Kenapa Afnan sungguh-sungguh sangat ajar orang jadi BERTENANG?
Sebab ini lah misi saya, misi Metamorphosis. Selama ni takde orang pernah bagitau kita yang hidup tenang itu kunci dia. Semua orang ajar kita kena work hard, achieve all your goals, buktikan pada dunia yang kita mampu buat. Bina Empayar, bina nama bagi dunia kenal kita. Semua ni comes from insecurities.
You already have everything. Just that your mind is too noisy that you cannot see. You are blinded by illusions. Sebab tu bila bertenang, baru hijab tu hilang. Baru illusions itu hilang.
Then you start to see everything clearly. Bertenanglah.
Get out of the cycle. Dengan bertenang, dunia datang berlumba-lumba. Saya dah tengok ramai orang yang mula jumpa hakikat hidup. Mereka dapat apa yang orang lain kejar seumur hidup, tapi mereka dapat dalam beberapa minit saja. Macamtu je Allah bagi selonggok.
Our whole social structure is screwup. Orang yang tak tenang, stress, serabut memimpin kita dalam masyarakat, orang yang tak tenang stress, serabut mengajar anak-anak kita. Kita sendiri tak mampu untuk jadi tenang dan kita juga berfungsi dalam Masyarakat.
Kacau habis satu masyarakat. Kerana semua orang tak pernah di ajar untuk have inner peace. Inner peace is true wealth. Because the truth is, how well you live this life is the only measure of your life. Not how long you live, not how many possessions you have. Its how you Experience life that counts.
Harini saya di kejar oleh orang-orang ternama, VIP, public figures, leaders, founders. Ramai orang nak jumpa saya. Dan setiap kali saya jumpa mereka-mereka ini semua dah extremely successful di mata masyarakat.
Tapi di balik apa yang kita nampak. Kita tak nampak betapa penat nya mereka nak menjaga topeng mereka. Mereka kena sentiasa tunjuk yang mereka kaya, berjaya. Terpaksa tunjuk kereta, rumah, bling-bling, duit, harta. Semua topeng ni mereka terpaksa maintain bimbang-bimbang orang lupa yang mereka orang berjaya.
Bila saya dig deep inside. Sebenarnya sangat miskin di jiwa. Kerana miskin jiwa lah mereka rasa insecure. Terpaksa jaga “topeng”.
Takde orang pun kata kita perlu semua itu untuk berjaya. Those are false illusions. To keep putting you in cycle of desperations & despair. Its a matrix.
Jangan tersilap. Spirituality bukan di ukur pada pakaian luaran atau sijil kelulusan. Jubah, serban, janggut, tudung labuh. Anybody can have inner peace. Anybody can go through this spirituality adventure and experience this beautiful spiritual experience.
Maka bertenang lah. Saya renung ayat ni semalam. Saya kongsikan pada group Alumni saya. MasyaAllah menangis saya, bila Allah seru Jiwa yang tenang.
Sedih bila tengok sekeliling orang masih tak nampak. Terlalu sibuk surviving. Just barely survive. Dalam hati penuh conflict. Jiwa ni kacau. Risau, serabut, resah, gelisah, geram, marah, dendam, ragu-ragu, takut. Penuh dalam jiwa tu. Sampai tak kenal dah macamana dia lahir dulu membesar sebagai baby yang tenang.
Saya dulu baca ayat ni berkali-kali pun tak rasa apa-apa. Sebab tak rasa yang Allah seru jiwa kita. Sebab jiwa kita tak tenang. Tapi entah kenapa semalam saya termenung panjang, menangis baca ayat ni.
Bertenang lah kawan. Allah seru kamu.
“Hai Jiwa yang Tenang. Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi di redhai Nya.”
-Afnan Rosli-
Be Happy 💖
Be Happy 💖
No comments:
Post a Comment