confident lain macam aku selfie sekarang. 😂

So, accept diri anda seadanya. Mungkin anda malu dengan bentuk badan anda sekarang, mungkin anda malu dengan kulit anda sekarang, mungkin anda malu dengan career anda sekarang.

Terima semua seadanya. Be Happy and Love Yourself. When you love yourself, the whole world will love you.

Kita terlalu pandang sadness ni sebagai suatu yang buruk. Kesakitan itu sebagai sesuatu yang buruk. No. There’s always the opposite. It’s called the law of polarity. Setiap perkara ada lawan nya.

Tanpa kesedihan, mana mungkin kita faham ada itu gembira. Mana mungkin kita boleh rasa nikmat gembira tanpa kesedihan.

Tanpa gelap, mana mungkin kita rasa nikmat terang. Kalau kita lahir-lahir terus terang sepanjang hayat kita. Tak pernah tahu apa itu gelap. Maka terang itu tak jadi nikmat. Terang hanya jadi nikmat bila kita pernah rasa gelap.

Begitu lah hidup. Berjaya itu hanya nikmat bila pernah rasa susah. Tanpa susah mana mungkin kita tahu apa itu senang.

Terima diri anda seadanya. Jangan pegang kesakitan terlalu lama, nanti ia jadi penyeksaan. Setiap kelemahan dan kekurangan itu lah yang jadikan diri kita unik.

Dapat sesuatu?
#SHARE

-Afnan Rosli-
Be Happy 💖

TEARS FROM THE SKY

TEARS FROM THE SKY

Sejujurnya saya sangat #Kagum dengan dengan Karya dari Artist bernama TITARUBI yang bertajuk “TEARS FROM THE SKY” ini.

Saat melihat dan menyentuh karya ni terasa lain Aura nya.

Jubah ini diperbuat dari 12,000 Biji Fibre Beads, Lights dan Acrylic Sheet. Setiap Beads mempunyai ukiran Janin di dalam nya. Membawa penonton mengenang kembali asal usul kejadian kita.
(Rujuk Video)

Beliau menggambarkan pengamatan beliau tentang kehidupan melalui lembaga tak berjantina ini, sementara Kehidupan dan Kematian adalah fasa2 universal dalam setiap makhluk.

Satu lagi element penting dalam karya ini adalah element TANGISAN. Titarubi melihat tangisan itu sebahagian dari Kehidupan dan tanda kesyukuran.

Moga satu hari nanti Karya saya juga di Pamer di Sini.

          -Afnan Rosli-
Exclusive Calligraphy Artist

Misi nak bawa Al Quran ke seluruh jiwa di dunia.

Alhamdulillah semalam saya sangat seronok dapat berada dalam satu majlis bersama 50 orang Influencer dari seluruh pelusuk Malaysia. Masing-masing bawa Aura masing-masing. Mereka antara manusia-manusia paling berpengaruh di Malaysia.

Kami semua berkumpul hanya dengan satu tujuan. Nak bawa misi World #QuranHour. Misi nak bawa Al Quran ke seluruh jiwa di dunia.

Di hujung majlis itu, saya sempat buat majlis penyerahan sumbangan para students saya di Metamorphosis Terengganu. MasyaAllah, sangat terharu saya. Para students semua sumbangkan total kurang lebih RM100,000.00.

Termasuk cash, matawang asing, barang kemas dan beberapa valuable items yang mereka sumbangkan. Subhanallah.

Waktu saya serahkan semua amanah tuan puan pada Ustaz Hakim, di saksikan oleh Dato’ Dr. Hussamuddin Yaacob, pengarah urusan Karangkraft. Mereka pun terkejut. Banyak nya duit. Subhanallah.

Saya kata, ini lah students Metamorphosis. Mereka belajar jadi Kaya, mereka belajar jadi Bahagia, dan mereka sendiri nak orang lain kaya dan bahagia.

InsyaAllah seluruh sumbangan anda setiap sen itu akan kami gunakan untuk buat sustainable project di Arakan. Kita sedang jalankan project Pertanian dan Penternakan.

Di kelas Metamorphosis Melaka kami berjaya kutip kurang lebih RM50,000.00. Di Terengganu RM100,000.00. Kurang lebih RM150,000.00. InsyaAllah dengan jumlah ni kita boleh bagi makan 3 biji kampung dengan penduduk sekitar 6000 orang.

Bayangkan 6000 orang dapat makan setiap hari, sepanjang tahun. Tiada lagi kelaparan berpanjangan. Saya menangis setiap malam mengenangkan, setiap malam ada orang dapat masuk tidur malam ni dalam keadaan perut terisi. Hasil usaha dan sumbangan students-students saya.

Dan saya sangat Bersyukur setiap pagi saya bangun kerana saya tahu setiap hari ada 6000 orang harini bangun dalam keadaan mereka tahu mereka ada pekerjaan, mereka tahu mereka boleh beri makan pada keluarga mereka, dan mereka tahu harini anak isteri mereka takkan kelaparan.

Itu semua usaha dan sumbangan kita bersama.

Waktu kali kedua kami sampai ke sana. Tak berhenti orang di sana ucap terima kasih, terima kasih, terima kasih pada Rakyat Malaysia kerana bantu mereka. Mereka kata, kami doa untuk anda semua di setiap sujud kami, dan di setiap suapan nasi kami. MasyaAllah.

Kita mungkin anggap sumbangan kita kecil. Tapi bagi mereka, itu antara hidup dengan mati. Itu nikmat bagi mereka bagai gunung yang tinggi.

Perjuangan masih jauh. Ada 140,000 orang di Arakan perlu di bantu. Kita baru bantu 6000 orang. Ada beratus ribu lagi perlu di bantu.

TAHNIAH & TERIMA KASIH semua Alumni Metamorphosis.

InsyaAllah dari Alor Setar dan Kota Kinabalu kita dapat bantu beberapa ribu lagi penduduk Arakan untuk teruskan hidup dan belajar untuk bahagia.

Saya telah sampaikan Amanah kalian pada Serantau Muslim. Mereka akan jalankan misi ini InsyaAllah. Terima kasih sekali lagi. Moga setiap suapan penduduk di sana, jadi pahala anda. Setiap sujuk, rukuk, qiam mereka, mengalir pahala pada anda.

Sedekah bagi makan pada orang ni sangat-sangat besar nilai nya. Tambah pula makan itu menentukan hidup mati mereka.

Alumni Metamorphosis. Anda memang AWESOME 😘👏🏻👏🏻👏🏻👏🏻

-Afnan Rosli-
Be Happy 💖

But the reality is that, it doesn’t work like that

Selama ni kita ingat parenting ni is all about macamana kita didik anak-anak kita. Thats why kita sungguh-sungguh usaha nak bagi anak kita jadi baik, jadi cerdik, jadi berjaya.

Kita paksa mereka study, kita suruh mereka belajar Quran, kita paksa diorang buat macam-macam.

But the reality is that, it doesn’t work like that. Parenting is not about kita didik anak. Its about kita didik diri kita. Becoming a role model untuk anak, becoming an inspiration for your children, becoming an example for them that they wanted to follow.

Harini, perangai ibu bapa, diorang tak reti baca Quran takpe, janji anak diorang pandai baca Quran. Diorang paksa anak-anak pergi kelas mengaji. No. It should starts with you. Kita dulu baca Quran, then anak akan ikut. Anak nak jadi macam kita, bila kita show a good example.

Harini parents, mereka hidup serabut, serabai, uninspired, unsuccessful takpe. Janji anak mereka successful. Why not kita start dulu. Why not kita yang becoming successful, kita inspire, kita yang jadi role model.

Anak tak dengar apa yang kita cakap, tapi anak ikut apa yang kita buat. They see, they learn, they follow.

Its a whole different way to think of parenting. Kalau semua orang realise that apa saja yang mereka nak anak mereka jadi, should start with them. Saya percaya this whole world would be a lot better. Every parents would start to improve themselves.

Nak anak bahagia, kita jadi bahagia dulu. Nak anak enjoy, happy, gembira, kita dulu jadi enjoyable, happy and excited with life. They learn more from your actions than your words.

Actions always speaks louder than words.

Nak anak jadi bijak, cerdik, excel dalam pelajaran, dalam pekerjaan. Why not kita dulu yang jadi bijak. Kita dulu yang jadi excellence dalam performance kita. Kita yang developed that mindset dalam diri kita. They will adopt that mindset from you. Tak perlu arah, tak perlu suruh, tak perlu paksa. Automatically mereka akan jadi.

Saya sangat percaya, kalau kita semua mulakan perubahan dalam diri kita. Anak-anak kita akan jadi jauh lebih baik dan results nya jauh lebih cepat dari kita bagi arahan sahaja.

Harini, duduk dengan pasangan anda, tanya diri anda. Apa yang kita nak install dalam diri anak kita?

Anda listkan semua character yang anda nak ada dalam diri mereka. Tulis je semua. Dan anda cakap pada pasangan. List ni bukan untuk anak kita. List ni untuk kita. Kita dulu install. Automatic dia akan sync dan terinstall dalam anak kita.

Remember, everything starts with you. Thats a Great Parenting.

*Gambar ni baru lepas kena pau kaw-kaw dengan si Luqman ni. Tengok lah muka dia tu. kecik beso, kecik beso je aku tengok muka kau Luqman.

Perangai paw bapak ni ibu dia install rasanya. Turun kat anak pulak. Pening aku 💆🏻‍♂️😂

Dapat sesuatu?

-Afnan Rosli-
Be Happy 💖

saya nak tunjuk pada kalian, the real HERO in this story.

Pagi ni bangun, saya buka phone MasyaAllah, saya terima beratus-ratus, malah mungkin beribu pm, whatsapp, dan text ucap selamat, ucap terima kasih, ucapan doa, dan sharing perubahan hidup.

Jujur saya cakap, saya tak sempat nak baca semua dah sekarang. Terlalu banyak. But seriously thanks a lot. I really appreciate every single pm, Whatsapp and text yang kalian hantar. I really appreciate it, thanks a lot for all the prayers. 🙏🏻💖.

Cuma saya nak tunjuk pada kalian, the real HERO in this story.

Harini Alhamdulillah MasyaAllah, ada puluhan ribu manusia admiring me. People come from all over the place datang ucap terima kasih, kagum dan ceritakan how I inspire them to be a better person. I really thankful for that. Alhamdulillah.

But sebenarnya, i am nothing without this special person. She is the real HERO. Di sebalik setiap lelaki yang berjaya. Pasti ada orang hebat yang berada di belakang dia.

And she is my beloved wife Nurhafizah Mazuki. Orang nampak saya inspires thousands of people all around Asia. Orang nampak saya berdiri gah di atas pentas mengajar ribuan manusia.

Tapi yang orang tak nampak ialah cerita di sebalik nya. Beliau lah yang atur the whole event untuk jadi Reality. Beliau lah yang uruskan my whole team untuk jayakan semua tu.

Beliau lah yang uruskan baju saya, seluar saya. Makan saya. Itu semua beliau yang uruskan.

Orang nampak saya pandai menulis di FB. Ubah hidup puluhan ribu orang. Tapi di sebalik itu. Beliau lah yang bantu orang, jawap whatsapp, uruskan rumah, dan anak saya supaya saya boleh menulis dengan baik. Saya tak pernah jawap call dan tak jawap whatsapp. Semua perlu melalui beliau.

Orang nampak saya berjiwa besar. Pergi ke Arakan, bantu 140,000 manusia yang di tindas di sana.

Yang anda tak nampak ialah setiap malam, beliau yang peluk, tenangkan anak saya Luqman yang menangis mintak nak tidur dengan ayah. Beliau sanggup kena tinggal berminggu minggu, tidur dengan anak. Itu semua orang tak nampak.

Waktu kelas di Melaka baru ni. Itu tarikh Anniversary kami. Kami di beri kejutan dengan cake Anniversary di atas pentas.

Saya cakap dalam kelas. Menangis tak berhenti saya waktu saya ucap dalam kelas baru ni. Saya kata, beliau kahwin dengan saya dulu langsung tak buat kira-kira. Langsung tak fikir apa-apa. Beliau tak pakai otak pun. Tapi beliau pakai Hati.

Kalau pakai otak, memang tak logic nak kahwin dengan Afnan. Waktu tu saya takde apa-apa. Income RM300 je. Elaun mengajar silat di sekolah. Hantaran pun murah gila. Malu nak sebut. Dia dah gaji beribu. Itu pun saya suruh berhenti kerja duk rumah.

Beliau berhenti je. Dengar tanpa bantah sepatah pun. Kalau ikut logic memang takde nampak nak hidup senang langsung. Tapi harini. Apa beliau nak, takde satu pun saya bangkang. Sebab jasa beliau percayakan saya saat takde orang percayakan saya.

Saya pun tak pasti kenapa saya tulis benda ni pagi ni. Jarang lah saya nak sweet-sweet gini. Tapi entahlah. Tengah tulis ni pun air mata tak berhenti lagi duk keluar.

Entahlah. Saya rasa saya kena luah apa yang ada kat hati ni. At least apa-apa jadi, saya dah keluarkan apa yang saya rasa.

Every time you see Afnan Rosli. Percayalah. I’m nothing without her. Dalam hidup ni, saya dah buat macam-macam keputusan bodoh. Saya dah jatuh dan salah berkali-kali. But she never gave up on me. Never.

Berkali-kali sakitkan beliau. Tak pernah sekali beliau putus asa pada saya.

Now you know. THE REAL HERO.

I love you Nurhafizah Mazuki. Thanks for everything. 😘

Berjuang demi agama ni bukan hanya perlu Lantang. Ianya juga perlu bijak. Rasullullah hidup penuh strategi yg bijak.

sumber : https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10220527536398893&id=1247608285

Aku bersarapan, copy&paste dengan penulisan #sisfelfounders pagi ni.
Pagi ni niat nak giving,giving and giving.
..

Kakfel setuju eh dengan seminar tu? Kakfel takut kan?

Berjuang demi agama ni bukan hanya perlu Lantang. Ianya juga perlu bijak. Rasullullah hidup penuh strategi yg bijak.

Baginda tidak membuta tuli..

Jangan kita jatuhkan hukum kepada seseorang penakut, tak ambik berat soal agama, pikir periuk nasik diri hanya kerana  ada yg mengambil keputusan berdiam diri.

Ada sesetengah orang , memberi komen, melontarkan pendapat selepas jelas dan paham atau paling utama pergi melihat sendiri sesuatu situasi.

Kita apabila mendengar berita.. sahih yg pertama .
Cari saksi.. lihat bukti. Bukan semua benda boleh komen suka hati.

Lilahitaala kakfel taktakut berjuang demi agama. Malah tak takut hilang followers juga jika berkaitan agama.

Kakfel percaya rezeki kakfel dipegang Allah bukan manusia..

Cuma..

Kakfel lebih takut membawa perbalahan ummah asbab tindakan bukan bukan kakfel.

Akhir zaman , bukan yg dinamakan pejuang lantang itu sahaja berjalan demi islam . Ada ramai org lain berdiam kerana islam.

Islam mengajar kita nahi mungkar.. tapi melalui banyak cara...

Mungkin diam nya.. pergi berjumpa terus org yg perlu...
mungkin diam nya .. utk mengelakkan perbalahan besar antara islam...
mungkin diam nya.. kerana masih perlu mendapatkan Fatwa sebenar dari org yg layak.

Sungguh menjadi seorang yg mempunyai banyak pengikut tak boleh semborono bertindak walau kita tak bersetuju.. walau kita mahu menentang..

Allah sedang menguji kewibaan kita yg dijadikam contoh.

Walau paling dalam sudut hari kita geram. Geram dengan hakikat sesetengah yg tidak sedar apa yg sedang berlaku..

Geram kerana mereka masih tidak paham apa yg org bahaskan.

Tapi...percayalah, walau diam...setengah orang mereka mungkin sedang...

Tentang, lawan dengan cara bijak, marilah berdepan dengan musuh... kita bukan benci dia. Kita hanya benci perbuatan nya.

Apa kita dapat dengan membuka lebih banyak aib demi aib mereka yg kita tahu “salah” di mata kita?

Kita hanya mewujudkan kebencian. Islam pun tak suruh.

Adakah kita niat mahu membantu semua orang dari terjebak sama?

Jika ya... cari mana punca nya.,, punca datang dari ketua mereka. Pergi berjumpa. Bahas, pergi badan yg betul...

Kita bahas di media sosial. Berjuta manusia baca. Pemahaman setiap dari mereka tak sama.

Percayalah.. perjuangan agama semua tak sama. Tak perlu pukul rata siapa yg diam sebagai org takut kerana terkadang mungkin yg diam itu perjuangan lebih besar dari kita.

Jujur, jika tanya kakfel isu seminar itu.
Kakfel mahu cakap dari dalam hati kakfel melihat mata beliau..dia tak ada niat menipu, dia nampak ikhlas membantu...

Mungkin dia sendiri xsedar bila perkara ni terjadi.. dia buat dan buat tanpa henti... dia nampak ikhlas..betul..

Setiap sesi pembelajaran itu tanpa sedar mungkin tak boleh disampaikan pada semua orang...

Tapi dia teruja..terlalu seronok berkongsi hingga abaikan bahagian ilmu yg patut dikongsi atau tak patut.

Tapi itulah niat tak boleh menghalalkan cara..salah perlu akui salah.

Tak ada manusia mahu hidup untuk membinasakan manusia lain. Ini yg kakfel yakin. Sebab tu lihat manusia jangan lihat dosa mereka... lihat dengan mata kasih...

Paling org geram... kerana dia tak nak akui dah tersasar sedikit.. kesian Alumni yg ada. Itu kami paham.

Tapi yerlah, mungkin dia masih terkejut, tertekan dengan situasi yg tiba tiba terjadi. Bagi dia masa.. provokasi keras hanya akan mengakibatkan lebih banyak depresi dan kekalutan.

Bersangka baik, itu kan yg Islam ajar?

Dengan cara menghentam , memalukan hanya akan menaikkan kemarahan anak anak buah dia. Hanya akan buatkan mereka lebih jauh dr kita...

Kepada semua....

Ingatlah.. apa pun Ilmu yg kita belajar, bab akidah jangan main main. Jangan ambik mudah.. jangan taksub.

Dah dapat nasihat Orang agama.. baca and hadam . Ramai je ahli Fatwa dah bagi pendapat. Takyah tanya kakfel dah..

Paling utama sapa pun dh terjebak.. Takyah nafikan bahagian yg salah, kita bukan nak hidup kat dunia ja. Ambik perbaiki sedar salah diri.. minta maaf.

Yg betul.. hadam and amalkan.

Mudah.

Nak degil degil nak pergi mana?

Nanti nak jawab kat akhirat sana...
apa ? Apa kita buat utk mereka?

Yg baik dari dia kita ambik.. tak perlu kita sebarkan kebencian. Kita pun banyak salah... bantu dia betulkan salah and move on.

Takyah nak buka lebih banyak aib and salah.. itu tak betul....

Bergaduh nak pi mana?

Kakfel seorang yg lantang dan tegas... tapi kakfel juga seorang yg cermat. Maksudnya i dont simply fight tambahan lagi kalau itu bukan dalam bidang yg i paham. ❤️

Sebab tu i lebih senang diam, kaji , hadam , bertindak. Kalau ikut hati memang nak lawan tapi perkara ni bukan melibatkan 2-3 orang.. melibatkan ribuan malah puluhan ribu orang.

Maka fikiran waras sangat diperlukan..jangan diikut hati. Mati..

Islam tak suruh pegang pedang, hunus and hunus seorang diri yg akhirnya mati makan diri. Ianya macam bunuh diri.

Kalau dah mati si pejuang tu tadi, sapa nak bangkit lawan islam lagi? Sebab tu Islam suruh belajar strategi.

Atur satu satu buat sampai jadi...

Allah pun cakap...tak boleh dengan mulut, dengan tangan, tak boleh tangan dengan doa.

Semoga Allah pelihara kita dari rasa benci kepada sesiapa ... kerana kita kena paham... hidup ini hanya sementara.

Kakfel selalu ingat ayat ni bila mahu berjuang..

Adakah hang sedang menjadi berani atau bodoh?
Maka pilih lah.....

Semoga kita semua tidak bergaduh gaduh hanya sebab isu ini, memerli merli dan paling dasyat menuduh nuduh ...

Islam tidak hidup utk dipecah belahkan ..  marilah kita bercakap dengan Iman.. bukan hasad, sakit hati atau emosi...

Bagi kakfel Tak semua benda kita perlu ulas..cukuplah ulasan ni perjelaskan kenapa kakfel diam.

Biar majlis Fatwa putuskan. Sementara itu, Kakfel akan berjuang cara kakfel.

Kita adalah SATU . Takyah bergaduh hanya sebab beza pendapat.

Allah... Allah... Allah.

#sisfelfounders

*gambar Sisfel siap dgn laki dia Rafie Ramli hambe letak ni.hahaha

Semoga Allah merahmati Afnan Rosli.

sumber : https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10220527606600648&id=1247608285

Aku sarapan copy&paste lagi dari Tuan #IzhamNayan.
Dan misi aku hari ni, sape je yg aku jumpa hari ni, aku nak bagi the best. Super best.
..

Assalamualaikum.

sedih saya dgn apa yg berlaku. Sepatutnya kita sokong budak Afnan ni. Betulkan apa yang salah. Ketatkan apa yg longgar. Jangan benam dia sampai mcm ni.

Contoh dulu ESQ pon diharamkan d bberapa negeri dan di halalkan d negeri2 lain. Ertinya para ilmuan dan pemegang kuasa juga berpecah pendapat tidak sepakat hingga umat bercelaru. Bab halal haram pon celaru habis.

Esok d hadapan Allah rasanya puak ni dulu akan d persoal krn memecahbelahkan umat krn gagal bersepakat sesama sendiri.

Kita yg d bawah jadi umat marhain x tau siapa yg kita patut percaya.

Bila hadir pemuda pembawa cinta dan kasih sayang kpd ummat. Kita cari alasan utk menyekatnya walaupun apa yg d katakannya mampu d buktikan dgn sains. Di sebabkan jumud dan enggan melantik ulamak dan penasihat dari ilmuan sains quantum fizik dn metametik maka mrk masih menganggap tahyul perkara2 mrk sendiri tidak paham. Tidak belajar dan tidak mahu belajar.

Ya lah. Mana org percaya Hand phone zaman portugis dulu. Mana percaya ada kapal boleh menyelam. Besi boleh terapung dan kapal boleh terbang.

Afnan dituduh membawa ajaran New Age. Kerana dalamnya dia berbicara soal rasa dan doa Hingga menyentuh mirip ilmu tassauf.

Ya Lahhh soal Nur Muhammad yg di ajar guru2 pondok pon dianggap bidaah dan sesat inikan pula sharing drp budak yg pernah tidur dlm longkang.
Dan dari dalam longkang tu lah dia bertemu rahsia mengenal Allah. Sedar diri sedar keujudan sedar akan kemanusiaan.

Krn ego mrk menebal dan budak ni mengajar buang ego. Maka bermusuhlah mrk dgn pemuda ini.

Tambahan pula  terdapat pihak2 yg merasa sangat takut dgn kebangkitan populariti motivasi Afnan. Maka dia di lihat sebagai pencabar dan harus di kambus. Memang itulah prinsip org pemasaran yg menganggap bisnes ni perang dan musuh harus mati.

Kebanggaan mrk dan kejayaan adalah seberapa byk mendpt jualan dan harta. Sedangkn afnan ajar kasih sayang itulah harta dan kekayaan. Bercanggah benar dgn ajaran mereka. Makanya bg mrk afnan perlu di bunuh oleh gelombang tohmahan dan benci fitnah. Jika kumpulan pakar boleh naikkan sesebuah organisasi maka pakar juga boleh membunuhnya.

Kebencian meluap2 membutakan Mata mereka.

Kini.

Mrk gembira tanpa sedari Afnan terus berada di depan dn terus menang dan memenangi hati murid2nya dan dia akan terus menjadi lagenda Pemuda Islam Akhir Zaman.

Eh.. seumur hidup ku yg dh beruban ni. Aku x pernah Tau ada org seberani begini. Sanggup cancel kelas yg dah collect berjuta2 ringgit. Krn apa? Krn sayangkan ummah agar mrk x lg berbalah begaduh sesama sendiri.
Mana ada seorg pemuda seberani begini. Kor ada? Aku pon x sampai maqam mcm ni.

Semoga Allah merahmati Afnan Rosli.

Wassalam.

ILMU Allah itu LUAS.

sumber : https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10218202717491422&id=1594058793

ILMU Allah itu LUAS.

samada tercatat sebagai ilmu Islam atau tidak.

Yang penting SEMUA MAKANAN HALAL, SEMUA PERLAKUAN HALAL, SEMUA ILMU HALAL. SEMUA MUAMALAT HALAL Melainkan secara nyata ditegah AGAMA.

JANGAN FITNAH PENGETAHUAN ASTRAL, METAFIZIK, QUANTUM.

Al-kisah, Umar r.a mengirim satu pasukan yang dipimpin oleh seorang lelaki bernama Sariyah. Ketika Umar sedang berkhutbah di atas mimbar, tiba-tiba Umar memanggil, "Wahai Sariyah! Ke gunung! Ke gunung!"

Setelah itu datanglah utusan pasukan Islam menemui Umar. Ketika Umar bertanyakan tentang kondisi pasukan, utusan itu menjawab, "Wahai Amirul Mu'minin, kami telah terdesak untuk kalah. Namun, ketika kami berada dalam kondisi sedemikian, kami mendengar teriakan yang memerintah,

"Wahai Sariyah! Ke gunung! Ke gunung!" Ucapan itu kami dengar sebanyak tiga kali. Kemudian, kami menyandarkan belakang kami ke gunung. Lalu Allah menghancurkan musuh kami." 

Lalu seseorang berkata kepada Umar, "Sesungguhnya engkaulah yang meneriakkan kata-kata itu! Sedangkan gunung tempat Sariyah berada adalah di Nahawand yang berada di luar kawasan."

Dalam riwayat lain, ketika Umar ibnu Khattab berkhutbah pada hari Jumaat, tiba-tiba dia berhenti sejenak dari huraian khutbahnya dan berkata,

"Wahai Sariyah! Ke gunung!" Dia mengucapkan kalimat itu dua atau tiga kali, kemudian dia melanjutkan khutbahnya.

Sebahagian yang hadir di tempat itu mengatakan, "Dia telah gila. Sesungguhnya dia telah gila."

fikirkan apa nama kelebihan ini. Sahabat Nabi kita panggil Karamah.

kalau orang biasa kita panggil apa?

BIDA'AH DAN SESAT? KHURAFAT. TAHYOL.

Aduh...... takkan kot....

Tuesday 24 September 2019

FEELING IS PRAYER? SAINTIFIK??

sumber : https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3115263588500433&id=100000504674719

FEELING IS PRAYER? SAINTIFIK??
---------------------------------------------------

Tau bagaimana kami jumpa sumber ajaran agama new age ini?

Google saja "feelings are prayer".

Nah, semua rujukan adalah dari author dan New age guru Gregg Braden.

Dalam Islam, kita tidak "dictate" Allah supaya makbulkan doa kita ikut kemahuan kita.

Allah akan makbulkan doa yang mengikut teknik ajaran Al-Quran & Al-Sunnah.

Allah makbulkan doa mengikut apa yang terbaik kepada kita.

Mungkin dalam bentuk kurniaan kekayaan, kebahagiaan, lebih masa bersama keluarga, kesihatan dan umur yang panjang.

ALLAHU A'LAM.

Allah lebih tahu apa yang lebih baik untuk kita..Bila dia nak bagi kita, bagaima bentuk kurniaan itu..itu terpulang kepada Allah.

Kita hanya meminta kepada Allah sebagai HAMBA yang taat & manusia yang penuh KELEMAHAN dan LIMITASI.

.

There is no proof of frequency, vibration dan energy dalam kaedah berdoa orang Islam.

Itu ialah kepercayaan TANTRA HINDU!
Tantra terdiri daripada (tattva+mantra)
TATTVA:  Flow of Energy, Spirit & Cosmic power
MANTRA: "science" of Frequency &vibration

.

Betul ke saintifik?

Berapa Khz frequency untuk makbulkan doa tertentu? Vibrate sama dengan orang positif kita suka?

Tuan Sami Dandapani dalam video di bawah tidak tahu, tidak dapat quantify kerana ia TIDAK SAINTIFIK.

Ia HANYA KEPERCAYAAN TANTRA HINDU..

.
Adakah kita juga percaya kepada prinsip Tantra hindu yang berdoa PENUH SUPERIOR dan mengabaikan kaedah berdoa Rasulullah S.A.W? Kaedah berdoa Nabi Zakariya yang penuh kehambaan?

.
Adakah kaedah doa sami Dandapani lebih berkat dan diredhai Allah berbanding doa Rasulullah S.A.W & Nabi Zakariya A.S?

Makbul? Allah boleh makbulkan walaupun orang bukan Islam berdoa dengan kepercayaan kuasa kosmik..kerana Allah adalah "Al-Rahman & Al-Rahim".

.
Tap saya sangat takut  jika ada berdoa guna cara agama lain dan doa saya dimakbulkan. Astaghfirullahalazim.. Nauzubillah min zalik.

.
Semoga segala ikhtiar dan doa kita mendapat keberkatan & keredhaan Allah.

.
.
Hafiz Sulaiman,
-Pejuang Kesihatan.

PRAKTIS RITUAL AGAMA LAIN, GUNA ZIKIR & NAMA ALLAH. ADAKAH DIBENARKAN?

sumber : https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3114933568533435&id=100000504674719

PRAKTIS RITUAL AGAMA LAIN, GUNA ZIKIR & NAMA ALLAH. ADAKAH DIBENARKAN?
-------------------------------------------------------------------------------

Sheikh Assim saya kira menjawab dengan jelas persoalan yang sering diutarakan ramai.

Boleh ke amalkan Reiki? Pranic Healing? (Meditasi Transformasi Rebirth)..Kita ubah dengan seru Allah, zikir padaNya.

.
JAWAPAN SHEIKH ASSIM

1) Pranic, Reiki berasal dari Buddha...promote Buddhism.
2) Menggunakan "Cosmic Power"..KUASA ALAM.
Universal Energy (?LOA), Chi, manipulasi minda, affirmasi (mantra).

Semua ini adalah

TAK ISLAMIK.
HARAM.
MENJURUS KEPADA SYIRIK.

.

Penjelasan lanjutnya lebih tegas..

" Kita tak boleh campur adukkan ajaran Islam dengan praktis sebegini , kerana asal ajaran ini adalah agama Buddha!"

Orang Islam percaya kepada amalan Ruqyah, ubatan, suplemen dengan madu, habbatussauda, bekam dll.

Bukan dengan praktis spiritual seperti Reiki dan Pranic Healing ini."

.

Wallahua'lam.

google keyword mengenai tafakkur.

sumber : https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3114854298541362&id=100000504674719

Subhanallah...

Bila google keyword mengenai tafakkur..first page yang saya jumpa adalah ayat di bawah. Siap dengan audio lagi. Saya percaya ini adalah satu amanah untuk saya sampaikan..Goosebump meremang bulu roma..menggigil bila dengar.. Allahu..tepat dan benar sangat ayat ni 😭
.

Saya harap kita dapat sama-sama hayati ayat ini dengan penuh keimanan. Kembali lah kita kepada ayat-ayat Allah S.W.T yang benar dan hakikat. Insha Allah masih ada peluang bagi mencari jalan pulang.

.

TERJEMAHAN AYAT:
------------------------------------

Katakanlah (wahai Muhammad);

"Aku tidak mengatakan kepada kamu (bahawa) perbendaharaan Allah ada di sisiku,

dan aku pula tidak mengetahui perkara-perkara yang ghaib;

aku juga tidak mengatakan kepada kamu bahawasanya aku ini malaikat,

aku tidak menurut melainkan apa yang diwahyukan kepadaku".

Bertanyalah (kepada mereka): "Adakah sama orang yang buta dengan orang yang celik?

Tidakkah kamu mahu berfikir?"

.
...............................................................................

Rasulullah S.A.W sangat-sangat humble..penuh "KEHAMBAAN" terhadap Allah S.W.T.
..

Kita ni hamba kenapa perlu superpower dan belajar spiritual ghaib yang tiada dalam ajaran Allah?
...

Astaghfirullahalazim. Semoga kita.mengikut sunnah ajaran yang disampaikan Rasullullah S.A.W.

Saya doakan diri saya dan sahabat saya kekal dalam hidayahNya.

.
.

Hafiz Sulaiman,
- Pejuang Kesihatan.

.

👇
Klik Video di bawah untuk audio sambil baca terjemahan dalam post atas ini.

MEDITASI NEW AGE: mengasingkan, mengosongkan.

sumber : https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3114811621878963&id=100000504674719

Saya duk perasan sejak lama dah ramai yang terjebak dalam ilmu meditasi spiritual ala hindu/buddha/new age merasakan meditasi dan solat/doa adalah sama.

Katanya kita asingkan  diri daripada dunia supaya kita dapat berhubung dengan Allah.
.

Kata kuncinya pada pendapat saya ialah:

SOLAT : "berhubung" dengan Allah.
MEDITASI NEW AGE: mengasingkan, mengosongkan.

Dalam solat, kita berada dalam kesedaran sepenuhnya, dalam meditasi kita..eh..pengamal merendahkan tahap kesedaran supaya dalam.keadaan kekosongan. Bezar besar tu. Macam mana kita nak berhubung kalau kita "kosongkan" supaya ZEN?

Saya petik kata-kata cik puan kaunselor Ayat Ibrahim (degree dietetik,master councelling, student phd education- counselling, avid student of al-Quran)

"Mindfulness dan meditasi dua perkara jauh berbeza.

Mindfulness nak bagi masuk ke world of senses . Dunia sedar. Dunia pancaindera. Sedar nampak apa, sedar hidu apa. Sedar rasa apa. Masuk ke dunia sedar. Tujuan mindfulness antaranya adalah supaya kita ada kapasiti buat keputusan based on logic sense and valus. Bagi ruang untuk kita pause sekejap sebelum melulu ikut emosi/nafsu.

So penggunaan mindfulness untuk orang gemuk adalah supaya dia sempat pause dulu, sebelum fikir nak minum air manis atau air kosong.

Penggunaan mindfulness utk orang ketagih pornografi adalah supaya dia sempat pause dulu sebelum fikir nak klik laman-laman tak elok atau buat benda lain.

Memang salah satu kaedah mindfulness adalah dengan fokus kepada breathing. Nampak macam teknik meditasi kan? Tapi tujuan berbeza.

Breathing dalam mindfulness adalah untuk tingkatkan kesedaran. Tak larut dalam world of mind. Kembali ke world of senses.

Breathing dalam meditasi memang tujuan nak turunkan tahap kesedaran supaya masuk dalam subconscious state of mind.

so mindfulness and meditation memang dua perkara berbeza"

.
.

Baiklah..👆 begitulah penjelasan mereka yang mengikuti tertib ilmu. Sangat layak berbicara soal ini ma sha Allah la quwwata illa billah.

.
Saya percaya, dalam Islam..perkataan paling sesuai untuk menjelaskan perkataan being MINDFUL BUKANLAH MEDITASI..tetapi...

"BERTAFAKUR".

.
Maka bertafakurlah wahai saudara muslimku sekalian..ingatlah peringatan daripada Allah dengan janjiNya yang pasti.

Wallahua'lam

.
.

Hafiz Sulaiman,
-Pejuang Kesihatan.

Cahaya putih

Sumber : https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3112922712067854&id=100000504674719

Bila amalkan meditasi deep..Sesetengah orang akan nampak CAHAYA PUTIH.

Apa cahaya putih tu? Adakah dalam dalil Al-Quran Sunnah?

Adakah terdapat dalam teknologi brainhacking atau kajian SAINTIFIK atau boleh dijelaskan dengan akal fikiran?

Takde pun.

Golongan barat yang mula mendokongi agama baru (new age religion) mengatakan ia adalah satu bentu lk energi positif spiritual dalam.diri kita.

Tak kurang percaya ia adalah malaikat pelindung. Hah?

Dalam kepercayaan Hindu pula, white light ketika meditasi dianggap sebagai pelindung, penyembuh dan  pemberi pertolongan.

Nauzubillah min zalik. Tidak sekali-kali saya mempersendakan ajaran agama rakan-rakan bukan islam. Tapi bagimu agamamu, bagiku agamaku.
.

Tiada mana-mana sumber dalam Al Quran mengenai amalan spiritual ini. Kembalilah kepada ajaran fitrah  iaitu Islam.

Takut betul bila baca bab godaan syaitan dan jin. Takkan lah cahaya putih tu malaikat kot? Tak kisah?

Saya sangat kesah.

Saya sangat takut.

Terutamanya ketika meditasi saya faham..kita adalah dalam keadaan DEFENSELESS. Spiritually dan mentally terutamanya kita adalah sangat mudah terpengaruh.

.
Semoga Allah jauhi kita dari godaan SYAITAN yang menyesatkan. Moga Allah beri petunjuk dan hidayah kepada kita..Semoga Allah lindungi generasi anak-anak kita lebih terdedah kepada bahaya pemesongan akidah. Innalillah wainna ilaihirojiuun.

.
.
Hafiz Sulaiman,
-Pejuang Kesihatan.

BAHAYA AFIRMASI SPIRITUAL

sumber : https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3112878755405583&id=100000504674719

BAHAYA AFIRMASI SPIRITUAL
------------------------------------------------

Ada orang yang bermeditasi untuk  relax dan kurangkan depresi.

Ramai menggunakan kaedah meditasi untuk meningkatkan semangat dengan harapan misi dan visi hidup lebih jelas.

Tak kurang juga yang meditasi dengan harapan dapat sembuh penyakit, jadi kaya, jadi happy, berjaya dan dapat jodoh.

Saya musykil adakah terdapat meditasi dalam islam?

Meditasi sudah tentu bukan cara berdoa orang islam.

.
Apa pun, pendapat saya...tak salah buat breathing teknik dengan zikir..refleksi dan muhasabah diri. But you have to know your limit. Know the risk of what you are doing. Bukan tadah saja apa orang ajar.

Kita patut aware ajaran-ajaran agama baru (new age) yang menyerap masuk ke dalam masyarakat kita..

Menyerap ke dalam jiwa tanpa sedar kita...Lebih teruk ialah bila

Meditasi REPROGRAMMED KEPERCAYAAN SPIRITUAL KITA tanpa kita sedar..Nauzubillah min zalik..

Sesiapa yang amalkan sudah tentu tahu betapa Allah jadikan teknik ini sangat impactful. Tetapi adakah jalan ini diredhai Allah?

Ramai secara sedar atau tidak mengamalkan ajaran daripada agama new age, hindu dan buddha.
.

Saya share sedikit sebanyak apa yang saya faham supaya kita lebih berhati-hati sekiranya diajar teknik-teknik sebegini:
.

1) Teknik pernafasan yang terlalu spesifik kaedahnya tanpa penjelasan saintifik. Mempunyai ayat-ayat penegasan (affirmation) atau dalam bahasa sanskritnya MANTRA. Contohnya, aku seorang yang happy...aku seorang yang confident.

Teknik ini perlukan kita masukkan "feeling" kita dan VISUALISE apa kita nak. Jadi ada guru meditasi ni  yang akan ajar , kalau nak kereta ferari, bayangkan jelas jenis, model ferari..saiz tayar..horsepower.. bayangkan kita bawak kereta..pi showroom dan cium jilat steering supaya dapat feel ini 😅.
.

2) Teknik meditasi ini timbulkan reaksi spiritual..nampak cahaya putih.. Nampak atau alami diri keluar daripada badan (astral projection).

3) Kita jadi ekstatik.. maksudnya gembira semacam, emotional menangis -nangis.. Tanpa penjelasan logik.

4) Jiwa jadi kosong. Tak fikir dah masa depan, apa jadi waktu lampau. Kita cuma aware tentang present moment. Ni kalau tak silap saya dipanggil zen.

5) Badan kebas-kebas, rasa nak pitam, nafas jadi laju..Mengantuk dan lemah lesu. Muntah-muntah. Kalau korang tahu betapa bahaya risiko kondisi ni, tobat korang tak buat..Kat emergency department, doktor, nurse dan MA  tentu biasa tengok orang hyperventilation kan dibawa masuk kecemasan?

Pernah tengok tak kondisi luar biasa pada mereka ni?
Banyak yang unexplained kan?

Keluarga akan cakap mereka nj stress, ada yang baru clash boyfriend girlfriend, ada yang baru bercerai..baru hilang wang besar...Ada yang memang ada asma dan alahan..tiba-tiba nafas laju..macam-macam kondisi..
.

Saya percaya sangat kondisi badan mereka yang lemah sebabkan kemungkinan mengikut teori aeorang ahli bidang spiritual yang saya rujuk.. Ia adalah "gelombang energy" yang masuk ke dalam badan mereka. Dikhuatiri jin dan syaitan.

.
Ganjaran kepada teknik meditasi ini memang begitu mengujakan..ramai orang rasa ia adalaha SHORTCUT. INSTANT RESULT.

Setiap yang powerful dan instant ini Allah ciptakan ada risikonya.
.

Berhenti merisikokan akidah kita.

Elakkan amalan spiritual tak berlandaskan Al-Quran &Al-Sunnah. Apatah lagi mengamalkan ajaran agama lain adalah HARAM.
.

Allah maha mengetahui apa yang lebih baik untuk kita.

Wallahua'lam.

.

Hafiz Sulaiman,
-Pejuang Kesihatan.

.

Hafiz Sulaiman Part 1

Sumber : https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3108950872465038&id=100000504674719

Tahun lepas, saya mengalami pengalaman spiritual yang luar biasa ketika training di luar negara. Saya merasa sangat emotional dan excited selepas sesi ala "transformational breathing". Tak pernah lagi saya menangis berpuluh-puluh sesi training saya pergi sejak kecil.

Ada sesuatu yang "special"..Saya percaya ia adalah kunci kepada "kekosongan" yang dialami pesakit-pesakit depresi dan gangguan kesihatan mental lain.

Saya nekad untuk dalami ilmu breathing ini supaya dapat praktis autohipnosis dan hipnosis untuk pulihkan kesihatan pencernaan penderita perut sensitif.

Pseudoscience?

Mungkin...Tapi kajian kukuh pangkat RCT oleh leading expert Prof. Peter Whorwell menunjukkan, hipnosis membantu penderita IBS (IMAGINE Study).
.

Sikit sangat saya tahu mengenai risiko ilmu baru ini.

Saya hanya tahu manfaat saintifik di sebalik deep breathing..terutamanya kesan kepada saraf autonomi yang menyebabkan kita lebih relax dan tenang.

.
Risikonya?

Kesan spiritual yang amat mendalam. Saya bersyukur kerana Allah ketemukan saya dengan manusia yang arif bidang ini...serta panduan daripada Al-Quran yang jelas mengenai spiritualiti.

Post seterusnya saya akan share apa yang berlaku apabila kita mula embark ke "perjalanan spiritual"..
Apa yang ramai tak tahu dan tak diberitahu.

.
Moga kita ambil iktibar dan diberi hidayah oleh Allah. Aminn.

.
Hafiz Sulaiman
-Pejuang Kesihatan

Saya bersaksi bahawa sahabat saya Afnan Rosli adalah muslim yang baik dan bersungguh sungguh mahu bawa kebaikan dan mesej Islam kepada semua orang

sumber : https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10156756581542725&id=632617724

Saya bersaksi bahawa sahabat saya Afnan Rosli adalah muslim yang baik dan bersungguh sungguh mahu bawa kebaikan dan mesej Islam kepada semua orang.

Setiap hari, ramai yang PM saya bertanya isu berkait dengan beliau. Sungguh, memang sangat ramai. Dan , saya pilih untuk berdiam saat ditanya kerana mahukan jawapan saya itu berpaksikan kebenaran, dan bukannya nafsu.

Pembelaan atas dasar kebenaran inilah yang dinamakan ukhuwwah Islamiah. Kita tidak membela mengikut nafsu dan kecenderungan . Itu ashobiyyah namanya.

Atas dasar ukhuwwah Islamiah inilah saya dan beberapa sahabat lain berusaha keras membawa kebenaran kedepan. Jujur saya katakan, usaha embawa pihak autoriti dan pakar ke meja rundingan mencari kebenaran ini bukannya mudah.

Secara peribadi, saya amat letih dan penat. Dengan ujian anak dan diri sendiri yang ditimpa sakit dan warded, ianya mengambil banyak masa dan energy. Namun, atas dasar ukhuwwah Islamiah ini, seolah olah saya dapat suntikan tonik untuk bangkit untuk bantu sahabat saya ini habis habisan.

Dan subhanallah, pertemuan luar biasa menghimpunkan pihak yang pakar dalam bidang masing2 terutamanya dalam bidang training, syariah, pengajian Islam, Al Quran dan Hadis sungguh membantu membongkar kebenaran.

Satu persatu modulnya dibahaskan tanpa tertinggal. Semua perkara diperincikan , dan tanpa berselindung, para ahli panel berbahas dengan bebas tanpa sekatan . Dan amazingly, sepanjang sesi itu, Afnan kekal tersenyum. Itulah perwira sejati, sedia menerima kebenaran.

Dan proses review modul yang cukup panjang itu akhirnya berakhir dengan rumusan yang cukup padu. Beliau bersetuju untuk menerima teguran dan meninggalkan beberapa perkara yang diragukan dalam modul tersebut.

Dan lebih amazing lagi, perlantikan panel Syariah terus dibuat untuk memastikan tiada lagi permasalahan dalam program Mega Metamorphosis ini. Masya Allah , luar biasa sungguh effort untuk mengekalkan kebenaran ini. Bukan itu sahaja, Panel syariah dan panel TAMRIN akan turut serta menjadi pemantau dan tukang tegur serta merta andai ada keraguan yang ada pada hari seminar Mega Metamorphosis kelak. Allahuakbar. Hebatnya aturan Allah.

Tiada apa lagi yang perlu ditohmah dan difitnah. Cukup cukuplah melakukan defamation dan serangan peribadi. Sungguh, Allah Maha Mengetahui hati kalian yang masih terus menerus menyerang walaupun tabir kebenaran telah tersingkap. Bacalah kenyataan tuan Afnan ini dengan hati yang tenang. Subhanallah.

Dan atas dasar ukhuwwah Islamiyah juga, Saya bersaksi bahawa sahabat saya Afnan Rosli adalah muslim yang baik dan bersungguh sungguh mahu bawa kebaikan dan mesej Islam kepada semua orang.

Ustaz Hakim Avengers
- Pejuang Kebenaran

Yang salah bila kita lakukan sesuatu tanpa refer semula pada agama, Al-Quran dan sunnah.

sumber : https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10215264005539648&id=1419696174

Affirmation, visualization, positive thinking, positive motivation, meditation, feeling are prayers dan segala term yang digunakan untuk membantu kita menjadi manusia lebih baik itu tidak salah.

Yang Salah bila kita lakukan sesuatu tanpa refer semula pada agama, Al-Quran dan sunnah.

Apa yang mat saleh share untuk achieve impian tu tidak salah bagi mereka sebab mereka non Muslim. Kepercayaan mereka obviously tak sama macam kita. Limitation dan boundaries mereka juga tidak serupa dengan kita as Muslim.

Sebagai contoh meditation. Non Muslim mereka tiada solat. Jadi meditasi menjadi alat penenang dan kebahagiaan buat mereka. Tapi kita orang Islam. Allah dah beri solat. Bila tak tenang, perbaiki solat. Bukan pergi buat meditation.

The best meditation is solat percayalah. Even mat saleh pun ada buat kajian tentang perkara ni. Ramai juga yang convert Islam bila mereka nampak bukti yang nyata Islam adalah agama benar.

Berbalik kepada feeling are prayers. Ini sebenarnya adalah konsep husnuzon yang Allah ajar kita. Sentiasa bersangka baik pada semua manusia dan apa jua situasi yang kita hadapi setiap hari. Husnuzon itu selari dengan apa yang kita cakap, fikir dan rasa. Bukan hanya perasaan.

Kenapa perlu refer mat saleh kalau agama kita dah ajar perkara yang cukup powerful? Kita yakin agama kita agama yang benar bukan? Allah itu satu, hanya satu yang layak disembah tiada Tuhan selain Allah.

Nak menerima ilmu untuk memperbaiki diri ke arah kebaikan tak salah. Tapi cara perlaksanaan itu haruslah berlandaskan Islam, Al-Quran dan sunnah.

Ada yang cakap kalau segala ilmu 'ni' yang buat saya lebih dekat dengan Allah apa salahnya? Tiada salah. Yang salah cuma cara perlaksanaan tuan-tuan dan puan-puan. Asalkan mengikut Islam, Al-Quran dan sunnah tiada salahnya.

Balik pada fitrah. Tak perlu fikir terlalu mendalam. Jangan mudah triggered dengan term yang nampak macam power sedangkan kalau translate bahasa melayu tak ada apa-apa pun.

Seorang guru bertanggungjawab di atas pemahaman anak didiknya. Saya bukan orang yang tinggu ilmu agamanya. Tapi saya pegang saja apa yang dididik dari kecil. Jaga solat, baca Al-Quran, buat kebaikan tanpa saya perlu lakukan perkara yang di luar batas sebagai seorang Islam.

Sentuh pokok, ambil spirit alam itu ajaran barat tuan-tuan dan puan-puan. Tidak salah masuk ke hutan untuk kita mensyukuri keindahan dan merasai energi alam asalkan segala puji-pujian kita kembalikan kepada Allah dan zahirkan melalui ibadah yang Allah ajar dalam Islam. Guna perkataan solat dan ibadah itu lebih mudah memberi pemahaman. Kenapa nak pakai ritual, meditasi dan sebagainya?

Nak mengajar ni tanggungjawab besar. Kalau nak ajar term apa-apa pun pastikan anak-anak didik tidak tersasar.

Subhanallah. Ya Allah. Aku pun banyak kelemahan. Bantu aku sampaikan ilmu mengikut landasanmu ya Allah. Aku akan sentiasa cuba. Tambahkan ilmu yang benar kepadaku ya Allah.

Saya tegur kerana sayang. Kita semua nak masuk syurga sama-sama kan?

Jangan jadikan kebaikan sebagai alasan untuk kita menghalalkan segalanya.

LA HAWLA WALA QUWWATA ILLA BILLAH.

p/s: ini sedikit potongan utk support apa yang saya katakan. Boleh refer pada alim ulamak untuk pemahaman yang lebih baik.

Perjuangkan kebenaran,
Nora Adila

Dalam Islam, tiada kompromi bab akidah.

sumber : https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10157623903998966&id=836233965

Dalam Islam, tiada kompromi bab akidah.

Jangan terlalu seronok bermeditasi gaya agama lain, nampak cahaya putih yang disangka potensi diri yang baru, rezeki yang masuk tak henti disangka kerana duduk diam bertenang (meditasi) itu, purely Islam.

Alhamdulillah, syukur ramai terbuka mata dan sedar sesuatu tentang ajaran new age ni, tapi ramai masih tiada kekuatan untuk berkongsi, membuka cerita, kerana tiada sumber rujukan sahih, dan terasa diri kerdil.

In fact, mereka tak perasan pun mereka dah terpesong jauh.

Kawan-kawan,

Sekerdil mana pun kamu, kesesatan harus dibongkar. Kebenaran harus disampaikan.

Rasulullah tak pernah ajar umatnya bersyukur dan mengingati Allah gaya agama lain.

Kenapa fiona berani katakan ajaran ini menyimpang?

Kerana fiona pernah masuk kelas dan menghadiri seminar berkaitan.

Fiona perasan something is wrong bila ritual agama lain dicampur aduk dengan agama Islam.

Kenapa mesti ambil sumber rujukan dari tokoh agama lain, dan bukannya Rasulullah?

Apapun, be strong! Syukur ramai yang dah sedar. Masyallahhh, hidayah itu sesungguhnya milik Allah.

Bertaubatlah dengan sesungguhnya. Semoga Allah ampunkan dosa-dosa kita.

Apa itu ajaran new age? Kenapa ramai tak perasan mereka dah jauh terpesong?

Tahu tak apa itu istidraj?

Insyallah fiona sambung kupasan ini esok.

Esok pagi bagi fiona kongsi dulu cara buat teh herba yang boleh boost mood dan jadikan kita ceria dengan bau citrus dan kayu manis yang wangi ok.

Tungguu! ❤️

Apapun, fiona sayang kawan-kawan semua, dan tak mahu anda lebih jauh terpesong. Ingat, belitan iblis itu sungguh halus.

Suka menampakkan perkara sesat itu sebagai perkara baik yang kita rasa kita makin dekat kepada Allah.

Mastura Rashid

Mohon baca dengan TENANG, dan HATI TERBUKA, BERLAPANG DADA.

sumber : https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10157621301698966&id=836233965

Fiona sangat bersyukur kerana diberi peluang untuk bertaubat dari terjebak terus menerus dalam ajaran New Age.

Mohon baca dengan TENANG, dan HATI TERBUKA, BERLAPANG DADA.

Anda yang terpilih saja akan dapat baca status ini kerana Allah pilih siapa yang mahu dia beri hidayah. Buktinya dalam surah Al-Anaam.

Surah Al-Anaam, Verse 125:
فَمَن يُرِدِ اللَّهُ أَن يَهْدِيَهُ يَشْرَحْ صَدْرَهُ لِلْإِسْلَامِ وَمَن يُرِدْ أَن يُضِلَّهُ يَجْعَلْ صَدْرَهُ ضَيِّقًا حَرَجًا كَأَنَّمَا يَصَّعَّدُ فِي السَّمَاءِ كَذَٰلِكَ يَجْعَلُ اللَّهُ الرِّجْسَ عَلَى الَّذِينَ لَا يُؤْمِنُونَ

"Maka sesiapa yang Allah kehendaki untuk memberi hidayah petunjuk kepadanya nescaya Ia melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam; dan sesiapa yang Allah kehendaki untuk menyesatkannya, nescaya Ia menjadikan dadanya sesak sempit sesempit-sempitnya, seolah-olah ia sedang mendaki naik ke langit (dengan susah payahnya). Demikianlah Allah menimpakan azab kepada orang-orang yang tidak beriman."

Terima kasih pada abang ipar Fadil Hisham Hashim dan kakak Shidah Ab Rashid yang menjadi sumber rujukan pertama sebelum fiona diperkenalkan kepada pakar-pakar akidah yang bukan calang-calang orangnya.

Ajaran yang mencampur adukkan pelbagai ritual dan kepercayaan agama di dalam satu ajaran, yang dipanggil New Age.

Ajarannya sungguh halus. Bila melibatkan kuasa selain Allah, yakni semangat alam semesta untuk merubah nasib kita, maka, ketahuilah, ini amalan syirik!

Syirik Akbar!

Percaya kepada konsep Universal Oneness? Kesatuan dengan roh semut, pokok, alam dan lain-lain?

Tahukah anda konsep universal oneness ini ajaran agama buddha?

Percaya kepada kuasa alam semesta, universe (yang telah ditukar nama kepada energy untuk nampak lebih saintifik dan tak nampak sesat), frequency dan vibration untuk mendapatkan apa yang kita hajatkan, adalah bertentangan dengan ajaran Islam.

Syirik!

Ini semua dinamakan talbis iblis (belitan iblis).

Bermeditasi dengan duduk bersila, tapak tangan terbuka dan terbalik ke atas (ditukar nama kepada terma receiving untuk tidak nampak sesat), adalah mengikut ajaran hindu.

Syirik!

Insyallah fiona akan mula kupas satu persatu, perlahan-lahan. Alhamdulillah dapat berguru dengan seorang ustaz sunnah, yang faqih dalam bab akidah, graduan dari Universiti Madinah.

Masyallahhhh...syukur!

Ajaran new age ini termasuklah feelings are prayers, konsep universal oneness, chakra, menyedut kuasa putih, mengeluarkan roh dari badan, ah banyak lagi.

Cahaya putih bukan energy dan potensi diri, tapi mainan syaitan seperti yang dijelaskan oleh ustaz sunnah ini.

Adakah teknik berdoa ini (gaya buddha, gaya hindu, guna teknik frequency dan vibration) sama seperti apa yang Rasulullah dan para sahabat ajarkan?

Surah Al-Ahzab, Verse 21:
لَّقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِّمَن كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الْآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيرًا

"Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)"

Allah dah beritahu Rasulullah itu adalah sebaik-baik contoh untuk umat manusia.

Tapi kenapa masih nak ikut,

1. Gregg Braden, si guru ajaran new age?

2. Dandapani, seorang sami hindu yang dengan jelas beritahu tentang amalan mereka menggunakan teknik frequency dan vibration untuk dapatkan apa yang dihajati dengan kuasa alam semesta?

Ramai lagi guru-guru ajaran new age.

Ya, fiona harus jujur dalam berkata yang benar. Kerana dah ramai fiona bawa untuk terjebak sama.

Maafkan fiona. Fiona dengan rendah diri memohon maaf di atas kesesatan ini.

Sangat sedih kerana ramai antara mereka yang fiona bawa sudah pun terlampau taksub dengan orang ini kerana mahu bahagia, mahu magic dalam hidup, mahu itu dan ini instantly.

RAMAI YANG TELAH SYIRIK TANPA SEDAR. Kerana apa? Kerana ajaran new age ini sungguh halus. Nampak islamic kerana mengingati Allah, tapi kaedah mengikut ritual agama lain.

Cuma fiona bersyukur, fiona sendiri tidak pernah taksub dengan mana-mana guru. Maka, fiona percaya Allah telah makbulkan doa untuk pulang semula ke jalan yang lurus.

Janganlah kita meletakkan akal jauh ke depan dari apa yang dibawa oleh Rasulullah. Kompas hidup kita adalah Al-Quran dan sunnah.

Tugas akal adalah beribadat kepada Allah,  bukan menjadi Tuan. Akal bukan a supreme being. Jangan biarkan kita terus dibelit oleh iblis dengan menyangka akal is above everything. 

Untuk yang bertanyakan kelas ustaz-ustaz sunnah, kelas diadakan di Sunnah Scene, Sri Rampai Business Park. Betul-betul atas Wahab Cendol.

TIADA APA-APA BAYARAN DIKENAKAN.

Sungguh selesa! Ada bilik khas untuk anak-anak bermain, tak mengganggu kelas. Inilah kelas paling tenang fiona pernah attend. In fact waktu berjalan ke pantry belakang, fiona rasa sungguh sebak.

Syukur dalam sebak, kerana rasa telah diselamatkan.

Fiona mohon, jangan biarkan desperation kita untuk kaya dan berjaya itu menjadikan kita hilang akal dan rosak akidah, langsung syirik kepada Allah dan mengakibatkan  kita kekal di neraka, selama-lamanya.

Mastura Rashid
Ibu 3 anak disleksia
Hidayah itu milik Allah

Gerakkan Mengislamisasikan Amalan Spiritual Agama Asing Ke Amalan Muslim

Sumber : https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2360826404191233&id=1825017094438836

Gerakkan Mengislamisasikan Amalan Spiritual Agama Asing Ke Amalan Muslim

New Age Movement adalah sebuah gerakan yang bersifat sinkretisme iaitu memetik eleman-eleman dalam ajaran agama khususnya melibatkan amalan spiritual dan eksoterik lalu diadun menjadi sebuah bentuk amalan di atas nama program motivasi untuk meningkatkan potensi dalaman, Law of Attraction, Felling are Prayer, Self Empowerment, Stifin, menjemput rezeki dan juga menghindari elemen negatif di sekeliling.

Antara ritual dan kaedah agama yang digemari New Age Movement ini dengan memetik amalan keagamaan seperti Yoga, Chakra, Kundalini, Tantra, Reiki, Qigong, Hypnotherapy, Transformational Breathing, Transcedental Meditation, Huna, Fourth Way, Macrobiotic, konsep tenaga positif dan negatif dan seumpamanya telah diadun dengan kaedah sains palsu dan juga diberi istilah yang lain untuk membuktikan ritual itu adalah praktikal dan bukan bersifat doktrin semata.

Yoga dan Chakra adalah antara konsep yang utama yang diperkenalkan di dalam New Age. Cuma yang membezakan adalah mereka memberi istilah ‘islamik’ dari terma agama untuk mengaburi ramai pihak. Yoga sememangnya jelas ia adalah eleman yang diajar di dalam agama Hindu, dan di dalam Hinduisme yoga dikenali sebagai Nadi. Ia adalah amalan yang berasal dari agama Hindu dan Majlis Fatwa Kebangsaan telah mengharamkan umat Islam dari terlibat dengan sebarang unsur melibatkan Yoga.

Dalil tentang konsep yoga dan chakra ini ada disebut di dalam kitab suci Hindu iaitu Upanishad:

“Dalam jantung ada atman ini. Dari sini ada serratus satu nadi. Setiap nadi ini terbahagi dalam seratus saluran yang lebih kecil. Dari setiap saluran kecil ini terbahagi lagi menjadi 72 000 saluran cabang. Di dalam saluran-saluran inilah vyana bergerak. Sekarang bergerak ke atas melalui salah satu saluran ini, nafas ke atas (udana) sebagai akibat dari perbuatan baik akan menuju dunia yang baik, sebagai akibat perbuatan buruk akan menuju ke dunia yang buruk, dan sebagai akibat dari kedua-duanya, kepada dunia manusia.” (Prasna Upanishad 3: 6-7)

Inilah ayat berkaitan dengan Yoga dan Chakra. Ia adalah jelas merupakan konsep agama Hindu. Amalan ini belum pernah terbukti dari sudut saintifik samada ia memberi kebaikan kecuali hanya melalui testimoni dari orang yang mengamalkannya.

Doktrin Yoga dan Chakra ini menjadi penting bagi New Age kerana ia membantu mereka untuk mengaitkan ‘kuasa dalaman’ dan ‘potensi dalam diri’ untuk ‘memotivasikan’ bagi menguatkan diri seseorang.  

Apa Masalah New Age & Muslim?

Antara sikap yang terbentuk kepada pengamal ‘Islamik New Age’ ini adalah mereka akan cenderung untuk melogikkan perkara mukjizat dengan amalan yang dibawa oleh New Age.

Contoh terdekat adalah, di dalam New Age menekankan bahawa setiap manusia menghasilkan aura positif dan negatif. Untuk mendapat aura positif itu perlu menjalani beberapa syarat antaranya sentiasa berkata perkataan yang positif dan tidak mengucapkan perkataan yang menunjukkan kita lemah.

Lalu New Age akan memberi ‘bukti’  dengan sains palsu tentang kajian Masaru Emoto tentang molekul air akan berubah menjadi cantik apabila diucapkan perkataan positif, manakala molekul air akan berubah menjadi buruk apabila diucapkan perkataan negatif. Walhal kajian ini belum pernah dibuktikan sah! William A. Tiller di dalam What The Bleep Do We Know? mengulas bahawa kajian Emoto itu tidak berasas.[1] Malah ramai ahli sains lain turut mengkritik beliau seperti William Reville, Tyler Volk, Harriet A. Hall, Stephen Kiesling dan ramai lagi.

Lalu dengan ‘bukti saintifik’ dari Emoto ini digunakan mereka untuk mengajar kita bahawa jangan sesekali kita mengucapkan perkataan sesuatu yang negatif dan yang melemahkan. Hasil dari prinsip ini ia membentuk penafian pengikut New Age terhadap doa yang diajarkan oleh nabi Muhammad SAW seperti doa:

“La Haula wa La Quwwata illa billah”

( Tiada Daya dan Upaya Melainkan Pertolongan Allah )

Bagi New Age, perkataan ini adalah termasuk melemahkan diri kerana ia bentuk aura negatif yang perlu dihindari dari diucapkan. Bagi mereka setiap manusia menjadi kuat disebabkan kuasa dalaman dalam diri mereka dan dipengaruhi oleh perkataan dan mind set mereka sendiri.

Begitu juga apabila ‘Islamik New Age’ memperkenalkan Feeling Are Prayer. Mereka akan menetapkan beberapa syarat untuk memprolehi ‘nikmat’ dalam berdoa antaranya jangan sesekali berdoa ketika ada perasaan takut. Ini kerana dengan perasaan takut itu menguasai maka ia akan berlaku seperti apa yang dirasakan. Walhal ini jelas bercanggah dengan doa para nabi di dalam al Quran:   

“Ya Tuhan Kami, Kami telah Menganiaya diri Kami sendiri, dan jika Engkau tidak mengampuni Kami dan memberi rahmat kepada Kami, niscaya pastilah Kami Termasuk orang-orang yang merugi.” (Surah Al A’raaf :23)

Ya Tuhanku, Sesungguhnya aku berlindung kepada Engkau dari memohon kepada Engkau sesuatu yang aku tiada mengetahui (hakekat)nya. dan Sekiranya Engkau tidak memberi ampun kepadaKu, dan (tidak) menaruh belas kasihan kepadaKu, niscaya aku akan Termasuk orang-orang yang merugi.” (Surah Hud :47)

Jika diikuti kaedah Feeling Are Prayer ini, adakah mereka ingin menafikan cara berdoa di dalam al Quran ini? Sebab di dalam doa-doa ini jelas mengandungi kebimbangan dan mengandungi keinsafan diri.

Begitu juga apabila ‘Islamik New Age’ ini mula melogikkan mukjizat nabi dengan konsep Living In Abundance. Lalu dia memetik sirah nabi ketika sebelum perang Khandak, nabi dijemput oleh Jabir untuk makan di rumahnya. Setelah itu nabi menjemput sahabat yang lain dengan ramainya dan akhirnya lauk yang sedikit itu mencukupi semua orang. Lalu ‘Islamik New Age’ mengatakan itu adalah kuasa Living In Abundance seakan-akan menafikan ia adalah salah satu mukjizat nabi Muhammad SAW.

Kesimpulan

Masih banyak lagi kesan yang buruk kepada iman hasil dari dakyah New Age Movement. Ia berdasarkan modul dan kaedah apa yang mereka bawa. Jika kaedah Reiki maka kesannya berlainan dengan contoh-contoh di atas.

Bagi orang awam, saya akui mereka sukar untuk mengesan di mana bahaya dan silapnya kaedah New Age tambahan pula apabila ia dibalut dengan terma Islamik. Ia memerlukan orang memahami apa itu dasar esoterik, spiritual, tantra yang ada di dalam eleman agama-agama lain. 

Nota kaki:___________________

[1] http://www.via-visioninaction.org/via-li/journals/What_the_Bleep_Perspectives_Vol2_No3-4.pdf

HIDUP JADI LEBIH TERKAWAL?

Kenapa ada orang deactivated Facebook??? kerana mereka percaya ia dapat tingkatkan vibration. Yes! sebab antaranya ialah untuk HIDUP JADI LE...