TEKNIK POWER PROGRAM MINDA SEPARA SEDAR ANAK
“Kesian ayah penat, meh Luqman urut”.
Peh, terharu beb, bila anak umur setahun lebih, dah ada common sense macamni.
Luqman ni memang tinggi common sense dia, ada sekali tu, ibu dia menangis, dia pergi kat ibu dia, gosok belakang.
“Ibu, jangan nangis, Luqman sayang ibu”.
Pernah kitorang keluar rumah, dia tengok bekas makanan kucing tu kosong. Kat tangan dia ada duit RM1. Dia pergi kat kucing tu dia cakap.
“Cat🐱, nah amek pinjam duit Luqman, beli makanan cat 🐈”. 😂
Bagi saya, it’s amazing umur setahun dah faham concept “Pinjam” tu. mana dia belajar pun tak tau.
Develop common sense dalam diri anak2 kita, bagi dia ada sifat kasih sayang tinggi.
Nampak orang naik moto, gendong anak kecil tengah panas dekat Traffic Light, cakap kat diorang, kesian baby tu Luqman panas2, naik moto. Luqman syukur taw ada kereta. Nanti besar jadi kaya tolong orang susah ye.
Ini kan Saham Akhirat kita. Bentuk dari kecik. Biar Sifat Kasih sayang tu tertanam dalam Sub Concious Mind diorang dari kecil.
Empathy, Loving, Caring, ini antara sifat Yang InsyaAllah kalau ada pada siapa pun. Susah diorang nak buat jahat.
Ini satu teknik saya nak share dengan anda semua. Cara untuk tanam apa saja dalam minda separa sedar anak2.
Sediakan satu list benda2 yang anda nak anak anda jadi bila besar nanti. Contohnya, saya tulis, Luqman orang Soleh, Luqman Orang Kaya, Luqman Pemurah, Penyayang, Luqman confident, Luqman buat apa pun sentiasa jadi yang terbaik, Luqman Dermawan Besar dan sebagainya.
Setiap kali sebelum anak kita tidur malam, kita baca kan pada dia. Sebab nanti bila dia tidur, Sub Concious Mind dia akan Process semua benda ni. Masa dia tidur pun bisik pada telinga mereka.
Ulang, ulang, ulang setiap hari supaya otak mereka mula percaya yang mereka begitu. Waktu tidur, minda separa sedar kita aktif. Segala info yang masuk sebelum tidur akan di process menjadi Habits kita. Itu yang menentukan macamana kita bertindak, buat keputusan, bercakap dan sebagainya.
Sebab tu Mat Salleh baca Bed Time Story dekat anak2. Kita tak buat benda tu.
Saya terdengar kuliah seorang ustaz terkenal di Indonesia. Beliau cerita, waktu kecil selalu ibu bapa nya cakap Besar nanti Yusof akan jadi Kiai. Setiap sebelum tidur mak ayah dia cakap Yusof ni akan jadi kiai besar.
Beliau taknak jadi Kiai, so bila besar beliau buat bisnes lah, buat macam2, hingga last sekali beliau masuk penjara. Lepas keluar penjara, ternyata Takdir beliau jadi Kiai. Bukan Kiai biasa, Beliau Guru Pondok terkenal Seluruh Indonesia.
Rupanya minda beliau sedang bawa beliau pada programming yang ibu bapa beliau sudah tanam dari kecil.
Hati2, kalau kita selalu cakap pada anak, anak tak guna, bodoh, lembap, kurang ajar dan sebagainya. Itu lah programming anda pada anak anda. Itu lah saham anda yang anda akan dapat.
Belajar sesuatu harini?
#Share Moga Bermanfaat 😇
Salam Jumaat.
-Afnan Rosli-
Exclusive Calligraphy Artist
No comments:
Post a Comment