Friday, 6 September 2019

Customize Your Own Style - Cara Belajar


Customize Your Own Style - Cara Belajar
Bila most of my circle suka membaca, rasa tergugat sebab saya tak suka membaca. Semua bijok-bijok.
Circle lelaki dan waniteku semua nampak educated, genius bila semua rajin absorb educational things. Mindset power-power semua.
Jadi nak jadi bijok cam dorang, saya pun simpan niat suka baca buku.
It will just be a hope I can like to read. After few years, it still the same = tak suka membaca haha.
Yet dalam perjalanan kehidupan, saya belajar tentang ilmu customize.
Long to short, setiap orang lain cara. Jadi kita kena customize whatever we found in our life and customize to our own style.
Cara saya belajar adalah melalui pemerhatian; tengok video; dan terbaru I found my favourite learning style - dengar video (ya, dengar) - buka Youtube dan biarkan masa buat kerja.
Sejak keluar daripada kelas Metamophosis di Kuala Terengganu tempoh hari, saya dah "berpuasa" daripada dengar lagu-lagu terutamanya with bad lyrics.
Buat masa ini alhamdulillah dah hampir seminggu, saya berjaya "puasa" daripada dengar lagu dengan lirik negatif.
"Energi tidak boleh dihapuskan. Ia hanya boleh berubah bentuk."
Self image, habits is all about energy.
//
Hari tu ada dengar daripada Mel Robbins tajuk "Why you should never tell someone to calm down?"
Long to short dia cakap, kalau orang tengah marah, jangan suruh dia bertenang. It does not help at all. Nearly useless.
Bila orang tengah marah ni, energi negatif dia tengah tinggi. Jadi Mel Robbins cakap, kita kena channelkan energi dia yang tengah menggelegak tu kepada benda lain.
//
Biasa kan kita tengok contohnya kalau orang stress, cara dia hilangkan stress dia pergi makan. Sebab apa? Dia nak channelkan rasa stress dia tu kepada benda lain.
Kemudian biasanya dia akan rasa lega.
Kalau saya pun, tengah stress dan marah, saya channelkan kepada pergi jogging ke, walking, running. Bila dah lari laju sampai minta nyawa (penat sangat) tu biasanya insya-Allah rasa release.
Lain orang lain cara.
Jadi sama juga dengan cara nak ubah self image, habits.
"In order for the new you to be born, the old you have to die." - Afnan Rosli
Cara nak mudah faham, begini.
Katakanlah anda seorang pelakon. Masa berlakon drama A, mesti anda kena jadi pelakon drama A. Bila anda berlakon drama B, mesti anda kena jadi pelakon drama B.
Kalau jadi pelakon ni lagi kerap boleh tukar self image.
Bila jadi doktor, kerja di hospital, pakai baju doktor, pergi surgery and so on
Bila jadi pemilik bisnes, kerja di ofis, pakai kereta mewah, ada secretary, ada rumah mewah
Bila jadi gelandangan, pakai baju koyak-koyak, muka kotor, bau busuk, tidur bawah jambatan
Anda tak boleh jadi pelakon drama B apabila berlakon drama A, betul?
Seolah-olah kena ada split personality. Bila dah habis drama, jadi diri sendiri.
Sama juga bila kita nak bina self image yang baru. Anda kena menjiwai self image baru anda.
Self image yang lama sebelum ni kena buang jauh-jauh.
Cara jalan kena tukar
Posture badan kena tukar
Circle kena tukar
Mind language kena tukar
Cara berkomunikasi kena tukar
Semua kena tukar. Fasa demi fasa.
Demi menjayakan tranformasi self image yang baru, macam saya cakap tadi --- energi tidak boleh dihapuskan hanya boleh berubah bentuk.
Atas tujuan tu, sebab itulah anda kena channelkan diri anda kepada self image, lifestyle yang baru jika betul nak ubah hidup.
Kalau sebelum ni bangun lambat, cuba bangun awal.
Kalau sebelum ni solat lambat, cuba solat di awal waktu.
Kalau sebelum ni lepas bangun tidur tak lipat selimut, bangun tidur je terus lipat selimut.
Kalau sebelum ni selalu dengar lagu "main biola" yang sedih-sedih sebab teringat ex couple dah ada orang lain, cuba mula dengar lagu-lagu berlirik positif atau educational things yang upgrade otak jadi lebih bijok.
Kalau sebelum ni selalu tangguh bila nak siapkan kerja, cuba susun helok-helok dan siapkan mana yang utama dulu.
Switch sedikit demi sedikit. Nikmati journey perubahan tu sedikit demi sedikit. Lebih baik organik dan konsisten. Daripada drastik dan tak long lasting.
Sebab itulah saya channelkan diri saya yang lama kepada lifestyle yang baru. Antaranya mula dengar educational things.
Sebelum ni ada juga dengar tapi tak sekerap sekarang.
Saya tak suka baca buku jadi saya customize cara belajar dengan dengar video atau audiobook.
Mana buku yang saya rasa saya berminat nak baca, saya akan Google audiobooknya. Yet kalau macam artikel blog tu, ada jugalah saya baca sebab pendek-pendek.
Macam topik teknikal seperti FB ads tu mostly tengok video. Kalau perlu educational video tu saya akan jadikan mp3 untuk dengar.
Jadi jangan stres-stres bila cara kita berbeza dengan orang lain kerana...
"Caraku caramu berbeza. Aku bukan kamu, kamu bukan aku", nak sedapkan hati haha
Tip ini bagus juga untuk ibu bapa yang terkadang mungkin nak anak-anak jadi bijok dengan membaca buku. Tapi rupanya cara dia belajar lain. Jadi cubalah kenali which one are them.
Ada 1001 cara nak jadi genius. Dont limit yourself into to only one things.
Extra tips #1: To be realistic, bila saya buat kerja dan dengar Youtube, saya mungkin takkan faham 100% content tu. Yet at least, saya akan dapat 20% that matter yang akan memberi impak up to 80% to my life insya-Allah.
Pareto Law - 20% that matter which brings 80% impact.
Extra tips #2: Anda tak perlu bermula dengan audiobook 2 jam. Saya pun bermula dengan 3 minit > 5 minit > 7 minit etc... up to 1 jam. Nanti dah jadi minat, 10 jam pun boleh pergi. 2 jam > 2 jam... 5x habis...
Extra tips #3: Takat ni banyak video saya dengar di Youtube je. Mindvalley Talks, TEDtalk, Be Inspired, Marisa Peer, Mel Robbins, Tom Bilyeu dll.
Extra tips #4: Bak kata Tuan Afnan, "Kalau boleh setiap hari setiap kali bangun tidur tu jadi lebih bijok, lebih kaya."
Jadi kena upgrade setiap hari. 0.0000001% pun jadilah.

No comments:

Post a Comment

HIDUP JADI LEBIH TERKAWAL?

Kenapa ada orang deactivated Facebook??? kerana mereka percaya ia dapat tingkatkan vibration. Yes! sebab antaranya ialah untuk HIDUP JADI LE...