Wednesday, 14 August 2019

Survival mode off 2/2

Sambungan status pagi tadi. Baca di sini 👇🏻

https://www.facebook.com/100003997391076/posts/1479640608845838?s=100003997391076&sfns=mo

Dalam status pagi tadi saya ajar supaya kita keluar dari Survival Mode. Keluar dari hidup terkejar-kejar, keluar dari cycle dunia yang menghambat.

Then ada yang Comment, kalau tak kerja macamana nak hidup. Dan segala hujah-hujan logic yang di beri.

Begini. Saya tak pernah sekali pun suruh berhenti kerja. Saya suruh hidup bertenang. Saya suruh hidup bahagia, berhenti terkejar-kejar. Ini apa yang akan jadi bila anda bertenang, bahagia dan belajar hidup gembira :

1. Anda mula ada masa untuk berfikir pasal seluruh ciptaan Alam, pasal kuasa Allah, pasal everything that really matters in life.

2. Bila anda bertenang, naturally anda akan mula jumpa Genius anda. Anda mula nampak kepakaran, passion dan jiwa anda.

3. Dan ini yang saya encourage. Supaya semua orang bekerja pada passion mereka. Pada minat mereka, pada kepakaran mereka. Kerana setiap dari kita, Allah bekalkan kita dengan genius masing-masing.

4. Bila kita membesar, kita mula lupakan that childhood genius kita. Sampai kita tak kenal dah diri kita siapa. Bila kita bekerja on things that we love, lagi kerja lagi excited, lagi kerja lagi happy, lagi kerja lagi bahagia.

5. Tapi, society harini atur kita untuk kita kerja for survival. Not to express our inner genius, but to survive. Jadi kita terkejar-kejar, walhal jiwa kita tak bahagia. Jiwa kita meronta-ronta nak keluarkan bakat yang Allah bagi dari kita kecil tu. Tapi kita suppress.

6. Lagi kita kerja, lagi stress, lagi kerja lagi serabut, lagi kerja lagi memberontak, nak marah, tertekan. Ini ke yang kita nak? Macamni ke Experience hidup yang kita nak alami sampai mati?

7. That is why it is very extremely important untuk kita bertenang, Belajar bahagia, belajar gembira all the time. Lagi banyak bahagia, gembira akan datang.

8. I encourage anda semua to work. But work hard on yourself. Work hard on your Genius. Work hard on your passion. The things you love.

9. MasyaAllah kalau kita boleh create a society yang based on passion, love, compassion, excitement, calmness, happiness and blissfulness agak-agak apa yang jadi pada economy negara? Semua orang akan prosperous sebab semua orang buat benda yang their heart truly desires.

Baca status saya pagi tadi. Then baca status saya yang ni. Relate kan dengan Hadith Nabi di bawah. Rasullallah dah pesan pada kita beribu tahun dah. Kita saja yang tak nampak.

Kalau kejar dunia, siang malam kejar dunia. Allah tanam 4 penyakit ni dalam diri kita :

1. Kebingungan yang tidak putus-putus
2. Kesibukkan yang tidak ada hujung
3. Kebutuhan (keperluan) yang tidak terpenuhi
4. Keinginan yang tidak tercapai.

Anda alami semua ni? Itu tanda anda sedang terkejar-kejar. Trapped in the cycle of illusions.

Mula bertenang. Mula Bahagia, mula Bersyukur. Setelah ribuan orang pm saya ceritakan hidup mereka berubah. Setiap hari ada saja kisah baru mereka kongsikan.

Saya dengan sepenuh keyakinan boleh sebut ni. Anda kejar Akhirat, Allah bagi dunia datang sujud ke kaki anda. Trust me.

Please #share this important message. Moga lebih ramai manusia Bahagia.

-Afnan Rosli-
Be Happy 💖

No comments:

Post a Comment

HIDUP JADI LEBIH TERKAWAL?

Kenapa ada orang deactivated Facebook??? kerana mereka percaya ia dapat tingkatkan vibration. Yes! sebab antaranya ialah untuk HIDUP JADI LE...