Thursday, 15 August 2019

Tak layak langsung untuk kita merungut!

Semalam waktu saya minum bersama Tuan khairul Hakimin, bapa viral kebangsaan tu. Beliau sempat bercerita tentang pengalaman beliau pergi misi kemanusiaan ke negara-negara bergolak ni.

Satu cerita yang buat saya meremang habis, bila beliau cakap, ada seorang lelaki yang beliau jumpa, cakap, saya dah taknak Islam. Beliau tanya kenapa?

Lelaki ni cakap lebih 60 orang ahli keluarga beliau mati depan mata beliau. Tuan puan bayangkan ye. Lelaki ini di tangkap oleh tentera Basyar, di ikat pada satu tiang.

Kemudian, seorang demi seorang ahli keluarga beliau di seret depan beliau. Dan beliau di tanya, siapa Tuhan? Basyar atau Allah. Setiap kali lelaki ni jawap Allah, mereka akan tembak keluarga beliau.

Bayangkan depan mata beliau, isteri mati, anak kecil mati, mak ayah mati, adik beradik mati. Darah-darah semua yang dia sayang terpercik pada dia hanya kerana mengaku Allah sebagai Tuhan. Ya Allah, saya dengar tu, macam dah ketar habis sendi-sendi saya. Lemah terus.

Kemudian beliau ceritakan satu kisah lagi di mana pelarian pelarian ni lari dari Syiria masuk ke satu negara lain. Bila diorang masuk kem pelarian, rupanya yang menguruskan kem pun orang jahat. Mereka akan tangkap wanita-wanita ni untuk di lacurkan, dan di jual.

Tuan puan boleh bayang tak, negara kita berperang, terpaksa lari redah laut, redah hutan untuk selamatkan nyawa. Bila tiba di tempat yang sepatutnya selamatkan kita, terus di tangkap, di lacurkan, di jual, di jadikan hamba. Ya Allah. Berat hati kita dengar benda macamni.

Waktu saya tengah depress dulu, saya banyak tengok movie. Salah satu movie yang saya tengok ialah Blood Diamonds. Cerita ni based on kisah benar. Di Africa, golongan rebels ni, atau pemberontak akan masuk ke kampung kampung, tangkap budak-budak kecil, untuk di jadikan Askar mereka.

Mereka panggil Children Army. Sebab budak-budak ni sedang di programkan minda mereka. Mereka serang kampung, dan bunuh orang lelaki, tangkap kanak-kanak wanita untuk di jadikan hamba seks, dan bawa balik kanak-kanak lelaki.

Di kem mereka, mereka akan ambil kanak-kanak yang kuat sebagai askar mereka, manakala yang lemah akan di jadikan target practice. Mereka akan paksa yang kuat ni bunuh kawan-kawan sepermainan mereka yang lemah ni.

Mereka paksa budak-budak ni ulang mentera setiap hari. Kill, kill, kill, kill, kill, kill!! Selepas beberapa bulan dah program otak budak-budak ni untuk jadi pembunuh, mereka akan bawa budak-budak ni ke kampung asal mereka untuk bunuh ibu bapa mereka sendiri yang masih hidup.

Dahsyat kan?

Yang saya ceritakan ni semua bukan berlaku dalam Movie tuan puan. Ini semua sedang dan masih berlaku saat tuan puan baca status saya ni.

Kenapa saya ceritakan semua ni pada anda?

Kerana kebelakangan ini ramai yang pm saya ceritakan masalah hidup masing-masing.

Ya, saya faham, waktu kita sedang mengalami, memang kita terasa berat yang amat sangat masalah kita. Tapi, selagi mana kita duduk dalam kepompong masalah kita, selagi tu kita tak dapat keluar dari kegelapan itu.

Once kita buka dan melihat dunia sekeliling, baru kita sedar sebenarnya tak layak langsung kita merungut tentang masalah kita.

Baru ni ada seorang orang kaya datang mengadu suami beliau kahwin lain. Tapi, suami beliau kahwin tanpa abaikan tanggungjawab, berikan semua untuk beliau, beliau masih lagi tinggal di rumah bungalow.

Saya cakap pada beliau. Akak, saat akak menangis nangis ni. Akak tau tak, berjuta manusia nak ada hidup macam hidup akak sekarang taw! Setiap saat orang sanggup buat apa saja untuk ada hidup yang akak ada sekarang.

Begitu juga lah hidup kita sekarang. Apa saja masalah kita sekarang. The fact kita masih lagi di Malaysia, masih lagi boleh main FB, masih lagi ada bumbung atas kepala, masih ada makanan dalam peti, masih lagi hidup anak bini kita, masih lagi bebas tak di paksa bunuh sesiapa.

Tak layak langsung untuk kita merungut! Langsung tak layak dan tak patut!!

Sekarang, saya cuma mintak anda bersyukur sungguh sungguh dengan semua nikmat yang anda ada dalam hidup anda saat ni. Focus hanya pada Syukur dan Nikmat. Kerana Jutaan manusia sedang menangis nak hidup seperti anda sekarang.

Hidup ini lebih banyak untuk di Syukuri dari di Ratapi.

Maka kekal lah #BERSYUKUR.

Dapat sesuatu?

#Share Moga Bermanfaat.

Jemput Follow 👉🏻Afnan Rosli. Saya menulis tentang Motivasi & Pembangunan Diri setiap hari.

          -Afnan Rosli-
Exclusive Calligraphy Artist

No comments:

Post a Comment

HIDUP JADI LEBIH TERKAWAL?

Kenapa ada orang deactivated Facebook??? kerana mereka percaya ia dapat tingkatkan vibration. Yes! sebab antaranya ialah untuk HIDUP JADI LE...