Thursday, 15 August 2019

Sharing kelas metamorphosis byWawaShauqi

Semalam kami makan tengahari di sebuah restoran. Sedap betul makanannya. Perabut nampak baru & tempatnya pun bersih.

Cuma tak taulah kenapa, rasa gloomy bila masuk dalam kedai tu. Wajah yang serve kami tu pulak suram semacam. Seolah-olah ruang tu baru trauma tengok laki bini gaduh.

Err… saya taulah sebab dah biasa buat dulu. Kihkihkih.

Balik tu masing-masing rasa penat semacam.

“Agaknya sebelum kita masuk, bos dia tengah hot kot.”

“Brader serve kita tadi tengah tak de mood kot.”

Macam-macam telahan yang kami buat. Kesian pulak restoran tu kami tuduh macam-macam, entah-entah sebab cat hitam dia yang buat kami rasa gitu.

Sebenarnya orang termasuk objek di sekitar kita semua ada vibration. Apa perasaan yang kita rasa dalam hati akan keluarkan vibration. Vibration sedih, vibration happy, vibration terdesak dan sebagainya.

Dan yang menariknya, vibration yang kita keluarkan, orang sekeliling kita dapat rasa.

Mohon jangan cakap saya sesat ya, bila saya kata ini ilmu dari Tuan Afnan Rosli. Kesian beliau dan kami ni. Kalau kaji jauh sikit, kita akan nampak benda ni ada dalam ilmu Fizik.

Pernah tak rasa macam ni?

Kita tengah berkumpul dengan santai bersama kawan-kawan, tiba-tiba ada sorang ni masuk. Tiba-tiba kita rasa awkward dan tak selesa, walaupon orang tu tak buat apa-apa pun kat kita?

Pernah tak kita jalan-jalan kat pasaraya, tiba-tiba kita melencong bila nampak ada orang sedang pegang flyers nak promot simkad/ penapis air?

Pernah tak korang rasa lemas bila nampak saya buat post pasal parenting?

Pe Chey mohon terasa. Yang lain tak perlu mengaku, nanti saya yang terasa. Kikiki.
.

Penjelasan sainsnya, kerana vibration orang tersebut tak sama dengan vibration kita.

Orang-orang yang teruja dengan ilmu keibu bapaan, adalah mereka yang sama vibration dengan saya. Manakala yang tak sama vibration akan rasa nak unfriend saya,

Ok, back to kisah vibration ni.

Siapa nak keluarkan vibration yang baik, sampai mempengaruhi orang lain untuk having good feeling juga?

Caranya adalah ‘feel happy’.
Jadilah manusia yang gembira dan tenang.

Bila kita gembira dan tenang, kita dan hasilkan vibration berfrekuensi tinggi, yang akan menarik macam-macam benda positif yang berfrekuensi tinggi datang kat kita.
.

Tips nak gembira = tinggikan vibration:

1.  Be in the present moment.
Contoh nak ‘feel present moment’ ni, bila kita bercuti, fikiran kita jangan sibuk fikir tentang kerja. Bila kita bekerja, jangan sibuk fikir pasal cuti.

Feel apa yang sedang anda lakukan. Kalau sedang jalan kat taman, rasakan udara membelai muka kita, kaki memijak rumput, mata penuh rasa syukur dapat lihat ciptaan Allah.

Alah, senang cerita, macam kita jatuh cinta kat laki/ bini kita dulu. Punya lah feeling good sampai si dia kentut pon kita rasa macam bau perfum Chanel.

Bila bergaduh, dengar lagu sedih kat radio pun, ya Allah dia punya feeling the present moment sampai berjuraian air mata.
.

2. Jangan biarkan diri kita buat kerja dengan rasa terdesak.
Rasa terdesak itu sendiri menghasilkan vibration dia sangat rendah.

Agaknya mungkin sebab itulah waktu saya kerja fikir nak bayar itu ini, saya rasa penat bekerja, tapi ujian datang bertimpa-timpa dan masalah tak pernah selesai.

Bila tenang-tenang, alhamdulillah rasa lancer aje tugas dan rezeki.
.

3. Bersyukur.
Sejak kelas Reborn lepas, ini antara rutin yang saya buat setiap malam sebelum tidur.
Hanya menulis apa perkara yang saya syukuri, kemudian tulis apa perkara saya nak buat esok, beri impak yang sangat besar.

Saya lebih tenang, lebih mudah kawal emosi dan lebih rasa cergas bila buat kerja. Kurang dah rasa letih dan nak marah-marah.
.

4. Solat awal waktu.
Setiap perubahan waktu solat ni ada warna alam yang mempengaruhi fungsi organ dalaman kita.

Antara sebab kita kena jaga solat di awal waktu. Contohnya kalau kita tak solat subuh pada awal waktu, kita tertinggal kebaikan  warna alam biru muda yang mana bagus untuk dapat tenaga yang optimum.

Ada pendapat kata essential oil pon ada jenisnya yang sesuai dengan warna-warna alam yang tertentu.

.

5. Audiofrequency,
Audio bacaan Al-Quran, zikir, serta bunyian ombak antara bunyi yang menghasilkan frekuensi yang bagus. Jadi pasanglah di rumah kita dan dengar dengan baik.

Untuk yang bukan Islam, boleh cuba dengar bunyian ‘healing’ frekuensi kalau ada rasa sakit hati dengan orang. Atau ‘love’ frekuensi kalau nak orang rasa jatuh hati kat kita.

Saya pula guna alat audio Omar & Hana bebas gelombang berbahaya. Ada bacaan Quran dari Muzammil Hasballah yang bersuara soothing. Recommended sangat beli kat Hanisah Zulkifli.
.

6. Connect with nature.
Pernah tak rasa jatuh hati bila masuk hutan?
Ataupun rasa macam kena panggilan pulau lepas sebulan balik dari bercuti kat pulau?

Lebih semulajadi lanskap yang kita lawati, lagi feeling good kita rasa. Rupanya lagi natural lanskap, lagi seimbang dan tinggi vibration yang kita dapat rasa.
.

7. Bersenam.
Selain boleh kurangkan berat badan, bersenam, bergerak, jaga postur tubuh dan meregangkan otot badan juga boleh tinggikan vibration badan kita.
.

8. Declutter.
Tuan Afnan kata, ‘your external life, define your internal life. Kalau susah nak ubah dalaman, ubah luaran dulu’.

So kalau sesiapa yang rasa runsing, semak kepala, cuba hilangkan semak ruang tempat kita tinggal.”

Buang benda yang dah 90 hari tak pakai dan akan tak pakai 90 hari lagi.

Buang benda-denda yang berkemungkinan menghasilkan vibration yang tak elok, malah menjemput lalat, nyamuk, tikus dan penyakit lain.
.

9. Be kind.
Berbuat baik tanpa harapkan balasan.
Kalau kita jenis yang bila nampak orang, mula nak kira salah & buruk orang tu, biasakan tukar cepat-cepat cara fikir. Blok terus mindset tu dan cari benda-benda positif yang boleh kita puji dalam hati.

Lihat setiap perkara dari sudut positif padanya, walaupun kadang-kadang ia menyakitkan mata kita yang memandang.

Bila kita keluarkan perasaan positif, orang sekeliling pon boleh jangkit positif.
.

10. Bangun tidur dengan gembira.
Bila kita mulakan hari kita dengan rasa gembira dan tenang, insya Allah semua perkara akan jadi smooth je.

Sebaliknya yang berlaku kalau kita bangun dalam keadaan serabut dan kalut. Buat semua benda tak jadi.

.

Kebanyakan kita banyak berusaha keras dari segi fizikal. Kerja keras nak duit banyak tapi lupa nak jaga vibration kita. Akhirnya, kita buntu sebab tak faham stress datang tak henti kat kita walaupun kita usaha nak elak.

Yuk, lepas ni kitA tenang-tenang ajA.

Bila kita rasa positif, cakap benda positif, lihat sesuatu dengan pandangan positif, perlahan-lahan banyak perkara positif akan dating pada kita.

Yang Berusaha Jaga Vibration Yang Positif
Wawa Shauqi.

No comments:

Post a Comment

HIDUP JADI LEBIH TERKAWAL?

Kenapa ada orang deactivated Facebook??? kerana mereka percaya ia dapat tingkatkan vibration. Yes! sebab antaranya ialah untuk HIDUP JADI LE...