Wednesday 14 August 2019

NAK KENALI DIRI? AMBIL PERSONALITY TEST NI!

NAK KENALI DIRI? AMBIL PERSONALITY TEST NI!

Cara ambil personality test ni macamni. Tarik nafas dalam2 dulu, dan bertenang. Tenangkan fikiran anda.

Anda perlu jawap serta merta tanpa perlu berfikir. Anda baca je soalan saya, terus jawap ye. Type jawapan anda di ruang Comment.

Bila dah habis jawap, baru semak maksud setiap jawapan anda tu ye. Tiada jawapan yang salah. Semua jawapan betul. Just jawap serta merta tanpa berfikir. Itu baru reflects personality anda yang sebenar benarnya.

DAH SEDIA KE?
Cerita nya beginiiii....

1. Bayangkan suatu hari anda berjalan jalan di dalam hutan. Dengan siapa anda berjalan? Namakan satu nama.

2. Sedang asyik anda berjalan, tiba-tiba anda nampak seekor binatang!
Namakan Binatang yang anda nampak tu?

3. Apa tindakan anda pada binatang tu? Anda pergi pada binatang tu, anda duduk dan lihat dari jauh atau anda lari dari binatang tu? Jawap segera jangan fikir.

4. Anda terjumpa segugus kunci. Berapa banyak kunci dalam gugusan itu? Nyatakan nombor.

5. Kemudian anda teruskan perjalanan. Tiba2 anda ternampak sebiji Rumah di dalam hutan tu. Di minda anda, rumah itu berpagar atau tidak?

6. Anda mula masuk ke kawasan rumah. Anda nampak pintu rumah itu tertutup atau terbuka?

7. Anda masuk ke dalam rumah tersebut dan anda nampak ada satu meja di dalam rumah itu. Meja itu berbentuk Bulat, Bujur, Segi Empat, atau Segi Tiga?

8. Atas meja itu ada satu pasu. Dan dalam pasu itu ada air. Anda nampak air itu Penuh, Sederhana, Sikit atau Tiada air langsung?

9. Anda pun pegang pasu itu. Pasu itu di perbuat dari apa? Dari Kaca, Tembikar, Seramic, Kayu, atau Logam?

10. Kemudia anda berjalan ke luar rumah. Anda nampak satu taman. Di taman itu anda nampak sebiji Peti. Nyatakan size peti yang anda nampak. Besar, Sederhana, atau Kecil.

11. Peti itu diperbuat dari apa? Kadboard, kayu, tembaga atau besi?

12. Kemudian anda ternampak satu Air Terjun. Dalam skala 1-10, berapa kelajuan air terjun itu? 1 paling perlahan, 10 paling laju.

13. Kemudia anda ternampak satu jambatan. Nyatakan jambatan anda nampak tu, di perbuat dari Kayu, Rotan, Besi, atau Batu?

14. Anda seberangi Jambatan itu dan anda nampak Seekor kuda. Apakah warna kuda itu? Putih, Kelabu, Coklat, atau Hitam?

15. Dalam fikiran anda, anda nampak kuda itu sedang duduk berehat, makan atau sedang berlari?

16. Kemudian tiba2 datang satu Ribut Taufan yang Dahsyat! Apa reaksi anda? Anda berlari bersembunyi di dalam peti, Bersembunyi bawah jambatan atau anda naik kuda dan berlari?

NOW! Sampai di sini, anda tuliskan jawapan anda di Comment dulu sebelum teruskan membaca Jawapan.

Ya, Tulis dulu bagi siap!!

Dah settle? Ok lets Proceed. 👇🏻

1. Anda berjalan dengan siapa itu menandakan Orang yang paling dekat di hati anda. Kalau isteri, isteri lah paling dekat di hati. Kalau ibu, ibu lah paling dekat di hati. Tapi kalau anda dah kahwin, nama orang lain anda letak, saya tak tanggung 😂.

2. Binatang yang anda nampak tu, simbol pada masalah yang anda hadapi. Makin ganas, berbisa dan besar binatang tu, makin besar masalah anda. Kalau binatang tu kecil macam semut, tikus, tupai, burung. Itu tanda anda takde masalah sangat.

3. Reaksi anda itu menandakan bagaimana anda hadapi masalah. Kalau anda lari dari binatang, itu anda selalu lari dari masalah. Kalau anda duduk tengok je dari jauh. Tandanya anda duduk diam berharap masalah selesai sendiri. Kalau anda pergi pada binatang tu. tandanya anda samada suka cari masalah, atau anda hadapi masalah sampai selesai.

4. Jumlah kunci itu menentukan jumlah rakan anda. Makin  banyak kunci maknanya anda disukai dan di senangi ramai.

5. Rumah tu pula. Bagi yang jawap berpagar, anda sedikit close minded, bagi yang jawap tidak berpagar. Anda bersikap open minded.

6. Kemudian anda nampak pintu rumah. Pintu rumah itu menunjukkan anda open untuk bercerita atau berkongsi kisah hidup anda dengan orang atau tidak. Bagi yang pintu terbuka, mereka lebih senang untuk bercerita, manakala yang tertutup lebih suka simpan seorang diri.

7. Meja di rumah itu, bagi yang pilih bulat atau bujur, orang ini senang percaya dan senang kesiankan orang. Bagi yang pilih bersegi segi. Mereka susah nak percayakan orang. Kalau yang pilih segi tiga itu lagi susah nak percaya orang.

8. Jumlah air dalam pasu itu simbol pada impian anda. Makin banyak air, makin besar impian anda. Kalau air sikit tu, mungkin anda kurang berimpian.

9. Material pasu pula menunjukkan Jiwa anda. Kalau kaca, seramic, benda2 senang pecah ni, jiwa kita agak rapuh. Kalau besi, batu, kayu, itu jiwa agak kental tu.

10. Size peti Mewakili Size EGO kita. Makin besar peti tu, makin Besar EGO.

11. Material peti pula, kalau di perbuat dari kayu, kadboard itu tanda kita seorang yang humble. Kalau besi, Timah, Tembaga itu agak Arrogant sedikit.

12. Air terjun ni menunjukkan kita punya Sexual Drive. Kalau 1 tu agak suam2. Kalau 10 tu Bernafsu tinggi benar tu.

13. Jambatan itu simbol pada Relationship kita dengan kawan2. Makin kukuh material, makin setiakawan kita ni. Kalau jambatan di perbuat dari Besi, Batu, itu betul2 setiakawan.

14. Warna kuda menunjukkan Alignments kita dengan pasangan. Warna putih, sangat serasi, sangat Align. Kalau hitam tu agak kerap berperang.

15. Kalau kuda tu duduk diam, atau makan rumput je, itu pasangan kita senang di kawal. Kalau yang kuda berlari sana sini tu, pasangan agak liar sikit 😂.

16. Akhir sekali. Bila ada masalah kita pergi ke mana? Kalau masuk dalam peti. Itu tandanya setiap kali ada masalah, kita bergantung pada diri sendiri.

Kalau bawah jambatan, itu kita akan cari kawan2 kita bila ada masalah.

Kalau naik kuda, maknanya kita akan cari pasangan kita bila kita hadapi masalah.

Jadi, macamana? Ada yang kena dengan anda?
#Tag Pasangan anda tengok diorang jalan dengan siapa dan cari siapa bila ada masalah.

Jangan lupa #SHARE pada kawan2 supaya kita kenal personality masing-masing. 😉

Thanks for Joining, Thanks for Sharing. Jumpa lagi di Perkongsian seterusnya. 😘

           -Afnan Rosli-
Exclusive Calligraphy Artist

No comments:

Post a Comment

HIDUP JADI LEBIH TERKAWAL?

Kenapa ada orang deactivated Facebook??? kerana mereka percaya ia dapat tingkatkan vibration. Yes! sebab antaranya ialah untuk HIDUP JADI LE...