Wednesday 14 August 2019

Cara untuk Increase Vibrations 3/11 - Meditation

KUNCI UTAMA KEKUATAN DALAMAN
• Setelah mengkaji ratusan orang berpengaruh dalam sejarah kemanusiaan, dari Nabi Adam hingga sekarang, saya dapati semua manusia yang pernah bagi impak besar pada manusia sejagat ada 2 persamaan ni.
• Kunci tersebut ialah.
- BERSENDIRIAN
• Bersendirian , adalah habits & character semua Nabi, Para Wali serta orang-orang hebat seluruh dunia.
You see, dalam diri kita ni, memang dah ada satu Intelligence yang sangat powerful.
Intelligent itu lah yang menguruskan jantung kita pump 108,000 kali darah setiap hari, yang menguruskan 100 Trillion Neural Connections dalam otak kita, yang membentuk 37.2 Trillion Cells dalam badan kita dari hanya satu cells.
Intelligent yang sama juga yang menukar pisang yang kita makan menjadi tubuh badan kita, intelligent ini juga lah yang membuatkan mata kita mampu membezakan 7,000,000 juta warna.
Yes, semua ini berlaku pada hakikat nya dengan Izin Allah dan aturan Allah. Tapi Allah bagi pada diri kita keupayaan ini untuk di urus tadbir dengan baik.
• Jadi, jika dalam diri ini ada suatu keupayaan sekuat itu, pasti, jika kita luangkan lebih masa dengan diri sendiri, macam-macam perkara hebat boleh berlaku. Setuju?
• Semua para Nabi, amalan mereka ialah BerUZLAH atau duduk bersendirian. Kerana, hanya dengan duduk sendirian kita boleh cungkil keluar apa yang ada dalam diri. Kalau kita baca Sirah. Memang menjadi Routine Nabi Muhammad untuk naik ke Gua Hira’ untuk duduk bersendirian.
• All great ideas datang saat kita sendirian dengan diri kita. Sir Isaac Newton discover the Gravity saat duduk sendirian, Einstien discover theory of relativity dan semua theory beliau hanya waktu bersendirian. Thomas Edison juga discover lampu saat bersendirian.
Tok Guru Nik Aziz, beliau manusia paling sibuk, tapi beliau manusia yang paling banyak spend masa dengan diri sendiri. Sehinggakan waktu beliau sakit pun masih beliau bangun Tahajjud.
Sebab tu, walau dah bertahun tahun Tok Guru tinggalkan kita. Setiap kali melihat gambar beliau, kita masih sebak. Rindukan beliau. Tak kira kawan atau musuh, semua rindukan beliau.
And the list will go on and on and on. Begitu lah juga para Wali-wali zaman dahulu. Cuba anda tenung balik. Pasti semua great ideas, great decisions yang anda pernah buat dalam hidup, datang waktu anda bersendirian. Betul?
Samada waktu kita mandi, buang air, tengah solat, lepas meditation atau lepas berkhayal dan termenung. Itu semua waktu kita spend masa dengan diri sendiri.
• Apa yang saya nak sampaikan ialah. Jika anda nak hidup anda Exploded dengan Pontentials, nak hidup jadi Luarbiasa. Jangan mencari di luar. Kerana, di luar bukan diri kita.
Kadang-kadang kita terlalu mengejar di luar hingga kita hilang balance dalam diri kita.
Kita tengok orang pakai kereta mewah, kita pun nak kereta mewah. Kita kejar kereta mewah itu. Dan kita dapat. Akhir sekali bila dapat baru kita sedar, rupanya kita tak bahagia pun ada kereta tu, sebab sebenarnya diri kita bukan yang itu. Diri kita yang sebenar nak perkara lain. Tapi kita buat kerana orang sekeliling buat begitu.
• Kalau anda sekarang sedang mencari idea nak kembangkan Bisnes, mencari idea nak bantu ekonomi keluarga dan sebagainya. Mula spend masa dengan diri sendiri. Jangan banyak sangat cari di luar.
Intelligent dalam diri anda somehow dah tahu apa yang terbaik dan patut anda buat. Cumanya anda kena belajar dengar apa kata intelligent anda tu.
• Saya sendiri sekarang sedang disiplin spend masa 2 jam sehari dengan diri sendiri. Sejam waktu pagi, sejam waktu malam. Alhamdulillah otak jadi Crystal clear. Nampak jelas apa nak buat dalam bisnes and life. Sebelum ni, ya Allah, sangat cloudy dan berkabus rasa otak ni. Fikir macam-macam, tengok idea orang sana sini, semua tak menjadi. Rupanya jawapan ada dalam diri.
• Macamana nak bersendirian?
1. Macamni, sebab posting ni dah terlalu panjang, anda mulakan dengan Tahajjud dulu. Mulai malam ni, bangun. Mandi, bertenang. Ambil satu ruang paling cantik dalam rumah untuk jadikan Gua Hira’ anda sendiri.
2. Duduk di situ, sejam atau dua jam setiap hari. Tanpa phone, tanpa gadjet, tanpa gangguan anak isteri, suami. Just anda dengan diri anda sendiri.
3. Solat, Sujud, Zikir, dan paling penting, just ingat Allah. Duduk bertenang, ingat Allah. Minda anda focus itu saja. Jangan terbang merewang ke pejabat, ke rumah client, ke rumah mak di kampung. Itu saat anda dengan diri sendiri. Focus betul-betul.
4. Ada step by step untuk bersendirian yang saya buat, dari breathing, meditation dan sebagainya. Tapi itu nanti kita belajar di posting seterusnya ya.
Saya harap anda dapat sesuatu dari Perkongsian kali ni. Macam biasa, comment apa yang anda faham di bawah, ia akan mengkuhkan lagi neuro connections dalam minda anda.
#Share Moga Bermanfaat.
Jemput Follow  Afnan Rosli. Saya menulis tentang Motivasi dan Pembangunan diri setiap hari.
           -Afnan Rosli-
Exclusive Calligraphy Artist

No comments:

Post a Comment

HIDUP JADI LEBIH TERKAWAL?

Kenapa ada orang deactivated Facebook??? kerana mereka percaya ia dapat tingkatkan vibration. Yes! sebab antaranya ialah untuk HIDUP JADI LE...