Thursday, 15 August 2019

RAHSIA DARI KANCIL KE AUDI.

RAHSIA DARI KANCIL KE AUDI.

Baru ni saya jumpa seorang kawan saya. Dah lama betul saya tak jumpa dia. Saya tahu sebelum ni beliau pakai kereta kancil, dan saya tahu bisnes beliau stuck bertahun tahun.

Tapi baru ni saya tengok beliau lain betul. Cara pakaian beliau, cara cakap beliau, bahasa badan beliau. Sangat berbeza dari dulu. Lebih energetic, lebih positive nampak nya. Dan sekarang beliau pakai kereta Audi.

Saya tanya beliau, apa yang ko buat, sampai berubah jadi macamni? Apa yang ko buat dari Kancil ke Audi?

Beliau gelak besar, sambil tepuk bahu saya. 😂 kelakor lah soalan kau Afnan. Takde soalan lain ke?

Saya kata, ko kan tahu, aku ni jenis study sifat manusia, study Kejayaan orang. Sebab tu lah aku tanya.

Dia kata, owh, patut laaah. Ok2. Macamni. Sebenarnya takde apa pun yang berubah. Aku masih lagi berniaga seperti biasa, aktiviti aku juga sama macam dulu, still buat posting di FB sama macam dulu, copywriting juga sama macam dulu, gambar pun sama macam dulu. Basically semua sama macam dulu lah.

Saya garu kepala. Habis tu, dah semua sama, apa yang berubah?

Cuma satu je yang aku ubah kata nya. Aku ubah VIBRATIONS ENERGY aku. Aku ubah energy aku sewaktu aku nak post, waktu aku nak closing, waktu aku nak jumpa client, waktu aku nak buat kerja.

Wah! Menarik saya kata. Jadi ko kata, buat posting yang sama, dengan Energy berbeza akan dapat results berbeza? Betul?

Cuba ko explains sikit.

Dia kata macamni. Katakan lah aku buat postings iklan di FB, dari phone aku, pergi ke phone ko dalam bentuk apa?

Saya kata Vibrations, Getaran, gelombang. Betul?

Yes! Gelombang, atau Vibrations keluar dari transmitter phone aku, pergi ke reciever phone ko. Keluar lah iklan aku dekat screen ko.

Tapi ada lagi satu getaran lagi yang keluar sekali pergi pada ko. Iaitu Emotions aku waktu buat posting tu. Vibrations Emotions aku waktu buat posting tu pergi sekali dengan gelombang iklan aku. Tapi dia tak pergi pada phone ko. Dia dari hati aku pergi terus ke reciever hati ko.

Wah! Makin menarik saya kata. Tak terfikir saya, emosi saya masa buat iklan akan pengaruhi emosi orang yang baca iklan.

Dia kata, Kebanyakkan orang, mereka buat iklan pada Vibrations Survival mode. Nak mencari duit, fikir nak bayar bill, fikir nak bayar hutang, fikir cari sales, fikir nak ambil sesuatu dari orang yang baca iklan.

Bila jadi macamni, orang yang terima iklan tu, dia terima sekali dengan perasaan tu. Automatic hati jadi rasa tak sedap, sebab orang tak suka kita ambil duit mereka. Automatic mereka switch on Defence mechanism mereka.

Ko paham tak ni? Tanya dia.
Meh aku explains. Gini.

Ko, pernah pergi supermarkets? Ada orang bagi flyers, orang buat roadshow or booth. Pernah kan? Waktu ko nampak orang duk bagi flyers tu, ko buat macamana? Most of the time ko akan amek side jauuuuh melencong dari booth dia kan. Seolah olah ada magnet menolak ko jauh dari dia kan?

Kenapa jadi macamni? Sebab Kebanyakkan orang yang bagi flyers, mereka bagi dengan intentions, dan niat nak closing ko. Mereka nak ambil sesuatu dari ko, which in this case is your money.

Lagi satu contoh aku bagi. Pernah tak kawan-kawan ko pm, Assalamualaikum. Tiba-tiba pm assalamualaikum.

Pastu ko rasa tak sedap hati nak reply? Pernah kan? Kenapa?

Sebab, Vibrations hati dia masa dia send salam tu, dah sampai kat hati ko. Baru dia bagi salam ko dah dapat rasa dia nak pinjam duit ke, dia nak promote barang ke, dia nak tarik ko join MLM ke.

So, benda ni ramai orang tak faham.

Jadi. Lepas aku faham, Aku takkan buat posting melainkan Emosi aku sangat-sangat tenang dan aku akan letak Energy aku pada level yang tinggi.

Saya tanya beliau, habis tu, dah memang tujuan Iklan untuk menjual, takkan aku nak niat bagi saja kot.

Dia kata, haaaa, ni aku nak ajar!

Waktu buat posting iklan, Energy kena penuh Excited nak berkongsi kebaikan, manfaat, dan nilai pada orang. Jangan rasa nak ambil sesuatu pada orang. Tapi kena ada rasa nak memberi, memberi, memberi.

Bila kita Emosi nak memberi, orang terus dapat rasa, dan orang pula rasa nak memberi pada kita.

FAHAM?

Sebab tu, aku pesan kat agent-agent aku, kalau gaduh ngan bini, kalau anak tengah nangis, buat perangai, jangan repy whatsapp or pm. Orang boleh rasa Vibrations kita.

Bertenang, niat nak bagi manfaat pada orang. It’s always about giving. The more you give, the more you get. THE LAW OF RECIPROCITY.

Ah sudah, law of reciprocity pulak si Afnan ni. Hahahaha, korang nak tahu tak macamna nak set Energy kita pada level tinggi waktu buat posting?

Macamna nak bagi orang yang membaca dapat rasa nilai dan kasih sayang yang kita sampaikan?

Nak belajar tak buat post yang sama, gambar yang sama, tapi dapat customer demi customer. Results berbeza.

Nak belajar apa itu law of reciprocity?

Semua tu saya kongsikan dalam Channel Telegram saya.

Anda Belajar sesuatu dari Sharing harini?
Saya harap anda dapat sesuatu, sebab yang ni sharing yang agak mendalam juga ni.

#Share jika anda rasa bermanfaat.

Jemput Follow 👉🏻Afnan Rosli. Saya menulis tentang Motivasi dan Pembangunan Diri setiap hari.

           -Afnan Rosli-
Exclusive Calligraphy Artist

No comments:

Post a Comment

HIDUP JADI LEBIH TERKAWAL?

Kenapa ada orang deactivated Facebook??? kerana mereka percaya ia dapat tingkatkan vibration. Yes! sebab antaranya ialah untuk HIDUP JADI LE...