Sebenarnya harini Anniversary kami yang ke-5 ikut calendar Islam. Sebab tu saya tak buat apa-apa sharing harini. Beri laluan pada Anniversary.
Alhamdulillah 5 years through thick and thin. Kami dulu satu sekolah. Satu kelas. Masa sekolah dulu, saya tak kenal pun wife saya ni. Maklumlah, sekolah Agama. Mana nak pandang perempuan ni. 😂
Habis sekolah dia contact saya. Then nak masuk U, kita decide taknak contact. Sebab nak jaga perhubungan. Taknak couple, taknak apa. Saya kata, kalau ada jodoh insyaAllah tak ke mana.
Alhamdulillah sepanjang beberapa tahun tanpa khabar berita. Saya langsung tak contact dia, dia pun langsung tak contact saya. Facebook apa pun saya takde waktu tu. Memang lost contact betul waktu tu. Kalau nak cari balik pun memang tak tau macamana.
Tapi sepanjang beberapa tahun pengajian tanpa berhubung tu, rupanya dah lama saya buat Feelings are prayers. Tak pernah sekali pun saya sujud tanpa ucap syukur dia dah jadi isteri saya.
Alhamdulillah kenal umur 18. Terpisah bertahun tahun, umur 24 kami berkahwin.
Kita manusia saling terhubung. Kita boleh terpisah oleh lautan, boleh terpisah oleh negara, kita boleh terpisah oleh sempadan, tapi selagi kita terhubung di Hati, InsyaAllah kita sentiasa akan jumpa jalan pulang.
Pernah ada orang pesan pada saya. “If you love something/someone, let it go. If it’s meant to be, it will come back to you. If it doesn’t come, then it’s never meant to be”.
Ramai orang get confused between love and attachment. Kita sangkakan cinta itu bila pasangan kita buat surprise kat kita, pasangan kita sentiasa ada pada kita, pasangan kita selalu buat macam-macam untuk kita. Silap. Itu ialah attachments.
Kita seek benefits for the other persons. Kita nak dia supply pada kita apa yang kita kurang. That is not love. That is attachment.
Pure love is when you want nothing else but to see the person you love to be happy. If it’s includes you, thats great, if it doesn’t includes you, thats also great. As long as she’s Happy.
Baru ni ada seorang Jutawan datang ceritakan yang beliau cintakan binatang. Beliau suka ada binatang-binatang dalam rumah. Saya kata, itu bukan cinta, itu attachments. You want these animals to supply for you. But they are not happy. Kalau kami cintakan haiwan-haiwan ni, kamu taknak benda lain melainkan nak mereka happy.
Kamu takkan pisahkan mereka dari keluarga mereka, kamu takkan kurung mereka dalam tempat yang sempit, luar pada habitat kehidupan mereka. Kamu nak mereka hidup bebas dan be happy. Itu tanda cinta. Alhamdulillah beliau lepaskan semua pets beliau yang terkurung.
Seperti orang yang kata mereka cintakan bunga Rose. Kalau cinta, kamu takkan petik bunga itu untuk cium bau nya, dan kemudian biarkan ia mati layu begitu. Tanda cinta, ialah kamu mahu bunga itu hidup subur, mekar, mewangi dan be happy. That is love.
Perkahwinan juga begitu. Ramai yang tersilap attachment dengan love. When you love, you want nothing else accept the happiness of your partner. Thats all.
Itu lah cinta Nabi. Tak pernah jumpa kita, tak pernah kenal kita, tapi sepanjang masa setiap malam, tak pernah berhenti doa untuk kita. Nabi taknak lain melainkan kita bahagia di dunia dan akhirat. That is pure love. True Love.
So, don’t get confused between love and attachments. Cinta sejati boleh terpisah di jasad, boleh terpisah oleh benua, boleh terpisah oleh masa. Tetapi sentiasa ada di hati. Sentiasa dekat di hati. You want nothing else but to see she or he HAPPY 💖.
Selamat Ulang Tahun Perkahwinan sayang Nurhafizah Mazuki. 😘 Thanks for everything.
Di mana pun kita berada, kita tetap melihat bulan yang sama.
-Afnan Rosli-
Exclusive Calligraphy Artist
No comments:
Post a Comment