Saturday 28 September 2019

Modul Metamorphosis ini merupakan benda yang punya titik persamaan dengan beberapa seminar dalam dan luar negar

sumber : https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10220643759309795&id=1409650354

Sekarang baru 7.20 pagi di London. Saya ada mesyuarat jam 10.00 pagi, tak tahu nak sarapan apa. Haha. Sejak Dato Mufti keluarkan kenyataan semalam, ada kawan, ada orang yang saya tak kenal, minta sangat saya keluarkan kenyataan.

Saya pun tak tahu kenyataan apa, namun yang saya boleh kata ialah kita kena ikut apa yang Dato Mufti tegur dan nasihat.

Ada beberapa benda yang saya ingin jelaskan kepada semua:

1. Modul Metamorphosis ini merupakan benda yang punya titik persamaan dengan beberapa seminar dalam dan luar negara.

Cuma, seminar yang ini dilaporkan kepada Pejabat Agama dan Pejabat Mufti.

Dan sebab itulah Pejabat Agama dan Pejabat Mufti bertindak. Ianya hampir sama dengan kes ESQ beberapa tahun lalu.

2. Afnan Rosli tidak recruit, tidak sebarkan, tidak berdakyah atau berdakwah untuk membawa kepada New Age. Tuduhan ini sangat berat dan membawa kepada fitnah yang nyata.

Ia adalah modul seminar happiness yang mempunyai titik persamaan dengan beberapa elemen. Dan elemen itu yang ditegur supaya diubah kerana ada kaitan dengan pegangan agama kita semua.

Mengajak menyertai ajaran sesat, tidak.

3. Afnan kena bertaubat, Alumni kena bertaubat. Bukan alumni juga kena bertaubat, yang memuat naik status tuju-tuju, yang membawa kebencian kepada Tuan Afnan, yang fitnah serta berusaha sangat-sangat supaya Afnan Rosli dihapuskan, dipenjara, dihukum seberat-beratnya dengan tuduhan membawa ajaran sesat, kena bertaubat.

Maksud taubat dari Dewan Bahasa dan Pustaka ialah: permintaan ampun yg disertai rasa sesal dan berazam kembali ke jalan yg benar. ~ nasuha taubat yg sebenar-benarnya (dgn jujur dan ikhlas). bertaubat meminta ampun dan menyesal atas dosanya yg sudah-sudah dan berazam tidak akan melakukannya lagi: (Kamus Pelajar Edisi Kedua).

Saya juga kena bertaubat, dosa saya sangat banyak dalam kes ini. Saya sendiri akui saya kadang-kadang jadi benci sana sini hanya kerana posting yang begitu begini.

4. Jujur saya katakan, adalah sangat baik mana-mana guru, orang yang dikenali serta sesiapapun anda sama ada penah ke kelas atau tidak, mempunyai persoalan dan perkara yang tidak baik tentang satu-satu hal, bertanya terus kepada empunya diri atau terus melapor dari menulis dan membawa orang lain menghentam tanpa usul periksa.

5. Kita tidak jadi hero, juga tidak diangkat suci murni dan mulia untuk membawa orang ke jalan yang baik dengan cara membenci orang lain.

Kawan-kawan yang baik,

Saya sendiri diganggu, dihentam, dibunuh rasa berkawan sesama sendiri oleh kerana kes ini. Susahnya kita nak berlapang dada kerana kita ada kebencian sana sini.

Saya kena block, saya juga memblock. Saya fokus kepada apa yang saya boleh belajar sahaja.

Kes Afnan dan Metamorphosis ini adalah benda bagus untuk kita belajar.

Kita sering sebut hal akidah tidak boleh dibawa main, namun kita juga kena sedar yang fitnah, menipu, mencuri, menggunakan fake account, rasuah, serta apapun bentuk kejahatan yang kita buat, tetap kena bertaubat dan memohon ampun maaf kepada Allah.

Afnan menerima cacian yang super duper banyak. Beliau sudah meminta maaf dalam live baru-baru ini. Dan ianya dianggap tidak valid oleh netizen selepas keluarnya Bayan Linnas dari Dato Mufti.

Netizen masih mahukan penjelasan dan permohonan maaf yang baru bagi perkara nombor 4 di dalam Bayan Linnas tersebut. Dan doakan kami berjaya bersembang dengan Afnan tentang hal ini.

Setiap orang, perlu bantuan. Dan diwaktu dia susah, perkara paling mudah nak “bantu” Afnan ialah menaikkan status di media sosial masing-masing supaya Afnan baca dan insaf. Jujurnya itu tidak berlaku.

Teguran secara umum dan dibuat dikhalayak itu membawa kepada kebencian dan keraguan terhadapnya. Itu antara tragedi buruk kita semua.

Kita semua berharap teguran kita adalah perkara baik, namun kawan-kawan, berhati-hati, boleh jadi yang kita tulis itu ditarik segala jari-jari kita untuk merasa perit api neraka.

Jujurnya, saya puji mereka yang menerangkan tentang ritual dan aktiviti yang salah itu tanpa sikit pun membenci dan meragukan orang lain. Saya kagum dengan bahasa dan ayat kalian. Alhamdulillah.

Kawan-kawan,

Ini kita belajar.

Jika kita sayang seseorang, tegur dia depan-depan. Bawa dia, angkut dia, paksa dia, pujuk dia untuk dia dapat nasihat serta pesanan dari mereka yang jauh lebih arif dan bijaksana.

Dunia hari ini dikuasai media sosial, dan kita tak sedar, yang kita ini sedang jadi orang jahat yang berlatar belakangkan ilmu dan kepandaian.

Semua orang berusaha nak baiki, dan usaha di belakang tabir, kita tak mahu buat, kita lebih suka biar orang nampak dari apa yang Allah tahu dan pandang.

Saya Khairul Hakimin Muhammad dengan ini memohon ribuan kemaafan dari kalian. Yang bersetuju dan tidak setuju dengan apa sahaja yang kami duk buat dalam membantu selesaikan kemelut ini.

Jutaan terima kasih kepada TAMRIN dan Pejabat Dato Mufti Wilayah Persekutuan, Tuan Afnan sendiri, serta semua kawan-kawan sama ada yang kenal atau tak, yang PM, Whatsapp, dan berhubung demi mendapatkan solusi dan penerangan yang sebaik-baiknya.

Alhamdulillah. Saya tidak akan komen lagi dan move on. Semuanya dah selesai. Alhamdulillah.

Khairul Hakimin Muhammad,
Belajar lagi.

No comments:

Post a Comment

HIDUP JADI LEBIH TERKAWAL?

Kenapa ada orang deactivated Facebook??? kerana mereka percaya ia dapat tingkatkan vibration. Yes! sebab antaranya ialah untuk HIDUP JADI LE...