Anda pernah terdetik tak nak rasai pengalaman boleh terbang kemana saja yang anda nak, nak jumpa siapa saja yang anda nak, buat dan makan apa saja yang anda nak?
Kalau pernah, dan nak rasai, baca betul-betul. 👇🏻
Pernah tak kita bermimpi kena kejar hantu ke, kena kejar anjing, atau mimpi jatuh dari tempat tinggi, macam gaung atau bangunan, pastu bila bangun tu, jantung kita berdebar debar, berpeluh-peluh satu badan. The experience terasa sangat-sangat real bukan?
Atau pun kita bermimpi mandi sungai, bangun tu, terasa sejuk habis satu badan kita. Kalau perempuan tu, dia mimpi laki dia kahwin lain. Esok nya, satu hari dia tak cakap dengan laki dia. Sebab? Sebab sakit tu terasa macam betul-betul jadi. Padahal itu mimpi saja.
Saya pernah sekali bini saya mimpi macamtu. Esok nya, satu hari dia bad mood dengan saya. Padahal, yang mimpi nya dia. Saya yang kena marah. Ape salah saya? Huhuhu. 😿
So, Kenapa jadi macamni?
Let me explain. Badan anda tak ada keupayaan langsung untuk membezakan mana event yang berlaku di dimensi Fizikal atau kita panggil Reality, dengan event yang hanya berlaku di dalam minda.
Sebab tu, bila kita mimpi. Kita terasa real sangat semua Experience dalam mimpi tu, seolah olah benar-benar terjadi. Kalau mimpi kiamat tu, bangun tu mesti sampai terketar-ketar satu badan sebab takut. Kadang sejam lepas mimpi pun masih ketar lagi. Betul tak?
Tapi masalahnya, waktu mimpi tu kita tak sedar. Lepas terjaga baru kita sedar yang kita bermimpi kan?
Alangkah bagusnya kalau kita boleh masuk dalam alam mimpi, dan sedar sepenuhnya yang kita sedang bermimpi. Dan kita dapat mengawal mimpi kita. Kita boleh nak alami pengalaman apa saja.
Kita boleh terbang, kita boleh angkat berat, kita boleh terjun bangunan, boleh buat apa saja. Sebab sekarang kita sudah tak terikat dengan dunia fizikal. Kita di alam mimpi. Best kan?
Sebenarnya anda boleh!
Ilmu ini di panggil LUCID DREAMING.
Saya jumpa lucid dreaming ni sekitar tahun 2015 sewaktu saya sedang gila mengkaji biography orang-orang hebat yang pernah mengubah dunia. Dan saya dapati ramai dari mereka menggunakan Lucid Dream sebagai medan mereka ber Experiment dengan idea idea mereka.
Antara beberapa orang famous yang menggunakan Lucid Dream seperti :
1. James Cameron ( Director Titanic, The Terminator dan Avatar )
2. Nikola Tesla ( Antara scientist terhebat dalam sejarah dunia )
3. Chris Nolan ( Director the Dark Knight )
4. Albert Einstein ( One of the greatest mind ever )
5. The Wachoskis ( Creater of the Matrix )
Ramai lagi, ada ribuan orang-orang hebat yang menggunakan Lucid Dream sebagainya tempat untuk mereka Experience apa saja Experience yang mereka nak alami.
Ambil contoh Albert Einstein. Bagaimana beliau mampu merumuskan bagaimana seluruh alam berfungsi dalam hanya satu mathematical equation?
Beliau masuk ke alam mimpi, terbang ke sana ke mari, semua experiment berlaku dalam mimpi hingga beliau mampu keluarkan sebaris rumus yang hingga ke harini kita pakai.
James Cameron, bagaimana beliau boleh produce filem Avatar, antara filem paling berjaya dalam sejarah. Kalau anda pernah tonton filem ni, mesti anda terpegun dengan setup suasana planet nya. Beliau berimaginasi dalam mimpi menggunakan lucid dream.
Saya sendiri beberapa kali menggunakan Lucid Dream dalam bereksperiment dengan karya saya. Antara nya, karya Keris saya. Itu karya yang saya cuba dalam Lucid Dream.
Sekitar tahun 2012 waktu saya tengah susah dulu, saya hidup dalam ketakutan dan insecurity. Berminggu-minggu, setiap hari saya bermimpi di kejar oleh sekumpulan orang yang sama. Waktu tu saya belum tahu tentang lucid dream, tapi saya sudah alami.
Setiap malam walau ketakutan, saya excited kerana saya sedar sepenuh nya yang saya sedang bermimpi. Dan setiap malam saya Experience membelasah orang, pukul orang, dan berlawan dengan penuh gaya ala-ala bruce lee.
Dan saya gunakan lucid dream untuk keluar dari Trauma. Saya hadap orang yang sama berhari hari. Hingga saya pulih dari trauma.
So, anda mungkin tertanya tanya. Kenapa share benda ni.
Saya share kerana, anda boleh masuk ke alam mimpi, kawal mimpi, dan experience apa saja yang anda nak Experience. Anda boleh guna dalam kerjaya anda, anda boleh guna untuk Experience Kejayaan-kejayaan yang anda impikan.
The Experience terasa sangat real hingga badan anda mula percaya yang anda memang sudah berjaya.
Susah saya nak terangkan lucid dream ini dalam hanya satu posting, maka ini hanya pengenalan. Supaya anda tahu, ini wujud. Ada ilmu yang memboleh kan anda Experience benda ni.
Bagaimana nak dapat lucid dream, bagaimana nak jadi lucid, bagiamana nak keluar dari lucid dream, semua tu nanti saya kongsikan kalau ramai yang berminat nak tahu.
Menarik bukan?
Siapa yang baru harini tahu pasal lucid dream? Baik ngaku cepat. 🙋🏻♂️🙋🏼♀️
Nak belajar lagi ke pasal Lucid Dream ni? Kalau nak, sila Comment di bawah.
Sekian. Moga bermanfaat.
-Afnan Rosli-
Exclusive Calligraphy Artist
No comments:
Post a Comment