Monday 25 May 2020

TidurYangPower

Assalamualaikum dan selamat malam!
Dah malam, dah penat.
Seharian ke sana sini, seharian bekerja.
Rasa macam bila nampak bilik, nampak katil, terus nak baring dan tidur. Betul tak?
Siapa macam tu? 🙋🙋🙋
.
Saya pun macam tu 😂
Tapiii...esoknya, bila bangun, mula lah merungut.
Rasa macam tak cukup tidur.
Masih rasa penat. Tak segar. Rasa lenguh.
Belum lagi bila tak bangun #Tahajjud, tapi #BangunTerkejut. 
Terkejut sebab dah 6.45am 😅 Subuh gajah.
Terkejar kejar nak siapkan anak sekolah.
Hasilnya sepanjang hari, terkejar-kejar.
Senang bad mood. Tak rileks.
.
Haaa, ni lah kesannya bila kita tidur tapi bukan #TidurYangPower. 
Bangun tidur penuh masalah, penuh kelam kabut.
Hasilnya, sepanjang hari rasa serabut.
Betul tak?
So, siapa nak bangun pagi rasa HEBAT, teruskan baca, ya.
.
😴 😴😴😴😴
💗 Tip 1 : Tidur awal.
Ni mak-mak kita selalu pesan.
Bila mak pesan, tak jalan.
Kena tuan Afnan Rosli juga yang pesan 😂
Sebabnya, mudah kita nak bangun awal nanti.
Sebab badan cukup rehat. 
Badan cukup "Recovery" time.
.
Pro tips : 
🗣 Bila tidur antara 9-12 malam
1 jam tidur bersamaan dengan telah tidur 3 jam.
🗣 Bila tidur antara 1-6 am
1 jam tidur bersamaan dengan telah tidur 1 jam.
🗣 Bila tidur anatara 7am-1pm
3 jam tidur baru bersamaan dengan telah tidur 1 jam.
.
Maksudnya, andai anda tidur bermula 9pm dan bangun 12am, bersamaan 9 jam, anda telah tidur.

Masa zaman kuliah, zaman sekolah, selalu kan korang bangun stay up macam ni?

Kenapa rasa segar bila dah tidur dulu macam ni? Sebab, badan kita dah cukup recovery.
Dah dapat hilang penat letih lesu.
Macam dah recharge semula.
Jadi, pukul 1 am ni lah kita para ibu mula buat kerja rumah 😁 mula mengemas.
Sebab tu jangan takut kerja banyak tak siap.
Tidur dulu, bangun baru sambung.
.
💗 Tip 2 : Jangan scroll FB sebelum tidur.
Sebab banyak news feed FB yang boleh ganggu emosi kita sebelum tidur. 
Bila jadi habbit, kita akan absorb cerita-cerita tu, membuatkan kita bereaksi sama macam apa yang berlaku pada news feed.
.
Contohnya, bila kita ada kawan yang selalu up status yang negatif, marah-marah, sedih-sedih, kita akan terikut sama tu. 
.
Pro tips :
🗣 Buat Flight Mode pada henfon. So tak ada dah data nak scroll FB.
.
💗 Tip 3 : Letak HP di luar bilik.
Nak mengurangkan blue ray dan radiasi.
Sebab dua gelombang ni, boleh mempengaruhi saraf pada mata, menyebab kan insomnia/susah tidur.
.
Pro tips :
🗣 Kalau anda seorang yang perlu membaca sebelum tidur, kita ada satu teknologi, bernama BUKU.
🗣 Kalau anda seorang yang memerlukan alarm dalam henfon (macam saya), sila gunakan teknologi bernama JAM LOCENG

😂😂😂😂😂
(Ayat tuan Afnan tu)
"Saya akan pastikan, saya tidur dalam.keadaan lebih pandai dari pagi itu. Tambah ilmu walaupun satu perkara."
.
💗 Tip 4 : Setting bilik 
Pasang bunyi-bunyi white noise/ayat quran.
Pasang bau-bauan, macam diffuser yang berisi essential oils.
Penting sebab ini recharge place.
Pilih tilam/katil bersesuaian.

Pro tips :
🗣 Saya pasang bebauan bunga, dari EO/minyak pati tumbuhan. Contohnya #Lavender, ikut kesukaan masing-masing. Sebab ada orang rileks dengan #Peppermint, ada orang denga akar kayu seperti #Cedarwood, #Vetiver.
.
💗 Tip 5 : Bersedia untuk tidur.
Mandi. Pakai minyak wangi.
Manjakan diri.
Cantikkan diri.
Sebab bila kita tidur hensem/cantik, kita akan bangun tidur lebih hensem/cantik.

Pro tips :
🗣 Pilihan pertama saya, bath tub, kalau mandi lagi saya suka. Rasa letih badan hilang.
🗣 Pilihan ke dua, Super Shower, katanya. Sejenis shower pintar yang siap ada pengering badan 😁
.
💗 Tip 6 : Tidur dalam rasa kasih dan bersyukur.
Remind balik apa yang berlaku hari ini.
Ingat balik apa yang kita kena syukur.
Tulis list, dalam jurnal, setiap hari.
Gandakan rasa syukur kita tu 1000 kali.
.
💗 Tip 7 : Catat "To Do List" untuk esok hari.
Plan apa kita nak lakukan esok hari.
Kemana kita nak pergi.
Dengan siapa kita berjumpa.
Apa yang kita nak sebagai result planning kita.
.
💗 Tip 8 : Mental rehearsal.
Kita rehearse apa aktiviti esok hari.
Kemana, dengan siapa.
Rehearse se detail mungkin.
Ingat kan, di sekolah dulu, kita pun selalu rehearsal macam-macam sebelum buat persembahan.
Sama macam hidup juga.
Jangan terkejut, kalau hari demi hari seperti yang kita bayangkan.
.
Pro tip :
🗣 Kalau ada yang berlaku berbeza dengan apa yang kita bayangkan, ingat, U plan, Allah plan, Allah is the best planner.
.
💗 Tip 9 : Baca ayat pendinding, selawat hingga tertidur.
Selawat ni, tinggi nilai kasih sayang dia.
Sayangnya kita pada Nabi Muhammad.
Sayangnya Nabi pada umat 
Sebab tu, bagus kita tertidur dalam rasa kasih ni.
.
.
.
😴😴😴😴😴
Complicated nya nak tidur?
Idak aihhh. Ni habbit je ni.
Kalau dah buat seminggu, mudah dah.
Siapa ada anak kecil, follow juga tips ni.
Anak-anak saya pun dah tidur awal.
Sampai maknya tertidur sekali.
.
Bila ikut 9 tips ini, insyaallah mudah anda nak bangun 4am, 5am untuk Tahajjud.
Rasa lapang, rasa fresh.
.
Korang cuba ya. Memang power 😊
Nanti Tahajjud saya sambung lain.
Tidur dulu jom. Esok jumpa.

#SharingIsLoving
#JourneyToLoveThyself
#GiveValueToYourself
Syafa Samad

HIDUP JADI LEBIH TERKAWAL?

Kenapa ada orang deactivated Facebook??? kerana mereka percaya ia dapat tingkatkan vibration. Yes! sebab antaranya ialah untuk HIDUP JADI LE...