Wednesday, 14 August 2019

Ritual Pagi = VGAMES

#RITUALPAGI

Saya belajar dari seorang Millionaire yang very successful, pagi ni waktu paling Penting dalam hari kita. Kalau kita menang Waktu pagi, kita menang sepanjang hari. Kalau kita kalah waktu pagi, kita kalah sepanjang hari.

Sebab tu Nabi kata 2 Rakaat sebelum Subuh lagi bernilai dari Dunia dan Seisi nya. Kalau boleh bangun sebelum Subuh, Dunia dan Isi nya kita punya. Mintak apa InsyaAllah semua kita boleh dapat.

RITUAL PAGI ni secara Ringkas di Panggil
V-GAMES:

V- VISUALISATION:

Waktu pagi tu kita Visualised kan semua Matlamat, Impian dan Hidup kita yang sempurna. Main kan dalam otak hari hari. Biar semua sell dalam badan kita, system saraf kita mula percaya itu lah hidup kita yang sebenarnya. Lama2 minda separa sedar akan bawa kita ke arah hidup yang kita visualise kan tu.

Nak pasangan, nak kereta, nak Bisnes, nak Masa, nak Keluarga Bahagia, Visualise kan semua benda ni secara DETAIL. Dan rasainya seolah olah kita sedang mengalami nya.

G- GRATITUDE:

Bersyukur, Bersyukur Bersyukur. Lagi kita Bersyukur lagi Allah tambah. Setiap Nikmat kita Syukur lagi banyak Nikmat kita dapat. Kena ada satu Gratitude list atau senarai kesyukuran yang kita baca setiap pagi.

Otak mudah lupa, so kena selalu ingatkan betapa banyak nya Nikmat yang kita ada. Bab Syukur ni, kalau nak belajar Bersyukur secara Systematic, boleh Follow Tuan Zuhairi Nopiah. Beliau ada keluarkan buku Journal Inspirasi Syukur. Sangat bagus buku tu.

A- AFFIRMATION:

Pengukuhan. Ini sifat2 yang kita nak Install dalam diri kita. Kalau kita ni kurang keyakinan, setiap pagi ucap pada diri kita seorang yang sangat Confidence.

Satu Affirmation yang saya selalu tengok orang kaya sebut ialah I AM A MONEY MAGNET, I ATTRACT WEALTH & ABUNDANCE INTO MY LIFE.

Lagi satu yang menarik, I GET EVERYTHAT I WANT, EASILY & EFFORTLESSLY.  Dan memang betul, saya tengok kawan saya ni dapat apa pun yang dia nak betul2 Easily & Effortlessly.

Kadang bila kita selalu percaya kita kena kerja kuat untuk dapat apa kita nak, memang kerja kuat lah yang kena buat. Ada orang pilih untuk percaya the other way around. Apa saja kepercayaan kita, semua nya pilihan kita.

Boleh Google je kalau tak tahu Gratitude List tu macamana ya.

M- MEDITATION:

Meditation 🧘‍♀️yang terbaik bagi kita orang Islam ialah Solat. Dalam solat dah ada pernafasan, melalui bacaan yang tartil, dah ada posture yang betul melalui pergerakan solat, dah ada FOCUS’ melalui Khusyu’.

E- EXERCISE:

Kalau boleh, buat simple HIIT (High Intensity Interval Training) boleh google or cari di Utube & just Follow. Kita nak Jantung kita pumping darah dengan Efficient keseluruh badan pagi2, supply Oxygen sebanyak banyak nya ke Otak. Bagi semua Muscle, Otak dan Organ Active.

S- SPIRITUAL:

Lastly, spend time untuk Activate Spiritual kita. Baca Quran, buat Zikir2 harian kita dan Sebagainya.

Anda boleh mula Practice V-GAMES harini. Jadikan nya Routine. Routine ni maksudnya benda yang kita ulang ulang ulang buat hari2 sampai sebati dah jadi Habits kita, dah jadi DarahDaging kita. Cuba lah, tengok perubahan pada Hidup kita seharian.

If you win the Morning, you WIN THE DAY!

#Share & Selamat Mencuba. 😉

          -Afnan Rosli-
Exclusive Calligraphy Artist

No comments:

Post a Comment

HIDUP JADI LEBIH TERKAWAL?

Kenapa ada orang deactivated Facebook??? kerana mereka percaya ia dapat tingkatkan vibration. Yes! sebab antaranya ialah untuk HIDUP JADI LE...