Friday, 6 September 2019

INNER CIRCLE

Malam ni saya nak share something yang best. Yang anda boleh buat terus, yang anda boleh audit terus life anda, dan anda boleh perbetulkan terus.
Saya nak share tentang INNER CIRCLE.
Kalau nak berjaya dalam life ni, kita perlu berada dalam circle yang betul, dalam logistic yang betul dan dalam environment yang betul.
Circle ni menentukan kualiti hidup kita, menentukan income kita, menentukan tahap Kebahagiaan kita. Kalau kita duduk dalam circle orang-orang business yang struggling, kita turut jadi struggling. Sebab kita terkesan dengan suasana.
Kalau kita duduk dalam circle orang yang ada masalah rumahtangga. Kita jugak turut akan dapat masalah yang sama. Kenapa? Sebab kalau kita spend enough time and energy pada sesuatu group. Cara fikir mereka jadi cara fikir kita, cara cakap mereka jadi cara cakap kita, cara buat keputusan mereka turut jadi cara buat keputusan kita.
Same decision will always leads to the same results.
Sebab tu kalau perasan geng-geng bawang, dia duk ngan geng bawang dia jee. Kalau geng-geng cantik-cantik ni, kita tengok kat fb, kawan-kawan dia pun semua cantik-cantik, kaya-kaya macam dia. Kalau geng-geng kaki hentam, dia duduk ngan geng kaki hentam dia jee. They all have the same vibrations, they attract each other.
Thats why, based on research. Income kita, ialah the average of 5 orang manusia yang kita spend masa dan tenaga paling banyak. Cuba tengok sepanjang hari, sepnjang minggu. Siapa 5 manusia yang kita paling banyak spend masa dan tenaga dengan mereka? Ambil semua income mereka, then bahagi 5. Itu lah income kita on average.
Kalau nak ubah income. Ubah saja circle. Ubah cara fikir, ubah cara buat keputusan, ubah cara cakap. Bahasa yang kita guna sehari harian effects hidup kita.
Cuba audit, dalam circle kawan-kawan kita, banyak pakai perkataan negative macam susah, mahal, mustahil, payah, lambat dan sebagainya, atau perkataan positive macam kita boleh, senang, possibles, mesti dapat, dan lain-lain. Ubah cara cakap kita. Ubah perkataan yang kita guna setiap hari.
So, macamana circle yang bagus ni?
Here’s my advice.
Pertama sekali, keep your inner circle small. The smaller the better. Kita berkawan biar beribu. Kita bagi impact biar berjuta orang. Tapi inner circle. Itu kita keep small and Quality. Less people, less drama.
Sebab tu kalau kita tengok Nabi. Baginda keep circle yang sangat berQuality. Abu Bakar, Umar, Ali, Uthman. Tak ramai, tapi semua power-power. Yang rapat dengan kita tu biar semua super Power.
Macamana nak dapat orang Super Power rapat dengan kita?
Kita dulu yang kena jadi Super Power. Macamana cara nya? Yang saya duk ajar dalam kelas Metamorphosis tu lah. Bangun malam setiap hari, buat semua yang saya ajar tu. InsyaAllah jadi power gila nanti. Sebab kita high vibrations all the time.
Yang ke dua. Ini cara kita nak tahu Circle kita sekarang ni yang betul atau salah.
Tengok betul-betul setiap kali berjumpa, apa yang kita bincang kan?
Small minds discuss People,
Average minds discuss Events,
Great minds discuss Ideas.
Circle yang ada small minded ni, setiap kali berjumpa mesti nak cakap pasal orang. Mesti nak ulas pasal hidup orang, mesti nak bawang, mesti nak gossip. Circle gini. Keluar cepat-cepat. Tinggal cepat-cepat.
Average mind pula sentiasa discus pasal events. Dia sibuk nak jadi reporter. Semua benda berlaku nak ambil tahu. Orang tu cerai, company tu melingkup, orang sana kahwin lain, semua dia nak ambil tahu. Yang ni pun cepat-cepat tinggal. Itu Average cirlce.
Yang Great minds ni kita kena duduk. Setiap kali jumpa Always discuss ideas. Sentiasa sembang pasal idea. Always cakap tentang bagaimana nak solve problems, always coming with solutions instead of problem.
Yang macamni, tak ramai takpe. Tapi jaga betul-betul. So, malam ni sebelum tidur, tengok circle kita di pejabat, di rumah, dengan kawan-kawan kita. Adakah ia membawa kita kearah kejayaan atau menarik kita kearah kemusnahan, atau menahan kita untuk kekal di tempat yang sama tanpa pergi kemana mana.
Kadang-kadang yang menghalang kita berjaya itu mungkin cara fikir seorang dua sahaja. Orang-orang ini kita perlu buat gap sedikit.
Dapat sesuatu?
#Share Moga Bermanfaat.
-Afnan Rosli-
Be Happy ðŸ’–

No comments:

Post a Comment

HIDUP JADI LEBIH TERKAWAL?

Kenapa ada orang deactivated Facebook??? kerana mereka percaya ia dapat tingkatkan vibration. Yes! sebab antaranya ialah untuk HIDUP JADI LE...