DELETING OLD HABITS, INSTALLING NEW HABITS
Otak kita ni tuan puan, macam Computer. Kita boleh install apa yang kita nak, dan delete apa yang kita nak.
Kadang-kadang punca kita stuck dalam life hanya sebab beberapa habits buruk yang masih duk pegang diri kita, atau pun kita cuma kekurangan beberapa skill baru saje untuk capai Kejayaan.
Mentor saya pernah cakap, nak buka pintu Kejayaan ni macam buka pintu peti besi. Kita perlu kombinasi password yang betul. Kadang-kadang 4,5 nombor di depan kita dah betul dah. Tinggal lagi satuuuu je nombor yang tak betul. Pintu itu tak boleh di buka.
Begitu juga Kejayaan. Kadang-kadang semua benda kita buat dah betul, tinggal lagi satu atau dua skills je yang kita kurang, yang buatkan kita belum berjaya. Mungkin skill komunikasi kita, mungkin skill pengurusan kita, mungkin cara kita berjalan tak betul, buatkan orang tak selesa dengan kita.
Jadi, bagaimana nak install new Habits & Skills?
Ini steps nya:
1. Kenal pasti dengan jelas Habits atau tabiat apa yang anda nak Delete dan tabiat apa yang anda nak install.
2. Tuliskan perkara-perkara yang anda kena buat setiap hari untuk delete tabiat itu, atau install tabiat itu.
3. Contoh, anda nak Delete bangun jam 11 pagi setiap hari, anda nak gantikan dengan bangun Tahajjud jam 4 pagi. So, perkara anda kena buat ialah tidur awal, sedia untuk bangun, set minda untuk bangun awal dan sebagainya.
4. Macam kita install new apps juga, dia ada waktu download kan? From 0% to 100% kan? Haaa, waktu download tu dalam diri kita ialah 21 hari. Setiap hari kita buat benda sama selama 21 hari. Badan mula terima habits tu sebagai diri kita dah.
5. Bila kita download apps, pernah tak, duk tengah download tiba-tiba sampai dekat 70% internet terputus. Apa jadi? Lepas kita sambung internet dia sambung download 71% ke, dia balik 0%?
0% kan? Begitu juga lah kita. Kalau satu hari je kita skip bangun lambat. Kena start balik all over. From day 1 to 21 days.
5. Pastu pernah tak, bila kita download tu, dia gerak slowwww je nak naik percentage tu, pastu tiba-tiba dia pergi lajuuu, pastu slow balik.
Haa, waktu download laju tu ialah waktu kita paling malas nak buat. Itu lah waktu kita kena paksa diri buat jugak. Lagi kita buat lagi cepat badan dan otak install habits tu dalam diri.
6. Bila dah berjaya 21 hari install habits tu, bawa habits tu ke 90 hari untuk jadikan dia lifestyle change. Lepas 90 hari InsyaAllah benda tu dah jadi routine normal bagi kita. Dah takyah paksa dah. Badan automatic akan buat.
7. Itu yang terjadi pada Tok Guru Nik Aziz. Beliau dah memang sebati dengan Tahajjud dari muda sampai ke tua tak pernah tinggal langsung.
Jadi bila waktu beliau sakit pun, tengah tengah sakit pun, badan beliau automatic bangun.
8. Saya ingat sahabat saya cerita, ayah beliau terlalu sebati solat Jemaah. Masa ayah beliau sakit, malam tu masuk ICU. Memang dah lemah habis dan.
Esok subuh beliau pergi surau Hospital tengok ada satu selipar kat luar, masuk surau tengok satu-satu nya Jemaah ialah ayah beliau yang semalam duduk ICU. Sebab apa? Sebab dah sebati. Dah jadi lifestyle dah.
9. Jadi, habits baru apa yang anda nak install? Macam saya sekarang sedang install habits berkongsi ilmu setiap pagi. Sebab saya nak mulakan pagi saya dengan kebaikan besar, saya nak beri impak pada hidup orang ramai setiap pagi.
So, setiap pagi saya akan share knowledge di FB & Channel Telegram saya.
10. Soalan saya, apa Habits anda nak Delete dan Install? Kongsikan di ruang comment.
Belajar sesuatu?
#Share Moga Bermanfaat.
Jemput Follow 👉🏻Afnan Rosli. Saya menulis tentang Motivasi & Pembangunan Diri setiap hari.
-Afnan Rosli-
Exclusive Calligraphy Artist
No comments:
Post a Comment