Thursday, 15 August 2019

KETAKUTAN JUGA SUATU KEPERCAYAAN.

KETAKUTAN JUGA SUATU KEPERCAYAAN.

Takut ni, adalah antara Emosi yang sangat kuat. Pernah tak, kita bangun pagi, pastu hati ni duk rasa tak sedap, takut sesuatu. Rasa risauuu je.

Eh, tau-tau, benda tu jadi sungguh.

Lebih-lebih lagi kalau mak mak ni. Dia tengok anak dia tengah main-main, pasti dia cakap baik-baik nanti jatuh kang. Cakap tu, dia release sekali dengan Emotions Takut. Hah! Jadi sungguh. Jatuh sungguh anak dia kan?

Atau pun, baru je dapat duit ni. Pastu hati terdetik rasa takut hilang duit. Tau-tau ada orang contact, mintak hutang ke, mintak nak pinjam ke, mintak derma ke. Atau pun adeee je sebab untuk duit tu hilang. Kereta rosak lah, mesin basuh rosak lah. Sebab apa? Sebab dia release Emotions takut tu tadi.

Atau pun, duk rasa takut suami dia ada orang kacau. Hari-hari duk pikir dengan rasa takut. Tengok-tengok memang orang kacau sungguh suami dia. Sebab apa? Sebab kita hold image tu, dengan Emotions sekali.

Macam saya explain dulu, EMOTIONS IS ENERGY IN MOTIONS. Apa saja thoughts atau fikiran yang lintas di otak kita, dengan Emosi, benda tu akan terjadi di dimensi Reality.

Sebab tu, bila saya kaji bab ni. Rupanya Nabi Muhammad s.a.w kita ni, beliau orang yang sangat Scientific. Sebab tu Nabi kata, kalau berdoa kena nangis, kalau baca Quran kena nangis, kalau tak boleh nangis, buat-buat nangis. Sebab?

Sebab dengan menangis, kita release doa kita bersama emosi. Harini, kita berdoa hanya di bibir tanpa emosi.

Lagi satu, bila Nabi kata doa orang teraniaya ni cepat makbul kan? Tau tak sebab apa? Sebab orang teraniaya ni dia berdoa dengan emosi. Yelah dah kena aniaya, emosi marah, emosi geram. Kalau dia doa tu, habis laaah orang yang kena.

Thats why, hati-hati mak mak, kalau tengah marah tu, jangan duk sebut bukan-bukan pada anak-anak atau suami. Sebab? Waktu kita marah tu, Emotions kita dah power dah. Kita sebut je terus jadi.

Kalau kita kata anak kita, ko ni budak tak guna, ish, budak ni nakal sungguh. Buas sungguh budak ni!

Haaa. Terima lah nanti anak yang tak guna, nakal, buas. Itu doa kita dengan penuh emosi tu.

So, faham ye. Hati ni, kalau ada rasa takut sesuatu terus ubah! Jangan fikir apa yang kita takut tu.Fikir apa yang kita nak sahaja.

FAHAM?
Belajar sesuatu?

#Share Moga Bermanfaat.

Jemput Follow 👉🏻Afnan Rosli. Saya menulis tentang Motivasi dan Pembangunan Diri setiap hari.

          -Afnan Rosli-
Exclusive Calligraphy Artist

No comments:

Post a Comment

HIDUP JADI LEBIH TERKAWAL?

Kenapa ada orang deactivated Facebook??? kerana mereka percaya ia dapat tingkatkan vibration. Yes! sebab antaranya ialah untuk HIDUP JADI LE...