Friday, 6 September 2019

Dalam apa pun management penting.

Dalam apa pun management penting.
+ Pengurusan kewangan
+ Pengurusan bisnes
+ Pengurusan rumahtangga
+ Pengurusan kerjaya
Nak urus duit, bisnes, rumahtangga (makan minum isteri, nafkah isteri, duit pendidikan anak-anak, takaful keluarga), kerjaya (task yang penting didahulukan, reporting, close deal dengan klien).
Kalau disenaraikan, pasti banyak. Boleh jadi serabut bila tak susun. Itu yang menyebabkan terlepas pandang, perform bahagian ni tapi tak perform bahagian ni.
Orang tengok pun serabut hidup. Ada yang kata, kalau nak tau hidup tersusun ke tak, bermula dari tempat tidur.
Ada juga yang bermula daripada rumah. Jika rumah berkemas, helok, yang lain pun helok ( ini kalau dia sendiri kemas, kalau orang lain kemas tak dikira  )
William McRaven, US Navy Admiral berkata,
“If you wanna change the world, start off by making your bed.”
Jika anda nak ubah dunia, anda kena mulakan daripada tempat tidur.
Jocko Willink adalah bekas US Navy SEAL. Walaupun dia dah bersara tapi dia tetap bangun pagi macam biasa.
Dia kata, "Jika anda nak ada kebebasan dalam hidup, anda perlu lebih berdisiplin. Jika takde disiplin, anda akan berakhir dengan takde kebebasan."
Nak kebebasan wang - kena disiplin. Jangan belanja sesuka hati. Simpan dengan niat untuk tambah kekayaan sedia ada.
Nak kebebasan masa - bermula dengan kebebasan wang. Rujuk perkara #1.
Yang pasti, kebebasan ni anda takkan dapat dalam masa 3-5 tahun. Boleh jadi selepas 10 tahun konsisten disiplin.
Ada multi jutawan yang saya kenal pun, pergi kerja masih pakai motor ex5. Kereta pun beli 2nd hand je.
Adapun orang yang baru dapat gaji pertama dah mula berniat beli kereta di luar kemampuan.
Belum dapat gaji kedua, dah mula nak belanja duit yang kita "belum ada" = belum dapat gaji, dah fikir nak beli macam-macam a.k.a kebocoran wang / minda yang menolak wang.
Bacaan lanjut: Ebook I Am Money Magnet, 25 ciri-ciri minda yang menolak wang
Untuk jalani lifestyle yang anda nak...
//
Anda tak boleh selesai kan masalah anda harini dengan cara fikir yang sama yang telah create masalah tersebut.
Anda tak boleh selamatkan perhubungan anda dengan perangai dan sikap yang sama yang menyebabkan perhubungan itu retak.
Anda takkan boleh pulih kan penyakit dengan cara makan dan lifestyle yang sama yang telah menyebabkan anda sakit.
Anda tak boleh tambah harta anda jadi lebih kaya dengan cara kerja yang buat anda hidup miskin.
Anda takkan boleh jadikan anak anda baik dengan cara didikan yang sama yang buatkan anak anda nakal.
Anda takkan boleh jadi bahagia dan tenang, dengan gaya hidup yang sama yang buat anda hidup serabut.
The thing is, you cannot change anything unless you change. The only things that has to change in this world is you.
- Afnan Rosli

No comments:

Post a Comment

HIDUP JADI LEBIH TERKAWAL?

Kenapa ada orang deactivated Facebook??? kerana mereka percaya ia dapat tingkatkan vibration. Yes! sebab antaranya ialah untuk HIDUP JADI LE...