Tuesday 20 August 2019

5 perkara yang anda perlu lepaskan untuk tingkatkan Vibrations

5 PERKARA ANDA PERLU LEPASKAN UNTUK TINGKATKAN VIBRATIONS.

Sambung status saya pagi semalam. Saya sudah explains kepentingan memahami Vibrations. Dan saya sudah kongsikan salah satu dari 11 cara meningkatkan Vibrations.

Iaitu melalui bunyi. Saya juga kongsikan 10 Bunyi yang boleh tingkatkan vibrations anda.

Malam ni saya nak share 5 perkara yang anda perlu lepaskan untuk tingkatkan Vibrations anda.

1. LOWER EMOTIONS.

- Charta di bawah ialah dari buku Power vs Force by Dr. David Hawkins. Anda perlu lepaskan lower Emotions yang ada dalam diri anda supaya Energy Vibrations anda boleh meningkat. Cara nya ialah dengan FORGIVENESS.

Yes! Memaafkan. Lepaskan perasaan teraniaya, dendam, marah, pride, guilt, desire, anger dan sebagainya. Maafkan. Dalam #Metamorphosis kita akan Belajar memaafkan dan melepaskan.

2. ATTENTION & ATTACHMENT TO THINKING.

- Yang ni agak mendalam, panjang kalau nak explain via penulisan. So nanti saya akan explain dalam Seminar Metamorphosis InsyaAllah.

3. TOXIC FOOD.

- Apa yang kita makan, akan jadi diri kita. Sepatutnya apa yang kita makan membuatkan kita rasa energetic, fresh, pumped up. Tapi kita harini lepas makan rasa lemah, nak tidur, lemau, rasa beraaaat je kan?

Itu tanda makanan kita bukan makanan terbaik, atau kita consume terlalu banyak. Go for fresh healthy food, let go of toxic, processed food. Goreng-goreng, minyak-minyak, semua lower kita punya Vibrations.

4. TOXIC PEOPLE WHO BRING YOU DOWN.

- Lepaskan orang yang suka merendahkan anda, melemahkan anda. Ini adalah energy Vampire yang akan sedut habis Energy anda dan buatkan anda penat. Don’t get into their drama & problems.

Anda maafkan, (baca post saya tentang memaafkan) tapi anda jarakkan diri anda dari mereka. Kekalkan silaturrahim, cuma jarakkan diri. Kerana diri anda begitu berharga.

5. LET GO OF TOO MUCH SCREEN.

- Consumption TV, phones yang tak terkawal dan berlebihan juga boleh merendahkan Vibrations. So, lepaskan. Phone tu, most of the time letak on flight mode. Bila nak guna baru on data. Dengan cara ni, Vibrations kita tak terganggu, dan kita hanya benarkan orang capai pada kita, pada waktu yang kita nak sahaja. Kerana diri kita, masa kita begitu berharga.

Belajar sesuatu?

#Share Moga Bermanfaat.

Jemput Follow 👉🏻Afnan Rosli. Saya menulis tentang Motivasi dan Pembangunan Diri setiap hari.

           -Afnan Rosli-
Exclusive Calligraphy Artist

Friday 16 August 2019

kenapa ye? Rajin sangat menulis

Afnan, kenapa ye? Rajin sangat menulis, share-share ilmu ni? Bukan dapat duit pun.

No,no,noooo. You don’t understand. Kita semua is all interconnected. Kau, aku, pokok-pokok, haiwan, langit, galaxy, everything is connected.

Kita semua di cipta oleh satu Kuasa yang sama, Allah. Kita wujud dalam satu Ecosystem sunnatullah yang Maha dahsyat. Di mana, semua benda berkait antara satu sama lain.

Oxygen yang aku bernafas sekarang, pokok bekalkan pada aku, pokok ambil carbon dioxide dari udara yang aku hembus.

Aku makan lembu, kambing. Nanti aku mati, tubuh aku di kembalikan pada bumi, mereput, jadi rumput, jadi tanah. Lembu, kambing makan rumput.  Its a circle of life.

Even unsur iron dalam hemoglobin yang ada dalam darah aku ni, terbentuk dari Supernova yang telah terjadi jutaan tahun dahulu. Alam secara asas tak ada unsur iron. Hanya dengan letupan bintang dan matahari yang besar di panggil supernova baru unsur iron tercipta.

Tanpa process ini jutaan tahun dahulu, kita semua mustahil boleh wujud dan bernafas harini. Nampak tak? Everything is connected, tak ada satu pun makhluk yang Allah wujudkan tanpa ada fungsi dan kaitan pada makhluk yang lain.

Even makhluk itu duduk pada jarak jutaan tahun perjalanan cahaya. Ia tetap ada kaitan pada hidup kita harini.

If everything is interconnected, what you do to others is actually what you do to yourself. Kalau kita buat sesuatu kebaikan pada orang lain, atau makhluk lain. Sebenarnya kebaikan itu akan pulang pada kita dalam bentuk yang lebih besar.

Kalau saya bantu Ribuan orang jalani hidup yang lebih tenang, lebih bermakna. Sebenarnya ribuan Energy, Vibrations yang baik is reflecting back to me.

Harini, semua masalah yang berlaku dalam dunia kerana kita tak rasa kita saling berkait. Kita rasa aku adalah aku, kau adalah kau.

Kalau kita sedar yang separuh dari system pernafasan kita ada pada pokok-pokok dan hutan. Nescaya kita tak akan sondol semua hutan-hutan semata-mata untuk duit.

Kalau kita percaya apa yang kita buat pada orang, akan reflects balik pada kita, nescaya kita takkan tipu orang, rasuah orang, pukul orang, hina orang dan sebagainya. Sebab harini kita rasa aku adalah aku, kau adalah kau. Sebab itu kita seronok kecam sana sini.

Sebenarnya kecaman dan cacian kita semua beri bekas pada kita balik. Cuma dalam keadaan kita tak sedar. Bukan manusia sahaja. Seluruh alam ini berkait. Everything is connected.

Kata Jalaluddin Ar Rumi.

“WE ARE ONE! Everything in the universe is within you. Ask all from yourself.”

Kau, aku, kita semua satu. Aku sakitkan kau, bermakna aku sakitkan aku. Aku Bahagia kan kau, bermakna aku Bahagia kan aku.

Alangkah bagusnya kalau semua orang faham begini kan? Bantu saya sebarkan mesej ini boleh?

Anda Belajar sesuatu? Salam Jumaat semua.
#Share Moga Bermanfaat.

Jemput Follow 👉🏻Afnan Rosli. Saya menulis tentang Motivasi dan Pembangunan Diri setiap hari.

          -Afnan Rosli-
Exclusive Calligraphy Artist

Thursday 15 August 2019

CANTIKKAN RUANG SOLAT, HIDUP JADI TENANG, REZEKI DATANG DENGAN SENANG.

CANTIKKAN RUANG SOLAT, HIDUP JADI TENANG, REZEKI DATANG DENGAN SENANG.

Barang siapa yang Memperbaiki Solat nya, sesungguhnya dia sedang memperbaiki seluruh hidupnya.

Macam posting saya sebelum ni, setelah berbual, dan interview puluhan orang-orang berjaya dan berada di Top dalam bidang masing-masing. Hampir semua mengatakan, Khusyu dalam Solat adalah penyumbang Besar dalam Kejayaan mereka.

Selalu kita dengarkan,

“Aku dah solat, aku dah doa, tapi kenapa tak berjaya pun?”

Tuan-Puan,

Solat dengan jaga Solat tu ada Beza nya. Kata Ustaz Ebit Lew, Beza orang yang Solat dengan Orang jaga Solat itu macam langit dengan Bumi.

Antara Ciri jaga Solat, termasuk lah, jaga Waktu Solat, awal Waktu, jaga Pakaian Solat, dan juga jaga Tempat Solat. Tempat Solat yang tenang, selesa dan mendamaikan memang betul2 menyumbang pada Khusyu dan Focus kita dalam Solat. Hasilnya, Brain wave kita Vibrates pada Vibrations terbaik, dan dapat menarik perkara Best Best dalam hidup kita.

Saya ingat Sahabat saya Tuan Faizal Hassan. Beliau ada 5 biji Resort. Beliau ceritakan, yang bapa beliau, setiap kali nak buka Resort baru, perkara pertama bapa beliau akan bangunkan ialah Musolla.

Dalam tanah tu, bapa beliau akan cari spot paling cantik, kawasan paling cantik, ruang paling cantik untuk di jadikan Surau. Setiap kali buka Office pun sama, bapa beliau akan cari ruang paling Cantik untuk di jadikan Surau.

Hasilnya, Bisnes terus berkembang Maju. Sebab memuliakan Tempat Ibadah.

Kita tidak. Di rumah tu, ruang paling sempit, ruang paling kecil, penjuru-penjuru itu lah yang kita buat tempat solat. Kadang-kadang depan TV je solat, sejadah pun tak ada. Kita tak ada tempat khas untuk kita berehat, duduk jumpa Tuhan.

Saya pun begitu dulu. Masa tak Faham benda ni. Bila dah faham baru mula ubah. Pelan-pelan cantik kan tempat Solat.

Antara benda yang boleh buatkan Suasana tempat Solat tu cantik ialah:

1. Warna yang tenang, lembut dan mendamaikan.

2. Suhu yang selesa. Kalau boleh pasang aircond lagi baik.

3. Tempat Sujud yang selesa. Untuk yang ni, saya nak Recommend Sejadah Carpet dari Mastura Abdul Rahman . Sejadah dia best sangat. Karpet dia selesa, dan dekat tempat sujud dia ada Sulaman bunga rose putih atas kain Satin.

4. Udara bersih dan Bau yang mendamaikan. Untuk bau ni, saya Suggest anda pasang Diffuser Essential Oils. Macam kitorang suka pasang bau Lavender. Tenaaaaang gila rasa.

Selain bagi banyak manfaat pada kesihatan dan saraf kita dia bagi jantung kita tenang. Boleh try tengok dengan Dr. Dian Nasuruddin.

5. Lighting yang bagus. Bagi saya lighting sangat mainkan peranan penting untuk set the mood. Nak cun lagi, anda boleh letak Himalayan Salt Lamp.

Lampu garam ni, dia release Positive Energy. Suasana ruang tu akan rasa Positive jee.

6. Hiasan Dinding yang indah. Calligraphy atau lukisan Abstract boleh mengubah suasan ruang menjadi lebih damai dan memberi Energy Positive pada ruang Solat kita.

Ramai Client-Client VIP saya tempah Calligraphy Painting Exclusively untuk Ruang Solat mereka. Mereka faham bagaimana hiasan dinding boleh merubah Mood & Enery sesuatu ruang.

Moga anda Terinspirasi dan tergerak Hati untuk buat satu Ruang Solat yang selesa dan Cantik di Rumah. Moga Solat anda lebih Khusyu dan Lebih banyak kebaikan dan Kejayaan datang dalam Hidup anda.

Pasang niat, pasang Azam, buat sikit sikit InsyaAllah Allah bagi Ganjaran.

          -Afnan Rosli-
Exclusive Calligraphy Artist

Aku sebagaimana sangkaan Hamba ku pada ku. Hadith Qudsi.

#WAJIB BACA.

*Panjang, tapi saya jamin berbaloi.

Macam biasa, setiap kali lepas live satu topic, maka penuh lah inbox saya dengan story-story Amazing dari ribuan Followers saya yang tercinta ni. MasyaAllah. Saya betul-betul terharu. Tak pernah kenal, tak pernah jumpa. Tapi sanggup pm, sanggup share experience.

Masing-masing excited pula tu. Walaupun most of the pm saya tak sempat reply, tapi saya baca InsyaAllah. Dan saya really appreciate every single one of the. Seriously thanks a lot guys.

Baru ni kan saya live ajar tentang how to live in abundance. Sebenarnya live tu, saya nak ajar supaya kita semua mula hidup dengan perasaan kaya. Dengan jiwa lapang, dengan hati yang tenang. Its not about money, not about material.

Saya nak ajar kita semua mula pandang diri, mula pandang Alam ni. Dan mula sedar segala nikmat-nikmat sekecil apa pun. Semua tu Kekayaan yang Allah dah bagi pada kita. Selalu saya cakap, Abundance ada sekeliling kita. Kita dah sebenarnya kaya. Cuba duduk sekejap, pejam mata, fikir satu satu nikmat Allah bagi. MasyaAllah. Tak terkira kita.

Cuma bila kita ni hidup dalam desperation, rasa tal cukup, jiwa sempit, dada rasa keciiik je, rasa life ni susah luarbiasa. Kita blinded tau. Kita jadi tak boleh nampak apa dah sekeliling kita. Lagi sempit, lagi sempit, lagi sempit life. Sebanyak mana harta pun takkan mampu kaya kan orang yang jiwa sempit.

Story ni di share oleh one of my followers. (Atas permintaan beliau, beliau minta hide nama sebab amount yang beliau dapat ni agak banyak).

Kan saya kata dalam video tu. When you spend, spend in Abundance. Spend generously. Setiap kali berbelanja, sertakan Feelings yang best, yang kaya yang banyak, yang melimpah dan yang cukup.

Dalam kes puan ni, sebelum ni kalau nak beli handbag ratus-ratus pun rasa berkira-kira. Tapi saya kata beli dengan rasa kaya. So, beliau masuk Butik Coach beli handbag 4 angka. Dengan penuh rasa kaya, Feelings Abundance, Feelings flow with ease, tanpa rasa kurang, rasa luak duit.

Apa yang jadi, 2,3 hari lepas tu, MasyaAllah beliau dapat deal investment yang bagi income setiap bulan pada beliau 50K. (RM50,000.00) MasyaAllah.

RM50,000.00 setiap bulan. 8 kali ganda dari income dia sekarang. Waktu saya baca ni pun saya terketar ketar. Sampai gigih saya pm beliau jam 1 pagi semalam. Saya tanya balik. Yang 50k tu setiap bulan ke bulan ni je dapat? Beliau kata setiap bulan.  (Baca di ruang comment).

Subhanallah cepat sangat life change kan? Ubah the Frequency you broadcast to the field, the you will get back the Frequency that you broadcast. Bayangkan. Dari income dia sekarang lebih kurang 6k lebih sebulan, naik 50K sebulan. Setiap bulan. Basically macam naik pangkat serta merta. Just changing how you feels.

Now, nanti mesti ada yang comment, alah, banyak duit boleh lah buat macamtu, aku ni makan gaji, aku ni susah. Well. You nak life change or not? Stop thinking like that, stop feelings sempit. Stop Feelings tak cukup. Dan jangan ukur Kuasa Allah berdasarkan kelemahan kita.

Yang mustahil nya kita. Yang susah nya kita, yang sempit nya kita. Yang lemah nya kita. Yang nak bagi nya Allah. Bagi Allah, nak bagi 50K sebulan dengan 50 sen sebulan sama mudah.

Nak bagi 10K sebulan dengan nak bagi 100 Juta sebulan sama mudah. Tak ada yang susah. Percaya ke tak? Yang kita tak percaya itu diri kita. Yang kita ragu ragu itu diri kita. Kenapa nak bawa ragu-ragu kita letak kat Allah?

Aku sebagaimana sangkaan Hamba ku pada ku. Hadith Qudsi.

Then You get what you feels lah. Itu sangkaan yang kita letak.

Saya kalau boleh nak semua orang faham concept ni, nak semua orang rasa hidup dalam keberlimpahan ni. Rasa hidup lapang, tenang, damai, tak stress. Remember its not about money. Its about kelapangan dada dan ketenangan hati tu yang lebih penting. Selagi fikir duit, itu bukan Abundance lagi. Itu masih sempit. Money is only one of the millions of abundance.

Nak dapat macamni jugak? Buat ni :

Ingat masa live saya ajar. Its not the amount that counts. Its the feelings that counts. Tak perlu pergi cari Coach pun. Lepas baca ni terus pergi peluk anak isteri, suami, rasa diorang ni harta paling besar kita ada. Rasa betapa kaya nya kita, sebab ada mereka.

Kalau ada parents peluk diorang dengan penuh rasa kaya. Tambah feels tu 1000 kali ganda.

Then start duduk bertenang, pejam mata. Feels setiap nikmat yang kita ada. Kaki tangan, pegang, dengan rasa Kaya. Syukur banyak-banyak sampai menangis. Rasa jantung, mata, mulut telinga. Feels.

Nafas. Rasa kaya. Feels. Dan harini sepanjang hari. What ever amount you spend. Tak kisah seringgit ke, 10 ringgit ke. Rasa nikmat duit tu. Rasa berlimpah. Practice this gratitude & Feelings Abundance ni setiap saat. Vibrates at this Vibrations. You will get it everything.

Saya nak sangat semua orang hidup lapang, tenang, hidup dalam kesyukuran dan kegembiraan. Sebab tu, pergi lah ke wall saya tu baca all the knowledge. Everything saya bagi free je. Tinggal nak buat je.

Dah ribuan orang dah buat dapat result. Baca di comment. Setiap post saya, ada je followers saya post Results mereka. MasyaAllah. Buat. Nanti saya share lagi satu story. Just baca di wall saya je. Niat nak 20K Allah bagi 200k. Yang ni pun Amazing. MasyaAllah.

Ok? Hopefully you got something from this Sharing. Buat terus, jangan tangguh-tangguh.

Dapat sesuatu?

#Share Moga Bermanfaat. #Tag team, family & kawan-kawan bagi sama-sama hidup dalam keberlimpahan.

Jemput Follow 👉🏻Afnan Rosli. Saya menulis tentang Motivasi dan Pembangunan Diri setiap hari.

          -Afnan Rosli-
Exclusive Calligraphy Artist

tak perlu tahu “HOW”, cuma perlu tahu “WHAT” you want

Lepas subuh tadi saya nangis kejap. Lama saya duduk termenung atas sejadah, sambil nangis. Ya Allah, apa yang aku duk ajar orang ni? Saya tak percaya lagi apa yang jadi sebenarnya.

Beratus ratus pm masuk kongsikan cerita tak masuk akal begini. Pagi tadi puan Aisyah Badar Bajrai tag saya di status puan Syalfarina Razali.

Beliau tengok live saya dengan suami beliau. Tak pernah kenal, tak pernah jumpa, hanya tengok live. Husband beliau submit doa nak duit dalam acc bertambah. Tak tahu macamana, yang dia tahu, dia Feels, duit memang dah bertambah.

Itu lah yang saya ajar, tak perlu tahu “HOW”, cuma perlu tahu “WHAT” you want. Apa yang jadi, terus, masuk acc beliau RM32,000.00 orang nak bayar hutang. Yang dah bertahun tahun menyepi.

Puan Syalfarina sendiri pula, Feels RM1,000.00 dalam purse, tanpa bagi tahu pada suami, tahu-tahu husband beliau bagi cash RM1,000.00.

Ini hanya sebahagian dari beratus stories yang anda kongsikan, yang saya sendiri tak sempat nak kongsikan, tak sempat nak reply pun. Tapi saya baca semua, and I really appreciate your sharing. Thanks a lot.

Cumanya, please baca ni, and please, please, please sebarkan. 🙏🏻🙏🏻🙏🏻🙏🏻

Bila saya tengok semua orang excited dengan benda ni saya jadi risau.

Risau pertama ialah risau anda pegang yang teknik doa ni lah punca anda dapat semua benda. Anda mula rasa semua benda anda punya kuasa. Tak. Yang saya ajar hanya cara mintak. Yang nak makbul, yang nak bagi itu Allah. Don’t get confused. Semua kuasa Allah.

Risau ke 2 ialah, sebenarnya yang saya baru buat live 2 kali tu hanya lah tak sampai 5% pun dari apa yang saya ajar dalam Seminar. But people see that as everything dah. They think they know everything dah. No. Its just a small part. Very small part.

Banyak benda lagi yang anda tak tahu di sebalik tu. Ramai yang pm saya desperately nak dapat Macamana diorang yang saya duk share results ni dapat. Yang buat tak dapat nak feels, mula rasa frust dan sebagainya.

Sebab itu bukan teachings saya. Saya nak semua orang hidup tenang, hidup bahagia, hidup gembira, tanpa stress, tanpa anxiety, tanpa depression.

Ada duit bahagia, takde duit bahagia, ada family bahagia, takde family pun bahagia. Duk kat mana-mana pun boleh bahagia. Di rumah harga berjuta boleh bahagia, tidur di kerusi taman pun bahagia. Saya nak sampai tahap tu.

Bukan hanya bila kita dapat something baru kita bahagia, tak dapat kita frust, kita sedih. No. Be happy all the time. Be grateful, joyful and blissful all the time.

Belajar untuk hidup bahagia dengan diri sendiri. Rasa cukup dengan diri sendiri. Then anda akan mula hidup dalam keberlimpahan. Kekayaan, dan kesenangan.

Dapat sesuatu?

#Share Moga Bermanfaat.

Jemput Follow 👉🏻Afnan Rosli. Saya menulis tentang Motivasi dan Pembangunan Diri setiap hari.

           -Afnan Rosli-
Exclusive Calligraphy Artist

Rahsia hidup ini terletak sekeliling kita

Rahsia hidup ini terletak sekeliling kita. Kalau kita ambil masa untuk perhatikan, renung dan fikir secara telus. Pasti kita jumpa.

Selalu orang tanya, macamana Afnan boleh dapat semua ni?

I don’t know. Since saya tak perlu kerja, dan saya dah bertahun tak kerja, i’m enjoying life by doing what i love. So, i have soo much freedom and plenty of time to think, ponder and study this whole creations.

Dan bila saya banyak masa untuk berfikir, untuk merenung alam. Then baru saya nampak bigger picture. How this universe really works. Macamana seluruh ciptaan saling berkait. Tak ada satu pun makluk yang tak terkait. We are all one.

Tapi most people. Kebanyakkan manusia harini tak sempat nak buat begitu. Kita terlalu sibuk surviving. Kita battling for survival. Kita terkejar kejar untuk sekadar hidup sampai kita lemas tak jumpa jalan. Hilang punca, sesat. Sampai tak nampak dah all the great things about life.

I’m soo happy, grateful & thankful for my freedom. Because i have plenty of time to think. To ponder, to study, and to feel the Greatness of God.

Sebab itu lah saya sungguh-sungguh sangat suruh orang bertenang. Keluarkan orang dari Survival mode. Bahagia kan orang. Kerana hanya pada keadaan ini saja kita mampu berfikir, mampu merenung dan mampu merasai besar nya Kuasa Allah yang ada dalam seluruh penciptaan langit dan bumi.

Cuba tengok hidup kita. Kita banyak terkejar sana sini. Bangun pagi, kalut-kalut, kerja-kerja, tau-tau dah malam. Esok ulang lagi benda yang sama. Tau-tau dah setahun berlalu. Sedar tak sedar dah 5 tahun berlalu.

Berapa lama lagi kita nak hidup begitu? Sampai tak sempat langsung untuk duduk rileks malam-malam, tarik nafas, senyum. Pandang langit, menangiss. Dalam hati ucap. Ya Allah.

رَبَّنَا مَا خَلَقْتَ هَذا بَاطِلاً سُبْحَانَكَ فَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

“Wahai Tuhan kami, tidaklah Egkau jadikan benda-benda ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau. Maka peliharalah kami dari azab api neraka.”

Nikmat hidup bebas ni luarbiasa tuan puan. Trust me. Freedom is true wealth. Bertenang lah.

-Afnan Rosli-
Be Happy 💖

BEING IN THE PRESENT MOMENT

DEMI MASA,

Kita semua tahu manusia ialah satu Makhluk Yang Emotional Driven. Kita bertindak, bergaul, dan berinteraksi based on Emotions kita.

Harini saya nak sentuh tentang,

“BEING IN THE PRESENT MOMENT.”

Satu satu nya masa yang kita ada sebenar-benarnya ialah Here & Now. Saat ni, masa ni, waktu ni. Itu saja masa yang kita ada. Kita sudah tak miliki masa lepas kita, dan kita juga belum berjumpa masa depan kita.

Masa depan kita akan datang pada kita sebagai Here & Now juga eventually.

Now, nak tahu tak kenapa Kebanyakkan Manusia tak jumpa Bahagia? Sebab mereka tak hidup pada saat Present Moment. Most of the time dalam hidup kita seharian, kita samaada hidup di masa lalu (past) or masa depan kita (future).

Mari saya jelaskan.

PAST atau Masa lalu ni, Sifat Emotions dia ialah, Marah, Geram, Keciwa, Sedih, Rindu dan sebagainya. Even memories tu memory yang Happy pun, dia akan datang pada kita sebagai Emotions Rindu, Sayuu, Sedih.

Dia buat kita dalam mood Sayu dan terkenang kenang.

FUTURE pula, atau Masa Depan ni, Emotions dia ialah, Anxiety, Risau, Takut, Berdebar, Resah, Cuak dan sebagainya.

Dia buat kita selalu risau, Macamana nak bayar bill bulan ni, macamna kalau dia tak suka aku, patut ke aku buat macamni, patut ke aku jadi macamtu. Dia sentiasa buat kita berdebar dan tak senang duduk. Sentiasa risau.

PRESENT MOMENT pula, atau Masa SEKARANG. Dia tiada Emotions Negative. Apa yang ada hanya Positive Emotions. Love, Happiness, Joy, Bliss, Grateful dan sebagainya.

Bila kita betul2 wujud pada Present Moment setiap saat, setiap waktu. Masa tu baru kita akan rasa Bahagia se Bahagia nya.

PAST & FUTURE ni, dia Merompak, KEBAHAGIAAN saat HERE & NOW kita. Dengan cara bawa Emotions risau, takut, geram, marah, sedih dan sebagainya pada saat sekarang.

Walhal saat sekarang Emotions tu tak wujud.

Masalahnya, Emotions ni, dia silih berganti dalam diri kita. Kadang kita fikir pasal future, kadang kita fikir pasal past. Tengah-tengah buat kerja tiba-tibe terfikir, macamana nak balik rumah petang nanti, takut jalan jam, tiba-tiba terfikir gaduh ngan suami pagi tadi.

Kena belajar untuk sentiasa hidup pada Present Moment.

Saya bagi contoh ye. Pernah tak, kita dengar lagu, tiba-tiba out of sudden, lirik lagu tu, kita faham satu per satu. Setiap patah perkataan macam kena gila dengan jiwa kita. Padahal lagu tu, kita dah dengar beratus kali dah. Sebelum-sebelum ni tak pernah pun faham. Just enjoy the music. Once kita Present Moment. Kita understand the lirik pula. Dan Nikmat layan lagu tu, jadi lain macam. Pernah kan?

Satu lagi contoh. Antara saat paling best ialah waktu buang air besar dan waktu mandi atau Shower kan?

Kenapa? Sebab saat tu, kita wujud di Present Moment. Kita just menikmati saat itu. Waktu tu, tak ada orang, tak ada phone. Waktu tu, kita dengan diri kita saja. Just be Present. Thats why kalau kita enjoy saat tu. Nikmat dia lain macam betul!

Phone adalah benda yang sangat bahaya. Once kita buka je social media. Dia buat kita Escape the Moment, dan dia mixed up Past & Future kita. Sebab tu setiap kali lepas main FB kita akan drain gila, rasa penat gila.

Cuba bayangkan kalau kita boleh kawal, untuk sentiasa wujud pada Present Moment. Hidup kita akan jadi totally Amazing.

Sebab tu, Allah kata “Dan DEMI MASA, Sesungguhnya manusia berada dalam kerugian.”

Because we either living in the past, or the future. Never we live in the Present. HERE & NOW.

Belajar Sesuatu? #Share

          -Afnan Rosli-
Exclusive Calligraphy Artist

7 TIPS UNTUK MENCINTAI & DICINTAI 🥰💖

7 TIPS UNTUK MENCINTAI & DICINTAI 🥰💖

Seluruh hidup kita ni, kita mencari Cinta kan? Semua orang nak Dicintai. Especially zaman Social Media ni. Every single day, people are Looking for Approval & Recognitions.

Memang lumrah manusia, mencari Penghargaan dan Pengiktirafan. So, apa Tips untuk jadikan diri kita sentiasa di Cintai oleh semua?

Ini 7 TIPS untuk Mencintai dan Dicintai:

1. LOVE YOURSELF :

- Pertama sekali, cintai diri kita sendiri. Takde orang yang akan sayang kita kalau kita sendiri tak sayang diri kita. Setiap pagi, lepas bangun tidur, ambil tangan anda letak di dada.

Kemudian anda ucap pada diri sendiri. “I Love u”, “i love u”, “i love u”. Rasai dalam hati yang anda betul2 sayang pada diri anda ni. Go deep with yourself. 

Surprisingly ramai sebenarnya manusia harini yang benci diri dia sendiri. Saya dah jumpa ramai orang yang bila dia buat benda ni, diorang mula rasa perubahan. Orang sekeliling mula melayan mereka dengan kasih sayang dan rasa hormat.

2. RESPECT YOURSELF :

- HORMATI diri anda. Bila kita hormat diri kita, automatically kita akan treat diri kita selayaknya. Kita akan berpakaian kemas, penuh keterampilan, wangi, cantik dan sebagainya.

Kita tak boleh halang orang dari Judge atau menilai kita, tapi kita mampu kawal bagaimana orang menilai kita. Jika kita berperwatakan kemas, cantik, segak dan wangi, orang mula judge kita dengan penuh hormat dan kasih. Begitu juga sebaliknya.

Remember, people will treat you based on how you treat yourself.

3. GIVING LOVE :

- Latih diri untuk sentiasa memberi kasih sayang. Lihat setiap makhluk Allah dengan kasihan belas. Paling simple jika di FB, instead of just like sahaja. Cuba latih diri untuk react LOVE ❤️.

Bagi reaction ❤️ pada semua benda. Kalau anda perasan, saya selalu bagi ❤️ pada status2 yang lalu di newsfeeds, even yang comment pun saya akan react love. Jarang sangat saya just likes.

Sebab setiap kali saya react ❤️, hati saya release Love Vibrations, and i’m loving it 🥰.

The more you give, the more you get. Lagi banyak Vibrations Kasih sayang kita lepaskan pada Universe, lagi banyak kasih sayang kita akan dapat.

4. FORGIVE & FORGET:

- Maafkan semua orang yang pernah buat salah pada kita dan lupakan semua benda yang terbuku dalam hati kita.

Mustahil kasih sayang boleh masuk dalam hati, kalau hati kita masih penuh dengan dendam, geram dan kemarahan.

Mentor saya cakap, holding grudges, atau simpan dendam ni ibarat kita telan racun, dan berharap orang lain mati. Walhal, racun tu bunuh kita perlahan lahan dari dalam.

Paling penting, maafkan diri sendiri. Salah satu teknik Yang Powerful saya belajar ialah, anda cari gambar anda waktu kecil, anda tampal pada cermin.

Setiap pagi, anda tenung dalam2 muka anda waktu kecil, anda bawa diri anda sekarang jumpa diri anda waktu kecil. Peluk diri anda, dan cakap, aku sayang kau. Kau akan jadi orang hebat! Kau akan jadi orang berjaya.

Buat setiap hari. Kita nak program otak kita supaya otak kita percaya, kita ada success story dari kecil.

5. HUGS :

- Pelukan adalah antara teknik yang paling berkesan untuk berikan kasih sayang. Peluk anak, isteri, rakan2.

Cuba peluk dan anggap orang yang kita peluk tu anak kecil. Mesti lain cara kita peluk anak kecil dengan peluk orang besar kan?

Ramai yang saya peluk menangis cakap seumur hidup mereka, mak ayah, adik beradik mereka pun tak pernah peluk diorang macamtu.

Paling best nak belajar peluk ni, tengok Ustaz Ebit Lew peluk orang macamana? Beliau cakap, kalau muka lagi jahat, lagi cepat menangis bila kita peluk. Sebab jiwa mereka rindukan kasih sayang.

Sebab tu beliau boleh lembutkan hati orang hanya dengan pelukan. Sebab diri beliau penuh dengan Aura Kasih Sayang.

6. FAKIR MISKIN & ANAK YATIM.

- Kena rajin duduk dengan Fakir Miskin dan anak yatim. Nabi ajar kita supaya selalu gosok kepala anak yatim. Bila kita duduk dengan golongan ni kan hati kita jadi lembut.

Hatk kita tiba2 jatuh kesian, kita jadi ihsan. Rasa sayang, rasa kasih pada golongan ni kan. Begitu lah. Lagi banyak masa kita spend dengan golongan ni, lagi besar Aura kasih sayang kita.

Orang lain akan mula Jatuh hati, rasa kasih pada kita pula.

7. JAGA ALLAH :

- Apa pun, kena jaga Allah. Kalau kita jaga Allah, seluruh makhluk sayang kita. Bumi, langit, laut, binatang, manusia semua sayang kita.

Kita berjalan kemana pun orang dapat rasa Aura Kasih Sayang kita. Pernah jumpa kan orang macamni?

Dia baru je masuk dewan atau bilik. Satu bilik tu terasa penun kasih sayang, rasa harmoni. Orang macamni, mesti rajin bangun malam, berkasih sayang dengan Allah. Rajin Doakan orang lain.

Beliau tak Doakan diri sendiri. Beliau doa untuk orang ramai. Sebab tu orang ramai boleh rasa sayang dia.

Moga Bermanfaat 7 Tips ini. Cuba buat dulu 30 Hari. InsyaAllah anda boleh rasa hidup penuh kasih sayang. Orang lumba2 nak buat baik dengan anda.

#Share Moga Lebih ramai dapat belajar.

           -Afnan Rosli-
Exclusive Calligraphy Artist

What ever you give out, you will always get it back!

Selalu orang datang tanya, tuan Afnan, anak saya macamni macamni, suami saya begitu begini, macamana nak bagi diorang berubah ya?

Macam-macam cerita saya dapat. Dan semua nya perempuan lah yang datang tanya soalan begini. Perempuan ni ada kerisauan yang tinggi. Mereka nak semua orang jadi exactly macamana mereka nak.

Dan setiap kali terima soalan begini, jawapan saya sentiasa sama.

“Akak, kita tak boleh ubah orang lain. The only person yang kita boleh ubah atas dunia ni is diri kita sendiri. Sekarang akak takyah risau pasal orang lain. Akak just ubah diri akak. Just be happy.”

Kita kusut, kita serabut sebab kita nak semua orang keliling kita meet exactly expectations kita. Kita tak sedar yang mereka pun nak kita jadi macamana mereka nak. Sebab tu anak serabut, suami serabut, the whole family is in chaos.

Rilex, tenang aje.

Baru ni ada seorang mak bawa anak dia datang. Mak ni cerita macam-macam pasal anak dia kat saya. Dari cerita dia tu saya nampak sangat mak dia ni sedang desperate nak anak dengar cakap dia.

You don’t understand. What ever you give out to the universe, you will always get it back. You give out desperation, you will always get back desperations.

Kelmarin puan Haslina Samsudin share dalam group Alumni #Metamorphosis. Beliau just ubah Energy beliau, be happy with her self. Anak yang susah nak bangun Subuh, ketagih main game tembak-tembak tu, tanpa di paksa, tanpa di suruh automatic letak tepi terus Phone tu.

Anak yang susah nak baca buku, yang asyik kena paksa jee. Ni takyah suruh. Dia sendiri yang cari buku.

Anak yang kuat merajuk, ada masalah emosi, hilang terus merajuk dia. Ibu mana yang tak rasa Bahagia kalau tengok anak-anak berubah macamni? Saya baca pun rasa Bahagia gila dah.

Itu belum saya tunjuk kes-kes suami berubah jadi Malaikat lagi. Hahahaha 😂 gini lah tuan puan. Takyah risau nak ubah orang lain. Just be happy with ourself. Energy happiness kita akan mempengaruhi orang lain untuk turut happy duduk dengan kita. What ever you give out, you will always get it back! 😇

Alhamdulillah, MasyaAllah, Tabarakallah. Astaghfirullah. Semua dengan izin Allah.

Belajar sesuatu?

#Tag & #Share dengan orang tersayang.

           -Afnan Rosli-
Exclusive Calligraphy Artist

Core teachings in Metamorphosis

Antara core teachings in Metamorphosis ialah saya nak bawa kesedaran pada manusia yang kita ni ialah a Spiritual being having a temporary fizikal experience.

This is the truth. Kita terlalu terikat dengan fizikal kita, hingga kita rasa mind & body ni ialah kita. Mind & body bukan diri kita, ia hanya alat yang kita guna untuk wujud di dimensi fizikal ni.

Body kita terdiri dari 37.2 Trillion cells. Dan setiap cells ni bernyawa, mereka ada hidup mereka sendiri just like us. Mereka ada ecosystem mereka sendiri.

So sebenarnya body kita ni bukan one single organism. Body kita is a community of trillions of cells & trillions of micro organism seperti bacteria, viruses, fungi dll.

Sama seperti bumi terbentuk oleh berbillion penduduk bumi dan jutaan species hidupan yang melata dan terbang di bumi, maka terbentuk satu ecosystem bumi. Body kita pun begitu. Our body is just a containment of these various species of living creatures.

Sebab tu Allah sebut akhirat nanti tangan akan Testifies (jadi saksi) dan bercakap tentang kita, kaki akan testifies, mata, hidung telinga everything akan jadi saksi dan bercakap. Kenapa? Sebab each one of these are not us. Setiap organ kita hidup.

Now you see the bigger picture? Faham yang anda adalah Roh. Higher from dimensions, Duduk dalam a very complex & sophisticated body.

Bila faham dan nampak bigger picture begitu baru ego kita akan mula turun. Sebab anda mula see the truth. Selama ni kita duk rasa ni adalah aku. Body ni adalah aku.

Ego kita active. Kita mula letak identifications. Aku Melayu, aku boss, aku suami, aku senior, aku, aku, aku, aku.... ini semua ego.

Bila ego active, mind & body berkuasa. Ibarat kita bawa kenderaan. Kita ni pemandu (Kita sebagai roh) kenderaan itu ialah mind & body.

Tapi instead of kita yang bawa kereta tu, kita yang kawal kereta tu. Di sebabkan ego active, the other way happens. Kereta yang bawa kita, agak-agak Macamana keadaan bila pemandu takde kawalan pada kereta tu? Pasti kereta akan meluncur kesana sini tanpa arah, mungkin crash sana sini langgar saja apa yang di depan betul?

Itu lah yang jadi suami terus naik tangan, pukul bini sana sini, boss maki hamun pekerja, perang, tikam belakang, khianat semua ni terjadi sebab kita tak dapat control kenderaan kita. Kenderaan yang kawal kita. Kita sebagai souls jadi powerless.

Ramadhan ni mula practice self mastery. Take control of your mind & body. Ini kenderaan kita di bumi.

Our intellect has taken us far in life. But it will take us no further.

Surrender to higher power (Allah).
Silence your ego & your power will rise.

Dapat sesuatu?

#Share Moga Bermanfaat.

Jemput Follow 👉🏻Afnan Rosli. Saya menulis tentang Motivasi dan Pembangunan Diri setiap hari.

           -Afnan Rosli-
Exclusive Calligraphy Artist

Belajar untuk kawal minda, kawal process thoughts secara sedar

1. Kita dah Belajar dalam post saya sebelum ni, yang fikiran menghasilkan emosi, emosi menghasilkan, tindakan, dan tindakan menghasilkan keputusan. (Hidup kita harini)

Thoughts—>Emotions—>Actions—>Results

2. Dalam post ni 👉🏻( https://www.facebook.com/100003997391076/posts/1398800873596479?sfns=mo )

saya explain tentang neuro pathways dan thoughts. Sehari kita produce 60,000-80,000 thoughts. Dan lebih 90% thoughts yang kita produce itu adalah yang sama dengan hari sebelum nya.

3. Fikiran yang sama, hasilkan emosi yang sama, akan hasilkan tindakan yang sama dan hasilkan keputusan yang sama.

4. Jadi bila kita berdoa pada Allah, nak something new dalam hidup kita, nak ada perubahan, nak ada peningkatan, nak ada pertambahan dan sebagainya. Semua ini hanya boleh terjadi dengan berubah nya thoughts kita.

5. Kerana thoughts atau fikiran berbeza akan hasilkan emosi, tindakan dan seterusnya keputusan berbeza. Betul? Faham setakat ni?

6. Manusia ni, fikiran dia hanya boleh berubah dalam dua keadaan. Inspiration atau desperation. Terinspirasi, atau terdesak.

7. Hanya segelintir sahaja manusia yang merubah cara fikir dan brain structure, neuro pathways mereka dengan cara inspirations. Majority manusia berubah kerana desperation.

8. Jadi bila Kita doa pada Allah mintak sesuatu yang baru. Allah turun kan ujian, dugaan, tragedi dan cabaran. Supaya kita duduk dalam desperation, then baru kita terpaksa ubah cara fikir.

9. Lagi besar hajat yang kita minta, lagi kuat ujiannya. Kerana, lebih banyak perubahan dan penambahbaikan yang perlu ada dalam thought process kita tu yang Allah nak suruh kita buat.  Sebab tu ramai orang, yang berjaya. Kalau kita tanya. Pasti mereka berjaya lepas melalui ujian hebat.

10. Sebenarnya ujian itu ialah process perubahan dari cara fikir yang lama, kepada cara fikir yang baru. Sebenarnya semua ujian ialah Allah sedang jawab doa kita. Cuma kita tak faham begitu.

11. So, anda pilih, nak berubah dengan Inspiration, atau Desperation. Kalau melalui inspiration tak perlu lalui ujian berat. Kerana anda yang ubah sendiri melalui kesedaran.

Belajar untuk kawal minda, kawal process thoughts secara sedar. Dalam #Metamorphosis kita belajar ubah melalui inspiration.

Belajar sesuatu?

#Share Moga Bermanfaat.

Jemput Follow 👉🏻Afnan Rosli. Saya menulis tentang Motivasi dan Pembangunan Diri setiap hari.

          -Afnan Rosli-
Exclusive Calligraphy Artist

Neuro pathway

1. Dalam otak kita terdapat puluhan Billions cabang neurons yang berhubung antara satu sama lain. Nuero connections ni di panggil neuro pathways, seumpama cable-cable electricity, sentiasa membawa signal. Baca status saya pasal brain ni👇🏻

https://www.facebook.com/100003997391076/posts/1380293842113849?sfns=mo

2. Neuro pathway ini umpama program dalam otak kita. Ia menentukan bagaimana kita bertindak terhadap sesuatu keadaan. Kalau jumpa ancaman, connections mana otak nak pakai, kalau terima pujian pulak, connections mana yang nak di pakai.

3. Setiap benda baru kita belajar, informations baru yang kita terima, skill baru yang kita practice, connections baru akan terbentuk. Semakin kita kerap ulang, ulang, ulang ilmu tu, skill tu dan informations tu, semakin kuat dan tebal connections tu berlaku.

4. Eventually connections ni akan membentuk Habits dan Personality kita. Habits kita yang akan membentuk nasib kita, apa yang kita kenali sebagai Reality sekarang ni. Apa yang anda ada, hidup yang anda jalani, quality hidup anda sekarang, hubungan anda dengan orang sekeliling semua nya hasil dari habits dan personality anda.

5. Your personality is your personal reality. Based on research, Kita memikirkan 60,000 ke 70,000 thoughts sehari. Dan 95-99% dari nya ialah thoughts yang sama dan berulang dari thought yang kita fikirkan pada hari-hari sebelumnya.

6. Thoughts yang sama, menggunakan neuro pathways yang sama. Penggunaan neuro pathways yang sama akan menguatkan connections tersebut. Menjadikan habits kita makin sebati dalam diri, makin susah nak ubah.

7. Sebab tu, kalau gaduh dengan pasangan, anda perhati betul-betul. Mesti the same cycle je akan berlaku. Kalau laki yang jenis start moto lari, setiap kali gaduh dia akan lari, kalau jenis maki hamun, setiap kali gaduh, dia akan maki hamun. Kalau jenis pukul, setiap kali gaduh dia akan pukul.

8. Sebab the same programming yang di gunakan over and over and over again. Begitu juga lah dengan semua situasi dalam hidup, samaada dalam menghadapi cabaran, dugaan, menerima anugerah, nikmat dan sebagainya. Kita akan ulang, ulang pakai neuro pathways yang sama.

9. Kalau 95-99% of thoughts yang kita fikir setiap hari adalah thoughts yang sama seperti hari sebelum. Maka, sama thoughts creats the same Emotions, same emotions creates the same actions. Same actions will eventually creates the same Results.

10. Ini menjelaskan Kenapa Kebanyakkan orang menghadapi hidup yang sama, bertahun tahun, tanpa ada sebarang perubahan, sebarang peningkatan dan sebarang pembaharuan. Trap in the rat race. Umpama tikus berlari dalam roda. Lari makin laju, makin penat, tapi tetap kekal di tempat sama. Tidak berganjak walau seinci.

11. Jadi bagaimana nak reprogram otak ni untuk membentuk habits yang baru, pathways yang baru, Personality yang baru? Ada teknik nya, ada ilmu nya, ada rituals nya. InsyaAllah saya kongsikan dalam #Metamorphosis chapter1: #REBORN.

Belajar sesuatu?

#Share Moga Bermanfaat.

Jemput Follow 👉🏻Afnan Rosli. Saya menulis tentang Motivasi dan Pembangunan Diri setiap hari.

           -Afnan Rosli-
Exclusive Calligraphy Artist

perkara yang anda boleh buat supaya lebih banyak connections terbentuk waktu pagi

Dalam kepala kita, ada suatu object Mistery seberat 1.3kg ke 1.4kg yang mana ia bertindak sebagai Command Center atau pusat arahan.

Ia terbentuk dari puluhan Billions cabang Neurons yang mengawal siapa diri anda, apa yang anda buat, apa yang anda rasa, cara anda bercakap dan sebagainya. Basically seluruh hidup anda di kawal di sini.

Apa yang anda lihat dalam gambar ini ialah Neuro mapping of brain connections. Cell-cell otak kita sentiasa berhubung antara satu sama lain. Setiap kali kita belajar benda baru, new connections akan berlaku. Lebih banyak cell berhubung lebih Powerful otak anda.

Jadi, jika anda nak hidup anda sepanjang hari jadi Legendary, jadi Extremely Powerful, perkara pertama anda kena buat setiap pagi ialah pastikan cell-cell otak anda berhubung sebanyak mungkin. Anda kena wujudkan neuro Highway yang banyak dalam otak.

Ini perkara yang anda boleh buat supaya lebih banyak connections terbentuk waktu pagi :

1. GRATITUDE / BERSYUKUR :

Mengikut kajian, mereka buat brain scan, Bersyukur akan nyalakan bahagian hadapan otak yang di panggil prefrontal cortex. Bahagian ini sangat crutial yang mengawal emotional expressions, cognitive skills kita, percakapan kita dan sebagainya.

2. GOSOK GIGI :

Gosok gigi dengan tangan berlainan atau tangan yang less dominant. Kalau selalu kita pakai tangan kanan, sekarang pakai tangan kiri. Banyak brain connections akan terbentuk.

3. ALTERNATE SHOWER :

Alternate shower ni saya dapat dari Anthony Robbins. Di mana anda mandi tukar-tukar suhu, sekejap anda hot shower, kemudian switch pada cold shower, kemudian hot balik, cold balik. Begitu seterusnya. Supaya otak keep firing & wiring.

4. MEMBACA :

Setiap perkara baru kita belajar, kita build new connections. Bila kita kongsi dengan orang lain, connection tu jadi makin kuat. Bila kita letak Emotions pada benda tu, connections tu akan terus kekal dalam otak. Macam status ni, anda belajar, nanti share dengan orang lain, supaya kuat connections.

5. TILAWAH ALQURAN :

Bacaan tajwid dalam Quran ni sangat power, sebab setiap ayat dia buat otak kita mengira, calculations panjang pendek bacaan, baris bawah, atas depan, dengung tak dengung, semua tu mathematical calculations yang kena berlaku dalam otak untuk kita membaca Quran. Hebat kan?

6. SUJUD :

Sujud dengan betul akan activate kan bahagian depan otak kita. Yang akan menyebabkan kita rasa Bahagia dan buat keputusan dengan baik sepanjang hari.

Saya harap anda dapat sesuatu pagi ni. Boleh mula amalkan start pagi esok. Semua ni perlu berlaku sebelum Subuh. Lepas Subuh dah tak valid dah.

Jika anda terasa cells otak anda sedang berhubung asbab baca status ni, belajar something new harini. Please #Share Moga orang lain turut terima Manfaat.

Jemput Follow 👉🏻Afnan Rosli. Saya menulis tentang Motivasi dan Pembangunan Diri setiap hari.

          -Afnan Rosli-
Exclusive Calligraphy Artist

Cara untuk Increase Vibrations 6/11 - Gratitude

Tips untuk Gratitude


Pagi tadi saya baca satu soalan, ada yang tanya tentang Gratitude list, dari post saya Tips ubah hidup 2019 tu.
So, heres the tips untuk Gratitude ni. Macam kita semua dah tahu, Kesyukuran ni selalu saya letak paling atas, paling awal dalam mana-mana list sharing saya. Sebab Gratitude ni adalah key to recieving.
Dia kunci pada process penerimaan. Bila kita submit doa, ada 2 process peneting sebenarnya. Satu process submit, atau asking. Lagi satu process recieving atau penerimaan.
Ramai orang ajar teknik asking, teknik dan cara berdoa, tapi tak ramai yang pernah belajar cara menerima doa. Sebab tu duk rasa macam doa tak termakbul. Macam sharing saya di post pasal abam posmen dan bungkusan yang Viral tu.
Ibarat saya whatsapp anda minta anda call saya, kemudian saya call anda. Tapi selagi saya tak tekan butang answer tu, selagi tu lah anda takkan dapat call saya. Haaa, gitu lah juga doa kita. Dah asking bagus, tapi kita tak mahu recieving.
Sebab tu kalau dalam Affirmations list tu, kena letak ayat ni. I am a Generous Giver, and an Excellent Reciever.
Tapi kita Melayu ni nak berbudi bahasa, cuma dalam tak sedar kita banyak menolak, orang nak bagi hadiah, eh takpe laah, takyah laah. Bila di rumah orang, orang hidang makan, eh, takyah susah susah laah. Bagus, cumanya, kita banyak menolak lah. Tak jadi excellent reciever.
Kalau baca Hadith, banyak gile Nabi pesan jangan tolak hadiah, jangan tolak pemberian. Sebab menolak hadiah ni macam menolak Rezeki lah. Once kita tolak sekali, Vibrations kita sentiasa keadaan menolak. Nabi faham awal lagi benda ni.
“Barangsiapa yang Allah datangkan kepadanya sesuatu dari harta ini, tanpa dia memintanya, maka hendaklah dia menerimanya, karena sesungguhnya itu adalah rezeki yang Allah kirimkan kepadanya.” (Shahih At Targhib)
Ok, faham bab Recieving  ye. Dia ada specific process on recieving ni. Nanti ada masa kita kupas.
Apa pun saya nak cakap, kunci Permulaan pada recieving process ni ialah Gratitude. Sebab tu setiap kali doa, kita mulakan dengan apa? Dengan Alhamdulillah dulu, Puji-Pujian dan Syukur pada Allah dulu, then baru kita asking. Betul?
Ok. Gratitude ni, anda kena ada 2. Satu fix list. Yang anda memang dah tulis siap-siap kesyukuran besar dalam hidup anda, macam ada Family, ada kerjaya, rumah, kereta, Imam, badan yang sihat dan sebagainya.
Lagi satu ialah list yang anda tulis setiap malam. Anda duduk sebelum tidur, ambil pen dan kertas, anda tulis semua kesyukuran anda hari tersebut. Tulis dengan penuh happy. Then baru tidur. Subconscious Mind akan process semua tu waktu tidur.
Dua-dua list ni, baca balik waktu pagi bila bangun tidur. Allah dah janji, lagi banyak syukur, lagi banyak Allah tambah. Very powerful.
Kalau tak tahu macamana nak tulis secara sistematik, boleh follow tuan Zuhairi Nopiah. Beliau ada keluarkan Journal Kesyukuran. Anda boleh beli dan tulis dalam journal tersebut.
Belajar sesuatu?
#Share Moga Bermanfaat.
Jemput Follow Afnan Rosli. Saya menulis tentang Motivasi dan Pembangunan Diri setiap hari.
           -Afnan Rosli-
Exclusive Calligraphy Artist

Compassionate Listening

Pagi ni saya nak share sesuatu yang sangat powerful. Kalau semua orang buat, dunia boleh jadi aman. Perang boleh tamat, rumahtangga boleh bahagia, kesakitan dan kesempitan boleh jadi lapang.

Benda ni di panggil Compassionate Listening.

Apa tu compassionate listening?

Nanti saya explains. Tapi sebelum tu saya nak cerita kenapa saya decide untuk share benda besar ni? Sebab raya ni ramai sangat nak jumpa saya, dan masing-masing membawa burden, sufferings dan problems masing-masing.

Dan apa yang menakjubkan bagi saya ialah, just by being there, tanpa buat apa-apa, tanpa bagi strategy pelik-pelik, tanpa bagi petua, tanpa bagi anything. Their problems seems to resolved macamtu je. Mostly report lepas cerita je, terus hilang masalah. Terus rasa lapang dada, terus rasa tenang.

Amazing kan? Just by sit still. Duduk saja sebelah orang. Orang yang terseksa bertahun tahun boleh rasa lega. Boleh mula rasa happy dan bahagia. Macamana tu?

Here’s the thing. Compassionate Listening ni ialah bila kita duduk, dan listen closely pada apa yang orang tu nak cakap. Dengar sahaja without any judgement whether this is good or bad. Just listen compassionately. Anda dengan dengan 100% perhatian anda tumpukan pada orang yang bercerita dan dengar dengan penuh kasih sayang.

Tak perlu bagi nasihat, tak perlu bagi pendapat. Just listen.

Tahu tak apa yang akan jadi?

Immediately orang yang bercerita tadi akan rasa macam ada satu batu besar, beban besar dah diangkat dari dada dia. Immediately dia akan rasa lapang dan tenang. Tak percaya cuba lah sendiri.

Benda ni semua orang boleh practice. Dalam rumah tangga, dalam business, di pejabat, dengan anak murid dan sebagainya.

The problem with the world today is, kita mendengar bukan untuk memahami. Kita mendengar untuk balas balik, bidas balik dan untuk menjawab apa yang pihak lagi satu cakap. Ini di ajar dalam system academic kita. We listen not to understand but to prove whose right and whose wrong. These practice are ego based. Nak memang, nak jadi orang yang betul. Itu semua ego based.

Event di dalam agama harini pun begitu. Para cerdik pandai kita dah hilang kasih sayang. Berdebat, mendengar bukan untuk cari penyelesaian, tapi untuk buktikan siapa betul. This is ego. When you listen, you listen to understand. Then baru you voice out your opinion. This is compassion.

Practice Compassionate Listening dalam kita beraya ni. Bila orang cerita masalah mereka, cerita kesusahan mereka, tak perlu kita buka cerita kehebatan kita, best nya hidup kita. Itu ego based. Just listen Compassionately.

Dalam rumah tangga, bila isteri cerita stress dia, serabut dia, you just listen. Tak perlu buka cerita best nya hari kita. Send Compassion to her. Bila anak bercerita pada kita, dengar betul-betul.

Listen to everything that they have to say. Compassionate Listening ni macam kita dengar budak kecik bercerita. Often time mereka akan bercerita dengan penuh emosi. Kita bagi penuh perhatian, kita listen very carefully dengan kasih sayang.

Benda ni kalau politicians semua buat, pasti Negara jadi Maju, dunia jadi Aman. Harini kita lihat, sidang parliaments dah jadi macam Zoo. Pening kepala Speaker. Sebab masing-masing tak reti untuk mendengar. Masing-masing bercakap untuk buktikan mereka betul. We listen not to understand. Semua orang penuh dengan Ego, tiada kasih sayang di dada.

Ni yang Nabi practice. Bila Nabi bercakap dengan orang, Nabi tak sekadar palingkan muka. Nabi pusing seluruh tubuh menghadap orang yang sedang bercakap. Nabi pandang muka, Nabi bagi orang cakap sampai habis. Ini ajaran Nabi.

Practice kan dalam keluarga anda. Mula dengan letak phone dalam poket bila orang bercakap dengan kita. Listen to what they have to say. Be present. Because all the magic, all the wonders only exist in the present moment.

Belajar sesuatu?

#Share Moga Bermanfaat.

Jemput Follow 👉🏻Afnan Rosli. Saya menulis tentang motivasi dan pembangunan diri setiap hari.

            -Afnan Rosli-
Exclusive Calligraphy Artist

Cara untuk having a life Rich of Experience:

Lately saya banyak bercerita tentang living a life rich of experience, memories and emotions kan. Yes, terlalu ramai manusia hidup, repeating the same experience berpuluh puluh tahun. Hinggakan setiap hari mereka terasa sama.

Bangun pagi, eh, sedar-sedar dah malam. Masuk January, sedar-sedar dah December. Setahun rasa macam sehari je. Sebab Experience yang di alami itu berulang. Nothing special in their days.

Ini antara cara untuk having a life Rich of Experience:

1. TRY NEW THINGS:

- Sentiasa cuba benda baru. Pergi bungee jumping, pergi terjun dari kapal terbang, pergi parasailing, pergi hiking, anything. Try new things.

Cuba bidang baru, masuk industry baru. Kenapa ada orang macam Sir Richard Branson yang ada lebih 400 Company, cuba bidang berlainan, tapi masih enjoy life gila-gila punya enjoy. Tapi ada orang, hanya kerja satu kerja, 8-5, tapi masih lagi tak sempat enjoy life. Manusia boleh pergi sampai tahap tu. Cuma kita nak, ke taknak.

2. RELATIONSHIPS:

- Build relationships, bina hubungan dengan orang sekeliling, jumpa orang baru setiap hari. Go deep.

Create happy memories dengan orang tersayang, Family, pasangan, anak-anak. Relationships antara benda paling besar boleh buat kita kaya dengan Experience.

3. TRAVEL:

- Pergi ke tempat baru, cuba makanan baru, kenal budaya baru. Pergi ke tempat yang kita tak familiar. Beza tau, travelers dengan tourists.

Jadi lah travelers. Anda akan explore lebih banyak benda, anda akan create lebih banyak memories dan anda akan alami lebih banyak Experience.

4. LEARN:

- Status saya sebelum ni banyak tekan kan tentang self development. Yes! Setiap hari wajib ada benda baru anda belajar, wajib ada knowledge baru yang anda tambah, wajib ada skills baru yang anda pandai.

Learning experience is the experience yang akan buatkan anda kaya raya.

5. GIVING IMPACT:

- Lastly, memberi impak pada hidup orang lain. Itu suatu pengalaman yang anda kongsikan dengan orang lain. Spend time duduk dengan orang, dengar cerita mereka, go deep.

Saya memberi impak dengan sharing knowledge, Coaching, beri seminars, menulis buku dan sebagainya. Dan pengalaman melihat orang berubah hidup asbab kerja kita. Itu suatu yang amat manis.

Semalam saya bawa the whole family dinner dekat Flora Terrace. Alah, tempat Che’ Ta sambut Birthday anak tu.

This is one of my ways to create Memories, Experience, Relationships, and Giving Impact.

Sentiasa buat apa yang membuatkan anda Happy, dan orang sekeliling anda happy.

Belajar sesuatu?

#Share Moga Bermanfaat.

Jemput Follow 👉🏻Afnan Rosli. Saya menulis tentang Motivasi dan Pembangunan Diri setiap hari.

          -Afnan Rosli-
Exclusive Calligraphy Artist

BELAJAR GUNAKAN KUASA MINDA & HATI ANDA

BELAJAR GUNAKAN KUASA MINDA & HATI ANDA

Pernah tak, bila kita teringat pada seseorang, tiba-tiba orang tu call kita, Whatsapp kita ataupun tiba-tiba terserempak jumpa depan mata kita. Even orang tu dah bertahun tahun kita tak jumpa. Pernah kan?

Satu benda menarik saya nak kongsikan harini. For the past few weeks, saya memang mengkaji material-material atau bahan-bahan ceramah dan seminar Motivator terkenal Indonesia ini. Tuan Ippho Santosa.

Bagi yang belum kenal, beliau adalah Seorang Businesman & Motivator yang sangat berjaya. Beliau sudah memberi Inspirasi pada Jutaan orang seluruh dunia. Beliau bangunkan Sekolah-Sekolah seluruh Indonesia, malah beliau juga membangunkan Campus University beliau sendiri.

Seminar beliau sudah di puluhan Negara di pelbagai Benua, dan buku2 beliau menjadi Mega Bestseller, terjual Jutaan Naskah. Nak lebih kenal beliau, boleh ke Youtube, type Ippho Santosa.

Jadi, bila dah beberapa minggu saya study Material Ippho ni, saya Niat aku nak jumpa Ippho. Tak lama lepas tu, tengok2, kawan saya Tuan Nick Hin bagitaw, beliau akan Invite Ippho ke Malaysia untuk jadi Speaker di Event beliau.

Event tu pulak, sepatutnya saya tak boleh masuk, sebab bukan member. Tapi nak jadi Rezeki. Allah izin Masuk juga.

MasyaAllah, International speaker, yang kalau kita fikir macam agak Mustahil untuk saya Jumpa. Tapi Allah atur tu cantik. Harini jumpa depan mata.

Sebenarnya MINDA & HATI kita ni Powerful. Minda & Hati kita ni macam phone. Kita boleh Dial sesiapa saja, diorang boleh duduk di mana saja di dunia ni, asal kita dial nombor mereka, mereka akan Terima panggil kita, dan mereka boleh jawap.

Begitu lah juga Minda & Hati kita. Kita boleh berhubung dengan sesiapa saja yang kita nak dalam dunia ni. Cumanya kita kena belajar bagaimana nak kawal kuasa itu. Most of the time, benda ni berlaku by accident dalam our life, tanpa kita sedar.

Tapi kalau kita mampu kawal. Dahsyat! Memang Dahsyat, what it can do to our life.

For the past few month saya test untuk Apply benda ni. Saya baru terdetik nak Belajar NLP dan Dreamboard, tau2 Tuan Zuhairi Nopiah datang ke rumah saya, invite saya ke Seminar NLP & Dreamboard beliau, FREE.

Saya baru terdetik nak belajar Faham Al Quran, baru niat pagi tu, tengahari tu Tuan Faizal Hassan datang rumah dengan Isteri beliau Puan Cahaya Norhaini, Invite saya datang Kelas Faham Al Quran mereka FREE.

Saya baru niat nak pakai Braces, baru terdetik niat tak sampai 15 minit, Dr. Izaza pm saya cakap nak sponsor saya pakai braces yang RM7500 FREE.

Banyak sangat peristiwa-peristiwa begini berlaku pada saya kalau saya nak ceritakan satu per satu. Saya faham concept ni dah lama. Saya ingat dulu saya dan isteri decide untuk tidak berhubung, taknak couple, so, masing2 bawa diri. Kami niat, kalau ada Jodoh InsyaAllah Allah temukan semula.

Saya tiada nombor dia, dia pun tiada nombor saya. Fb pun saya takde waktu tu. Tapi saya gunakan ini. Saya cuba Connect dengan diri nya. Bertahun - tahun kami lost contact. Bila saat bersedia dah nak bincang pasal kahwin, saya send Vibrations Rindu pada beliau, dan tanpa FB, Tanpa Phone Nombor, tanpa sebarang information, beliau jumpa saya.

Amazing kan? Allah gerakkan hati manusia. Begitu juga Clients saya. Ada beberapa Client, yang saya niatkan mereka supaya Contact saya. Walhal tak pernah jumpa, tak pernah kenal. Tau-tau mereka Contact nak beli karya.

Now, ini asas penting yang anda perlu Faham. Kalau tidak, boleh lari Aqidah.

Sama macam phone, Phone kita release gelombang, naik ke Satellite, Satellite pantulkan balik gelombang ke bumi, terus ke phone yang kita dial tadi. Jadi rakan kita boleh jawap panggilan kita.

Begitu juga Minda & Hati kita. Kita release Niat, Vibrations & Doa pada Allah. Allah yang gerakkan hati orang yang kita Doakan itu untuk Contact kita, jumpa kita, beli barang kita dan sebagainya. Jadi, pokok nya, Kuasa Allah. Bukan kuasa kita.

Cuma nya, hati & minda kita itu, Allah cipta dengan capacity untuk berhubung dengan hati & minda orang lain.

So, Next time kalau ada terasa macam ada orang memanggil-manggil kita, terasa rindu, terasa ingatkan seseorang. Itu sebenarnya ada orang sedang ingat kita.

Belajar sesuatu? Cuba latih untuk Master menggunakan Kuasa Minda & Hati ini.

           -Afnan Rosli-
Exclusive Calligraphy Artist

Dimensi Spiritual

1. Kita semua terhubung di dimensi spiritual. Kerana itu, kita boleh tarik sesiapa saja dari mana saja di seluruh dunia untuk datang dalam hidup kita. Kerana di dimensi fizikal kita banyak limitations. Tetapi di dimensi spiritual tak ada limitations.

2. Sama seperti phone kita, kita boleh call, dial dan berhubung dengan sesiapa saja yang kita mahu selagi kita tahu no phone mereka. Cuma perlu dial nombor yang betul, dan mereka tekan receive call. Selagi mereka tak receive, kita tak dapat bercakap dengan mereka.

3. Dalam post sebelum-sebelum ni saya dah ceritakan beberapa peristiwa insan-insan luarbiasa yang saya nak jumpa, datang all the way dari luar negara ke Malaysia, dan takdir Allah saya dapat berjumpa dan belajar dari mereka. Ini semua bukan kebetulan. Ini Aturan Allah. Tak ada yang kebetulan dalam hidup.

4. Di dimensi spiritual, Jiwa yang mempunyai Vibrations yang sama, akan tertarik kepada satu sama lain, manakala jiwa yang mempunyai Vibrations berbeza akan saling menolak.

5. Dalam Sahib Bukhari,hadith no 2638. Nabi SAW bersabda.

“Roh-Roh itu bagaikan tentera-tentera yang berbaris. Siapa saja di antara mereka yang saling mengenal, akan saling mengakrabi. Dan siapa saja di antara mereka yang tidak saling mengenal, akan saling menjauhi.”

6. Bila saya baca Hadith ni, saya mind blown kejap. Betapa deep, scientific, dan hebat nya kefahaman Rasullallah. We are all connected by souls. Walaupun di dimensi fizikal kita terpisah beribu batu.

7. Sebab tu, kadang-kadang kita rasa dekaaaat je dengan seseorang seolah olah dia ada sebelah kita, walaupun dia duduk jauh beribu batu. Biasanya parents kita, pasangan kita dan kawan baik kita.

8. Tapi ada orang, kita rasa jauuuuuh sangat dari kita, walaupun dia duduk sebelah kita je. Semua pernah alami benda ni kan?

9. Bila bercakap juga begitu. Sebab itu bila kita gaduh atau nak marah, kita tinggikan suara, kita cakap kuat-kuat, kita jerit-jerit, sebab jiwa yang kita sedang bercakap tu, duduk jauh dari kita.

10. Tapi masa kita sedang bercinta, kita tengah in love. Kita cuma duduk sebelah orang yang kita sayang tu tanpa cakap apa-apa. Sepatah pun kita tak keluarkan. Tapi dalam hati ni rasa macam, banyak benda dah terluah. Banyak benda dah terucap. Even kalau cakap pun, hanya berbisik sudah cukup. Sebab apa? Kerana jiwa itu sangat dengan dengan kita.

Belajar sesuatu?

#Share Moga Bermanfaat.

Jemput Follow 👉🏻 Afnan Rosli. Saya menulis tentang Motivasi dan Pembangunan Diri setiap hari.

           -Afnan Rosli-
Exclusive Calligraphy Artist

CARA NAK BAHAGIA MACAM BUDAK KECIK

CARA NAK BAHAGIA MACAM BUDAK KECIK.

Harini Birthday anak saya Ahmad Luqman. Saja duk sembang-sembang dengan wife baru ni pasal anak kami ni. Duk tengah sembang-sembang, saya cakap kat wife.

Perasan tak, Luqman ni, semua orang sayang dia. Kalau kat rumah, tak kira lah, rumah mak saya, atau mak mertua saya. Luqman ni benda pertama diorang akan cari, orang terakhir yang diorang nak jumpa sebelum tidur.

Kalau kat rumah mak saya ni. Pagi-pagi lagi adik-adik saya akan ketuk pintu bilik tidur kami, tanya, Luqman dah bangun belum? Luqman mana?

Setiap hari macamtu. Orang akan pergi ke bilik kami cari Luqman. Kalau time diorang balik kerja, balik dari sekolah pun sama. Diorang sampai je rumah memang diorang cari Luqman dulu.

Hadiah takyah cakap lah, pergi shopping mall ke, mesti ade jee benda tokma dia bawa balik. Tak baju, mainan. Adik-adik saya pun sama. Asyik beli mainan beli hadiah untuk Luqman. Dan bukan tu je. Kitorang pergi mana2 pun selalu je orang bagi duit kat dia.

Kenapa ye jadi macamni? Padahal budak ni bukan bagi duit, bukan bagi pangkat pun dekat semua orang. Tapi kenapa semua orang sayang, dan semua orang nak serve dia? Kenapa?

Bila saya belajar tentang Energy, tentang Vibrations. Saya mula faham. Rupanya budak kecik ni, dia Vibrates pada Vibrations yang sangat tinggi. Pada level Happiness, pada level Joy dan Blissfulness.

Sebab dia sentiasa happy. Orang sekeliling rasa Bahagia duduk dengan dia, sebab orang nak menumpang Energy positive dia. Orang sekeliling rasa happy, rasa Bahagia duduk dengan dia.

Hasilnya, semua orang sayang, semua orang nak memberi something pada dia.

Dan kita pun patutnya macamtu. Kita kena sentiasa berada pada state tu. Happiness, Joy, Bliss. Ape pun jadi kat pejabat, ape pun jadi kat dunia luar pada diri kita. Dalaman kita kena Bahagia.

Bila dalaman kita Bahagia, orang keliling semua rasa nak dekat dengan kita, nak menumpang seronok kita, nak serve kita, nak memberi sesuatu pada kita. Sebab orang rasa selesa dan sedap khidmat pada kita.

Itu lah State yang kita semua patut ada sekarang.

So, macamna nak berada di keadaan macamni sentiasa?

1. JADI BUDAK KECIK BALIK.

Always buat apa yang dia nak buat, always buat apa yang dia rasa teruja, gembira, dan seronok. Pergi main, pergi lompat,buat je apa yang gembira kan anda.

2. ELAKKAN DOSA.

Dosa ni getaran dia rendah. Dia buat hati kita bergetar pada Vibrations Guilt & Fear. Rasa bersalah dan takut. So, budak kecik ni, dia tidak ada dosa. Dia jauh dari dosa. Bila kita tak buat dosa, baru seluruh Makhluk sayang.

3. Smiles 😇 & Laugh 😆 a lot! 

Senyum dan ketawa banyak banyak. Tengok budak kecik. Asyik senyum, ketawa, senyum ketawa. Itu je kerja dia sepanjang hari.  Kita pun kena buat macamtu kalau nak semua orang sayang, semua orang bagi macam-macam pada kita.

4. TIADA DENDAM.

Budak kecik, hati dia bersih, tak pernah simpan dendam. Nanti baca post saya tajuk tiada dendam baru ni. Anda akan faham bagaimana dendam sebenarnya memusnahkan diri anda dan merompak KEBAHAGIAAN anda.

5. CUKUP REHAT.

Tengok budak kecik, penat main, tidur, penat main tidur. Rest yang cukup perlu untuk kita berfungsi dengan optimum dan emosi kita stabil. Sebab tu, kalau perasan bos bos kita yang hardworking tidur tak cukup, semua pemarah, baran, cepat melenting. Dan semua orang benci. Yes.  Maybe boleh kaya, maybe boleh banyak harta. Tapi dalaman berperang.

Hari hari tak tenang, tak bahagia. So, cukupkan rehat. Sleep like a baby. Orang putih kata.

Anda Belajar sesuatu dari sini?

Sedia nak hidup Bahagia dan di Sayangi macam baby?

#Share Moga Bermanfaat.

Jemput Follow 👉🏻Afnan Rosli. Saya menulis tentang Motivasi dan Pembangunan Diri setiap hari.

           -Afnan Rosli-
Exclusive Calligraphy Artist

NASIHAT PAK SHEIKH.

NASIHAT PAK SHEIKH.

Orang tengok lifestyle aku yang macam takyah kerja ni, ramai orang ingat aku terus senang. Sebenarnya tak! Meh bang nan ko nak cite sikit.

Tahun 2012 aku mengalami Depression yang teruk. Time tu ujian Allah bagi bertimpa2. Dengan family problem, dengan kawan2 problem, study, bisnes semua problem.

Time tu aku susah gila2. Aku lari pada University. Terpaksa tumpang rumah kawan, selalu gak tidur surau, tumpang mandi kat masjid. Kadang2 kalau malas aku tido je atas bangku kat taman.

Sampai satu masa mak aku tengok aku ni macam dah teruk sangat kot. Dia suruh aku masuk pondok. Dia arrange orang mai amek aku bawak ke pondok ni.

Aku ingatkan pondok mengaji agama. Rupanya pondok ni, macam pusat pemulihan bekas2 penagih. Kat situ ramai lah budak2 seawal darjah 4 pun ada yang family tinggal tak amek2 pun ada. Macam2 kes. Kes dadah, kes isap gam. Macam2 lah.

Pondok ni keadaan dia memang sangat2 uzur. Malam takde letrik. Kena pakai generator. Lepas isya' generator tutup. So, terpaksa pakai minyak tanah.

Makanan, semua diorang tanam sendiri. Kacang2, sayur2 tanam sendiri. Masak pun pakai kayu api lagi. Lembu diorang bela, ayam, ikan semua bela sendiri.

Mandi pun kitorang pakai air telaga. Kadang2 mandi air kolam ikan je. Kolam dia besar.

Time aku masuk tu, bulan Ramadhan.

Di sebabkan aku ni takde kes pape, cuma otak & emosi aku tak berapa stabil time tu. So, diorang letakkan aku dekat pondok yang elok sikit lah. Tak campur dengan ahli pondok lain.

Dekat situ aku duduk dengan ahli yang paling tua kat situ. Kitorang panggil Pak Sheikh je.

Pak Sheikh ni dulu bekas Penagih jugak. Tapi dah lama duduk situ, MasyaAllah dia punya Wara', Ilmu & Amalan dia memang hebat.

Sepanjang Ramadhan dekat situ, macam2 amalan lah yang Pak Sheikh ajar aku buat. Alhamdulillah lepas buat amalan2 tu Hati aku mula tenang sikit. Sel2 Otak pun mula berhubung dengan betul.

Sebelum aku tinggalkan pondok tu, ada beberapa Nasihat Pak Sheikh yang buat aku berubah dan lihat dunia ni dengan cara berbeza.

Aku plan nak share dalam satu posting je, tapi ni macam dah panjang sangat ni. Korang nak tahu tak nasihat yang ubah Afnan Rosli yang dulu jadi siapa Afnan yang sekarang?

Kalau ramai yang NAK, InsyaAllah esok malam aku share. Tak ramai yang nak, aku simpan jela.

Bersambung......

Silence isn’t empty, its full of answers.

Silence isn’t empty, its full of answers.

Selama ni kita duk ingat duduk diam itu kosong. Tak. Duduk diam itu lah pintu jawapan pada semua persoalan hidup. Duduk diam itu amalan semua Nabi, semua Wali, semua Pahlawan kita dulu.

Bertenang itu Kuasa, kenal diri itu Kuasa, berhubung dengan diri itu Kuasa, mampu Bahagia itu Kuasa.

Dunia ni dah terlalu ramai orang cerdik pandai. Tapi terlalu sedikit orang Bahagia dan Bertenang. Dari kecik kita di ajar untuk guna intellects. Tak pernah kita di ajar guna hati.

Dari kecik kita di ajar untuk membangun dunia luar kita (Outer world). Tak pernah kita di ajar membangun dunia dalam kita (Inner world).

Kita tak pernah latih untuk bahagia. Tak pernah kita di ajar untuk bahagia. Kita hanya di ajar yang bahagia itu perlu di kejar. Kita di ajar yang kita perlu kerja keras, korbankan segala nya, untuk jumpa Bahagia di depan.

Cuba tanya orang yang dah berpuluh tahun mengejar bahagia, mereka jumpa ke tak? Sebelum dapat kerja, kita rasa nanti dapat kerja aku akan bahagia, lepas dapat kerja serabut dengan kerja.

Then kita rasa kalau naik pangkat akan bahagia. Lepas naik pangkat serabut dengan tanggungjawab.

Then rasa lepas jadi bos akan bahagia. Lepas jadi bos serabut dengan amanah yang berat.

Sebenarnya bahagia dah sedia ada pada kita. Tak perlu korbankan demi mengejar ilusi. Belajar untuk sentiasa bahagia, sentiasa gembira. Ada kerja bahagia, takde kerja bahagia, ada duit bahagia, takde duit bahagia. Semua dah cukup sekeliling kita.

Aman. Tenang.

Students saya semua pelik, sepanjang kelas, most of the time just sit still without doing anything. Duduk diam tak buat apa-apa selama 2 hari. Kebanyakkan masa pejam mata.

Pejam mata, nangis sebab bahagia, pejam mata lagi nangis sebab gembira, pejam mata lagi nangis sebab syukur. 2 hari duduk saja, menangis, senyum, menangis, senyum. Peluk, kasih sayang, peluk, kasih sayang.

Sekarang dah masuk minggu ke 2 kita habis kelas. Sampai ke saat ini masih tak berhenti peserta share perubahan hidup. Share magic berlaku dalam hidup. MasyaAllah. Bukan suruh buat apa pun. Suruh duduk diam pejam mata, duduk diam bernafas dengan betul, duduk dia rasa Bahagia saja.

Balik kelas sales masuk bertimbun, Rezeki mencurah-curah, anak jadi baik, suami jadi baik, hati jadi tenang, masa rasa panjang, nafas rasa lebih nikmat, sakit Allah pulihkan & sembuhkan. Pelik sungguh. Kenapa?

Kerana hidup kembali pada fitrah. Fitrah kita hidup tenang. Fitrah kita hidup gembira, bahagia.

Kita ingat orang menangis ni orang lemah. Tak. Menangis ni amalan wajib para Nabi, amalan para sahabat, amalan para ulama’.

Nabi setiap malam menangis, sahabat setiap malam menangis. Tok Guru Nik Aziz setiap malam menangis.

Saidina Umar, orang paling kuat, orang paling di geruni di Makkah. Setiap malam menangis sampai ke pagi. Dia lemah ke? Tak.

Sebab dia menangis lah dia kuat. Menangis itu Kuasa. Kasih sayang itu Kuasa. Gembira itu Kuasa.

Kita? Kita terlalu sibuk kerja, tak sempat bangun malam, tak sempat menangis.

Dengan duduk diam kita mula dapat balance dalam life kita. Once dapat balance, baru kita boleh zahirkan balance itu ke dunia luar kita. Our outer life reflects our inner life.

Dunia kita harini chaos, kacau bilau, huru hara sebab kita di pimpin oleh cerdik pandai yang tak reti bertenang. Dalam diri tiada balance. Bila dalam diri tiada balance, mereka akan zahirkan ketidakseimbangan dalam diri mereka ke dunia luar mereka. Lebih besar kuasa mereka, lebih banyak kerosakkan mereka bawa ke dunia.

Anak-anak kita di besarkan dalam keadaan stress. Terpaksa kejar KPI, terpaksa kerja target. Imbalance dalam diri di zahirkan ke dunia luar.

Kita sendiri tak mampu bertenang. Hidup penuh stress, penuh chaos, penuh serabut. Apa dalam diri, di zahirkan ke dalam keluarga.

Society mengajar kita work harder, do more, grow bigger, push diri, push diri, kerja, kerja, kerja. Sampai kita terkejar kejar. Sampai kita sacrifices everything. Nobody tells you that you have to live that way.

Yes you need to work hard. But not work hard on the things that you don’t like. Work hard on yourself. Kerja keras. Tapi kerja keras pada diri anda.

Put all your attention and energy on yourself. Grow your inner world first. Then your outer world will grow automatically.

Belajar membangun diri. Belajar untuk gunakan kekuatan yang ada dalam diri. Belajar guna hati, belajar buat perkara yang kita gembira. 

Learn to enjoy life, learn to appreciate everything around you. Life is beautiful. You are not here just to survive, you are here to thrive.

Connect with your heart. 💖

Dapat sesuatu?

#Share Moga Bermanfaat.

Jemput Follow 👉🏻Afnan Rosli. Saya menulis tentang Motivasi dan Pembangunan Diri setiap hari.

          -Afnan Rosli-
Exclusive Calligraphy Artist

MENTAL REHEARSALS, TIPS UNTUK DAPATKAN HARI YANG TERBAIK.

MENTAL REHEARSALS, TIPS UNTUK DAPATKAN HARI YANG TERBAIK.

Hidup kita harini berjalan terlalu laju rasanya kan?
Kita bangun pagi, eh, tau-tau dah petang, tau-tau dah malam. Dan sedar-sedar dah nak masuk tidur.

Tau-tau dah habis sebulan. Pejam celik, pejam celik dan habis setahun. Tengok-tengok setahun tu takde achievement apa pun kita buat sepanjang tahun. Masih sama macam tahun lepas-lepas.

Kelmarin saya meeting bersama Dato’ Nurul Cynthia Williams & Madam Camelia Tan Sri Yaacob. And it was a great meeting. Saya pun terfikir, ramai orang tak tahu macamana nak ada hari yang baik, mereka bangun pagi tanpa tujuan dan kembali tidur tanpa arah tuju. 

why not saya ajar pada Followers bagaimana untuk dapatkan hari yang lancar baik, dan bernilai. Sedia nak belajar?

Ini tips nya:

1. Setiap malam, sebelum tidur, lepas dah solat, dah mandi, anda dah sedia untuk tidur kan. 1st sekali jangan tengok FB, jangan scroll Newsfeed. Sebab waktu tidur, minda separa sedar anda akan serap dan process semua benda yang anda tengok sebelum tidur.

2. Kalau anda tengok cerita horror, anda tengok berita cerai, berita kemalangan, gosip artist, semua tu minda anda serap dan process waktu tidur. Apa yang jadi, anda sedang menarik semua kisah hidup orang lain dalam hidup anda.

3. Duduk bertenang, tarik nafas, buat meditation sekejap, 10-15minit. Bagi mind anda vibrates pada level yang tinggi. Bagi jantung dan seluruh badan anda sedia untuk berehat dan recharge. Sebab esok kita nak bangun dengan Batery 100%.

4. Kebanyakkan kita harini penat, letih giler-giler pastu terus terjun atas katil dan tidur. Kita tak bersedia untuk tidur. Jadinya kita bangun bateri only charging 50-60% je. Macamna nak dapat hari yang baik kalau bangun pun dah low energy kan?

5. Lepas dah tenang semua, anda Visualise kan semua matlamat dan impian anda Tahun ni. Bagi nampak sejelas jelas nya.

6. Then tuliskan in details semua benda yang anda nak buat esok. Tulis dari anda bangun hingga anda tidur. Semua benda anda tulis pastikan ia membawa anda lebih dekat pada matlamat anda tahun ni.

7. Then buat apa yang saya panggil sebagai MENTAL REHEARSALS. Kita pejam mata dan bayangkan satu per satu yang kita tulis tu, bayangkan semua berjalan lancar. Bayangkan kita dapat Full benefits pada semua yang kita buat tu.

Bayangkan setiap clients yang kita jumpa, setiap sales yang kita buat, bayangkan duit berlambak lambak orang datang bagi pada anda, bayangkan kasih sayang yang anda dapat sepanjang hari, dan sebagainya.

8. Apa yang anda sedang buat ialah anda sedang bagi arahan pada otak anda supaya bersedia untuk hari yang GREAT dan Menakjubkan esok.

Nanti masa tidur, minda separa sedar anda process semua tu, dan badan serta otak anda dah bersedia nak terima hari yang HEBAT, nak terima REZEKI MELIMPAH esok.

9. Then masuk tidur dengan tenang seperti biasa. Esok bangun, anda revise balik apa yang anda tulis, dan buat visualisation lagi sekali. Dan mulakan hari hebat anda!

10. Untuk majlis-majlis dekat sekolah & pejabat saja pun kita buat Rehearsals, ini kan hidup kita. Hidup kita yang terhad ni kita taknak rehearsals, kita biar dia berjalan macamtu je, entah menjadi entah tidak. Pelik kan?

So, mulai malam ni dah sedia untuk buat Mental Rehearsals?

Belajar sesuatu?
#Share Moga Bermanfaat.

Jemput Follow 👉🏻Afnan Rosli. Saya menulis tentang Motivasi dan Pembangunan Diri setiap hari.

           -Afnan Rosli-
Exclusive Calligraphy Artist

Survival mode is a very low vibrations

Ada yang tanya, tuan Afnan, apa makna “Exclusive Calligraphy Artist” yang tuan selalu tulis kat bawah status tuan tu?

Rupanya dah lama saya tak post tentang hasil kerja saya. 10K Followers yang terbaru ni maybe tak pernah tengok saya post pasal karya saya kan?

Sebenarnya ini lah career saya. Saya seorang Calligraphy Artist. Saya buat karya lukisan dan tulisan Calligraphy on canvas. Ini antara karya terbaru saya. Sudah terjual.

Menarik nya, tadi ada seorang pm saya, beliau mintak pendapat saya, patut ke anak beliau sambung Belajar course English or TESL.

Saya cakap, tak kisah lah anak puan nak belajar course apa pun, asalkan dia ada Passion. Jangan masuk course yang kita takde Passion.

Begitu juga dengan kerja. Jangan masuk kerja semata-mata untuk survival. Cari kerja yang kita passionate, yang memang jiwa kita. So that kita tak pernah rasa kita terpaksa kerja walau sehari pun.

Bila kita buat sesuatu yang kita passionate, kita buat sepenuh jiwa. Then Rezeki tu akan datang dengan sendiri. Sebab kita at a happy, excited dan joyful Vibrations.

Saya ingat dulu masa lepas kahwin, saya pun hilang arah, tak tahu nak buat kerja apa. Dah ada isteri, kerja pun takde, siap suruh isteri berhenti kerja lagi.

Tapi saya tanya diri saya. Apa yang aku minat? Apa yang aku tetap akan buat, walaupun orang tak bayar aku? Saya temui, saya minat 2 perkara. Silat & Calligraphy. Memang dari kecik saya suka melukis. Walau takde orang bayar pun, saya tetap akan melukis. So, saya decide untuk mula melukis.

Karya pertama saya jual tahun 2015 berharga RM5. Walaupun waktu itu hanya jual karya RM5, tapi buat sepenuh jiwa. Sebab passion. Alhamdulillah harini, karya saya sudah sampai ke tangan orang-orang tertinggi Negara, sudah di beli oleh VIP dan VVIP.

Anda semua ada Genius anda, korek, gali passion anda, gali bakat anda. Tak salah kerja dengan orang, tapi pastikan kerja itu suatu yang anda passionate. Kalau anda passion dalam account. Boleh kerja bidang accounting. Tak salah.

Kebanyakkan orang harini bekerja semata-mata untuk survive. Survival mode is a very low vibrations. Mereka pergi ke tempat yang mereka tak suka, hadap bos yang mereka tak suka, duduk sekali dengan rakan kerja yang mereka menyampah, dan buat kerja yang mereka tak suka semata-mata untuk bayar bil.

Kita tidak di cipta hanya untuk itu semata-mata. Kita di cipta untuk something lebih besar dari itu. To be happy, to live life to the fullest. Gunakan potensi diri anda sepenuhnya.

Now don’t get me wrong, follow Passion kita tak bermakna semuanya mudah. There will be challenges and difficulties. Tapi kita boleh hadap dengan tenang. Sebab kita passionate about it!

Baru ni ada yang mengadu pada saya, dah tertekan sangat dengan suasana tempat kerja, bos dan workload yang banyak. Macamana nak buat? Saya kata, dah menyampah stay buat apa? Berhenti saja. Pergi buat apa yang kita minat, apa yang kita suka. Simple.

But, tahu tak apa yang menghalang kita?

FEAR OF UNCERTAINTY!

Takut pada sesuatu yang belum pasti. FEAR yang halang kita untuk jalani hidup yang kita nak sangat jalani. Dengar cakap saya. Rempuh saja FEAR itu. Kejar Passion anda.

Waktu saya mulakan Calligraphy dulu, bermodalkan RM2.50 sahaja, saya pun ada ketakutan yang sama, tapi saya tahu, kalau saya nak hidup buat benda yang saya suka. Saya perlu dengar kata hati. Follow my heart.

Saya ingat lagi waktu habis SPM dulu, ayah saya bawa saya untuk Interview Pilot. Sebab bapa saudara saya juga seorang pilot. Malam sebelum Interview tu saya tak boleh tidur, saya fikir panjang. Akhirnya pagi sebelum pergi tempat Interview saya bagitaw ayah saya, saya taknak pergi.

Kenapa? Sebab saya sedar waktu itu. Ini ialah apa yang mak ayah saya nak saya jadi. Bukan apa yang diri saya nak saya jadi. Saya nak melukis, saya nak inspire orang. Saya nak mengajar. Itu passion saya.

Soalan saya, adakah anda sedang jalani hidup yang anda nak jadi, atau hidup yang orang sekeliling nak anda jadi?

Ada tak yang nak tahu, bagaimana untuk tukar Passion kita, kepada career kita? So that, sehari pun dalam hidup, kita tak rasa yang kita bekerja.

Kalau ramai, nanti saya buat satu live session untuk share step by step.

           -Afnan Rosli-
Exclusive Calligraphy Artist

5 TIP UNTUK HARI LEBIH BERJAYA

5 TIP UNTUK HARI LEBIH BERJAYA

1. MULAKAN DENGAN KEJAYAAN KECIL

Kita nak hari kita di mulakan dengan Kejayaan kecil demi kejayaan kecil. Dan setiap Kejayaan tu anda kena FEEL rasa proud dan accomplishment dia.

Baru anda akan dapat duduk dalam Satu state yang di panggil FLOW. Di mana satu Kejayaan bawa kepada Kejayaan yang lain, bawa pada yang lain yang lebih besar.

Antara Kejayaan kecil anda boleh buat ialah Bangun awal (Tahajjud), Kemas tempat tidur, Pergi Masjid, Baca Quran, Sedekah Subuh.

☝🏻sebab kalau perasan orang2 yang mampu buat ni waktu pagi, hidup dia lain macam. Macam smooth je. Sebab dia dalam FLOW!

2. MINUM AIR

Otak kita terdiri dari 73% Air. Waktu kita tidur kita sedang dehydrate. So, in order untuk Otak kita berfungsi dengan Baik, anda perlu minum air sebaik saja bangun tidur. Pasti kan ada air kosong dekat sebelah katil anda.

Bila otak boleh berfungsi secara optimum, hari anda juga bakal menjadi optimum. Sebab semua keputusan anda di process oleh otak.

3. BREATHING

Ramai kita tak bernafas dengan betul. Kita tak menggunakan Full capacity of our lungs. Pernafasan yang betul akan buat kita lebih tenang.

Bila kita tenang baru kita buat keputusan yang betul sepanjang hari. Orang Tenang Sentiasa Menang.

*Untuk belajar cara bernafas dengan betul boleh cari di utube tajuk Square Breathing by Eric Ho

4. BERSYUKUR

Orang putih panggil count your blessings. Pejam mata, fikir satu2 nikmat yang anda ada harini, Syukuri setiap satu. Anda syukur masih hidup, syukur anak2, ibu bapa anda masih hidup, syukur ada rumah ada kereta, syukur setiap anggota badan anda sihat, syukur ada makanan.

Setiap benda yang anda ada anda ucap terima kasih Ya Allah. Datangkan Feels dalam hati tu. rasai aku ni orang BERTUAH. Macam2 Allah bagi.

Sepanjang hari anda, anda akan menarik lebih banyak TUAH demi Tuah! Nikmat demi Nikmat.

5. PLAN YOUR DAY

Last but not least rancang hari anda. Tulis satu persatu yang anda nak buat hari ni. Buat to do list. InsyaAllah semua nya berjalan lancar.

Have a nice day. #Share

           -Afnan Rosli-
Exclusive Calligraphy Artist

FEAR of FAILURE!

Baru-baru ni saya teman ibu saya ke satu majlis pengkebumian salah seorang customer ayah saya. Di kubur itu saya tengok satu satu batu nisan ni. MasyaAllah setiap satu batu nisan ini menyimpan seribu satu kisah suka duka kehidupan penghuninya.

Tengah saya duduk reflecting on life, saya teringat satu lecture oleh Les Brown yang saya dengar beberapa ketika dahulu.

Beliau kata, tahukan anda tempat paling Kaya di atas muka bumi ni?

Tempat paling kaya atas muka bumi ni bukan di Middle East di mana mereka mempunyai Berbillion Billion simpanan minyak. Bukan juga di Benua Africa di mana tanah mereka menyimpan Berbillion Billion berlian, batu permata dan emas.

Tapi, tempat paling kaya atas muka bumi ini ialah

TANAH PERKUBURAN!

Di situ tertanamnya cita-cita yang tak pernah di kejar, impian yang tak pernah terlaksana, buku yang tak pernah di tulis, lagu yang tak pernah di nyanyi kan, cinta yang tak pernah di lafazkan, ideas yang tak pernah di realisasikan, bakat yang tak pernah di persembahkan, kekuatan yang tak pernah di gunakan, music yang tak pernah di perdengarkan, dan kelebihan yang tak pernah di jumpai.

Segala macam khazanah tertanam di tanah perkuburan ini kerana penghuninya terlalu takut. Takut untuk meluahkan, takut untuk mengungkapkan, takut untuk menunjukkan pada dunia kelebihan dan bakat yang mereka ada.

Saya mungkin tak kenal anda, tapi saya PASTI! Setiap dari anda mempunyai kelebihan, kekuatan, bakat dan cita-cita anda!

Luahkan bakat anda, tunjuk pada dunia kelebihan anda, kejar cita-cita dan impian anda! Jangan simpan dalam diri, hingga hujung hayat anda baru anda sedar yang ia sudah terlambat untuk mengungkapkan nya.

Setiap hari adalah peluang baru! Allah wujudkan anda sebagai diri anda, pasti ada tujuannya. Hanya anda yang boleh buat tugas itu, kerana anda unik. Tiada orang lain boleh gantikan tempat anda.

Ada seorang wanita tanya saya baru ni, beliau sekarang sedang bekerja dalam bidang yang beliau tak gembira. Kepakaran dan passion beliau ialah memasak. Beliau nak sangat memasak.

Saya tanya kenapa tak berhenti saja, dan mula memasak? Beliau berikan pelbagai-bagai alasan demi alasan. Saya korek lagi, kenapa? Setiap kali beliau bagi jawapan, saya akan tanya kenapa? Kenapa? Kenapa?

Hingga akhir sekali beliau jawap. “Sebenarnya saya takut 😔😞. Saya takut, bagaimana kalau saya gagal?”

Itu lah yang menghalang majority masyarakat dunia
dari menjalani hidup yang mereka nak. FEAR! Fear of uncertainty, FEAR of FAILURE!

Jangan kerana masyarakat sekeliling kata anda patut jadi begini dan begini, orang sekeliling kata anda patut buat begini dan begini, anda mula hilang arah, hilang cita-cita dan mula ikut telunjuk orang. Sayang. 😞

Sangat-sangat sayang. Jangan biarkan genius anda tertanam bersama-sama jasad anda, tanpa dunia sempat melihatnya.

Cuba tanya diri anda, adakah hidup yang aku jalani harini ialah hidup yang aku nak? Kalau tidak, kenapa? Apa yang masih menghalang aku? Adakah kalau aku mati esok, aku boleh mati dengan hati yang tenang dan puas? Yang aku dah hidup dengan sepenuh hati?

Soalan saya, apakah Genius anda? Apakah kelebihan anda? Apakah cita-cita anda? Bersedia nak gunakan sementara masih hidup, atau anda nak bawa semua cita-cita ini bersama ke dalam liang lahad?

InsyaAllah peserta seminar nanti akan di bawa pada satu journey mencari dan menggali potensi diri, reprogram minda, dan badan supaya mampu meluahkan segala bakat dan kelebihan pada dunia.

Jumpa anda semua di Seminar #Metamorphosis chapter 1: REBORN!

13 April 2019. Ara Event Hall Shah Alam. Registrations akan di buka esok pagi jam 8.30 am.

Belajar sesuatu?

#Share Moga Bermanfaat.

Jemput Follow 👉🏻Afnan Rosli. Saya menulis tentang Motivasi dan Pembangunan Diri setiap hari.

           -Afnan Rosli-
Exclusive Calligraphy Artist

Kita boleh connect dengan sesiapa saja, asalkan kita jelas siapa kita nak get connected to

Ini Juliana. She’s a Singaporean & an amazing Architect. Beberapa bulan lepas, one of my Mentor Madam Camelia Tan Sri Yaacob cerita tentang Juliana, bagaimana beliau berjaya Close a deal bernilai 100 Millions USD. Yes, you read it right. 100 Millions USD. Tuan puan. Ia bersamaan RM408,563,490.77.

Beliau dapat project untuk buat Mall, Resorts dan sebagainya di Ulaanbataar capital of Mongolia.

Sejak dengar cerita tentang beliau, saya terus Doa & Submit, saya nak jumpa this lady. Ye lah, orang dah close 100 Juta USD kot, mesti ada something kau dapat belajar dari dia.

So, nak di jadikan cerita, beliau datang ke Malaysia, KL hari rabu lepas untuk buat sharing. Saya nak sangat join, tapi tak dapat pergi. So, i miss her sessions. Then takpelah, saya just doa, Ya Allah, aku nak jumpa dia. Meditate, then submit.

Kelmarin, lepas meeting, masa saya nak turun tangga nak ke kereta saya dengar ada suara seorang perempuan tanya beberapa orang lelaki, nak ke Bangsar naik LRT line mana? Warna apa?

Saya, pusing, saya tanya dia, nak ke Bangsar ke? My house is in Bangsar, meh lah naik sekali. Guest what? It was Juliana.

So, saya dapat Exclusive sharing sessions selama 30 minutes dalam kereta saya dengan beliau. Lepas saya drop beliau ke Bangsar Village Mall, kitorang tukar phone no.

Then harini, beliau datang ke rumah saya, dengan beberapa orang rakan dari Singapore, datang tengok my Artworks, painting-painting saya, datang kenal-kenal pasal hasil kerja saya.

Selesai tu, saya hantar beliau ke KL Central, dalam perjalanan beliau cerita, its interesting that you buat Calligraphy, sebab saya ada project Masjid in Mongolia, memang tengah cari Calligrapher.

Yang ni project lain pula, bukan yang 100 Millions tadi. And panjang lah cerita bagaimana beliau dapat project tu dan sebagainya.

Dan beliau pun percaya yang kitorang boleh jumpa ni adalah Aturan Allah yang Maha Cantik.

Apa yang saya nak sampaikan sebenarnya is, kita semua ni, interconnected. Dan kita sebenarnya macam phone, kita boleh pilih nak call sesiapa saja atas dunia ni, asalkan kita ada number phone mereka.

Macamtu jugaklah diri kita. Kita boleh connect dengan sesiapa saja, asalkan kita jelas siapa kita nak get connected to. Ingat lagi tak yang saya cerita macamana saya submit nak jumpa Ippho Santosa tu? One of the best speaker in Indonesia.

Kalau jelas, nanti Allah atur satu persatu peristiwa, orang dan kejadian supaya kita dapat jumpa orang tu.

Sama macam kes Juliana ni lah. Beliau terbang all the way from Singapore ke KL. Dalam banyak-banyak tempat, kenapa Bangsar yang dia nak pergi? Dalam banyak-banyak masa, kenapa waktu saya turun tangga tu juga beliau tanya orang tentang LRT?

Semua kejadian ni Allah atur supaya beliau boleh end up duduk sebelah saya dalam kereta, dan share stories dengan saya.

Saya percaya dalam Dunia ni, tak ada apa yang jadi secara Kebetulan. Semua Allah atur ada sebab, perfect. Saya dah gunakan Attractions ni berulang ulang kali, pada ramai orang.

Amazing kan? Kita manusia ada ability to connect dengan each other sama macam phone kita. Cuma kita belum dapat kawal that technology dalam diri kita. Macam saya selalu kata, mencari pelanggan dan menarik pelanggan dua benda yang berbeza.

Mencari, mengejar, semua buat kita penat. Menarik InsyaAllah lebih mudah.

Nak belajar how to get connected?
InsyaAllah saya ajar dalam kelas nanti.

Anda dapat sesuatu dari sharing ini?
#Share Moga Bermanfaat.

Jemputan Follow 👉🏻Afnan Rosli. Saya menulis tentang Motivasi dan Pembangunan Diri setiap hari.

            -Afnan Rosli-
Exclusive Calligraphy Artist

BILA KALI TERAKHIR ANDA GEMBIRA?

BILA KALI TERAKHIR ANDA GEMBIRA?

Bila kali terakhir anda ketawa besar?
Bila kali terakhir anda tersenyum ikhlas?
Bila kali terakhir anda menari dalam hujan sambil menangis kegirangan?

Moment ini sangat mahal bagi kami. Gambar ini, Moment ini Wallahi tak boleh di beli dengan wang ringgit. Sungguh kami akan ingat detik ini sampai mati.

Sebelum gambar ni di ambil, kami puas menangis. Melihat kesempitan dan keperitan hidup mereka di Arakan. Kami baru lepas ziarah rumah-rumah yang paling susah di kampung ini.

Sebelum itu cuaca sangat baik, cerah. Langsung tak ada tanda-tanda nak hujan.

Tapi saat kami melangkah keluar saja dari perkarangan kampung, MasyaAllah terus hujan selebat-lebat nya. 😭

Mula nya saya cuba berlari ke arah Van yang menunggu kami di hujung jalan. Kerana takut basah. Waktu saya berlari itu pulahan kanak-kanak ini berlari bersama kami sambil menjerit Peace For Arakan, Peace For Arakan, Peace For Arakan.

Melihat riak wajah senyuman mereka semua itu berlari bersama kami dalam hujan. Saya decide untuk berhenti berlari, biarkan diri ini basah kuyup, dan kami semua mula menari di tengah hujan ni. MasyaAllah menangis gembira saya. Tak pernah saya segembira ini dalam hidup.

Kami bertiga datang kesini nak bantu mereka. Rupanya bukan mereka yang di bantu. Kami yang di bantu. 😭

Saat anak-anak ini menari, berjoget, bertepuk tangan sambil menyanyi, kami jumpa hati kami. Kami jumpa gembira kami. Kami rasa kasih sayang dalam hati kami. Kami rasa kesyukuran kami.

MasyaAllah, ini manusia yang di isytiharkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebagai The Most Oppressed People in the world. Kaum yang paling di tindas atas muka bumi.

Dan kami melihat sendiri dengan mata kepala kami. Ini anak-anak yang bapa mereka di sembelih di depan mereka, rumah mereka di bakar di depan mereka, adik beradik mereka di tembak di depan mereka, kakak mereka di rogol di depan mereka. Dan mereka sengaja di biarkan hidup supaya mereka sebarkan perasaan takut dalam kaum mereka.

Ini anak-anak yang tiada langsung access pada pendidikan. Ini anak-anak yang sudah berhari hari tak jumpa makanan. Ni wajah anak-anak yang pakaian pun tak ada. Yang tak ada langsung mainan dan apa saja luxury yang anak-anak kita nikmati.

Tapi, pada Moment ini, kami terkejut. Mereka masih mampu tersenyum, masih mampu menari gembira. Masih lagi mampu menyanyi dan bertepuk tangan, menikmati setiap titisan air hujan ini.

Kami menari, menangis dan tersenyum gembira di bawah hujan lebat ini, seolah olah hati ini di basuh dan di cuci oleh air hujan ni. Rasa seluruh jiwa ini bebas, sebebas-bebasnya. MasyaAllah.

Di kaki kami itu bukan selut, itu adalah air takungan najis lembu dan kerbau. Saat duduk begini pun kami rasa sangat gembira tak terkata. Saya tak pernah terfikir seumur hidup saya, yang saya akan Experience perasaan paling gembira dan bahagia dalam keadaan begini. Wallahi langsung tak pernah terfikir.

I’m very emotional saat menulis status ini. Kerana masih terkenang dan rindu saat ini.

Di mata mereka, 3 orang manusia dari Malaysia ini ibarat Malaikat yang datang membawa harapan. You can see clearly from their eyes. They sparkles ✨ like a diamond in the skies. That they see hope, they see future, they see some light in future just by you being there for them. Ini perasaan yang langsung tak boleh di beli dengan duit.

Soalan saya pada anda. Jika anak-anak ini, manusia paling di tindas atas muka bumi. Hidup terseksa siang dan malam. Masih mampu tersenyum, gembira, bahagia, ketawa begini.

Apa alasan anda untuk hidup dalam stress, terkejar-kejar, anxious, depress, anger, hatred, frustrations and sadness?

Apa alasan anda untuk tidak Bahagia?

Dapat sesuatu?

#Share #PeaceForArakan

-Afnan Rosli-
Be Happy 💖

HIDUP JADI LEBIH TERKAWAL?

Kenapa ada orang deactivated Facebook??? kerana mereka percaya ia dapat tingkatkan vibration. Yes! sebab antaranya ialah untuk HIDUP JADI LE...