Wednesday, 14 August 2019

BERNAFAS LAH.

BERNAFAS LAH.

Semalam di Seminar #GirlBoss saya buat Sharing tentang Breathing. Saya cakap dengan hanya bernafas dengan betul, kita boleh Bahagia dan Gembira sepanjang masa.

Bernafas dengan betul, kita boleh dapat apa saja kita nak. Dengar macam over claim kan? Tapi benda ni betul. Ada a very detail and complex scientific explanations tentang apa saya cakap ni.

Breathing is life. Itu benda pertama yang kita buat bila sampai ke bumi ni. Dan itu lah benda terakhir yang kita buat bila kita tinggalkan bumi ni. Setiap perkara yang kita pernah Experience dalam life kita hanya duduk di celah-celahan antara inhalations & exhalations.

“Every time you inhale, you are reborn, everytime you exhale, you are dying” - unknown.

Kalau Breathing is life, bila kita tak aware yang kita sedang Breathing, sebenarnya kita tak sedar we are living. Sebab tu most people hidup seolah-olah macam zombie, on auto pilot. Tak sedar dan concious tentang hidup. Rasa hari-hari berlalu tanpa makna. Majority populasi dunia begini. Saya percaya anda juga mungkin ada rasa begini.

Kerana anda tak bernafas dengan betul.

1. Breathing dengan betul akan buat anda sentiasa in Present Moment. Di Present Moment tak ada kerisauan, tak ada keresahan, tak ada dendam, tak ada marah, tak ada keciwa. Hanya ada Gembira, Lapang, Tenang saja.

2. Breathing yang betul akan create electromagnetic fields di sekeliling body anda yang anda boleh align kan dengan seluruh potentials dan kecukupan yang ada di alam ini, yang wujud dalam bentuk electromagnetic. Dengan ini anda boleh manifest apa saja. Dengan izin Allah.

3. Breathing yang betul akan bagi anda jadi orang yang bertenang dan panjang umur. Belajar dari Nature.

🧘‍♂️ Manusia bernafas 12-20 kali seminit. Heart beat kita 60-100 beat per minit. Average lifespan manusia ialah 70-80 tahun.

🐕 Anjing bernafas 15-35 kali seminit. Heart beat anjing ialah 100-140 beats per minit. Average lifespan anjing ialah 10-13 tahun sahaja.

🐢 Kura-kura pula hanya bernafas 3-4 kali seminit. Heart beats mereka ialah 25 beats saja per minit. Lifespan mereka? Few hundreds years. Ada yang hidup sampai lebih 200 tahun.

Apa yang kita boleh belajar? Breathing slowly, calmly, aware of our breathing boleh increase lifespan kita.

Bernafas perlahan bagi kita tenang, hidup kita ada sense of purpose. Cuba tengok orang tengah marah macamana nafas dia? Dia bernafas kuat dan laju. Macam anjing bernafas. Kalau sentiasa marah. Pendek umur nanti. So, nafas perlahan. Setiap nafas sertakan dengan gratitude. 😌

Sebab tu saya pergi ke China haritu, saya panjat White Cloud Mountain 🏔.  Dekat puncak tu, saya tengok ramai gila orang tua-tua duk main Tai Chi. Nampak tua dah, tapi sihat lagi. Entah macamna dia boleh panjat gunung yang tinggi ni pada usia dah nak cecah 100 tahun dah kot diorang ni. Bukan se orang, tapi beratus orang atas tu.

Antara rahsia mereka, ialah Tai Chi. mereka Breathing Slowly. They move slowly. Macam kura-kura. Mereka panjang umur, sihat, dan cergas.

Belajar sesuatu?

Share Moga Bermanfaat.

Jemput Follow 👉🏻Afnan Rosli. Saya menulis tentang Motivasi dan Pembangunan Diri setiap hari.

           -Afnan Rosli-
Exclusive Calligraphy Artist

No comments:

Post a Comment

HIDUP JADI LEBIH TERKAWAL?

Kenapa ada orang deactivated Facebook??? kerana mereka percaya ia dapat tingkatkan vibration. Yes! sebab antaranya ialah untuk HIDUP JADI LE...