Tuesday, 24 September 2019

Isu new age - Faisal Abdullah

Sumber : https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10219289562130462&id=1252146388

Dalam pencarian kita untuk selesaikan masalah-masalah hidup, kita sentiasa tercari-cari jawapan.

Saya juga pernah mencari dan masih mencari jawapan bagi misteri2 hidup.

Malangnya banyak jawapan dicari selama ini adalah "dikhuatiri".

Baik amalan barat "new age", begitu juga dengan ilmu agama berkait kebatinan, keduanya saya belajar.

Jadi bila timbul isu "new age" sejak beberapa hari ni, saya tergerak nak share buah fikiran.

Saya bukan nak cari gaduh.
Saya bukan nak memburukkan atau mengkafirkan individu.
Jadi tak perlu sebut pun sebut nama individu. Mungkin dia pun masih belajar.

Yang saya nak share adalah amalan/ritual itu sendiri.

Niat saya adalah supaya rakan-rakan FB boleh buat keputusan rational dan tidak memesongkan akidah bila memilih solusi.

1️⃣ "Meditasi"
Meditasi untuk capai "Zen" dengan fikiran yang benar-benar kosong. Boleh ke?
Jika kita disuruh untuk kosongkan termasuk tiada fikiran tentang Allah, tidak boleh.
Kita disuruh sentiasa dalam zikir (mengingati Allah) tak kira dalam jaga, duduk atau baring.

2️⃣ "Keluarkan Roh Sendiri"
Buat ritual untuk keluarkan roh kita supaya bertemu diri kita di masa lampau. Boleh ke?

Setahu saya, roh hanya dimasukkan masa kita dalam dalam kandungan, dan ditarik balik semasa nak mati.

Di dalam Al-Zumar ayat 42, perkataan yang digunakan semasa Allah tarik  sewaktu mati dan sewaktu tidur adalah "jiwa", dan bukannya "roh".

Dalam ilmu kebatinan memang wujud roh, jiwa, semangat, nafsu dll makhluk batin yang ada dalam diri kita.

Mat salleh hanya rujuk pada satu perkataan untuk terangkan benda yang tak nampak dalam diri, iaitu "soul".

For arguments sake, sekiranya benar roh yang keluar semasa tidur sekali pun, ia berlaku semasa tidur. Tidur adalah sejenis mati.

Tidak ada nas yang tunjuk roh boleh keluar masa "meditasi" atau ritual lain.

Siapa yang boleh "claim" benda ni berani cakap benda yang Rasullah S.A.W banyak berdiam bila ditanya tentang roh.

Roh adalah ilmu rahsia yang hanya sikit saja diberi pada manusia.

3️⃣"Kena Happy Masa Berdoa"
Masa Nabi Ibrahim A.S terbakar di dalam api, adakah beliau beroda dalam happy?
Sewaktu Nabi Yunus terperangkap dalam perut ikan, adakah beliau happy semasa berdoa?

Makbul kah doa mereka?

4️⃣ "Affirmation".

Ada sesetengah affirmation yang suruh kita ulang cakap tentang kehebatan diri kita.
"I am a money master".
"I am a money magnet".

Pada awalnya ya nampak innocent dan membakar semangat kita. Tapi apabila tercapai kejayaan, bahayanya kita boleh betul-betul rasa kita capai kejayaan tersebut disebabkan  "kepandaian kita".

Ini sangat bahaya, dan boleh jadi syirik.

Malah ia pernah berlaku pada saya. Semasa saya di atas yang berlegar di fikiran adalah "ooh, pandai betul aku".

La hawla wala Quwwata illa billahil a'liyil adzhim.
Tiada daya melainkan Allah.

Saya share pendapat saya tentang 4 point ni dulu.

Apa yang saya boleh simpulkan, di zaman semua orang tengah ada masalah, stress, sakit - akan ada individu yang mungkin ambil kesempatan.

Ada  yang berpakaian coat dan tie.
Ada  yang memakai jubah dan serban.
Ada juga yang memakai t-shirt dan jeans.

Jangan terus percaya, dan hati-hati.
Kaji lah dulu dengan teliti.

Bila kita dah tak boleh tahan dengan masalah2 dunia kita, bermaksud kita sudah sampai batas manusia yang kerdil dan lemah.

Bila sampai batasan manusia, kita perlu mengadu dan meminta bantuan langit dari Allah s.w.t.

Adakah melalui keluarkan roh nak minta bantuan langit?
Logik akal saya kata tidak. Logik akal anda saya tak tahu.

Wujudkan ilmu-ilmu mistik seperti ini?

Abu hurairah pernah kata, beliau hafal 2 jenis ilmu yang dipelajari dari Rasullah S.A.W. Satu disebarkan. Satu lagi jika disebarkan nescaya terputuslah tengkorok ini.

Ilmu tahap tinggi ini wujud, tapi tak sepatutnya disebarkan secara public. Ia perlu penekunan dan kaedah perguruan.
Ia bagi mereka yang mencari.

Jangan tersalah cari.
Wallahualam.

ExStudent Afnan Rosli Fyza Shah

sumber : https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=909884186119979&id=100012952180322

Bismillahirrahmanirrahim.
[post ini panjang]

Baca dengan tenang dan berlapang dada. Ini bukan posting saya pandai-pandai menjatuhkan hukum, jauh sekali nak memfitnah. Saya juga tak ada intention nak hangatkan isu, sibuk nak bagi ulasan, atau ambil kesempatan menumpang ombak viral.

Kalian yang mana rapat, selalu ikut perkongisan saya di media sosial ni  pun tahu, saya lebih banyak fokus resepi masakan, konten kecantikan, cerita kehidupan yang adakala berisi iktibar atau hal-hal yang sangat santai.

Apa pun isu viral yang trending saya jenis tak ambil peduli. Baik gosip di tempat kerja, di sosial media, cerita artis, drama best ke apa. Saya fokus pada minat saya; share secebis ilmu masakan dan tips kecantikan.

Namun, bila mana ia terkait dengan akidah, dan saya sendiri terlibat saya rasa terpanggil untuk melepaskan.

Saya tegaskan, bab akidah kita tak boleh memandai, mempersenda, jadikan sindiran di sana sini. Ia ibarat sama saja kita persenda hak mutlak Allah Taala, tak malukah kita?

Akidah = ketegasan mutlak Allah. Sikit tak boleh dipinda-pinda, bukan pendapat atau buah ulasan logik.

Isu ritual dalam seminar motivasi setengah kata tak ada apa yang pelik. Setengah kata pelik begitu begini.

Baiklah, saya terus terang. Ogos lepas, saya antara peserta seminar motivasi berkenaan di Terengganu. Jujurnya kelas ini memang best dari segi penyampaian. Tak sempat nak rasa mengantuk.

Bab ajar hidup dengan tenang, tidak berdendam dan memaafkan orang lain, bersihkan hati, hargai diri dan keluarga, sayang pada anak-anak dan pasangan , banyakkan bersyukur, bersedekah, saya tak kata salah. Tak de sebab kita nak tolak berbuat kebaikan, ini juga antara tuntutan agama. Semua orang nak bahagia.

Namun, bila masuk hal ritual, saya jadi keliru. Ada tiga jenis ritual diajarkan:

1- Ritual Doa Minda
2- Ritual Change Self Image
3- Ritual Pengembaraan Roh (Soul Travel)

Tengok satu-satu:

1- Ritual Doa Minda, bunyinya cliche, awalnya saya bayangkan kena baca doa tertentu atau barangkali kena hafal doa -doa dari ayat Al Quran

Sebaliknya, setiap peserta diminta duduk tegak atas kerusi atau bersila atas lantai. Katanya, tulang belakang kita adalah antena, kalau tak betul-betul straight susah nak dapat channel yang betul. Ritual tak menjadi, doa apatah lagi.

Dengan mata dipejamkan, tapak tangan hadap ke atas, dan mulakan deep breathing bersama iringan muzik meditasi. Dewan gelap, lampu dipadam supaya tak ada gangguan fokus atau apa-apa stimulasi.

Speaker akan suruh kita create satu imaginasi cahaya putih sendiri. Cahaya ini adalah cahaya kehebatan, kekayaan, kebahagiaan, keyakinan dan sebaginnya. Imagine lagi cahaya putih ini semakin membesar dan mula masuk ke badan kita bermula kepala, leher, mengalir ke dada, tangan, pinggang akhirnya ke kaki.

Lagi?

Cahaya hebat tadi akan menolak, buang cahaya lama dalam diri sendiri yang penuh dengan kesedihan, ketakutan,kerisaun dan segala yang lemah. Dan ia mengalir keluar perlahan-lahan dari kepala ke kaki.

Kemudian, baru masuk tentang syukur. Pegang semua organ badan dan ucap kesyukuran. Masa ni memang saya menangis sebab sedar besarnya nikmat Allah bagi tapi selalu lalai.

Habis bab syukur, badan kita dah ada vibration yang sangat tinggi, sangat bagus. Masa ni, masa paling tepat nak submit doa. Doa la apa saja kita nak dengan tenang, bahagia.

Sebab yang diajar, doa dalam takut, doa dalam sedih, nanti susah nak dapat apa kita nak. Dah emosi sedih masa berdoa, sedih la yang dapatnya.

Kat sini saya mula terdetik, cahaya putih itu apa? Datang dari mana? Energy? Potensi? Entiti?

2. Ritual Tukar Self Image

Jujurnya saya tak buat betul-betul. Rasa keliru makin kuat, rasa tak yakin. Betul ke yang duduk depan kita tu adalah diri kita yang lama? Hujung-hujungnya kita ucap selamat tinggal dan dia pergi. Kemudian masukkan diri kita yang baru? Yang hebat, kaya, sekian, sekian, sekian. Betul ke itu kita?

Once again, kita dalam keadaan separuh sedar, kalau ini manipulasi unsur halus jin iblis macam mana?

4- Ritual Pengembaraan Roh (Soul travel)

Ini sesi cari GENIUS, kenal pasti apa kita nak jadi, apa minat potensi kita sejak kecil. Kena keluarkan roh dan roh akan mengembara ke masa lampau, Kita akan jumpa budak kecil umur 4 tahun yang akan bagitahu apa potensi kita. Katanya budak itu adalah kita, atau ada persamaan dengan kita. Wallahualam.

Sesi akhir ni paling ramai tunggu-tunggu rupanya,  berlangsung tengah malam. Saya tak tahu kenapa saya tak rasa bersungguh nak tunggu sampai habis. Awal-awal saya dah pesan dan call suami datang ambil. Jadi saya tak boleh bagi info lebih tepat. Kalau salah info part ni, saya minta maaf.

**********

1- Balik dari seminar, saya tak ambil tahu apa jadi malam tu di sana, saya tak semak atau study pengisian dalam group alumni telegram.

Dalam tempoh dua minggu juga saya didatangi mimpi pelik. Mimpi binatang bisa seperti lipan, bawa kenderaan namun terbabas  ke dalam parit. Semuanya memberi rasa tidak enak, tidak sedap hati .

Saya perasan lepas buat doa minda, lepas solat, saya rasa  ada benda kat belakang. Rasa tangan kiri berat, pilu, dan sentiasa diperhatikan.

2- Dalam tempoh ni juga saya mula cari sumber. Bila google dan cari di you tube muzik meditasi kebanyakan akan ada tulis Reiki, Zen. Sama juga dengan affirmation. Kalian boleh google di you tube, bersepah.

Tak jumpa lagi meditasi islamik, affirmation berlatar belakang lagu nasyid “sesungguhnya “ dari Raihan atau seumpamanya.

Reiki. Zen. Ini kebanyakan.

3- Affirmation atau kata-kata baik, dalam bahasa Sanskrit disebut mantra.

Contohnya:

“I am great success “, “I am  at one with the universe “, i am worthy, dan banyak lagi.

Kita baca dan tanam dalam otak hari-hari, dibimbangi kita jadi ujub, lupa kita hanya hamba Allah yang kecil.

Yang Berkuasa, Yang Hebat, Maha Kaya , Maha Tinggi hanya Allah semata-mata.

Boleh jadi bila kita reprogramming otak kita dengan affirmation tadi, ia membentuk kepercayaan sendiri sampai kita menidakkan

“ Lau hau la wala quwwata illa billah “

“Tiada daya dan upaya melainkan Allah”

Kita rasa apa je kejayaan kita dapat sebab kita yang power, apa je kita buat dan menjadi sebab kita yang hebat. Kita makin lupa semua izin Allah sebab affirmation akan bentuk spiritual dalaman. Makin taksub.

Nauzubillahiminzalik.

3- Saya hubungi beberapa orang sahabat, tanya pasal cahaya putih. Adakah kemungkinan itu penyamaran dari jin iblis? Kalau benar, maka tak mustahil gangguan  yang saya dapat dalam tempoh 2 minggu. Saya yang panggil, saya yang bagi dia masuk dalam badan semasa ritual doa minda. Astaghfirullah! Halusnya permainan syaitan.

4- lepas isu ni mula tular, saya sedar saya sahih salah langkah. Apa yang saya was was kan, rasa detikan dalam hati itulah ketukan kasih dari Allah. Dia suruh saya cepat-cepat balik kepada Dia, cukup-cukuplah. Cari kebenaran.

Baru saya tahu, ada yang histeria sampai bersilat, ketawa kuat, menangis kuat semasa ritual pengembaraan roh malam tu, sampai program terpaksa dihentikan, peserta diminta keluar dulu dari Dewan .

Allahu rabbi. Dalam Al-quran Allah hanya perintah Malaikat Izrail untuk mencabut roh manusia.

Roh bukan urusan kita, jauh sangat dah pergi tu. Macam mana pula kita claim kata kita keluarkan roh, masukkan balik roh dalam jasad.

Banyak sangat unsur meragukan, banyak sangat tipu daya Jin dan Iblis.

2- Tahu tak, lepas saya solat taubat, baca Al Quran, malam tu juga makin kuat saya diganggu sampai tak boleh tidur malam.

Kepada Allah je saya serah bulat-bulat minta bantuan, solat sunat Taubat, Tahajud, Dhuha, baca Al Quran banyak-banyak, doa minta ampun sungguh-sungguh. Minta Allah lindung, amalkan 3 Qul, Ayatul Kursi.

3- Alhamdulillah benda tu dah hilang. Sepenuh penuh saya mintak pada Allah. Bukan guna ritual, duduk bersila sambil tapak tangan tadah atas, bukan kata kena betulkan antenna body semua.Saya cuma bergantung pada Allah 100%, bukan letak pada energi, tunggu vibration tinggi sana sini.

Sebenar-benar tenang, hanya apabila mengingati dan serah semula pada Allah. Itu sebab saya berani menulis kisah ni. Tak de kata nak seram naik bulu roma macam sebelum ni setiap kali saya sharing dengan sahabat saya.
Allah, syukur sangat-sangat Allah yang Maha Hebat. Allah Yang Melindungi.

4- Namun ketika ini saya teramat sedih bila tengok isu ini seakan dipermainkan, diremehkan , dan banyaknya salah faham.

5- Paling saya sedih bila ramai menegakkan “Nabi bermeditasi, para alim ulama pun bermeditasi, meditasi kita sebutlah nama Allah”

😓

Cukuplah fitnah kekasih Allah Nabi Muhammad S.A.W. Nabi mengasingkan diri di Gua Hira sebab nak jauhkan diri dari masyarakat Arab Jahiliyah yang masih belum beriman kepada Allah.

Masih ramai buat maksiat dan dosa-dosa besar ketika itu. Nabi bertahannut (menyepikan diri) disana dengan berfikir, beribadah, mengakrabkan hubungan diri dengan Allah, mencari rahsia kekuasaan Allah di langit dan bumi.

Jangan terus tabur benda tak betul kata para alim ulama semua bermeditasi sebab tu jadi power. Sebab tu solat  lagi power.

Meditasi yang pure, yang dianjurkan dalam seminar ini adalah meditasi yang ‘kosong’. Mengosongkan minda, hanya diri kita semata-mata. Just you with you. Bukan berzikir, bukan sebut nama Allah, bukan.

Jadi, celah mana tuduh Nabi dan para alim ulama bangun sepertiga malam semata-mata nak kosongkan minda? Kemudian baru nak solat supaya solat lebih power?

Sedangkan baginda dan mereka yang alim ini bagun untuk terus solat Taubat, Tahajud, menangis menginsafi diri, bermuhasabah kekurangan diri di depan Allah, mengecilkan diri, menundukkan diri yang lemah tak ada kuasa dan daya. Serah diri bulat-bulat kepada Allah.

Nabi pun tak ajar syarat nak solat powerr dan khusyuk, kena buat meditasi dulu, affirmation dulu.

Kalian boleh tengok live dari Doktor Hafiz Sulaiman, secara terperinci beliau dah terangkan risiko meditasi, apabila kita merendahkan tahap kesedaran, mengosongkan minda.

Waktu meditasi dikhuatiri kita boleh dimanipulasi oleh jin, iblis dan syaitan,mengalamai halusinasi serta banyak ancaman lain. Lagi deep meditation kita buat, lagi tinggi kesan sampingan. Bendanya halus, tak diajar secara langsung.

Itu sebab Allah larang, bukan saja-saja Allah turunkan Al-Quran. Perkara yang dilarang Allah, kebanyakan ada mudarat, beri kerosakan kepada diri akhirnya. Lebih lagi ia melibatkan spirit, melarikan Tauhid.

Kita keliru, bukan cari guna akal logik. Akal tetap ada limit. Balik dan carinAllah, isi Al Quran, hadis sahih, huraian para ulama dari dulu hingga kini.

Para ulama mengumpamakan Hati kita diumpamakan bagai bulu-bulu dipokok. Sekali angin tiup, ia terus berbolak-balik, lebih cepat dari air yang mendidih di periuk. Ketika ini akan ada dua mahluk, syaitan dan malaikat.

Syaitan akan berbisik halus, beri rasa keseronokan
Malaikat yang Allah utuskan untuk sampaikan ilham, petunjuk atau hidayah.

Lagi sekali, balik pada Allah tanpa sekutukan Dia, cari Al Quran, sandar hadis-hadis sahih, doa mintak petunjuk. Allah pasti bantu dan pecahkan semua keliru.

Pergi rajin kan diri gali ilmu yang benar.

Saya tak kisah kalian nak kata saya merosak, tak betul, atau jahat. Saya pun tak pernah rasa diri ini baik, atau lebih baik. Saya manusia yang masih lemah iman, masih buat salah dan dosa.

Saya cuma kenangkan perjuangan Rasullullah semasa baginda sebarkan agama bagaimana teruk dicaci, dihina, diancam bunuh.

Saya menangis bila mengingati kisah Bilal Bin Rabbah yang diseksa waktu panas terik, diletakkan batu ke atas dada ketika akhir hayatnya , namun masih teguh menyebut “ Ahad”, iaitu Allah Maha Esa

Saya masih ingat kisah Masyitah pembantu isteri Firaun, yang mana kesemua anak-anaknya sekali dilempar ke dalam minyak panas. Hanya kerana istiqamah memperakui Allah itu satu, tiada yang lain. Dan Allah jadikan minyak panas tadi berbau harum dan wangi.

Jadi kenapa saya nak keraskan hati terus ikut perkara yang tak patuh syarak.

Saya tak kisah penerimaan kalian nak block, nak unfriend atau apa saja. Bisnes naik dan jatuh, itu Allah lebih tahu. Kawan semua lari, saya tetap disini. Saya bukan siapa-siapa.

Yang saya kisah jika Tuhan tidak satukan saya dan suami, anak-anak, emak ayah, guru-guru di syurga nanti. Saya takut jika malaikat maut menjemput, saya mati dalam hati yang masih berbolak-balik, separuh-separuh, hati yang kering.

Kerana pada akhirnya kita balik kepada Allah juga. Kita akan cari dan menghadap Tuhan bersama amalan dan dosa .

Cukuplah. Saya tak mampu nak teruskan. Dah banyak hari saya menangis. Ini bukan bahagia kekal, jauh sekali cara halal atas jalanNya.

Saya takkan layan sebarang perdebatan kalian di ruangan komen.

Lillahitaala.
Tak hidup untuk dipuji, tak mati biar dikeji.

Tag Cikgu June Mohd Som dan Kak Mastura Rashid

Tiada yang boleh beri bahagia selain Allah- ebitlew

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2433594096758859&id=100003248760393

Sedihnya bila lihat ramai orang nak bahagia,nak kaya dan kabul doa tapi tak ikut jalan Nabi saw dan Para Sahabah serta alim ulama kita. Tiada yang boleh beri bahagia selain Allah. Bahagia jalan sendiri fatamorgana. Macam ada tapi takde.

Dari dulu saya terlibat dengan Motivasi Training Korporat, KeluargaSunnah dan Pelajar. Saya tak mampu nak cakap selain apa yang saya percaya yakni Islam. Jika ada selingan aktiviti atau muhasabah tak berani nak buat benda bukan-bukan terutama melibatkan kepercayaan. Pendengar memang percaya jer. Tapi kita penceramah bertanggungjawab atas setiap ucapan kita di akhirat. Terutama orang yang datang sebahagian tengah sedih dan ada ujian hidup yang besar. Mereka tak tahu apa nak percaya. Kita beri ilmu. Berilah apa yang benar dari Islam ini. Islam agama diredhai Allah. Fitrah dan penyelesaian bagi segala masalah.

Pernah dulu lebih kurang 8tahun lepas saya beri motivasi. Penceramah kedua selepas saya buat aktiviti bayangkan roh keluar dari badan. Paling seram ada yang menjerit kuat-kuat. Lepas tu tanya apa awak rasa. Seorang tu kata nampak cahaya putih. Seorang lagi rasa ada lembaga peluk dia. Dia menggeletar teruk. Ya Allah. Penceramah tu macam rasa puas semua jadi macam tu. Ada yang rasa arwah keluarga datang peluk dia. Saya pelik sangat masa tu. Penceramah tu pesan nanti balik waktu tahajud buat macam ni. Katanya kesan tahajud dan al-Quran luar biasa.

Lepas ceramah tu saya tegur penceramah tu. Takyahlah pelik-pelik sangat. Nanti Allah marah. Benda boleh fikir dengan akal dan naluri. Janganlah taksub sangat sampai motivasi buat kita lupa apa yang kita percaya. Kepercayaan kita. Nak khusuk tambah ilmu berterusan dan hadir majlis ilmu alim ulama. Tambah korban di jalan Allah belajar Islam. Nak tenang Belajar Al-Quran dan zikir dan doa Nabi saw dari alim ulama kita. Baca kisah Nabi saw dan para sahabah rhum. Hayatussahabah. Belajar beri masa mujahadah sebarkan Islam buat dakwah. Tolong orang susah dan anak yatim. Pergi haji dan umrah.

Takkan waktu tahajud nak buat ritual pelik-pelik macam tu. Malu dengan Allah. Tiada jalan tercepat nak nak Redha Allah melainkan jalan Nabi saw. Setakat aktiviti sikit-sikit ok ler tahanlah tapi janganlah sampai macam tu sekali. Kita sama-sama sayangkan Islam ini.

Maaf yer. Tapi begitulah. Syukur penceramah tu dah berhenti buat macam tu. Dah 2 orang saya tengok buat begitu terus saya tegur. Saya sayang mereka kerana Allah. Benarlah kita harap Allah terima usaha kecil ini dan takut jika Allah tolak dan murka.

Allah sayang kita semua. Nikmat jadi Islam Bila ada hajat atau masalah, perintah Allah mintalah pertolongan dengan jalan sabar dan solat. Sabar tu maksudnya ikut cara Nabi saw. Jaga solat Fardhu awal waktu. Doa sungguh-sungguh menangis pada Allah. Nikmat doa bukan bila dikabulkan tapi rasa bahagia sebab kita minta pada tuhan yang betul. Dia beri sebab dia sayang kita. Belum beri pun kerana Allah sayang. Terus berdoa padaNya. Cerita pada keluarga kenal dan sayang Nabi saw. Semoga Allah selamatkan kita semua dari fitnah dan dosa.

Tiada yang boleh beri bahagia selain Allah- ebitlew

Selami dan fahami Ilmu Tauhid atau Aqaidul Iman

sumber : https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1625476737588580&id=100003788088770

Sewajarnya, sepatutnya, sewajibnya, SEBELUM bercerita tentang hal kejiwaan atau motivasi kejiwaan, amat penting dalami, selami dan fahami Ilmu Tauhid atau Aqaidul Iman.

Kemudian memahami dasar Ibadah.

Contohnya Solat. Adanya Maqam Tabdil, Maqam Ihram, Maqam Mikraj. Berapa ramai yang ambil tahu?  Tidak mendalami hal solat, rukun Solat, sifat Solat. Tetiba belajar ritual lain, yang bagi mereka boleh menenangkan diri. AstaghfirULLAH.

Jika ilmu ini tidak didasarkan dalam setiap pekerjaan terutamanya dalam hal pembinaan jiwa insan, akan  berlakunya hal sewenangnya meniru amalan atau ritual agama lain.

Displin Ilmu amat penting untuk memahami hakikat Adab.

Displin inilah jika tidak difahami, perkara yang halus tidak akan diperhalusi, maka, berlakulah fenomena "ikut sajalah, bukan mensyirikkan ALLAH pun. Kita ambil yang baik saja, yang tak baik, kita tapis. Asal dapat manfaat, kita buat je."

Bab syirik inilah yang ramai tidak perhalusi. Gerakan New Age ini amat halus gerak kerjanya, disebabkan pengaruh mereka besar, kononnya dapat membangkitkan jiwa manusia.

Satu perkara penting hendak dipesan, itu baharu gerakan new age, belum lagi gerakan si mata satu, lagi halus.

Disebabkan itu syirik Jali itu sememangnya kalian tidak buat, namun syirik Khafi (halus), syirik mukhafi (dihaluskan), itulah yang perlu diperhalusi.

Timbul hal meditasi. Keluar roh. Kosongkan diri. Dan pelbagai lagi.

Amat menakutkan. Amat menggerunkan.

Suatu masa, hadir dajjal melucutkan iman sepertimana terlucutnya pakaian dari tubuh, sebegitu mudah. Ya, begitu mudah.

Oleh itu, jiwa hendak membangunkan jiwa, bangunkanlah Tauhid dahulu.

Teguran ini adalah untuk sekalian saudara seagamaku.

Berhati-hatilah.

Jangan kata sang faqir tidak mengambil tahu atau menyelidik sebelum memberi komen.

Sudah lama diperhati gerakan ini. Tegur pun sudah. Samada directly atau indirectly.

Cuma sekarang sang faqir menjelaskan dengan lebih 'direct', supaya kalian lebih berhati-hati.

Melangkahlah dengan Islam, berpijaklah dengan Iman, berjalanlah dengan Ihsan.

Masa masih ada.

Dalamilah ilmu Aqaidul Iman iaitu Tauhid. Dasari kehidupan dengan Aqidah yang sohih.

Semoga kita dipandu ALLAH, selamat dengan syafaat RasulULLAHi SallALLAHu Alaihi Wa Sallam.

Wassalaam.

-AFIWAAK-

KENYATAAN TERBUKA ISU METAMORPHOSIS

sumber : https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3141614185865373&id=100000504674719

KENYATAAN TERBUKA ISU METAMORPHOSIS
--------------------------------------------------------------------------

أَعُوْذُ بِاللَّهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِِْ.
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Sejak 2 bulan ini, agamawan dan orang awam  telah menegur content ajaran Metamorphosis yang "tasybbuh" iaitu menyerupai agama lain. Tegur dengan cara yang baik dan informatif. Tujuan untuk beri awareness.

Saya diam diri walaupun saya maklum isu ini 2 bulan lepas kami tanya pegawai pejabat mufti. Saya tak nak wall FB saya jadi negatif dan singgung ramai orang. Mentor, rakan seperguruan, sahabat, follower dan juga influencer..ramai yang join kelas ni.
.

Saya bersangka baik kepada pertemuan tuan Afnan Rosli dan pegawai mufti. Alhamdulillah, ajaran "feeling is prayer digugurkan" sebelum pertemuan.

Namun saya agak kecewa ia diganti kepada "doa minda". Tekniknya menakutkan.

Hakikatnya, banyak lagi ritual seperti meditasi spiritual (TM), priming serta konsep dan prinsip ajaran yang bertentangan ajaran Islam diajar dan "diislamisasikan". Malah terdapat ayat Al Quran dipetik dan diolah  bagi menyesuaikan dengan ajaran agama lain yang dibawa.:
.

1) Universal Oneness
2)  Meditasi (Spiritual) mengosongkan ala TM.
3) Kensho Moment dan Satori Insight
4) 7 Chakra
5) Living in abundance
6) 12 Universal Law
7) Souls are connected.
8) CITF formula (mencampuri islam dan ajaran )
9) Live Like a baby ( enjoy tak perlu usaha)
10) TANTRA (Energy, Frequency& Vibration).
11) Power Of Sitting Still.
12) Soul Living in Body (Kita bukan jasad) 
13) POWER OF "I AM".
14) Ritual Find your genius. (time travel)
15) Self image -Reborn/Rebirth (ritual bunuh image lama)

👆 Ini hanya content daripada Facebook yang akan beliau delete tak lama lagi. Tuan puan boleh nilai sendiri.

Dalam masa tu saya dan isteri bertanya doktor neurosains, doktor psikiatri, ustaz, pegawai mufti, pengkaji falsafah islam supaya faham dan tak tuduh sembarangan.

.
Saya tak muncul pun ke depan sehinggalah 2 minggu lepas. Dengan penyertaan alumni dan bakal peserta Mega Metamorphosis, sangat berdosa jika saya biarkan.

"Ada follower, buat apa kalau tak beri peringatan pasal akidah"..Takut kena label, kecam tapi tak takut ditanya Allah hari kemudian kenapa abaikan tanggungjawab?
Benda kerosakan ni public..Terang-terangan jadi perlu jelaskan kekeliruan di public juga.

Saya cuma niat beri kesedaran wujudnya percampuran elemen agama lain dalam ajaran tuan Afnan Rosli. Wujudnya risiko amalan meditasi spiritual kepada akidah dan juga kesihatan.

.
Saya dan isteri tak pernah label sesiapa syirik, rosak akidah, sesat, pukau  atau sihir. Kami ni hamba mana layak label sesiapa. Kami cuma ingatkan agar kembali kepada ajaran suci Al-Quran dan Al-Sunnah.

Syukur ramai mula berani bersuara. Bekas peserta seminar yang bertaubat turut berkongsi kerisauan mereka..pengalaman mereka..Betapa gerunnya mereka bila sedar..Ajaran ini BUKAN BIASA-BIASA.

Mereka mengadu ada yang histeria, loya sakit kepala, muntah..nampak cahaya putih, nampak lembaga, pergi ke alam lain, time travel.

.
Syukur sahabat yang saya baru kenali dan  hormati Tuan Fazly (pengerusi TAMRIN) mengambil langkah proaktif menjernihkan kekeruhan. Perjumpaan diadakan beberapa hari lepas antara pihak agamawan, pengamal NLP & meditasi dengan Tuan Afnan memberi harapan agar agama Allah terbela.

Sungguh saya kecewa apabila tuan Afnan membuat kenyataan di FB beliau, TAMRIN dan panel mesyuarat endorse ajaran beliau walhal tidak berlaku. Ia telah akibatkan ramai mengecam kami yang menegur katanya kami fitnah ajaran afnan sesat.

Namun syukur kenyataan penafian dijelaskan TAMRIN dan tuan Afnan telah edit part "endorsement" selepas teguran. Sangka baik saya, mungkin sebab excited. Apa yang penting..tuan Afnan dah buat sesuatu yang lebih baik.

Tapi masalah belum selesai. RIBUAN yang dah attend kelas online dan offline masih percaya ajaran-ajaran origin hindu, buddha ini tak bertentangan Islam.

Di sini lah ISU UTAMA yang saya percaya perlu dititikberatkan dan diambil tidakan PENJELASAN SEGERA oleh tuan Afnan Rosli selaku pihak penganjur.

1) Part mana bertentangan Islam? Kenapa salah?
2) Apa risiko ritual terhadap akidah dan kesihatan?
3) Wujudkan panel syariah.
4) Jika ada meditasi, dapatkan standby medical. Histeria atau sawan adalah risiko meditasi yang perlukan perhatian perubatan.

.

Tuan Afnan,

Kita manusia tidak lari dari kesilapan. Saya akan tabik respek, follow dan join kelas tuan jika tuan mengaku dan memperbetulkan kesilapan tuan.  Kasihanlah kepada peserta yang masih keliru..Lagi teruk tak rasa salah sebab tak dijelaskan mana ajaran yang menyerupai agama lain.

Saya doakan tuan diberi hidayah dan petunjuk..semoga tuan berjaya hadapi ujian ini saya dan isteri doakan seikhlas hati..
.

Tapi jika tuan masih ingin meneruskan hajat tuan menegakkan benang yang basah..
.

Kami berbesar hati terima LOD pihak peguam tuan Afnan kepada saya dan sahabat lain. Terima kasih atas saman ini. Kita jumpa kat court ya 😆👍

Teruja bila fikir naik turun court kerana Allah..Serius kami laki bini menangis kegembiraan bila dapat bincang pasal LOD ni. Bergenang air mata masa saya tulis ni...hepi sangat hehe

Ambillah duit kami. Mufliskan kami pun takpe kat dunia ni.

Syukur ya Allah, kau berikan anugerah kepada hambamu ini...Rasa SPECIAL sangatt...Aku hambamu nak tuntut beratus kali ganda kat akhirat nanti..
.

Semoga perjuangan kami ini jadi teladan kepada anak-anak kami yang perati kami naik turun court. Semoga mereka mengerti perjuangan ni bukan senang-senang kat mulut saja cakap..Ayah dan Mak dah set satu rekod yang harapnya mampu lahirkan anak-anak pencinta kebenaran...

.
.

Yang Perasan Special,

Hafiz Sulaiman,
-Pejuang Kesihatan.

Siti Aminah Sulaiman,
- Ibu Pencinta AlQuran

.
.

*Doakan kami dan anak-anak kami mengikuti jejak langkah Allahyarham Badiuzzaman Said Nursi.

U/P Tuan Afnan: Alamat rumah lama dah pindah. Ni alamat surat menyurat. Pos Berdaftar ye..Wasap saja tak laku. Ni alamatnya:

1-09 Metia Residence, seksyen 13  40100 Shah Alam.
0162044173 -cik aimi (staf)

PENYELEWENGAN WAHYU OLEH SEBAHAGIAN TRAINER

sumber : https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10162379825170652&id=594980651

PENYELEWENGAN WAHYU OLEH SEBAHAGIAN TRAINER

Kenapa kami melawan mereka?

Anda pasti melihat 3-4 hari ini wall-wall FB saya 'semak' dengan perlawanan melawan seorang trainer yang mengajar meditasi dan sebagainya dalam seminarnya, dan dikaitkan isi modulnya dengan New Age Movement. Sekitar awal Ogos lalu saya menulis tulisan bersiri menjawab isu Feeling is Prayer yang merupakan salah satu modul trainer tersebut.

3-4 hari ini menjadi panas kerana kali ini alumni seminarnya yang bangkit berkongsi perkara-perkara yang penuh syubhat yang berlaku dalam program mereka. Untuk pengetahuan anda semua, sebahagian peserta yang membongkar dengan berkongsi isi seminar itu, serta beberapa orang individu yang membongkar isi kandungan seminar itu telah menerima Letter of Demand (LOD) daripada pihak peguam trainer tersebut.

Okey, saya bukan nak bercerita tentang trainer tersebut. Hatta jika trainer tersebut membatalkan semua seminar beliau, bersara, hatta beliau bertaubat sekalipun, perlawanan ini akan diteruskan. Ini kerana penyelewengan kepada Al-Quran merupakan satu aspek yang serius dan berbahaya. Tidak perlu tahu tentang New Age Movement untuk faham kenapa kami menentang trainer-trainer sebegini, dan ideologi yang dibawa. Cukup dengan lihat bagaimana mereka mempergunakan al-Quran. Bagaimana bahayanya apabila mereka dan pengikut mereka sesuka hati menggunakan al-Quran dan al-Hadis tanpa disiplin.

Di bawah adalah beberapa contoh:

1- Salah Tafsir Surah Al-Isra' Ayat 11 Untuk Menyokong Amalan Feeling Is Prayer

وَيَدْعُ الْإِنْسَانُ بِالشَّرِّ دُعَاءَهُ بِالْخَيْرِ وَكَانَ الْإِنْسَانُ عَجُولًا (11)
Dan manusia berdoa untuk kejahatan sebagaimana ia berdo’a untuk kebaikan. Dan adalah manusia bersifat tergesa-gesa. [Al-Isra':11].

Mereka menggunakan ayat 'manusia berdoa untuk kejahatan' sebagai dalil menunjukkan ia merujuk kepada orang yang hatinya fikir benda negatif, mulut minta kat Allah, tetapi dalam hati fikir negatif. Jadi, apa dalam hati tulah yang makbul.

Sesungguhnya kefahaman mereka jauh daripada apa yang ulama-ulama tafsir terangkan.

Shaikh Al-Sa'di menyebutkan:

وهذا من جهل الإنسان وعجلته حيث يدعو على نفسه وأولاده وماله بالشر عند الغضب ويبادر بذلك الدعاء كما يبادر بالدعاء في الخير،
Ini merupakan daripada kebodohan manusia dan kegopohannya. Dia berdoa keburukan ke atas dirinya, anak-anaknya dan hartanya ketika dia marah. Dia bersegera dengan doa keburukan itu sebagaimana dia bersegera berdoa dengan kebaikan.

Persoalan seterusnya, adakah doa keburukan itu mustajab?

Shaikh al-Sa'di menyatakan:
ولكن الله -بلطفه (1) - يستجيب له في الخير ولا يستجيب له بالشر. { وَلَوْ يُعَجِّلُ اللَّهُ لِلنَّاسِ الشَّرَّ اسْتِعْجَالَهُمْ بِالْخَيْرِ لَقُضِيَ إِلَيْهِمْ أَجَلُهُمْ }
Akan tetapi Allah dengan kehalusanNya, memakbulkan doa yang baik dan tidak memakbulkan doanya yang buruk. Firman Allah:

وَلَوْ يُعَجِّلُ اللَّهُ لِلنَّاسِ الشَّرَّ اسْتِعْجَالَهُمْ بِالْخَيْرِ لَقُضِيَ إِلَيْهِمْ أَجَلُهُمْ فَنَذَرُ الَّذِينَ لَا يَرْجُونَ لِقَاءَنَا فِي طُغْيَانِهِمْ يَعْمَهُونَ (11)
Dan kalau sekiranya Allah menyegerakan kejahatan bagi manusia seperti permintaan mereka untuk menyegerakan kebaikan, pastilah diakhiri umur mereka. Maka Kami biarkan orang-orang yang tidak mengharapkan pertemuan dengan Kami, bergelimang di dalam kesesatan mereka. [Yunus: 11].

Imam Ibnu Katsir menerangkan tentang ayat surah Yunus di atas:

يخبر تعالى عن حلمه ولطفه بعباده: أنه لا يستجيب لهم إذا دعوا على أنفسهم أو أموالهم أو أولادهم في حال ضجرهم وغضبهم، وأنه يعلم منهم عدم القصد إلى إرادة ذلك، فلهذا لا يستجيب لهم
Allah memberitahu kepada hambaNya tentang kelembutanNya dengan hamba-hambaNya: Dia tidak memakbulkan doa mereka apabila mereka mendoakan keburukan ke atas diri mereka, harta mereka atau anak-anak mereka dalam keadaan mereka sedang marah. Dia mengetahui bahawa sebahagian daripada mereka tidak bermaksud dengan apa yang mereka doakan. Oleh itu, tidak dimakbulkan doa keburukan tersebut.

Akan tetapi janganlah pula suka-suka mendoakan keburukan kepada diri sendiri atau ahli keluarga. Ditakuti ia menepati masa mustajabnya doa lalu ia diterima. Jagalah diri kita ketika dalam keadaan marah daripada mengucapkan kata-kata yang bila dimakbulkan kita akan menyesal kelak.

Daripada Jabir bin Abdillah radiallahu 'anhu:

Seorang lelaki Ansar melaknat untanya. Lalu Rasulullah s.a.w berkata:
فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم ‏"‏ مَنْ هَذَا اللاَّعِنُ بَعِيرَهُ ‏"‏ ‏.‏ قَالَ أَنَا يَا رَسُولَ اللَّهِ ‏.‏ قَالَ ‏"‏ انْزِلْ عَنْهُ فَلاَ تَصْحَبْنَا بِمَلْعُونٍ

Siapa yang melaknat untanya? Lelaki itu menjawab: Aku wahai Rasulullah. Baginda berkata: Turunlah dari unta itu. Sesungguhnya janganlah bersama kami sesuatu yang dilaknat.

لاَ تَدْعُوا عَلَى أَنْفُسِكُمْ وَلاَ تَدْعُوا عَلَى أَوْلاَدِكُمْ وَلاَ تَدْعُوا عَلَى أَمْوَالِكُمْ لاَ تُوَافِقُوا مِنَ اللَّهِ سَاعَةً يُسْأَلُ فِيهَا عَطَاءٌ فَيَسْتَجِيبُ لَكُمْ ‏"‏ ‏.‏
Janganlah kamu mendoakan keburukan ke atas diri kamu, anak-anak kamu, dan harta kamu supaya ia tidak menepati waktu di mana doa mustajab, lalu doa itu dimakbulkan ke atas kamu.
[Sahih Muslim, Kitab az-Zuhd, no: 3006].

Imam Ibnu Rajab menyatakan dalam Jami' al-Ulum wa al-Hikam:

فهذا يدلُّ على أنَّه لا يُستجاب جميعُ ما يدعو به الغضبانُ على نفسه وأهله وماله ، والحديثُ دلَّ على أنَّه قد يُستجابُ لمصادفته ساعة إجابة .
Ini menunjukkan bahawa tidak dimakbulkan semua doa keburukan yang didoakan oleh orang yang marah ke atas dirinya, keluarganya, dan hartanya. Manakala hadis itu pula menunjukkan bahawa ia dimakbukan kerana bertepatan dengan waktu mustajabnya doa.

Rujukan:

As-Sa'di, Taisir al-Karim al-Rahman Fi Tafsir al-Kalam al-Mannan
Ibnu Katsir, Tafsir al-Qur'an al-Azhim
Ibnu Rajab, Jami' al-Ulum wa al-Hikam

2- Mengaitkan Peristiwa Isra' dan Mi'raj dengan Astral Travel.

Jawapan:

A- Majoriti ulama Ahlus Sunnah menyatakan bahawa ia berlaku secara fizikal, dan bukan hanya roh nabi s.a.w yang digerakkan pada peristiwa itu.

Ibn Abi Izz al-Hanafiy berkata dalam Sharh Al-Aqidah Al-Tahawiah:

وَمِمَّا يَدُلُّ عَلَى أَنَّ الْإِسْرَاءَ بِجَسَدِهِ فِي الْيَقَظَةِ، قَوْلُهُ تَعَالَى: {سُبْحَانَ الَّذِي أَسْرَى بِعَبْدِهِ لَيْلًا مِنَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ إِلَى الْمَسْجِدِ الْأَقْصَى}(3). وَالْعَبْدُ عِبَارَةٌ عَنْ مَجْمُوعِ الْجَسَدِ وَالرُّوحِ، كَمَا أَنَّ الْإِنْسَانَ اسْمٌ لِمَجْمُوعِ الْجَسَدِ وَالرُّوحِ، هَذَا هُوَ الْمَعْرُوفُ عِنْدَ الْإِطْلَاقِ، وَهُوَ الصَّحِيحُ. فَيَكُونُ الْإِسْرَاءُ بِهَذَا الْمَجْمُوعِ
Antara dalil yang menunjukkan bahawa Isra' berlaku dengan jasadnya ketika jaga ialah firman Allah: ((Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidilharam (di Mekah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin),)). Perkataan عَبْدُ hamba merupakan ibarat kepada gabungan jasad dan roh. Sebagaimana insan merupakan kata nama bagi gabungan jasad dan roh. Ini adalah merupakan perkara yang diketahui, dan inilah yang sahih. Oleh itu Isra' berlaku dengan gabungan jasad dan roh.

B- Jika diambil kira pendapat minoriti yang menyatakan roh sahaja pun, ia tiada kaitan dengan teori Astral Travel. Ini kerana peristiwa ini adalah sebahagian mukjizat, dan bukannya nabi s.a.w memperolehinya dengan usaha baginda.

Rujukan:
Ibn Abi Izz al-Hanafiy, Sharh Al-Aqidah At-Tahawiyah
Islam's perspective on 'astral projection', https://www.islamweb.net/en/fatwa/198805/islams-perspective-on-astral-projection
The Mi'raaj: physical or spiritual?, https://www.islamweb.net/en/fatwa/83413/the-miraaj-physical-or-spiritual

3- Mengaitkan Astral Travel dengan kisah Maryam

Jawapan:
وَاذْكُرْ فِي الْكِتَابِ مَرْيَمَ إِذِ انْتَبَذَتْ مِنْ أَهْلِهَا مَكَانًا شَرْقِيًّا (16) فَاتَّخَذَتْ مِنْ دُونِهِمْ حِجَابًا فَأَرْسَلْنَا إِلَيْهَا رُوحَنَا فَتَمَثَّلَ لَهَا بَشَرًا سَوِيًّا (17) قَالَتْ إِنِّي أَعُوذُ بِالرَّحْمَنِ مِنْكَ إِنْ كُنْتَ تَقِيًّا (18)
Kemudian Mariam membuat dinding untuk melindungi dirinya dari mereka maka Kami hantarkan kepadanya: Roh dari kami lalu dia menyamar diri kepadanya sebagai seorang lelaki yang sempurna bentuk kejadiannya. (17) Mariam berkata: Sesungguhnya aku berlindung kepada (Allah) Ar-Rahman daripada (gangguan) mu kalaulah engkau seorang yang bertakwa. (18)

Roh dalam ayat di atas tiada kaitan dengan Astral Travel. Sebaliknya Roh yang berjumpa dengan Maryam dalam bentuk manusia itu adalah malaikat Jibril. Inilah sebagaimana yang ditafsirkan oleh Qatadah, Wahab bin Munabbih, Ibn Juraij dan lain-lain.

Ini selari dengan dalil-dalil lain yang turut menggunakan perkataan roh.

نَزَلَ بِهِ الرُّوحُ الْأَمِينُ (193) عَلَى قَلْبِكَ لِتَكُونَ مِنَ الْمُنْذِرِينَ (194)
Ia dibawa turun oleh malaikat Jibril yang amanah. (193) Ke dalam hatimu, supaya engkau (wahai Muhammad) menjadi seorang dari pemberi-pemberi ajaran dan amaran (kepada umat manusia). (194) [Al-Shu'ara': 193-194].

Terdapat pendapat menyatakan bahawa ia adalah roh Nabi Isa a.s, akan tetapi Al-Imam Ibnu Katsir menyatakan ia pendapat yang munkar, dan seolah-olah daripada Israiliyyat.

Rujuk:
At-Tabari, Jami' al-Bayan Fi Ta'wil Al-Quran
Ibn Katsir, Tafsir al-Quran al-Azhim

4- Living In Abundance

Ia cuba dikaitkan dengan satu peristiwa yang hakikatnya adalah satu mukjizat yang dikurniakan kepada Nabi s.a.w

أَخْبَرَنَا سَعِيدُ بْنُ مِينَاءَ، قَالَ سَمِعْتُ جَابِرَ بْنَ عَبْدِ اللَّهِ ـ رضى الله عنهما ـ قَالَ لَمَّا حُفِرَ الْخَنْدَقُ رَأَيْتُ بِالنَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم خَمَصًا شَدِيدًا، فَانْكَفَأْتُ إِلَى امْرَأَتِي فَقُلْتُ هَلْ عِنْدَكِ شَىْءٌ فَإِنِّي رَأَيْتُ بِرَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم خَمَصًا شَدِيدًا‏.‏
Jabir bin Abdullah r.a berkata: Ketika menggali parit di perang khandaq, aku melihat Rasulullah s.a.w  dalam keadaan sangat lapar, maka aku pergi kepada isteriku dan berkata kepadanya: “Adakah engkau mempunyai sesuatu? Ini kerana aku melihat Rasulullah s.a.w dalam keadaan sangat lapar”.

فَأَخْرَجَتْ إِلَىَّ جِرَابًا فِيهِ صَاعٌ مِنْ شَعِيرٍ، وَلَنَا بُهَيْمَةٌ دَاجِنٌ فَذَبَحْتُهَا، وَطَحَنَتِ الشَّعِيرَ فَفَرَغَتْ إِلَى فَرَاغِي، وَقَطَّعْتُهَا فِي بُرْمَتِهَا، ثُمَّ وَلَّيْتُ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم فَقَالَتْ لاَ تَفْضَحْنِي بِرَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم وَبِمَنْ مَعَهُ‏.‏
Isteriku mengeluarkan karung kulit yang di dalamnya terdapat segantang gandum. Kami mempunyai seekor kambing kecil. Akupun menyembelih kambing itu sementara isteriku mengadun tepung (membuat roti). Dia pun menyelesaikan kerjanya dan aku pula menyelesaikan pekerjaanku. Lalu aku memotong-motongnya ke dalam periuk, kemudian aku kembali kepada Rasulullah s.a.w. Isteriku berkata: “Jangan membuat aku malu di hadapan Rasulullah s.a.w dan para sahabatnya”.

فَجِئْتُهُ فَسَارَرْتُهُ فَقُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ ذَبَحْنَا بُهَيْمَةً لَنَا وَطَحَنَّا صَاعًا مِنْ شَعِيرٍ كَانَ عِنْدَنَا، فَتَعَالَ أَنْتَ وَنَفَرٌ مَعَكَ‏.‏
Akupun menemui baginda dan berbisik kepada baginda, aku berkata: “Wahai Rasulullah, kami sudah menyembelih seekor kambing kecil dan mengadun segantang gandum milik kami. Jadi, jemputlah engkau dan beberapa sahabatmu datang”.

فَصَاحَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم فَقَالَ ‏"‏ يَا أَهْلَ الْخَنْدَقِ، إِنَّ جَابِرًا قَدْ صَنَعَ سُورًا فَحَىَّ هَلاً بِكُمْ ‏"‏‏.‏
Maka Rasulullah s.a.w pun berseru: "Wahai para penggali parit, sesungguhnya Jabir sudah menyiapkan hidangan. Marilah segera, kalian semua!"

فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم ‏"‏ لاَ تُنْزِلُنَّ بُرْمَتَكُمْ، وَلاَ تَخْبِزُنَّ عَجِينَكُمْ حَتَّى أَجِيءَ ‏"‏‏.‏
Kemudian Rasulullah s.a.w berkata: "Jangan turunkan periuk dan adunan kalian sampai aku datang.’

فَجِئْتُ وَجَاءَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم يَقْدُمُ النَّاسَ حَتَّى جِئْتُ امْرَأَتِي، فَقَالَتْ بِكَ وَبِكَ‏.‏ فَقُلْتُ قَدْ فَعَلْتُ الَّذِي قُلْتِ‏.‏
Akupun pulang dan datanglah Rasulullah s.a.w mendahului kaum muslimin sehingga aku menemui isteriku. Isteriku berkata: "Ini semua salah kamu, ini semua salah kamu". Aku menjawab: "Aku hanya melakukan apa yang kamu sebut tadi".

فَأَخْرَجَتْ لَهُ عَجِينًا، فَبَصَقَ فِيهِ وَبَارَكَ، ثُمَّ عَمَدَ إِلَى بُرْمَتِنَا فَبَصَقَ وَبَارَكَ
Lalu dia pun mengeluarkan adunan tersebut dan menyerahkannya kepada Rasulullah s.a.w. Baginda pun meludahnya dan mendoakan keberkatan ke atasnya, kemudian baginda pergi ke periuk kami, lalu meludahi dan mendoakan keberkatan padanya.

ثُمَّ قَالَ ‏"‏ ادْعُ خَابِزَةً فَلْتَخْبِزْ مَعِي وَاقْدَحِي مِنْ بُرْمَتِكُمْ وَلاَ تُنْزِلُوهَا‏"‏، ‏
Kemudian baginda berkata: "Panggil si pembuat roti agar dia buat roti bersamaku dan cedoklah daripada periuk kalian, tetapi jangan diturunkan periuk itu".

وَهُمْ أَلْفٌ، فَأُقْسِمُ بِاللَّهِ لَقَدْ أَكَلُوا حَتَّى تَرَكُوهُ وَانْحَرَفُوا، وَإِنَّ بُرْمَتَنَا لَتَغِطُّ كَمَا هِيَ، وَإِنَّ عَجِينَنَا لَيُخْبَزُ كَمَا هُوَ‏.
Mereka ketika itu berjumlah seribu orang. Aku bersumpah demi Allah, semuanya makan sampai mereka tinggalkan dan mereka pulang, sementara periuk kami masih penuh seperti asalnya dan begitu jua adunan tadi".
[Sahih al-Bukhari, Kitab al-Maghazi, no: 4102].

Imam an-Nawawi dalam Syarah Sahih Muslim menyatakan bahawa pada hadis ini terdapat 2 petanda kenabian:

1- Makanan yang sedikit menjadi banyak.
2- Nabi s.a.w mengetahui bahawa makanan yang sedikit itu cukup untuk ramai orang, sebab itu baginda memanggil sahabat yang ramai untuk turut makan.

Imam Ibnu Hajar jua dalam Fathul Bari jua menyatakan bahawa ia termasuk Dalail an-Nubuwwah, sebagaimana riwayat-riwayat lain yang menunjukkan makanan menjadi banyak.

Al-Shaikh Faisal An-Najdiy menyatakan dalam Tathriz Riyadussolihin bahawa ini adalah mukjizat nabi s.a.w

Rujukan:

An-Nawawi, Sharh Sahih Muslim
Ibn Hajar, Fathul Bari
An-Najdiy, Tathriz Riyadussolihin

Hadis ini merupakan petunjuk kenabian nabi s.a.w atau dengan erti lain mukjizat. Menjadikan ia sebagai contoh untuk 'Living in Abundance' merupakan satu penyalahgunaan hadis.

Nampak, koleksi salah guna al-Quran dan al-Hadis. Bukan daripada seorang trainer sahaja, sebaliknya ramai.

Semoga Allah memberi kita hidayah.

#MMMR

Thursday, 12 September 2019

10 POWERFUL MORNING RITUALS

10 POWERFUL MORNING RITUALS

Setiap pagi, apa yang kita buat 2 pertama itu bakal menentukan bagaimana hari kita berjalan. Kebanyakkan dari kita, celik mata saja datang ke minda mereka segala masalah hidup yang bakal di hadapi. Segala masalah kerja, masalah duit, masalah keluarga.

Kita bangun dalam keadaan tak bersemangat. Rasa fed up dengan hidup, terus kita capai phone, kita scroll social media. Kita jadi reactive instead of productive.

Orang putih kata, IF YOU WIN THE MORNING, YOU WIN THE WHOLE DAY.

Here’s 10 Powerful morning rituals to ensure you win the MORNING:

1. WAKE UP EARLY :

- Bangun awal ni Powerful. Bila kita bangun lebih awal dari orang lain. Kita dah jadi top 10% of over achievers. Kita mula rasa confidence dengan diri sebab kita berjaya lawan diri kita sendiri. Kita berjaya lawan nafsu. That was a HIGH Achievement. Winning over your own self.

2. MAKE YOUR BED :

- Kemas katil, kemas tempat tidur. Dalam kelas saya ajar tentang Emotional spiral. Saya kata mulakan pagi dengan kejayaan kecil demi kejayaan kecil. Dia akan buat kita spiral ke atas dan akan bawa kejayaan lebih besar dan lebih besar sepanjang hari. Nak ada hari yang best bukan susah pun. Lipat selimut, tarik cadar bagi tegang. Tengok katil yang kemas yang kita buat tu, tepuk bahu dan ucap Good Job pada diri sendiri.

3. GIVE LOVE :

- Sebelum buat apa-apa. Peluk anak, peluk isteri/suami. These people are the one who really matters to us. Give love to them. Make them feels good. Show them that they are really important, thats why mereka orang pertama yang anda cari sebaik bangun tidur. Bukan phone, bukan fb, bukan whatsapp. But our family.

4. GRATITUDE :

- Increase your vibrations. Syukur dengan segala Nikmat yang ada pada kita. Syukur masih hidup, syukur ada tempat tinggal, syukur semua benda. Dalam kelas saya, saya ajar buat Doa Minda. Very powerful practice. Bangun je pagi air mata laju serupa air terjun dah. Air mata bahagia dah syukur.

5. DRINK WATER :

- Standby air minerals sebotol di tepi katil. Bangun je terus minum air kosong. Banyak sangat health benefits from this practice. Seriously semua wajib buat.

6. TAKE CARE OF YOURSELF :

- Mandi, pakai cantek-cantek, wangi-wangi. Dress up sebaik mungkin. Pakai se hensem mungkin. Biar kita nampak diri kita, kita rasa bangga dengan orang yang kita lihat dalam cermin tu. This is very important to boost your self confidence.

7. SPIRITUAL PRACTICE :

- Dah hensem, dah cantik, dah wangi. Baru best nak ngadap Allah. Now is your time. Saat semua orang tidur, kita jumpa Tuhan kita. Solat, Zikir, baca Quran. Semua tu buat with Quality. Make sure semua ibadah kita itu high quality. Bukan hanya di mulut sahaja, tapi biar terasa di hati. Biar rasa nikmat itu.

8. EXERCISES :

- Dah selesai semua Spiritual practice. Sekarang masa untuk bagi Hak pada Body kita. Exercise. Pergi swimming, pergi jogging, pergi cycling. Anything. Just move your body. Stay active.

9. LEARN :

- Body dah bergerak, otak dah fresh. Now is the time to learn something new. This is my favourite Session. Setiap pagi ambil setengah jam or sejam untuk Belajar. Tak kira dengan membaca, or podcast or YouTube. Anything. Just learn. Jadi makin bijak setiap hari. Always put new knowledge into your brain every morning.

10. EAT CLEAN :

- Akhir sekali, eat clean. Take great nutritions. Makan super food. Macam Honey, Royal Jelly, Pollen, Propolis, Chia Seeds, Dates. Anything. Take raw vege, or fruits. Drink shakes. Fuel up your body with high Quality good Nutrition.

10 perkara ni anda buat selama 90 hari. Commit to your 90 days life changing Journey. By January 2020 anda dah tak kenal diri anda sekarang.

Sebab anda dah becoming another version of yourself. A whole new upgraded version.

GOOD LUCK GUYS! 😉

*Gambar ni dari atas gunung. Sebab duk atas gunung semua kena pakai jambang. Baru jadi orang gunung. 😂

Dapat sesuatu?
#Share

- Afnan Rosli-
Be Happy 💖

HIDUP JADI LEBIH TERKAWAL?

Kenapa ada orang deactivated Facebook??? kerana mereka percaya ia dapat tingkatkan vibration. Yes! sebab antaranya ialah untuk HIDUP JADI LE...