Wednesday 14 August 2019

THE LAW OF PROJECTIONS.

THE LAW OF PROJECTIONS.

Selalu dengar Law Of Attraction je kan? Saya pun baru je dengar Law Of Projections. Baru ni waktu melayari laman Youtube, saya tertonton satu Video tentang Law Of Projections.

Law Of Projections ni macamni. Cuba bayangkan, kita buka projector, dan pancarkan ke layar putih. Projector tu di sambungkan ke Screen Computer kita betul?

Soalan saya. Apa yang akan keluar di layar putih tu?

Sudah pasti semua yang di Screen Computer kita tu akan keluar di layar putih tu betul? Tak ada satu benda pun yang ada di Screen, tak keluar di layar. Malah kalau kita gerakkan Cursor Mouse tu di Screen, Cursor dekat Layar pun akan turut bergerak kan?

Begitu juga lah dengan diri kita. Apa yang bermain dalam Minda kita. Semua nya akan terhasil di Dunia Reality kita, atau Dimensi Fizikal kita. Itu nama nya Law Of Projections.

Minda kita ibarat Screen Computer, manakala Life kita sekarang umpana Layar Putih. Apa saja yang ada dalam life kita harini sebenarnya ialah Cuma Projections pada apa yang ada dalam minda kita.

Sebab tu, bila Allah kata, “ادوعنى استجب لكم” BerDoalah kepada Ku, Nescaya aku Perkenankan permohonanmu.

Itu Janji Allah. Sebenarnya tak ada satu pun Doa yang tak di kabulkan. Semua terkabul.

Tapi, saya dah Dhuha, saya dah Solat Hajat, saya dah Doa. Kenapa tak kaya-kaya?

Ini sebabnya:

1. Doa kita hanya di mulut, bukan di Hati, bukan di Minda.

2. Dhuha nya sekali, Hajat nya hanya sekali, Doa nya hanya sekali, mintak kaya. Tapi di minda, 23.99 Jam duk fikir susah, fikir sempit, fikir sulit. Nah! Doa itu lah yang Allah Kabulkan. Kita yang Berdoa.

3. Apa yang kita Fikir, Apa yang kita Rasa, apa yang kita Buat. Itu semua DOA. Ramai orang, mulut mintak kaya. Tapi hati dia operate at Survival Mode. Sentiasa rasa resah, gelisah, tak cukup.

Otak dia sentiasa fikir susah, susah, susah. Itu susah, ini susah. Perbuatan dia pun begitu. Jadi. Sebenar benar doa dia Kaya atau susah??

Saya masih ingat, Zaman Belajar dulu saya memang ada Projections dalam minda yang saya ni seorang yang Famous, saya hold image itu dalam minda. Hari-hari saya nampak dalam minda, muka saya masuk TV, orang datang interview saya, dan saya ada pengikut yang ramai.

Tapi waktu tu saya tak tahu macamana nak jadi Famous. Yang saya tahu, Afnan Rosli ni seorang yang Famous. Itu saja.

Tak sangka, sekarang, hampir semua Stesen TV utama di Malaysia saya dah masuk. Astro Awani, TV Al Hijrah, NTV7, RTM, PRIMEWORKS, ASTRO dan BERNAMA TV.

Article-Article saya pun dah masuk berkali kali di semua portal dan blog utama di FB Malaysia ni. Siakap Keli, PenMerah, Majalah Wanita, dan banyak lagi.

Dan Alhamdulillah, orang yang datang pada kita. Alhamdulillah Followers saya yang Baik2 semua ni pun ramai. Alhamdulillah ramai dapat Manfaat dari penulisan saya.

So, faham ye, Law Of Projections?

Kalau ada Rumah Impian, Kereta Impian, pasangan Impian. Hold image tu dalam minda. Anda Hold untuk certain Period of time sejelas jelas mungkin. Sampai masa, ia akan jadi dalam Dimensi Reality hidup anda.

Jangan takut nak Berimpian besar. Waktu Hold image, jangan tengok diri kita harini. Jangan tengok bank account kita harini. Just Focus pada apa yang kita nak, orang yang kita nak jadi, dan Emotions kita yang kita nak Experience waktu tu.

Moga segala Doa anda TerMakbul dengan Cepat, Mudah dan Barokah.

Dapat sesuatu? #Share

          -Afnan Rosli-
Exclusive Calligraphy Artist

No comments:

Post a Comment

HIDUP JADI LEBIH TERKAWAL?

Kenapa ada orang deactivated Facebook??? kerana mereka percaya ia dapat tingkatkan vibration. Yes! sebab antaranya ialah untuk HIDUP JADI LE...