Wednesday 14 August 2019

Bila dah nampak tanda-tanda anda nak stress, cepat cepat keluar dari cycle. Ubah suasana.

Pagi kelmarin, saya chat dengan seorang sahabat saya, seorang founder millionaire, buat sales ber juta-juta setahun. Beliau mengadu sekarang beliau dalam keadaan tertekan, stress, emotional, serabut, depress.

Seminggu dua ni ramai kawan yang kaya-kaya datang mengadu pada saya benda sama. Saya rasa sedih sangat. Sebab saya tahu kawan-kawan saya ni semua baik-baik. Ada potensi besar dalam diri masing-masing. Product diorang dah bantu ribuan manusia.

Company diorang semua dah buka peluang dan bantu ribuan Stokis, agent, team dan dropship diorang ubah hidup keluarga. Tapi...

Founder yang sacrifices terlalu banyak untuk melihat orang lain Bahagia akhirnya burnouts.

Ibarat lilin, mereka bakar diri demi untuk menerangi orang sekeliling. Akhirnya at one point, lilin tu habis. Burnout. Begitu lah yang di hadapi kawan-kawan saya ni.

Anda pun mungkin hadapi situasi yang sama. Berkorban terlalu banyak untuk keluarga, akhirnya diri kita yang tak tertanggung.

Jangan lama-lama duduk di situasi tu. Mula-mula dia start dengan stress, kemudian pergi pada depress, kemudian dia akan effects kita punya kesihatan, kemudian akan muncul penyakit-penyakit kronik. Sebab semua hormons dalam badan dah mula tak stabil.

Bila dah nampak tanda-tanda anda nak stress, cepat cepat keluar dari cycle. Ubah suasana.

1. Tinggal sekejap dunia. Disconnect! Bagi orang lain uruskan hal dunia kita sekejap.

2. Cari somewhere Nature, tanpa phone, tanpa fikir pasal kerja, tanpa fikir Family. Hanya kita dengan diri kita.

3. Mula meditate. Luangkan masa sejam sehari buat meditasi. Diri kita perlukan perhatian kita. Sebab tu di tunjuk tanda-tanda protest pada kita. Sebenarnya dia rindu perhatian kita.

4. Bernafas dengan perlahan. Breathe deeply. Sentiasa aware dengan pernafasan. Bertenang.

5. Pergi mandi sungai. Berendam dalam sungai. Recharge balik Energy kita pada Nature. Pokok-pokok, sungai, batu-batu, ni semua Energy mereka sangat tinggi. Kerana mereka in Harmony.

6. Amalan duduk dan pejamkan mata, tanpa memikirkan apa-apa, just biarkan diri kita jadi diri kita. Itu sangat powerful. Semua para Nabi buat. Nabi, lari dari suasana Masyarakat yang serabut, pergi ke Gua Hira’ just spend masa dengan diri Baginda saja. Itu menenangkan Baginda.

7. Sebab tu kita tengok tok-tok wali kita dulu, diorang banyak bertapa. Baca kisah wali songo, mereka bertapa. Bertapa itu ialah salah satu meditation juga. Dan semua yang bertapa dengan betul, pasti akan beri impak yang besar pada orang sekeliling.

8. Kerana, dunia luaran kita ialah reflections, pantulan atau cerminan dunia dalaman kita. Kalau dalaman kita serabut, kacau bilau. Eventually luaran kita pun pelan-pelan akan jadi serabut.

9. Betulkan dunia dalaman kita. Tenangkan dalaman kita. Jumpa inner peace kita. Seluruh dunia luar kita akan mula tersusun satu per satu dengan sendiri. Tengok kisah wali wali. Mereka betulkan dalaman. Walaupun nampak sikit yang luaran mereka buat, tapi impak besar pada orang sekeliling.

10. Akhir sekali. Serahkan semua pada Allah. Tawakkal itu ialah satu kuasa yang very powerful. Submit semua dan tawakkal. Kalau dalam ilmu Chakra. Tawakkal ni duduk di Chakra paling atas. Crown Chakra. Kita bergantung pada suatu kuasa yang sangat kuat, yang menguasai semua nya, iaitu Allah taala.

Saya harap perkongsian pagi ni sedikit sebanyak membantu anda untuk lebih tenang, mempunyai hidup yang lebih baik, dan beri impak lebih besar pada orang tersayang.

Selamat beramal.
#Share Moga Bermanfaat.

Jemput Follow 👉🏻Afnan Rosli. Saya menulis tentang Motivasi dan Pembangunan Diri setiap hari.

           -Afnan Rosli-
Exclusive Calligraphy Artist

No comments:

Post a Comment

HIDUP JADI LEBIH TERKAWAL?

Kenapa ada orang deactivated Facebook??? kerana mereka percaya ia dapat tingkatkan vibration. Yes! sebab antaranya ialah untuk HIDUP JADI LE...