Thursday 24 October 2019

IBU LEBIH GEMAR DENGAR SENDIRI

IBU LEBIH GEMAR DENGAR SENDIRI
.

Mengenali seseorang dari penceritaan orang lain ada baik dan buruk nya. Bagi ibu, ibu lebih gemar dengar dan lihat sendiri.
.

Satu demi satu soalan yang ibu ajukan, dah macam kena interrogation pulak (pengalaman ibu di Sprm byk mematangkan ibu dalam hal ini). Tapi sebagai seorang Ibu yg lebih tua, ibu kemas menyusun soalan2 ibu dengan penuh sopan dan hikmah. Ada soalan2 perangkap, namun Afnan jawab dgn tenang dan ibu dapat rasakan bahawa beliau menjawab dari hati beliau dan dgn jujur.
.

My Findings:

Anakanda Afnan ni bijak (kena validate dgn intelligent test ibu). Dia ni well congruent dan connected. Punyai potensi dan bakat besar. Cakap penuh adap, baik hati dan jiwa dia besar.
.

Nasihat Ibu:

Jangan putus asa, baiki apa yg salah, tambah apa yg kurang. Afnan kena sama2 bantu ibu dan lain2 pejuang di dalam medan memandaikan bangsa serta meningkatkan lagi taraf pemikiran orang kita serta bantu meningkatkan lagi ekonomi islam. Afnan punyai talent, jgn sia2kan anugerah Allah ini.
.

Afnan masih muda, namum ibu lihat kematangan Afnan luarbiasa. Generasi muda memerlukan inspirasi2 yg datang dari org2 muda juga seperti Afnan.

Moving forward:

Afnan nak berehat buat sementara, Afnan akan join group coaching BSS batch 7, bermula pada 3 - 4 Dec ini. Ibu yakin dan percaya Allah jadikan Afnan di muka bumi ini bersebab. Belajar juga dari kehidupan dan pengalaman. Terus berjuang dilandasan yang betul. Ibu juga perlu anak2 muda macam Afnan untuk sambut tongkat ibu ni untuk terus gunakan kebijaksanaan Afnan membangunkan ekonomi islam dan secara tak langsung memertabatkan bangsa Malaysia di mata dunia.
.

Semoga Allah merahmati diri mu dan keluarga mu wahai anakandaku Afnan Rosli.
.
.
Aamiin.

Salam sayang,
Ibu Hanim.
.

Friday 18 October 2019

'good' or 'bad'

IF u want more peace of mind, stop labeling everything that happens as 'good' or 'bad'.

Tingkatkan Energy Pada Waktu Tahajjud.

Be Happy. Love.
Altering emotional state.
Plan future in now.
Living many life.
Rituals. VGAMES

Tingkatkan Energy Pada Waktu Tahajjud.

Cara Bangun Tidur ⤵️
🌸 Bangun awal antara 4.00 - 4.30am (nak lebih awal silakan)

Selepas Bangun Tidur ⤵️
🌸 Brain connection - bagi sel berhubung dulu. Buat priming (cari video priming dalam youtube)
🌸 Gosok gigi - pakai tangan kiri, kalau dah biasa kiri tukar kanan.
🌸Alternate shower - sejuk panas sejuk panas (bagi sel2 bangun)

Selesai Mandi ⤵️
🌸 Sit down - buat VGAMES
(Visualisation, Gratitude, Affirmation, Meditate, Exercise, Spiritual)

☑Visualisation - Duduk diam pejam mata relax dan experience all the experience yang kita happy dan nak experience.

☑Gratitude - setiap pagi mula dengan rasa syukur (doa minda), feel.. be grateful for everything.
1. Syukur dengan semua pancaindera, organ2 yang ada, rumah, family everything.
2. Syukur dengan memberi - buat tabung subuh selepas sebulan sedekahkan semua pada orang yang sangat memerlukan.
3.Transmit love to the universe (tanda syukur), solat dhuha sebab syukur bukan nak kaya or whatever (keduniaan)

☑Affirmation - pengukuhan. Built self image. Tulis apa nak jadi dan baca.

☑Meditation - belajar offline/diamkan minda.

☑Exercise - yang simple2 seperti sit up, push up

☑Spiritual - solat, zikir, mengaji (Akhir sekali baru buat ibadah.. vibration tinggi baru best buat spritual)

##########################Wakeup with Determination, go to bed with Satisfaction!

Waktu kita bangun pagi itu adalah waktu terpenting sepanjang hari. If you win the morning, you win the whole day.

Bangun setiap pagi:

1. GRATITUDE/SYUKUR.

2. Get your neuro connected. (Baca status neuro connections)

3. Do VGames. (Baca status Morning Rituals)

4. Buat Victory pose macam saya buat dalam gambar ni. (Baca status tentang power pose)

5. Do Priming.

Every morning wakeup, prime your mind to be Stronger, Wiser, Better in every aspect.

Ada satu teknik khas di panggil Priming. Apa tu prime mind? Ia adalah process supaya otak dan badan kita ada laser like focus, hanya pada perkara yang kita nak.

Macamana nak buat? Saya dah post video tu di Channel Telegram. Boleh belajar di sini. Rugi kalau tak buat hari-hari 👇🏻

https://t.me/MotivasiAfnanRosli

Wednesday 16 October 2019

HIGH VIBRATION

HIGH VIBRATION

"Social media is noisy and fast. Learn to slow down..."

(Tuan Afnan Rosli)

Tuesday 15 October 2019

ADA YANG TANYA SAYA TENTANG V-GAMES.

sumber : https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10156997854819079&id=596059078

ADA YANG TANYA SAYA TENTANG V-GAMES.

Sebagai ALUMNI student Tuan Afnan Rosli, adalah tanggungjawab saya untuk menyebarkan dengan sebaik mungkin apa yang telah saya pelajari.

Kata Tuan Afnan, jika seorang student dapat mengajar 10 orang baharu untuk menjadi lebih bahagia, ianya adalah cukup baik dan akan menjadi peninggalan yang berharga olehnya.

Jadi, sebelum saya kongsikan nota HOW To Make 2020 The Best Year in Your Life, saya tulis sedikit tentang V-Games di sini sebagai nota ulangkaji dan rujukan anda.

.

#RITUALPAGI

Daripada Aisyah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

لَمْ يَكُنِ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَى شَيْءٍ مِنَ النَّوَافِلِ أَشَدَّ مِنْهُ تَعَاهُدًا عَلَى رَكْعَتَيِ الفَجْرِ

Maksudnya: “Tidak pernah dilihat Nabi SAW begitu mengambil berat berkaitan solat-solat sunat sebagaimana Baginda SAW mengambil berat tentang dua rakaat fajar”.

[Riwayat al-Bukhari (1116)]

.
Daripada Aisyah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

رَكْعَتَا الْفَجْرِ خَيْرٌ مِنَ الدُّنْيَا وَمَا فِيهَا

Maksudnya: “Dua rakaat fajar adalah lebih baik daripada dunia dan seisinya”.

[Riwayat Muslim (725)]

Lihatlah betapa Nabi Muhammad ﷺ sangat mementingkan dan mensyariatkan kita untuk bangun awal pagi. 

.
McCraven, penulis bagi buku:

"Make Your Bed: Little Things Can Change Your Life...and Maybe the World," pula telah memberitahu sekumpulan pelajar bahawa kepentingan mengemas katil pada setiap pagi adalah salah satu pelajaran terpenting baginya selama beliau berkhidmat dengan Tentera Laut.

"Jika anda mengemas semula katil setiap pagi, anda telah berjaya menyiapkan tugas pertama bagi hari itu.  Ia akan memberikan sedikit rasa kepuasan diri dan akan membuatkan anda rasa teruja dan seronok untuk melakukan tugas yang berlainan lagi dan lagi..."
.

Dalam kelas Tuan Afnan kita belajar tentang RITUAL PAGI.   RITUAL PAGI ini secara Ringkas di Panggil V-GAMES:

.
V- VISUALISATION:👁️

Waktu pagi kita visualise kan semua kebahagiaan, impian dan hidup kita yang lebih sempurna. Mainkan di fikiran pada setiap hari.

Nak berjaya dalam perniagaan, kereta yang lebih baik, masa yang lebih terurus, keluarga bahagia, visualise kan semua benda ni dengan cara paling detail yang boleh. Dan rasainya seolah olah kita sedang mengalaminya.  Bau, hembusan udara, bagaimana kita pegang pintu kereta itu contohnya...  Begitu cara visual yang lengkap. Termasuk haba sekeling juga.  Feel it.

.
G- GRATITUDE: 😇

Yang ini saya selalu tulis.  Tulisan panjang dan pendek.  Hampir setiap hari saya ingatkan supaya jangan lupa untuk bersyukur. Bersyukur, bersyukur, bersyukur.  Lagi kita bersyukur lagi Allah tambah.  Lagi banyak kita menghargai setiap nikmat yang Allah berikan, lagi banyak kenikmatan kita dapat. 

Buat senarai apa yang kita perlu syukuri setiap pagi.  Jika anda benar-benar faham, nak tulis hingga esok pun tidak habis.  Dari kuku tangan hingga ke hujung rambut dan ke hujung jari kaki.  Dan itu baru bahagian badan kita yang kita harus syukuri.  Belum masuk bab lain lagi.

Belum masuk nikmat udara, nikmat air bersih, nikmat tidur berbantal, malah nikmat mampu buang air kecil dan besar sekalipun.

Selalu kita cepat terlupa untuk bersyukur. 
.

A- AFFIRMATION: 💪

Affirmation adalah kenyataan positif yang boleh membantu anda untuk mencabar diri dan mengatasi "self sabotage" atau sabotaj diri serta "negative thoughts" dalam diri.  Complicated sangat ke ayat saya ni?

Bila anda amalkan setiap hari dan jadi percaya, ianya akan merubah diri anda.  Anda boleh anggap "affirmations" itu sebagai "unrealistic wishful thinking" juga.

Impossible tetapi boleh!  Ingat, yang tidak boleh kita ubah di dunia hanyalah Al Quran dan Al Hadith.  Power kan?  Ini ayat yang sahabat jutawan selalu sebut kepada saya.  Untuk buat saya jadi berani dan yakin bahawa saya boleh!

Contoh mudah, bila seseorang selalu berkata kepada saya:

"Saya tak akan mampu jadi macam kak Zuria.  Saya tak sekuat Akak..."

Ubah itu.  Sebenarnya semua orang boleh.  Kadang-kadang kita tidak tahu kekuatan diri kita sendiri selagi kita tidak mencuba.  Beritahu diri,

"Aku boleh.  Aku boleh buat lebih baik dari itu.  InsyaAllah."

Boleh faham kan?

.
M- MEDITATION:🧘

Cara meditasi 🧘‍♀️ yang terbaik bagi kita orang Islam ialah Solat.  Melalui solat yang kusyuk dan pergerakan, segala sujud, tahiyaat, adalah movements yang memberikan impak yang sangat berkualiti kepada otak dan badan.  Dzikir dan doa, menginsafi dosa lampau adalah juga sebahagian dari meditasi dalam Islam.  Untuk ringkas dan mudah faham, perasan tak kita akan rasa best sangat bila dapat sempurnakan solat lima waktu?  Having that kind of feelings adalah satu kemenangan!

.
E- EXERCISE: 🏋️

Untuk ini, Tuan Afnan cadangkan kita buat "HIIT Workout".

Senaman HIIT adalah kata ringkas dari perkataan High Intensity Interval Training.

Senaman jenis HIIT ni sekejap je kena buat sebab resting period dia pun sekejap juga. Sekejap mana? Senaman jenis ni boleh sekejap macam 4 minit je buat.

Anda boleh Google untuk buat bacaan lengkap tentang senaman HIIT ini ya.  Jika berpenyakit, sila dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.

.
S- SPIRITUAL: 👼

Akhir sekali, luangkan masa untuk tingkatkan serta aktifkan spiritual kita.  Baca Al Quran, berzikir setiap hari dan sebagainya.   Zikir ini mudah.  Zikir tidak semestinya buat waktu kita di sejadah sahaja.  Zikir yang paling biasa dan saya amalkan hampir setiap masa termasuk waktu sakit, susah, suka, memandu, dikhianat, macam-macam....ialah:

سُبْحَانَ اللَّهِ وَ الْحَمْدُ لِلَّهِ وَ لاَ اِلهَ إِلاَّ اللَّهُ وَ اللَّهُ أَكْبَرُ (Subhanallah walhamdulillah wala ila ha illauloh Allahu akbar)

Rasulullah saw. bersabda,

"Lazimkan membaca subhanallah walhamdulillah wala ilaha illallah wallahu akhbar, kerana semua itu dapat menghapuskan dosa sebagaimana gugurnya daun dari pohon".

(HR Ibnu Majah)

.
Abu Hurairah meriwayatkan Rasulullah s.a.w. berkata:

"Membaca Subhanallah walhamdulillah wala ilaha illallah wallahu akbar lebih aku sukai daripada seisi dunia."
(Hadith Riwayat Muslim)

Cubalah, InsyaAllah anda akan rasa setenang-tenangnya.  Tengah cuci pinggan dan basuh baju pun saya baca...😔

.
Jadikan semua ini amalan harian.  Cuba lah, dan lihat perubahan pada diri, InsyaAllah.  Saya  sedang bersyukur sambil menikmati rezeki hari ini.  Nikmat mampu menelan, mengunyah, masih punya gigi tanpa perlu pakai gigi palsu pun nikmat juga.😍

Semoga bermanafaat.

#Share and please jangan copy paste.  Penat saya karang tau!😄

          -

Saya suka cara Afnan Rosli

sumber : https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10217925477587562&id=1202996907

Saya suka cara Afnan Rosli.

Maksud tuan?

Itu antara topik panjang yang kami bualkan semalam.

Tuan Ahmadi Sani adalah top affiliate dalam salah satu program bisnes.

Dalam kami berbual mengenai pemasaran dan jualan, beliau buka topik,

"Saya suka cara Afnan Rosli. Saya pernah pergi kelas dia", Tuan Ahmadi berkongsi.

Saya tak pernah pergi kelas AR dan tak kenal AR. Tetapi ada banyak versi cerita mengenai beliau yang saya terima dari kenalan.

"Apa yang AR kongsikan dalam kelas dia sebenarnya?", saya panjangkan topik.

"Best. Serius best. Dia ajarkan bagaimana kita nak ubah depression kepada gratitude..."

"...daripada gratitude akan hasilkan appreciation. Kemudian hadir joy dan kemudian bliss..."

Beliau ajar bagaimana untuk hidup dalam present. Sebab ramai manusia terlalu risaukan past dan future.

Itu membuatkan manusia susah nak hargai.

"AR ajar ilmu makrifat dan hakikat ke?", saya bertanya.

"Tak. Kalau tanya saya, itu bukan jalan makrifat. Ahli makrifat kata, jalan makrifat hanya boleh diterima melalui 'jalan' yang nabi lalu. Tak mampu dicapai dengan cara sedia ada"

AR kongsikan cerita beliau depression. Dan kita sebagai pendengar, perlu decode dan belajar dari kisah jatuh bangun beliau.

Beliau kongsikan kisah Anthony Robin mengenai Giving Time. Kita kena besarkan kemampuan kita memberi.

Beliau kongsikan mengenai pelukan yang menghentikan beliau daripada kemahuan membunuh diri. Kasih sayang.

Beliau tunjukkan video bagaimana harta kita didunia ni, kalau banding dengan planet Allah pun, dah tak bernilai.

Beliau kongsikan mengenai energi pada alam. Supaya kita ada 'rasa' setiap kali melihat kejadian ciptaan Allah.

Ya, memang alam dicipta untuk kita berfikir dan semakin bertaqwa.

"Meditasi yang AR bawa tu apa dia?", saya teruja mahu tahu.

"Pada saya, orang salah faham. Meditasi AR tu bukan macam yang orang tengok dalam YouTube. Meditasi dia tak ada amalan agama lain pun. Nama je sama..."

"...Ramai manusia terlupa, sebenarnya kita adalah roh. Minda dan body ada limitasi. Tapi roh kita boleh bergerak ke mana sahaja..."

"...Sebab tu kalau kita fikir nak jumpa Zaim Zin, dan akhirnya kita berjumpa satu hari. Sebab roh kita dah pernah hantar 'mesej' untuk jumpa..."

Manusia akan spend masa dan energi pada sesuatu yang dia rasa berharga.

Lagi ramai orang spend masa dan energi pada sesuatu yang sama, perkara tersebut jadi berharga. Seperti emas. Ramai orang nak.

Sama juga diri kita, lagi kita fokus belajar terima diri kita dan spend masa dan energi pada diri, kita sedang menghargai diri.

"Usaha untuk menjadikan orang semakin baik dan beriman, memang syaitan tak suka"

"Pada saya, semua ustaz tak perlu tentang AR, tapi gunakan dia untuk usaha dakwah. Sebab AR berjaya tarik perhatian orang yang mungkin sedang jauh dari masjid dan agama. Terutama anak muda"

Itu pandangan Tuan Ahmadi. Saya hirup kopi o pahit dan angguk-angguk.

Beliau tutup pertemuan kami dengan kata-kata dibawah ini,

"Jika semua orang fokus memperbaiki diri, pasti dunia jadi lebih baik.

Masalahnya, hari ni, ramai manusia fokus nak memperbetulkan orang lain sahaja"

Awesome!

Saya berlapang dada dan gembira mendapat perkongsian dari Tuan Ahmadi.

-Zaim Zin

Wednesday 2 October 2019

NOTA MEGA METAMORPHOSIS 28-29 SEPT 2019

NOTA MEGA METAMORPHOSIS 28-29 SEPT 2019

- Sentiasa ON Giving N Recieving Mode
- Life is not about money but experience.
- Whatever image U put on U its become U
- The minds is everything.
- What U thinks is become U
- Thoughts become things

7 30 90
Amalkan apa yang dah belajar selama 7 Hari
Then 30hari
Then 90hari

If tertinggal 1 Hari, kena start balik utk Hari pertama

- Bangun awal 4.30am
- syukur (listkan ±10 apa yg kita syukur)
- bertafakur (istighfar,  selawat)
- Buat visualization (apa yang kita nak jadi/buat)
- baca AlQuran, buku sebelum Subuh walaupun 1 ayat @ 1 muka Surat
- solat tahajud
- menulis sebelum Subuh
- baca quote + simpan tulis dalam buku jurnal.
- sedekah subuh (walaupun RM1) cukup bulan bagi kat org susah

- peluk 10 orang yang kita sayang
- bahagiakan orang & permudahkan urusan org
- settlekan semua benda yg libatkan anak2, suami, rumah (flight modekan hp)
-bukak hp bila dah sedia (balas wasap dll)
- Cari 10 orang susah utk kita bagi makan (anak orang miskin - bawa makan tempat2 best ke)

- buat apa2 niat kena betul (hati)
- niat sungguh2
- follow your heart (hidupkan hati - spritual deposit
- heart beribu kali lebih power drpd mind
- bersangka baik dengan orang
- jgn kalut nak kejar dunia sbb dunia lari
- kejar akhirat, dekatkan diri dengan Allah

*Utk elak rasa riak @ ujub :*
- betulkan niat (niat nak bagi manfaat kat orang @ inspirasi kat org - selebihnya serah pada Allah)

- didik anak dari rumah
- sebarkan love
- amalkan - kalau anak nak sesuatu, selalu cakap "Inshallah, ada rezeki mama beli ye" - anak akan mendengar & cakap benda yg sama bila orang lain nak belikan sesuatu utk dia
- selalu sebut Bismillah nak buat sesuatu, anak akan melihat & belajar
- bagi orang susah makan, bawak anak, anak akan belajar hingga dia dewasa utk selalu berkongsi

- masak dengan tenang & gembira orang yang makan akan tenang dan gembira juga

Apa saja yg berlaku dalam hidup kita, adalah persediaan untuk kita jadi apa yang kita nak jadi.

- bila buat sesuatu, puji diri Sendiri
- tidur dengan keadaan yg elok
- macam mana u layan diri u, macam tu juga dunia akan layan u

- belajar bersyukur 1000x ganda

*BILA BUAT IKLAN
-  Niat nak bagi yang terbaik pada customers
- Nak giving - fully giving
- Bagi nilai yang betul2 power from heart
- Buka kedai makan, niat nak bagi orang makan sedap2 bukan niat nak duit org beli Makanan Kita
- bukak kedai, niat apapun terjadi, aku nak bagi service yang terbaik
- niat nak bantu orang cari duit dgn bagi orang kerja
- Niat nak sebar kasih sayang Allah melalui produk yang dijual.

- always high vibration (happy)
- jangan tengok benda yg bernafsu - por** - low vibration - org akan senang kawal kita

- bangun pagi awal (first victory)  - berjaya tolak selimut bererti berjaya control dunia - apa jadi pun, dunia tak boleh control kita

- bangun pagi kemas katil
- bangun pagi pakai cantik2
- cakap Kat anak, nak 5A kena kemas katil (anak akan lebih yakin ke sekolah kerana dah berjaya buat kebaikan)

- minum air
- dekat cawan lukis love
- cakap yang baik2 dengan air

- jadikan otak kita taman bunga
- setiap hari kena masukkan benda yang baik2 - baca buku
- sebelom tidur baca buku
-  Cth Tun M sebelum tidur buku kat sebelah
- 2 jam sebelum tidur jangan tengok hp
- beli buku utk tulis My Journey - Mahal pun takpe berkuliti, nanti cucu boleh baca - hebat nenek aku (setiap malam senaraikan kesyukuran + list to do)
- lepas tulis list to do, bayangkan apa yang dah Kita listkan dari pagi sampai malam (berjaya closing rumah ke, dapat cek 1 juta - bayangkan benda tu jadi)
- esok bangun pagi, body kita lebih senang utk buat apa yg dah kita list, sebab benda tu dah berlaku dlm mind waktu tidur tadi)

- sentiasa berselawat

- Kita kaya bukan utk diri Sendiri, tapi kaya utk contribute pada dunia - bagi orang makan

LOVE LOVE LOVE ❤️

- Jaga hubungan - communication
- Love
- Respect
- Compassion
- Understand

- kita pakai cermin Mata hitam, kita akan nampak dunia hitam

- Kita pakai cermin mata merah, kita akan nampak dunia merah
- macam tu jugak Kita, kalau Kita nampak sesuatu tu baik, maka baiklah ia (belajar utk hormat, paham & bersangka baik)

- jadi kaya tak perlu pandai
- jadi kaya perlukan mentality kaya (Dan rasa dah jadi kaya)

*UPGRADE DiRI :*
- baca buku yang betul
- kawan dgn org yang betul
- hadir event yang betul
- be so good at what u r
- put value

*Untuk jadi expert :*
- Praktis sekurang2 10ribu jam
- Praktis over & over (anggaran 6bulan tanpa henti)

- Dunia ni luas sgt (masalah kita kecik jer)
- jangan sedih lama2, 2saat saja dan change emosi jadi happy

*CASH DEPOSIT :*
1) Financial Deposit
- Simpan duit,
- Bila nak guna amik

2) Emotional Deposit
- Kita tolong orang (mak ayah, anak2, keluarga dll)
- Nanti bila time Kita susah, ada orang akan tolong Kita

3) Spiritual Deposit
- Jaga hub dengan Allah
- Bila Kita susah, nanti Allah akan tolong Kita

*Power Of Niat :*
- Ikhlas nak tolong orang berjaya
- Cth Setiap 6 bulan beli kete, dah puas pakai, cairkan & infaq duit jual kete dekat orang susah (niat beli kete banyak2 nak infaq duit hasil jual kete kat org susah)
- Contoh betul - Dapat income, niat 10% nak bagi pak sedara yg buat madrasah (bila rezeki Makin banyak, jangan sesekali kurangkan jadi 5%, then lagi 5% bagi Kat madrasah lain walaupun paksedara tak tahu - punca bisnes jatuh
- Kunci dia - bila Kita dah bukak satu kunci (niat nak bagi 10%, jangan sesekali tutup jadikan 5% Dan lagi 5% bagi Kat org lain)
- kalau kata niat dari awal nak bagi 10%, sampai bila2 kena bagi 10%
- madrasah lain buatkan 10% yang lain
- Tambah kunci takpe, tutup kunci jangan

*Cara tidur :*
- tidur awal 9pm - 12am (sama dengan 9jam tidur time nie sebab time nie 1jam tido = 3jam)
- Selain 9pm - 12am, 1 jam tidur bersamaan dgn 1 jam tidur jugak
- pkl 1am buat keje
- tapi kalau nak bangun kol 4am pun takde masalah

- letak whiteboard dalam bilik air
- dapat idea tulis, guna @ tak belakang kira

- jadi seperti lebah
- tengok benda cantik2
- hinggap di pokok bunga
- Hasilkan madu yg sedap

- jangan jadi lalat
- duduk tempat Kotor
- makan benda Kotor

*Creating New Habits :*
- bangun awal
- syukur
-  spark your mind (lelaki - push up / perempuan squat)
- Alternate shower - Mandi air sejuk - Mandi air panas (tukar2)
- gosok Gigi tangan kiri if guna tangan Kanan & sebaliknya
- jalan tegak (badan tegak, dada ke depan)
- visualisation (bayangkan "new story" Kita)
- syukur ( setiap pagi share ilmu)
- Change thought -  bangun pagi nampak income RM10k or walaupun pakai saga, dah rasa mcm pakai gtr
- tidur dalam keadaan lebih kaya, lebih hebat, lebih baik, lebih cantik, lebih cerdas daripada bangun tidur pagi tadi)
- tulis ilmu buku apa kita baca sebelum subuh dlm jurnal
- kumpul quote
- sedekah subuh
- letak value pada diri, orang kecam kita sekalipun, kita tetap bernilai
- peluk orang yang Kita sayang,
- bukak pintu, bagi kucing makan, letak beras dalam bekas letak depan rumah bagi burung makan, cakap dengan bunga
- bagi body percaya (remind hari2, tulis apa kita nak, tampal kat cermin gosok gigi, baca setiap hari)
- pandang mata sendiri kat cermin, sebut I love U
- ambik gambar pegang duit banyak2 tampal dalam bilik air
- baca metamorphosis affirmation hari2 (baca dgn semangat)
- Cium diri Sendiri, say Good Job!
- bertafakur 10-15minit (lihat kejadian Alam, tengok diri Sendiri, stop pikir pasal dunia)
- exercise (stretching)
- spiritual (zikir, taubat)

- tulis posting sebelum subuh (ONLY ME) pagi vibration tinggi
- pukul 8am baru POS kat fb
- menulis dari hati (orang baca akan sampai terus ke hati)
- tulis yang berilmu @ beri value dan gembirakan orang

KENAPA KENA HAPPY
- Bila Kita happy, Kita akan buat benda yang Kita suka
- benda yang Kita suka buat, Kita akan buat sungguh2
- bila buat sungguh2, hasilnya akan lebih baik/cantik dari biasa
- termasuk bila kita menulis untuk bagi value kat org

- stop mengharapkan suami puji untuk gembirakan kita tapi start utk gembirakan diri sendiri dulu dan beri kegembiraan pada orang lain
- STOP IMPORTING HAPPINESS, BUT START EXPORTING HAPPINESS

Macam mana nak sentiasa happy :*
- Learn to like everything
(Belajar Untuk suka semua benda)

*POSTURE BODY :*
- AKAN effect emosi
- Badan tegak
- pandang ke atas
- tadah tangan
- bernafas dengan betul

*Senaraikan 10 perkara yang buat u happy :*
- bercakap
- peluk anak
- peluk suami
- peluk mak ayah
- tengok langit
- dapat solat awal waktu
- melukis
- dapat berjogging @ Zumba
- dapat siram pokok
- main dengan kucing
- kemas rumah

*Full Acceptance :*
- Berdamai dengan masa lalu
- Berdamai dengan diri sendiri
- If u does'nt make peace with ur past, its will keep showing up in ur present.
- thanks tu ur past for the experinces & knowledge

- prasangka buruk akan hasilkan action yang buruk
- prasangka baik akan hasilkan action yang Baik

Tafakur - Berdiam / bertenang
Tazakur - Ingat Allah
Tadabur - Kaji / fikir kejadian Alam
Tasyakur - Syukur

Masalah = Anugerah untuk menjadi lebih baik

*Be Present :*
- Hidup pada masa sekarang
- bukan hidup aysik2 kejap lagi nak buat apa
- bukan hidup untuk waktu semalam - masih pikirkan masalah semalam
- hidup macam baby (sentiasa happy)

*Rezeki Duit :*
- Always PERCAYA Allah yang bagi rezeki usaha adalah asbab
- Duit adalah perantaraan manusia
- kunci dia gembirakan seramai mungkin orang
- lagi ramai orang gembira & mudahkan urusan orang, lagi mudah rezeki masuk
- setiap pagi aim nak gembirakan orang
- duit membesarkan sikap dasar manusia, org kedekut masa miskin akan lebih kedekut bila kaya, org pemurah akan lebih pemurah bila kaya.

- bila jadi kaya - kena tengok orang bawah dari Kita
- sentiasa jadi orang yang bermanfaat untuk orang lain
- sifat karun - menunjuk2 kekayaan, sangka kaya dari hasil usaha tangan sendiri, tak boleh ditegur
 
*Hati bersih :*
- Energy Flow Cantik

- Rezeki susah nak masuk sebab ada perisai
- Perisai = dosa (Tak mintak ampun dengan Allah)

*Rezeki datang :*
- 80% spiritual
- 20% technical

*Bersihkan hati :*
- bagi orang makan
- bagi yang kita sayang bukan yang kita dah tak nak.

*Pure Heart 💓 :*
- Mengakui dosa2 Kita dengan Allah (senaraikan)
- buat solat taubat
- Kemudian bertaqwa dan bertawakkal
- Nanti Allah bagi jalan

Untuk berjaya 78% mentaliti mesti betul
- doakan orang lain berjaya
- ada mentor
- giving mindset
- niat nak kaya sebab nak bantu orang lain.

*Amalan Nabi s.a.w (Amalkan) - Ustaz Firdaus :*
- Nak buat apa2, solat istikharah
- Sentiasa doa jadikan kita orang yang  redha dengan apa yang Allah tetapkan

Jangan Timbulkan Kebencian Dalam Hati Manusia, Sentiasa Tanam Kasih Sayang Dalam Jiwa Agar Semua Berbahagia.

APA KITA BUAT, SEMUANYA KERANA ALLAH

#LovesNoLimitsBeHappy
C n p

HIDUP JADI LEBIH TERKAWAL?

Kenapa ada orang deactivated Facebook??? kerana mereka percaya ia dapat tingkatkan vibration. Yes! sebab antaranya ialah untuk HIDUP JADI LE...