"Success is 99% preparation"
Alhamdulillah, hari ni masuk hari ke-3 saya dan member berjaya buat ritual sebelum dan selepas tidur yang dikongsi dalam program Metamorphosis oleh Afnan Rosli di Kuala Terengganu tempoh hari.
Rasa penat dan lenguh badan masih dalam proses pulih. Badan saya masih belum cukup rehat. Ada sedikit sebanyak rasa sakit dan lenguh.
Biasanya saya buat kerja sampai 2am-3am then baru tidur.
Tapi oleh sebab badan masih dalam proses pulih, semalam saya tidur sekitar jam 10 malam. Bermula balik kelas hari tu memang dah mula praktikkan tidur awal.
10 malam ni rasanya insya-Allah memang dah terlelap. Sebab apa? Saya buat ritual sebelum tidur lebih kurang 45 minit - 1 jam. Maknanya saya mula bersedia untuk tidur 1 jam sebelum terlelap.
Nak tidur pun ada preparation supaya kita jadikan tidur kita 1 weapon untuk kita dapatkan apa yang kita nak.
Set jam lebih kurang 4.30am sebab saya tak percaya diri saya boleh bangun lebih awal. Cara hidup yang lalu, kadang walau saya tidur jam 9 malam, saya bangun 6 pagi pun masih rasa penat.
Kata Tuan Afnan Rosli,
"Bila kita tidur dalam keadaan penat, kita akan bangun dalam keadaan penat. And vice versa."
"Bila kita tidur dalam keadaan penat, kita akan bangun dalam keadaan penat. And vice versa."
Jadi mungkin sebab tu saya tetap rasa penat walau tidur awal.
Saya terlelap jam 10 malam, tadi bila saya tersedar... tak tengok jam lagi. Saya decide nak tidur lagi.
Rasa nak pergi tandas, saya pergi. Bila balik tengok rupanya baru pukul 12.07am. I was like... "awal sangat ni".
Masuk tidur semula. Makin cuba tidur, makin tak boleh tidur.
Kepala saya mula fikir macam-macam. Bukan serabut tapi cam otak dah mula aktif seolah-olah dah bangun.
Then saya decide bangun. Bila tengok jam rupanya baru 12.16am. I was like, "aku rasa dah golek-golek lama juga tadi rupanya baru berapa minit".
Serius memang rasa dah lama golek cam 30 minit ke tapi rupanya baru 5 minit. Allahu Akbar.
Bangun terus, baca doa lepas bangun tidur. Buat ritual simple yang 1st phase dan pergi mandi. Ya, awal-awal pagi tu pergi mandi. Itu antara salah satu ritual selepas bangun tidur.
Lepas mandi, buat visualization, affirmation, meditation... then barulah saya solat.
1st phase + 2nd phase ritual lepas bangun tidur ni boleh dikatakan 1 jam juga minimum untuk selesaikan.
Mungkin anda akan cakap macam,
"Banyaknya ritual sebelum dan selepas tidur. Renyah gila."
"Banyaknya ritual sebelum dan selepas tidur. Renyah gila."
Namun ini pengalaman dan apa yang saya dapat daripada journey praktikkan ritual sebelum dan selepas tidur ni.
(Minta maaf kalau ada yang tak setuju yet this is my experience. Komen murni-murni je okey? hehe)
*****
Success is 99% preparation
Setiap orang diberikan 24 jam yang sama. 86,400 saat yang sama. Tiada lebih, tiada kurang.
Tak kiralah siapa pun anda, semua ada amaun masa yang sama - 24 jam sehari.
Tapi sebenarnya jika kita buat analisis terhadap masa yang kita spend setiap hari, berapa jam sebenarnya masa yang betul-betul kita optimize? Masa yang betul-betul matter?
Sibuk does not equal to productive.
Perasan kan ada orang nampak sibuk tapi sebenarnya tak produktif pun. Dia sebenarnya banyak spend masa kepada perkara yang kurang memberi impak dalam hidup.
Ada orang pula hidup dia nampak santai je tapi very impactful.
Yang sebaiknya, kita boleh gunakan Pareto Law - 20/80. Maksudnya dalam seharian tu, kita patut decide apakah 20% aktiviti yang kita patut buat untuk menghasilkan 80% hasil.
Berbanding daripada kita buat 80% tapi hasil yang kita dapat 20% je.
Pernah tak kita duduk diam, muhasabah balik, plan balik hidup.
+ Betul ke apa yang kita buat sekarang?
+ Adakah setiap hari kita "one step ahead" kepada goal kita atau "one step away"?
+ Adakah apa yang kita buat sekarang dalam seharian mendekatkan kita dengan impian, goal kita atau menjauhkan?
"Sharpen the saw."
Ramai orang rasa dia banyak sangat kerja jadi dia nak kejar semua. Yang sebaiknya kita decide 20% that matter to generate 80% impact.
Contoh, malas baca buku. Baca buku ni antara perkara yang akan buat kita jadi sharp.
Orang yang tulis buku tu sebenarnya dia compilekan few years punya pengalaman sehingga dapat jadi structured knowledge to learn.
Dan kita sebenarnya bayar pada harga yang sangat rendah untuk nilai dan segala kerja keras tu.
Kata mentor saya,
"Bila baca buku, kita akan ada structured thinking"
"Bila baca buku, kita akan ada structured thinking"
Bila nak cakap nanti pun, kita akan lebih tersusun kata-kata daripada menerawang dan tak sampai apa yang kita nak cakap.
Bila kita buat diri jadi tajam, deria kita akan lebih tajam - cara kita buat decision, cara kita lead diri sendiri dan orang lain, cara kita berfikir dll.
Bila jadi sharp ni, insya-Allah buat sedikit > jadi. Buat sedikit > jadi. 20% that matter. Buat kerja sedikit tapi dapat banyak. Jimat masa dan lebih produktif.
Berbanding semua benda nak kejar, buat banyak > satu pun tak jadi. 80% yang hanya beri 20% impact. Buat kerja banyak dan makan lebih banyak masa.
Bila saya experience sendiri ritual sebelum dan selepas tidur selama 3 hari ni, yang paling rasa impactful bila tidur lebih awal, bangun lebih awal.
Dalam 2 jam juga saya selesai semua ritual selepas tidur, solat semua. Tapi bila tengok masa rasa macam, "aku rasa cam lama je tapi rupanya baru pukul berapa".
Orang kata cam berkat sangat masa. Rasa banyak.
Saya bandingkan personal satisfaction sebelum ni, saya lebih suka gaya hidup tidur awal, bangun awal. Buat kerja belah pagi rasa free of mind, takde orang nak whatsapp, ganggu.
Buat flight mode sampai Subuh pun tak risau sebab memang takde orang nak ganggu awal pagi ni. Buat kerja pun fokus.
Sejak pergi kelas online Tuan Afnan, saya memang dah mula biasakan diri flight mode.
Time, energy ni macam currency. Kita kena kawal supaya tak membazir. Kalau duit kita berkira, time dan energy kita pun kena berkira sebab kita takkan dapat balik time yang kita dah spend.
Yet kalau siang biasanya saya flight mode waktu tengah hari. Lepas waktu kerja saya banyak flight mode. On off kejap je jika rasa perlu. Saya save energy saya. Selebihnya waktu tidur pun flight mode.
Bak kata Tuan Afnan, "we are full of distractions."
Sebab tu susah nak fokus. Sebenarnya bila kita fokus, kemudian ada notification masuk > kita bother (kita tengok notification tu), it takes minutes untuk refocus balik.
Walau tengok 1-3 seconds pun ambil juga beberapa minit untuk laser focus balik. Buktinya?
Perasan kan bila kita tengah cakap dengan orang, tetiba ada orang call. Lepas tu kita terlupa apa kita cakap. Boleh ingat tu bertuah else memang lupa terus dan tukar topik.
Itu contoh paling simple dan selalu berlaku.
Jadi kawallah perbelanjaan masa dan energi anda. Hanya spend kepada perkara yang patut spend - 20% that matter.
Insya-Allah bila anda banyak mula control dan aware tentang time + energy spend anda, anda akan rasa lebih tenang, kurang serabut, lebih fokus dan lebih banyak perkara dapat dicapai (sebab dah mula laser focus).
Tambahan nota tentang "Success is 99% preparation" - para atlet kalau dia nak bertanding ada yang sampai kena berlatih setiap hari selama bertahun-tahun hanya sebab nak bersedia masuk pertandingan 5 tahun sekali.
It matters bila dia dapat bawa balik gold medal. High personal satisfaction. Thats why success is 99% preparation.
20% that matters. Sharpen the saw. Success is 99% preparation.
No comments:
Post a Comment