Monday, 19 April 2021

HIDUP JADI LEBIH TERKAWAL?

Kenapa ada orang deactivated Facebook??? kerana mereka percaya ia dapat tingkatkan vibration. Yes! sebab antaranya ialah untuk HIDUP JADI LEBIH TERKAWAL?
.
Rugi rasanya kalau tak share pagi ni, ini sebahagian perkongsian beliau:
.
Semalam saya berkongsi dengan sahabat saya beberapa key point tentang kenapa kita end up hidup kita being too unfocused dan akhirnya kita rasa Lost dalam hidup.
.
Saya bagitaw beliau, satu je puncanya, sebab kita dah mula lost control of our own Mind.
.
1. Minda kita yang mengawal basically semua keputusan yang kita buat dalam hidup. Dan semua keputusan akan ada hasil dan kesannya pada hidup kita. Kalau anda lihat hidup anda sekarang, siapa diri anda sekarang, baik atau buruk, ini semua adalah hasil dari Keputusan2 yang anda buat selama ni. Betul?
.
2. Saya bagitaw beliau, since kita ni dah jadi Habits, sikit2 buka phone, sikit2 check FB, Whatsapp dan IG. Padahal takde ape pun yang kita jumpa dalam tu. Tapi selang beberapa minit sekali kita macam dah Default mode kne buka phone kita.
.
Kenapa macamni?
.
- Otak kita bosan. Bila otak kita bosan, kita mula angkat phone dan scroll fb untuk isi gap ke kosong dan mencari dopamine (Hormones yang buat kita feels good sama macam dadah & alcohol) Tiap kali orang like kita, kita dapat dopamine tu.
.
Mula2 memang kita buat macamtu sebab kita takde nak fikir pape. Tapi dah bertahun2 kita buat benda tu, hari demi hari demi hari. Benda tu dah mula jadi Distraction untuk kita.
.
Apa jadi bila anda practice untuk Distract otak anda hari2?
.
Anda akan JADI EXPERT DALAM DISTRACTS DIRI SENDIRI.
.
Akhirnya, kita lost control of otak kita sendiri. Sebab, apa yang dalam newsfeed tu, kita memang takleh control. Gossip Artist, berita Kemalangan, Berita Jenayah, Masalah Rumahtangga Orang, semua tu kita absorb masuk dalam minda separa sedar kita.
.
Kita seolah olah jadi Zombie bila kita mula scroll fb. Mind kita di bawa ke satu alam lain. Its a huge Distraction!
.
Benda ni last sekali effects pada Productivity kita, Effects pada Perhubungan kita, Effects pada Hidup kita.
.
Yela, tiap kali kita buat sesuatu kerja, sebab kita dah jadi Experts dalam Distracts diri sendiri, maka sikit2 kita stop and scroll fb, akhirnya kerja kita jadi lambat siap. (Saya percaya ramai ada masalah ni)
.
Tiap kali pasangan kita, anak2, clients, atau sesiapa saja bercakap dengan kita, kita distracts diri kita dengan pandang pada phone. Bertahun2 kita buat macamtu. Orang mula rasa tak di hargai, quality komunikasi kita menurun. Akhirnya keretakan rumah tangga.
.
Saya bagitaw beliau. Kalau kau boleh take control balik of MIND kau. Kau mula boleh FOCUS hanya pada apa yang kau nak. Masa tu baru kau nampak satu persatu benda kau nak muncul.
.
Sebab?

WHERE ATTENTION GOES, ENERGY FLOWS.
.
So apa nak buat?
.
Start clear all the sampah2, all the noise dalam otak. Clear, clear, clear! Bagi otak tu lapang sikit. Clearkan through Solat, Zikir, Meditation.
.
2Jam Sebelum tidur dan lepas bangun tidur dah jangan pegang phone. Kawal minda dan hanya focus pada benda yang anda nak SAHAJA.
.
Reverse balik process tadi. Kalau tadi anda practice hari2 jadi Expert Of Distraction. Sekarang anda focus jadi Expert Of FOCUS!
.
Setiap orang yang bercakap dengan anda harini, anda mula bagi FULL ATTENTION! Dengan dengan teliti, setiap kerja yang anda buat, anda mula bagi FULL ATTENTION!
.
Dan tempat paling bagus untuk belajar FOCUS ialah dalam SOLAT. 5kali sehari anda bagi 100% undivided attention. Khusyu’ Khusyu’ Khusyu’ dalam solat.
.
Sebab tu dalam Islam kata kalau baiki Solat, kita dah baiki seluruh hidup kita. Sebenarnya solat tu ajar kita untuk Take Control of our Mind.
.
Jadi EXPERT OF FOCUS!
.
LET GO OF TOO MUCH SCREEN... antara 1 dari 5 PERKARA ANDA PERLU LEPASKAN UNTUK TINGKATKAN VIBRATIONS.
.
Semoga bermanfaat.

Monday, 25 May 2020

TidurYangPower

Assalamualaikum dan selamat malam!
Dah malam, dah penat.
Seharian ke sana sini, seharian bekerja.
Rasa macam bila nampak bilik, nampak katil, terus nak baring dan tidur. Betul tak?
Siapa macam tu? πŸ™‹πŸ™‹πŸ™‹
.
Saya pun macam tu πŸ˜‚
Tapiii...esoknya, bila bangun, mula lah merungut.
Rasa macam tak cukup tidur.
Masih rasa penat. Tak segar. Rasa lenguh.
Belum lagi bila tak bangun #Tahajjud, tapi #BangunTerkejut. 
Terkejut sebab dah 6.45am πŸ˜… Subuh gajah.
Terkejar kejar nak siapkan anak sekolah.
Hasilnya sepanjang hari, terkejar-kejar.
Senang bad mood. Tak rileks.
.
Haaa, ni lah kesannya bila kita tidur tapi bukan #TidurYangPower. 
Bangun tidur penuh masalah, penuh kelam kabut.
Hasilnya, sepanjang hari rasa serabut.
Betul tak?
So, siapa nak bangun pagi rasa HEBAT, teruskan baca, ya.
.
😴 😴😴😴😴
πŸ’— Tip 1 : Tidur awal.
Ni mak-mak kita selalu pesan.
Bila mak pesan, tak jalan.
Kena tuan Afnan Rosli juga yang pesan πŸ˜‚
Sebabnya, mudah kita nak bangun awal nanti.
Sebab badan cukup rehat. 
Badan cukup "Recovery" time.
.
Pro tips : 
πŸ—£ Bila tidur antara 9-12 malam
1 jam tidur bersamaan dengan telah tidur 3 jam.
πŸ—£ Bila tidur antara 1-6 am
1 jam tidur bersamaan dengan telah tidur 1 jam.
πŸ—£ Bila tidur anatara 7am-1pm
3 jam tidur baru bersamaan dengan telah tidur 1 jam.
.
Maksudnya, andai anda tidur bermula 9pm dan bangun 12am, bersamaan 9 jam, anda telah tidur.

Masa zaman kuliah, zaman sekolah, selalu kan korang bangun stay up macam ni?

Kenapa rasa segar bila dah tidur dulu macam ni? Sebab, badan kita dah cukup recovery.
Dah dapat hilang penat letih lesu.
Macam dah recharge semula.
Jadi, pukul 1 am ni lah kita para ibu mula buat kerja rumah 😁 mula mengemas.
Sebab tu jangan takut kerja banyak tak siap.
Tidur dulu, bangun baru sambung.
.
πŸ’— Tip 2 : Jangan scroll FB sebelum tidur.
Sebab banyak news feed FB yang boleh ganggu emosi kita sebelum tidur. 
Bila jadi habbit, kita akan absorb cerita-cerita tu, membuatkan kita bereaksi sama macam apa yang berlaku pada news feed.
.
Contohnya, bila kita ada kawan yang selalu up status yang negatif, marah-marah, sedih-sedih, kita akan terikut sama tu. 
.
Pro tips :
πŸ—£ Buat Flight Mode pada henfon. So tak ada dah data nak scroll FB.
.
πŸ’— Tip 3 : Letak HP di luar bilik.
Nak mengurangkan blue ray dan radiasi.
Sebab dua gelombang ni, boleh mempengaruhi saraf pada mata, menyebab kan insomnia/susah tidur.
.
Pro tips :
πŸ—£ Kalau anda seorang yang perlu membaca sebelum tidur, kita ada satu teknologi, bernama BUKU.
πŸ—£ Kalau anda seorang yang memerlukan alarm dalam henfon (macam saya), sila gunakan teknologi bernama JAM LOCENG

πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚
(Ayat tuan Afnan tu)
"Saya akan pastikan, saya tidur dalam.keadaan lebih pandai dari pagi itu. Tambah ilmu walaupun satu perkara."
.
πŸ’— Tip 4 : Setting bilik 
Pasang bunyi-bunyi white noise/ayat quran.
Pasang bau-bauan, macam diffuser yang berisi essential oils.
Penting sebab ini recharge place.
Pilih tilam/katil bersesuaian.

Pro tips :
πŸ—£ Saya pasang bebauan bunga, dari EO/minyak pati tumbuhan. Contohnya #Lavender, ikut kesukaan masing-masing. Sebab ada orang rileks dengan #Peppermint, ada orang denga akar kayu seperti #Cedarwood, #Vetiver.
.
πŸ’— Tip 5 : Bersedia untuk tidur.
Mandi. Pakai minyak wangi.
Manjakan diri.
Cantikkan diri.
Sebab bila kita tidur hensem/cantik, kita akan bangun tidur lebih hensem/cantik.

Pro tips :
πŸ—£ Pilihan pertama saya, bath tub, kalau mandi lagi saya suka. Rasa letih badan hilang.
πŸ—£ Pilihan ke dua, Super Shower, katanya. Sejenis shower pintar yang siap ada pengering badan 😁
.
πŸ’— Tip 6 : Tidur dalam rasa kasih dan bersyukur.
Remind balik apa yang berlaku hari ini.
Ingat balik apa yang kita kena syukur.
Tulis list, dalam jurnal, setiap hari.
Gandakan rasa syukur kita tu 1000 kali.
.
πŸ’— Tip 7 : Catat "To Do List" untuk esok hari.
Plan apa kita nak lakukan esok hari.
Kemana kita nak pergi.
Dengan siapa kita berjumpa.
Apa yang kita nak sebagai result planning kita.
.
πŸ’— Tip 8 : Mental rehearsal.
Kita rehearse apa aktiviti esok hari.
Kemana, dengan siapa.
Rehearse se detail mungkin.
Ingat kan, di sekolah dulu, kita pun selalu rehearsal macam-macam sebelum buat persembahan.
Sama macam hidup juga.
Jangan terkejut, kalau hari demi hari seperti yang kita bayangkan.
.
Pro tip :
πŸ—£ Kalau ada yang berlaku berbeza dengan apa yang kita bayangkan, ingat, U plan, Allah plan, Allah is the best planner.
.
πŸ’— Tip 9 : Baca ayat pendinding, selawat hingga tertidur.
Selawat ni, tinggi nilai kasih sayang dia.
Sayangnya kita pada Nabi Muhammad.
Sayangnya Nabi pada umat 
Sebab tu, bagus kita tertidur dalam rasa kasih ni.
.
.
.
😴😴😴😴😴
Complicated nya nak tidur?
Idak aihhh. Ni habbit je ni.
Kalau dah buat seminggu, mudah dah.
Siapa ada anak kecil, follow juga tips ni.
Anak-anak saya pun dah tidur awal.
Sampai maknya tertidur sekali.
.
Bila ikut 9 tips ini, insyaallah mudah anda nak bangun 4am, 5am untuk Tahajjud.
Rasa lapang, rasa fresh.
.
Korang cuba ya. Memang power 😊
Nanti Tahajjud saya sambung lain.
Tidur dulu jom. Esok jumpa.

#SharingIsLoving
#JourneyToLoveThyself
#GiveValueToYourself
Syafa Samad

Thursday, 2 April 2020

revisit my past

Sebelum gerak ke Kelantan, saya ajak wife singgah tempat keramat ni dulu. Saja nak revisit my past. 

Sampai sini terus sebak. Dulu kat sini lah tempat saya pernah tidur atas bangku batu, nangis sorang-sorang malam-malam. 

Takde tempat mengadu. Marah pada dunia, marah pada Tuhan, marah pada diri. Rasa tak di hargai, rasa di khianati dan rasa teraniaya. 

Setiap malam datang sini, duduk sorang-sorang dalam gelap nangis, isap rokok Suria & Gudang Garam berkotak-kotak. Blur, sedih, serabut, buntu, keciwa dan bercelaru. 

Bak kata lagu tu, young, dumb and broke. 

Kadang-kadang ada kawan baik saya Suhaib & Keri datang teman. (Kalau korang baca ni, aku rindu korang weh 😒). 

Bagi orang lain, tempat ni mungkin hanya taman rekreasi, bagi aku, ini tempat aku teruskan hidup. Ini tempat aku belajar erti hidup, ini tempat aku kenal warna sebenar manusia dan tempat aku mengerti banyak perkara tentang dunia. 

Harini aku datang mengenang balik di mana aku bermula. It humbles me just to be here. It reminds me where i started. 

Seringkali hari-hari paling perit dalam hidup kita itu lah yang mengajar kita paling banyak. Hari-hari ini lah yang membentuk masa depan yang paling indah. 

Dan saat kita dan alami segala yang kita doakan selama ini, dan kita lihat balik pada hari-hari ini. Tak ada kata lain melainkan terima kasih ya Allah kerana pilih aku untuk alami semua ini. 

Semua perit tidak lagi perit. Semua sakit mula menjadi nikmat terindah. 

Saya selalu sebut. What if, segala kesusahan, kesakitan dan keperitan yang anda alami sekarang, merupakan persediaan Allah bagi pada anda untuk capai segala hajat dan doa yang anda sering doakan selama ini. Ia cuma bentuk bungkusan yang berisi doa anda yang bakal di makbulkan. 

3 Guru kehidupan : Hati yang remuk, poket yang kosong, perut yang lapar. 

Along those period, i’ve got lot’s of wisdoms. I observe people, I observe the world, i spend so many time being alone. I’ve learned a lot.
I’m blessed to be choosen to experience these kind of experience.

Haritu saya ada share 11 nota bahagia dari 101 nota bahagia. InsyaAllah malam esok saya akan share lagi 10 nota bahagia, dan 5 peringkat perubahan hidup manusia. 

How I’ve changed my life and transform my life dari jalanan ke peringkat global. #Share InsyaAllah esok malam jam 9.30pm saya LIVE di wall ni. 

Standby with your pen and paper. 10 Nota Bahagia dari 101 nota bahagia Afnan Rosli & 5 transformational steps so that you can transform your life in 2020. 

Jumpa 9.30pm esok Guys InsyaAllah.

        -Afnan Rosli-
Love, Peace, Happiness

ilmu dapat dari Bonda

Dua malam lepas, selesai dinner dengan para Influencers, kami ke rumah bonda. Kami duduk di rumah bonda Prof Muhaya sampai jam 2.30 pagi. 

Macam-macam ilmu dapat dari Bonda. Setiap kali jumpa tak pernah balik tangan kosong, mesti bawak balik ilmu baru. Rasa rugi kalau tak kongsikan. 

Ini antara perkara yang saya dapat malam tu,

1. JAGA KELUARGA TERDEKAT: 

Bonda kata, kita ni takkan berjaya atau belum berjaya selagi mana keluarga terdekat kita gembira dan bahagia. Selagi mereka belum bahagia, kita tak berjaya. Tak kira sebanyak mana pun harta kita. Masih orang gagal. 

Until your closest family members are happy with you, you are not yet successful. 

2. 3 HIDUP :

Bonda kata, kita ni ada 3 hidup. Kita punya secret life, private life and public life. Bonda buat circle ⭕️. Secret life tu circle paling kecil di dalam, secret life besar sikit, paling luar ialah public life. 

Bonda kata, secret life ialah kita dengan Allah. Waktu kita sorang-sorang. Takde orang melainkan kita dengan Allah. Private life ialah kita dengan keluarga. Orang luar tak tahu melainkan keluarga kita sahaja. 

Public life ialah apa yang kita tunjuk pada dunia. Di fb, ig dan media social kita yang lain. Kena selesaikan bagi cantik secret & private life dulu baru public life akan cantik. 

Ramai orang tak bahagia sebab secret & private life tak selari dengan public life. Tunjuk di media social macam-macam, Tapi sebenarnya di dalam dia kosong. Keluarga tak settle, dengan Allah lagi tak settle. Gelisah hidup gini. 

3. 3 SOALAN :

Setiap pagi celik mata, tanya soalan ni pada diri. 

What i want to experience? 
How i want to grow? 
How can I contribute? 

3 soalan ni akan bagi sense of purpose pada kita untuk jalani hidup seharian sampai ke malam. Kebanyakkan kita tak sempat hidup dan bazirkan setiap hari kita di biarkan berlalu tanpa sense of purpose. That’s a sad way to live. 

4. FLOW IN HARMONY : 

Bonda kata hidup ni kena harmony between two things. Vision for the future & happy for the now.

Ramai orang terlalu focus pada vision for future but not happy for now, hasil dia anxiety, stress and struggles. 

Kalau no vision for future, not happy for now, hasil dia depressed. 

Kalau too much happy for now and no vision for future dia jadi lepak without any vision. 

Sweet spot dia ialah something di panggil FLOW STATE. Flow in Harmony between vision for future and happy for the now. 

5. AYAH SIBUK :

Yang terakhir saya nak share ialah, bonda pesan. Jangan pernah sekali pun cakap pada anak, ayah sibuk. I’m busy, pergi main kat lain. 

What you are telling them unconsciously is that you are not important. Benda tu lekat dalam subconscious beliefs system mereka. Sampai ke besar diorang akan rasa tak penting. 

Saya ingat lagi waktu di PD, saya dan ustaz Hakim duk tengah rancak berbincang isu besar. Tiba-tiba Luqman datang pada saya dan Umar datang pada Ustaz. Kami masing-masing terus berhenti cakap dan pusing cakap dengan anak masing-masing seolah olah kitorang tak kenal each other.

Dah lepas 2,3 minit layan budak-budak ni, diorang pun sambung main, kami sambung meeting balik. Lepas tu baru kita realise betapa kami berdua appreciate anak sampai kan boleh berhenti bincang begitu saja. 

So, next time bila anak datang nak cakap something, never say i’m busy. Tinggal kejap what ever yang kita tengah buat tu. Go down to their level, eye contact, listen to them. Make them feels important, show them respect. That’s how you show an example of a respected person. 

Itu saja lah yang sempat share pagi ni. Banyak lagi dalam nota saya. InsyaAllah nanti saya kongsikan lagi ya.

Dapat sesuatu?
Save nota ni buat panduan. #Share #UpgradeDiri2020

         -Afnan Rosli-
Love, Peace, Happiness

covid19

15 Perkara Yang Kita Semua Boleh Amalkan Sepanjang PKP. 
(By Tuan Afnan Rosli)

1. Be Thankful. 
Jadi orang yang bersyukur. Sentiasa bersyukur. Boleh mula tulis journal kesyukuran setiap hari. Tulis semua dari sekecil2 kesyukuran sehingga sebesar² kesyukuran. Contoh: Syukur alhamdulillah yaAllah harini aku masih bernafas, anakku sihat ceria cergas, masih ada beras di dapur, peti masih penuh, tangan masih boleh bergerak dengan kudratMu. 

2. Look on the positive side. 
Mula sibuk mencari sisi positif atas setiap yang berlaku. Setiap kejadian, fikir positif, cakap positif. Jangan buang masa sepenuhnya kepada gadgets dan media massa. Dalam masa 2 minggu ni, apa yang anda makan, apa yang anda minum, apa yang anda baca, apa yang anda buat, akan menentukan siapa diri hidup anda 5 tahun akan datang. 

3. Reevaluate. Muhasabah. 
Do serioua reflection. Duduk. Diam. Dan fikir dalam². Renung jauh2. Reflect diri dan hidup sendiri. Renung semula apa dah yang anda lalui dalam hidup. Renung dalam² apa dah yang anda capai dalam hidup sampai harini. Then, RESTRUCTURE. Susun semula. Bina semula. Jadikan lebih baik. 

4. Bersedia. Be Prepared. 
Lengkapkan diri dari segi kekuatan mental, fizikal, emosi, kewangan, spiritual. Isi dengan Ilmu. Ilmu. Ilmu. 
Banyakkan belajar tentang sejarah manusia, sejarah para Nabi. Belajar bagaimana mereka hadapi krisis dan bagaimana mereka bangkit selepas krisis dengan penuh kejayaan. 
Bayangkan what kind of person we will become after this.

5. Upgrade diri. 
Tingkatkan ilmu. Refer semula nota 8 aspek yang kita perlu upgrade. (in next posting). Banyakkan membaca. Banyakkan dengar audiobook. Study di youtube ilmu² orang barat juga.  

6. Belajar from history. 
Gi belajar dari sirah Nabi Nuh, Nabi Yusuf, Nabi Ibrahim, Nabi Adam, Nabi Musa, Nabi Isa, dan Nabi Muhammad S.A.W. 
Baca tentang jutawan² yang bangkit selepas kejatuhan yang mereka hadapi. How they survived? 

7. Bantu beli tanah dan aset. 
Orang yang ada cash sekarang waktu trbaik untuk beli aset. Buy Low, Sell High. Bantu saudara mara kita. 

8. Study semula nota Afnan. Contact alumni² mega/metamorphosis. Study. Amal. 

9. Apa amalan kita sepanjang PKP ni akan menentukan perubahan diri dan mental kita kelak. Jaga makan. Rajin bersenam. Food intake. Pengisian minda. Pengurusan masa waktu lapang. Buat aktiviti real, bukan maya, bukan sosial media. 

10. Physical and Mental Diet. 
Makan yang berkhasiat, baik untuk badan. Jaga juga apa yang kita "suapkan" ke minda kita. Itu makanan minda, soul. Hati². What we think, will determine our outcome, result, action. 
Challenge urself, within 1 month, no negative thinking, no negative vibes. Go study, learn. Listen to ilmu. 

11. Stay Calm & Stay Silence.
Luar diri adalah persoalan. Jawapan ada di dalam diri. So, listen to urself. Berdiam diri. Pause. Take a break. Do nothing. Diam. Listen. Tenang. 

12. Be excited for what go right instead of what could go wrong. Jangan increase fear tentang sesuatu yang belum berlaku. Sebaliknya, mula buat perkara² yang betul, untuk elak perkara² yang salah. Be excited. 

13. Love instead of Fear. 
Spread love. Love unconditionally. Vibrats higher with LOVE. Doa untuk semua orang. Sayang semua orang. 

14. Tak Semua orang ada gaji tapi semua orang ada rezki masing². 
Ada berjuta cara rezki datang sampai pada kita. Tidak semestinya hanya melalui gaji, sales. 
Jangan limitkan fikiran dengan anggap gaji tu je saluran rezki. 
It will block other rezki to come. Yakin. Allah Pemberi Rezki. Dari dalam rahim, kita takde gaji pun kita hidup. Kita baby, kita tak kerja pun kita hidup. Tukar belief system.

15. Always ASK good queastions. 
What kind of person i wanna be. What kind of impact i want to give to this world. Jangan hanya bagi statement, sebab dengan question, otak kita akan bekerja. Dengan statement, otak kita akan freeze. 

Dapat sesuatu? 
Learn something?
Berfaedah? 

Semoga bermanfaat. 

Tq kepada Tuan Afnan Rosli untuk sharing ini. 
Description tu ada yang saya tambah point dari pemahaman saya sendiri. 

Lets kekal Tenang & Positif  
Nak sentiasa happy bahagia ceria dengan Bonda? 
Boleh. Awak klik link kat komen. Pasti bahagia menanti. Bahagia sampai meleleh² airmata taw. πŸ₯°❤️😁

Video asal Tuan Afnan: 
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1744859078990655&id=100003997391076

covid-19

15 perkara yang semua orang boleh buat saat COVID19 ni by Tuan Afnan Rosli

1) Be Thankful (Gratitude) 🌹

-The world is healing
-Its a RESET Button
-Every 100years got pandemic to reset everything in this world

-Orang beriman mesti percaya dan tenang dengan Urusan n Allah's Plan.. its always GOOD

-Allah akan gandakan nikmat untuk orang yang bersyukur

- Peluang utk kita Reflex diri kita..
-  Its Our Biggest asset

2) Start To Look at the POSITIVE Side 🌹

- Stop to look at the social media, dont waste it
- Apa yang kita cakap, lihat, makan, read dlm 2mggu tentukan LIFE kita next 5 years..

-Take our time to heal (ade 7 jenis REHAT in TAR FB) dapatkan mase PKP ni..

-Best time for the world to be UNITED

3) Use this time to reset, do serious reflexion, reevaluate 🌹

- take time to see our life.. and restructure everything

4) Be Prepared mentally, physically, spiritually, emotionally 🌹

- Pergi study sejarah manusia di mana ade manusia yg lain jatuh, die NAIK? 
- Study this peoples! How they survived?

- Bayangkan what kind of person we will be after this?

5) UPGRADE Yourself πŸ¦‹! 🌹

- tengok 8 aspects dat we need to upgrade (in TAR previous share)
- spiritual, relationship, financial dll

6) Belajar from HISTORY🌹 

-sejarah para Nabi, cth Nabi Yunus dalam keGELAPAN dll
- Nabi Yusuf dalam penjara kne fitnah
- Nabi Ibrahim dalam Api
-Nabi Adam turun ke Bumi dari Syurga

- Learn from billionaires n millionaires yg berjaya NAIK semasa CRISIS

7) Bantu beli tanah dan asset utk org berduit this time 🌹 

- Bantu org terdekat, our family..
- Help peoples!

8) Pergi study semula NOTA2 TAR sebelum ni 🌹

-contact all the students (alumni metamorphosis) and study together

9) Apa yang kita buat masa PKP ni akan change ourselves after this moment 🌹

- will change ourself in next 5 years
- what person we wanna be
- Be careful with what we do, eat, see, listen dll

10) Go On Physical n Mental diet 🌹

- next 1 month, try challege ourself - No negative things or Negative vibe
- Go study n learn.. reads books!

11) Stay Calm n Stay Silence 🌹

- semua persoalan dah ade dlm diri kita, tenang sahaja

12) Be exited for what go RIGHT insteads of what could go wrong 🌹 

13) Love insteads of Fear 🌹

- give LOVE.. Spreads LOVE to everybody cause LOVE is High Energy! 😍😍😘

- DOA Untuk smua orang

14) Tak semua org ada GAJI, tapi semua orang ada REZEKI 🌹

- Berjuta cara utk rezeki sampai ke kita

- if kita fikir cuma gaji jek rezeki, we block all other rezeki.. REMOVE this belief system!

- Boleh datang dr bermacam2 cara..
13 punca rezeki, cuma no 13 jek yg Bekerja..
(ada di wall FB TAR)

15) Always ask GOOD Questions 🌹

-What kind of person i wanna be after PKP
-What kind of impact i will give to this world?

Dapat sesuatu?

Moga Bermanfaat.. ❤

TQ Tuan Afnan Rosli untuk sharing malam ni..

Semoga semua yang membaca dapat aplikasi ke kehidupan kita sekarang..

Semoga kita semua kekal tenang dan Positive..

Jangan Lupa EVALUASI DIRI dan  UPGRADE DIRI πŸ€—

Salam Sayang,

-Dr Bungaa 😍🌹
FRONTLINER yang sangat POSITIVE
FOUNDER #TeamDrBungaa
LEADER #BungaaCosmetic

#Covid19
#StayCalm
#StayPositive
#BeHappy

covid19

15 PERKARA KITA BOLEH BUAT KETIKA #RMO 

Mungkin ini post yang terakhir. Cikgu dah sound byk sgt buang energy di social media. Aeroplane mode 5 min, mobile data on 24 jam. Jadi sebelum, stay calm, stay silent, kakak nak share 15 PERKARA SEMUA ORG BOLEH BUAT KETIKA #RMO ni, by Tuan Afnan Rosli. 

#1. BERSYUKUR DENGAN APA YG SEDANG BERLAKU.❤

-Dunia sedang dibaikpulih
-It is a RESET button
-Setiap 100 tahun, memang ada pandemik
-Selepas melaluinya, kita berkembang to another level. Sebab apa yang berlaku ini kehendak Allah. Buat gratitude list setiap malam. Bila kita bersyukur, Allah tambah lagi nikmat dan rezeki. 
-Ini adalah peluang untuk kita fikir apa yang penting dalam hidup kita. Masa adalah aset terbesar. Sekarang SEMUA orang ada masa.

#2 Start to look on the +ve side. ❤

- Jangan buang masa di social media. 
-Apa yang kita buat, baca, makan dalam 2 minggu ini, akan menentukan siapa kita 5 tahun lagi. 
- Jangan bazir masa. Take your time to heal. 
-  Ada 7 jenis rehat di wall FB TAR. 

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1717469568396273&id=100003997391076

- Terlalu banyak noise sekarang dalam social media. 

#3 Reset, Reflect, Re evaluate, Re structure  ❤

- Do serious reflection. 
- Kadang-kadang kita sedang mengejar benda yang salah. So restructure everything. 

#4 Bersedia mentally, physically, spiritually. ❤

- Belajar sejarah manusia yang survived ketika semua manusia jatuh.

#5 Upgrade diri. Study post TAR di bawah. ❤

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1507202469422985&id=100003997391076

#6 Belajar dari sejarah Nabi. ❤

- sejarah Nabi Yunus, Nabi Yusuf, Nabi Ibrahim dan Nabi Adam yang melalui crisis. 

#7 Learn and help.  Get Knowledge. ❤

- Beli hartanah. Simpan God Money ( Emas, Silver, Dinar) 
- Bantu orang terdekat.

#8 Study nota Metamorphosis, Mega Metamorphosis❤

#9 Jaga energy. ❤

-JANGAN TGK SOCIAL MEDIA. Nak dapatkan berita covid, terus ke telegram group MKN. don't invest your time and energypada perkara-perkara tak penting. 

#10 Physical and mental diet. ❤

-  No complaint, No negativity, baca buku, zikir, baca al-Quran. 

#11 Stay Calm, Stay Silent❤

#12 Be excited on what go right insteads of fearful on what could go wrong. ❤

#13 Love insteads of Fear❤

- love is the highest vibration. Jadi sayang semua orang. Jadi orang yang penuh kasih sayang. 

#14 Tak semua org ada GAJI, tapi semua orang ada REZEKI. ❤

- JANGAN lihat cuma gaji sahaja rezeki, kita akan block semua pintu rezeki lain. Remove this belief system.
- 13 punca rezeki, tgk post TAR di bawah. 

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=245885143464812&id=100041299840624

#15 Always ask a good questions. ❤

-What kind of person yang saya nak jadi after PKP?
-When you ask good question, otak kita mula berkerja instead beri statement.

Tambahan dari Tuan Akmal Dahalan. 
- Jim Rohn - self development guru. 
- bersedia diri untuk dhukon. Orang yang beriman, percaya dhukon akan sampai. 
- sekarang masa kukuhkan Tauhid  
- apa yang belajar selama ini, inilah masa peperiksaannya. 
- sekarang bukan Cash is king. Allah segalanya. 
- banyakkan solat. Bangun 4.30pagi. Buat taubat, istikarah, tahajud, hajat. 
- sekarang nak tolong orang. Beli telur, beras, kicap, minyak. Mudah. 

Saya salah. Anda semua betul. 

Kita buat bukan untuk orang sayang kita. Kita buat sebab nak Allah sayang kita. 

Please #share. 

#behappy
#staycalm

HIDUP JADI LEBIH TERKAWAL?

Kenapa ada orang deactivated Facebook??? kerana mereka percaya ia dapat tingkatkan vibration. Yes! sebab antaranya ialah untuk HIDUP JADI LE...