Monday 19 April 2021

HIDUP JADI LEBIH TERKAWAL?

Kenapa ada orang deactivated Facebook??? kerana mereka percaya ia dapat tingkatkan vibration. Yes! sebab antaranya ialah untuk HIDUP JADI LEBIH TERKAWAL?
.
Rugi rasanya kalau tak share pagi ni, ini sebahagian perkongsian beliau:
.
Semalam saya berkongsi dengan sahabat saya beberapa key point tentang kenapa kita end up hidup kita being too unfocused dan akhirnya kita rasa Lost dalam hidup.
.
Saya bagitaw beliau, satu je puncanya, sebab kita dah mula lost control of our own Mind.
.
1. Minda kita yang mengawal basically semua keputusan yang kita buat dalam hidup. Dan semua keputusan akan ada hasil dan kesannya pada hidup kita. Kalau anda lihat hidup anda sekarang, siapa diri anda sekarang, baik atau buruk, ini semua adalah hasil dari Keputusan2 yang anda buat selama ni. Betul?
.
2. Saya bagitaw beliau, since kita ni dah jadi Habits, sikit2 buka phone, sikit2 check FB, Whatsapp dan IG. Padahal takde ape pun yang kita jumpa dalam tu. Tapi selang beberapa minit sekali kita macam dah Default mode kne buka phone kita.
.
Kenapa macamni?
.
- Otak kita bosan. Bila otak kita bosan, kita mula angkat phone dan scroll fb untuk isi gap ke kosong dan mencari dopamine (Hormones yang buat kita feels good sama macam dadah & alcohol) Tiap kali orang like kita, kita dapat dopamine tu.
.
Mula2 memang kita buat macamtu sebab kita takde nak fikir pape. Tapi dah bertahun2 kita buat benda tu, hari demi hari demi hari. Benda tu dah mula jadi Distraction untuk kita.
.
Apa jadi bila anda practice untuk Distract otak anda hari2?
.
Anda akan JADI EXPERT DALAM DISTRACTS DIRI SENDIRI.
.
Akhirnya, kita lost control of otak kita sendiri. Sebab, apa yang dalam newsfeed tu, kita memang takleh control. Gossip Artist, berita Kemalangan, Berita Jenayah, Masalah Rumahtangga Orang, semua tu kita absorb masuk dalam minda separa sedar kita.
.
Kita seolah olah jadi Zombie bila kita mula scroll fb. Mind kita di bawa ke satu alam lain. Its a huge Distraction!
.
Benda ni last sekali effects pada Productivity kita, Effects pada Perhubungan kita, Effects pada Hidup kita.
.
Yela, tiap kali kita buat sesuatu kerja, sebab kita dah jadi Experts dalam Distracts diri sendiri, maka sikit2 kita stop and scroll fb, akhirnya kerja kita jadi lambat siap. (Saya percaya ramai ada masalah ni)
.
Tiap kali pasangan kita, anak2, clients, atau sesiapa saja bercakap dengan kita, kita distracts diri kita dengan pandang pada phone. Bertahun2 kita buat macamtu. Orang mula rasa tak di hargai, quality komunikasi kita menurun. Akhirnya keretakan rumah tangga.
.
Saya bagitaw beliau. Kalau kau boleh take control balik of MIND kau. Kau mula boleh FOCUS hanya pada apa yang kau nak. Masa tu baru kau nampak satu persatu benda kau nak muncul.
.
Sebab?

WHERE ATTENTION GOES, ENERGY FLOWS.
.
So apa nak buat?
.
Start clear all the sampah2, all the noise dalam otak. Clear, clear, clear! Bagi otak tu lapang sikit. Clearkan through Solat, Zikir, Meditation.
.
2Jam Sebelum tidur dan lepas bangun tidur dah jangan pegang phone. Kawal minda dan hanya focus pada benda yang anda nak SAHAJA.
.
Reverse balik process tadi. Kalau tadi anda practice hari2 jadi Expert Of Distraction. Sekarang anda focus jadi Expert Of FOCUS!
.
Setiap orang yang bercakap dengan anda harini, anda mula bagi FULL ATTENTION! Dengan dengan teliti, setiap kerja yang anda buat, anda mula bagi FULL ATTENTION!
.
Dan tempat paling bagus untuk belajar FOCUS ialah dalam SOLAT. 5kali sehari anda bagi 100% undivided attention. Khusyu’ Khusyu’ Khusyu’ dalam solat.
.
Sebab tu dalam Islam kata kalau baiki Solat, kita dah baiki seluruh hidup kita. Sebenarnya solat tu ajar kita untuk Take Control of our Mind.
.
Jadi EXPERT OF FOCUS!
.
LET GO OF TOO MUCH SCREEN... antara 1 dari 5 PERKARA ANDA PERLU LEPASKAN UNTUK TINGKATKAN VIBRATIONS.
.
Semoga bermanfaat.

1 comment:

HIDUP JADI LEBIH TERKAWAL?

Kenapa ada orang deactivated Facebook??? kerana mereka percaya ia dapat tingkatkan vibration. Yes! sebab antaranya ialah untuk HIDUP JADI LE...