Thursday, 15 August 2019

Pain is good, but suffering destroys you

Sepanjang raya ni banyak sangat saya dapat ucapan Terima Kasih dari Followers dan Student online mahupun offline class. Mereka berkongsi stories-stories ajaib, family jadi baik, seluruh keluarga yang dah bertahun gaduh masam muka tahun ni jadi baik macam takde apa-apa pernah berlaku dah.

Dan paling banyak bagitaw saya, Raya tahun ni, Raya paling bermakna buat mereka. Kerana tahun ni Raya dengan penuh kesedaran, raya dengan penuh ilmu. Celebrating dengan energy yang tinggi, dengan Vibrations yang tinggi. Dengan emotions yang best-best.

Alhamdulillah seronok sangat baca satu-satu stories dari anda semua. Stories results Amazing pun banyak. Nanti lepas raya saya cerita satu-satu. Kita bagi laluan untuk raya dulu.

Dan sepanjang raya ni, tak kurang juga kawan-kawan yang selalu baca sharing saya, anak beranak yang ikuti perkembangan saya di FB ni mula datang luahkan masalah dan kisah-kisah sedih masing-masing. Kadang sedih dan kesian dengar masing-masing punya dugaan.

Semua orang di uji. Pasti di uji. Dan kita semua di uji dengan cara berbeza beza. Pain is part of life. Its part of growing stronger. Without pain you cannot grow.

Kesakitan ialah process menjadi kuat. But holding to pain, makes you suffers. Memegang kesakitan itu membawa pada penyeksaan. Penyeksaan datang dari memegang kesakitan dalam jangka masa yang lama.

Pain is good, but suffering destroys you. It drains you. Don’t hold to the pain. You will suffer. Learn to acknowledge the pain, and let go of the pain. Don’t just go with your pain, grow with your pain.

firman Allah bermaksud: “Dan sungguh akan Kami berikan ujian kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan...,” (al-Baqarah: 55)

Acknowledge kesakitan, kesusahan, keperitan dan kepayahan yang anda sedang hadapi ini sebagai satu bentuk Ujian untuk angkat darjat anda, untuk Allah beri ganjaran besar dan untuk anda menjadi diri yang sepatutnya anda jadi. Its a preparation process for you to be who you supposed to be.

Tanya lah mana-mana orang yang berjaya bina hidup mereka dari bawah. Pasti mereka akan bagitahu anda bahawa tanpa cabaran, dugaan dan segala kepayahan yang mereka hadapi, pasti mereka takkan menjadi siapa diri mereka sekarang.

Kadang-kadang hari-hari paling gelap, paling sunyi dan paling getir itu lah yang membentuk hidup anda yang paling cerah, gemilang, dan ceria. Percaya lah. Saya juga pernah lalui saat-saat getir. Dan bila saya toleh ke belakang. Itu lah nikmat paling besar Allah bagi. Tanpa saat-saat perit itu, saya tak mampu jadi siapa saya hari ini.

Jangan pegang kesakitan, anggap kesakitan itu satu persediaan untuk anda jadi orang baru yang lebih Hebat. Syukur dengan ujian, jadi bahagia walaupun sedang di uji. Itu tanda sayang Allah pada kita. Let go of your pain. Forgive and forget. Let go and let God.

Holding to pain makes you suffer. Letting go of your pain heals you immediately. Kebanyakkan sufferings atau penyeksaan adalah self created. It is ego based.

Remember, its never the situation that creates the unhappiness. It’s your reactions that creates the unhappiness.

Change your reactions. Learn to be Happy. Learn to be Calm. Belajar untuk Bahagia sepanjang masa. Setiap saat. Moga Allah angkat segala kesusahan dan kesakitan anda serta angkat darjat anda semua InsyaAllah.

Belajar sesuatu?

Pasti anda kenal orang yang sedang bersedih, berduka, dan sedang di uji saat ini. Kongsikan dengan mereka. Beri mereka semangat.

#Share Moga Bermanfaat.

Jemput follow 👉🏻Afnan Rosli. Saya menulis tentang motivasi dan pembangunan diri setiap hari.

           -Afnan Rosli-
Exclusive Calligraphy Artist

No comments:

Post a Comment

HIDUP JADI LEBIH TERKAWAL?

Kenapa ada orang deactivated Facebook??? kerana mereka percaya ia dapat tingkatkan vibration. Yes! sebab antaranya ialah untuk HIDUP JADI LE...