Thursday, 15 August 2019

Doa pembuka 12 pintu

Ini ruang tamu rumah kami. Setiap pagi mak saya akan buka tingkap, beliau akan berdiri depan tingkat dan tadah tangan baca doa ni.

Ya Allah buka kan lah kepada kami,

Pintu-Pintu Kebaikan,
Pintu-Pintu Keselamatan,
Pintu-Pintu Kesihatan,
Pintu-Pintu Nikmat,
Pintu-Pintu Keberkatan,
Pintu-Pintu Kekuatan,
Pintu-Pintu Cinta Sejati,
Pintu-Pintu Kasih Sayang,
Pintu-Pintu Rezeki,
Pintu-Pintu Ilmu,
Pintu-Pintu Keampunan,
Pintu-Pintu Syurga,

Ya Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.

Maka segala 12 Pintu Kebaikan ini pun masuk bersama-sama Cahaya sang Suria menerangi seluruh isi Rumah ini.

Kalau anda tak pernah buat, cuba Amalkan. Setiap pagi baca doa ni waktu nak buka tingkap pagi2.

Tingkap rumah wajib buka setiap pagi. Jemput Rezeki Masuk, Rahmat Masuk. Ada rumah saya pergi, satu rumah tertutup. Kita masuk pun rasa lemas, macam duduk dalam gua.

Tak boleh macamtu. Breathe FRESH AIR. Bagi udara bersih masuk, Cahaya kena masuk ke dalam rumah. Itu Element hidup kita kan. Udara, Cahaya itu sebahagian dari kita. Jangan sekat dari masuk. Energy kita lemah nanti.

Kalau boleh, setiap pagi luangkan masa 10-15 minit menikmati Sunrise. Duduk rilex, tenangkan fikiran, tengok Matahari itu naik perlahan lahan, Syukuri Nikmat2 Allah bagi. Mat salleh kata Sun Gazing. Atau habit ni di panggil Rising With The Sun.

Mula buat amalan doa ini di rumah anda ya. Buat 30 Hari dulu, InsyaAllah ada Perubahan. Tak percaya takpe, buat dulu. 😇

Saya Sertakan lafaz Doa dalam bahasa Arab di Ruang Comment 👇🏻

#Share jika anda belajar sesuatu yang baru harini.

           -Afnan Rosli-
Exclusive Calligraphy Artist

No comments:

Post a Comment

HIDUP JADI LEBIH TERKAWAL?

Kenapa ada orang deactivated Facebook??? kerana mereka percaya ia dapat tingkatkan vibration. Yes! sebab antaranya ialah untuk HIDUP JADI LE...