whatever happens, be happy.
Penghambaan paling teruk dalam dunia ni adalah bila kita biarkan benda sekeliling ubah mood kita. Rupanya tak ada benda di sekeliling kita ni berhak untuk tentukan feeling kita.
Anak koyak duit, be happy.
Anak termuntah atas baju Leeyanarahman, be happy.
Anak tabur serbuk teh dalam bancuhan kek kita, be happy.
Anak main tahi sendiri atas karpet kashmir mak mertua kita, be happy.
(Tapi be ready bila mak mertua tunjuk rasa tak happy.)
Jadi lepas ni, apa pun jadi, depakan tangan, dongak, senyum dan be happy. Sebab jiwa dan soul yang happy akan jadi magnet yang menarik rezeki dan kebaikan datang pada kita.
Saya tak dapat sampaikan apa yang diajar di kelas semalam. Sebab ilmunya perlu didalami sepenuhnya dari Tuan punya badan.
Ia ilmu bercanggah dengan pemahaman kita terhadap kehidupan selama ni.
Kalau bagi separuh, faham separuh, takut hasil kewarasan pon jadi separuh. 😅
.
Tapi secara asasnya, inilah: BE HAPPY.
1. Cuba tulis 5-10 perkara yang kita syukuri pada hari ni sebelum tidur selama 21 hari.
2. Cuba tulis 5-10 perkara yang buat kita happy dan cuba achieve setiap hari.
3. Cari sumber vibration yang baik.
Pasang audio muzik yang mengeluarkan gelombang yang baik, wangian yang menyenangkan (essential oil), garam bukit, kawan yang positif dsb.
4. Be happy not because everything is good, but because you can see the good in everything.
5. Pijak tanah dan rumput.
Makan hasil yang juga dari tanah. Sayangnya sekarang ayam pun tak pijak tanah kerana duduknya di kandang.
Tanaman pon petik dari pasu, bukan di tanah. 😄
6. Setiap masa, setiap saat, live in the present moment.
Bukan kesalahan hari semalam, atau kerja ofis di hari esok.
7. Buang blockage yang menghalang rasa happy seperti dendam, kesal takut dan marah.
8. Bertaubat atas dosa dan jaga kewajiban. Bila bertaubat, instead of menghentam diri, rasai kasih sayang Allah.
Allah kan Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
9. Hidup seperti anak-anak. Tak ada risau, yakin & tak fikir orang judge, strong willed dan penuh tenaga.
No comments:
Post a Comment