MENTAL SELF IMAGE
Post ini panjang, tapi saya JAMIN #BERBALOI Baca!
Anda pernah jumpa tak orang gemuk yang bersungguh2 usaha kuruskan badan, tapi tiap berat dia dah susut, tak lama lepas tu naik balik berat dia, Kembali pada asal?
Ataupun orang yang berniaga. Setiap kali dia berniaga asyik2 gagal, asyik2 rugi. Meniaga apa pun tak pernah berjaya? Atau dah nampak bibik2 nak berjaya tiba2 gagal balik. Kembali pada asal?
Kenapa jadi macamni? ☝🏻
Let me Explain. Ini semua adalah sebab Mental Self Image. Bagaimana kita melihat diri kita sendiri. Ada orang, walaupun dia berusaha bersungguh2 untuk kurus, tapi dia tak ubah self image diri dia. Jauh dalam lubuk hati dan perasaan dia, masih lagi dia anggap dia seorang yang gemok!
Ya, memang dia akan turun berat! Tapi selagi dia tak ubah bagaimana dia melihat diri dia, minda separa sedar dia akan bawa dia ke keadaan asal, untuk "Match" dengan self image dia.
Sebab tu kita selalu tengok orang turun dan naik berat beberapa kali.
Sama juga dalam orang berniaga. Selagi dia nampak diri dia sebagai orang yang gagal, buat lah bisness apa pun, minda separa sedar dia akan bawa dia kembali "Match" dengan self image dia.
Sebab tu, ikut study, kebanyakkan orang yang menang Loteri, tak kira berapa juta pun dia menang. Akan kembali pada keadaan kewangan asal dia selepas dua tahun.
Baru ni ada sorang kawan saya pm. "Nan, tolong lah ajar bisnes, saya buat semua gagal, buat itu rugi, buat ini rugi".
Dalam kes ni, benda pertama dia kena buat ialah ubah image atau kepercayaan diri dia yang dia buat apa pun rugi. Selagi tak ubah, bawa lah bisnes plan terbaik dunia pun, tetap akan rugi. Mesti minda separa sedar kita akan bawa kearah itu.
Pernah ada sorang wanita ni, dah berkahwin dan bercerai beberapa kali. Rupa ada, harta ada. Bila pergi pada kaunselor, dia tanya kenapa dia jadi macamni? Tak boleh jumpa pasangan hidup yang sesuai dengan dia?
Kaunselor tanya, lelaki macamana yang kamu NAK?
Dia jawap: " Saya TAKNAK lelaki perokok, lelaki yang menipu, lelaki panas baran!"
Kaunselor tanya lagi, lelaki macamna yang kamu NAK?
Jawapan yang sama dia bagi.
"Saya TAKNAK lelaki perokok, lelaki penipu, dan lelaki panas baran!"
Kaunselor ni ulang tanya soalan ni beberapa kali. Sampai lah dia fed up! Dia pun tanya, kenapa encik tanya soalan yang sama pada saya?
Kaunselor jawap, "saya tanya cik, lelaki macamna yang cik NAK?"
Tapi cik jawap, "cik TAKNAK lelaki perokok, penipu dan panas baran"
Sekarang saya nak tanya, lelaki macamna yang cik kahwen sebelum ni?
Dia jawap semua ketiga2 suami saya "Perokok, Penipu dan panas baran".
Kemudian kaunselor tanya. Sekarang cik faham kenapa cik dapat lelaki macamtu?
Sebab self image yang cik pegang dalam minda, perasaan dan hati cik ialah image sebagai isteri pada lelaki2 macamni.
Sepatutnya cik jawap ciri2 suami yang cik nak, bukannya suami yang cik taknak. Faham sekarang?
Image yang sepatutnya dia pegang dialah, saya nak suami yang soleh, baik, penyayang dan lemah lembut.
Faham kan?
Macam saya pernah share dalam post 5 Ritual Pagi Orang Berjaya sebelum ni.
Kisah Muhammad Ali sebut "I'M THE GREATEST!"
Beliau bukan sebut tu selepas beliau jadi juara Dunia. Tapi lama sebelum dunia belum kenal siapa Muhammad Ali, belia dah sebut "I'M THE GREATEST"!
Apa yang beliau sedang buat ialah beliau sedang letak self image dalam otak beliau yang beliau adalah JUARA DUNIA.
Sama macam saya. Saya sebut dan image kan diri saya dalam minda, hati, dan perasaan bahawa saya seorang "EXCLUSIVE CALLIGRAPHY ARTIST" bukan selepas saya dah buat Karya2 untuk Istana, Menteri2 dan Celebrity2.
Tapi saya sebut tu semenjak saya jual karya pertama saya berharga RM10 lagi.
Apa yang saya sedang buat ialah saya sedang ajar minda separa sedar saya bahawa saya memang Exclusive Calligraphy Artist. Ulang, ulang, ulang sampai minda, hati dan perasan kita PERCAYA!
Baru DUNIA MULA PERCAYA!
Saya ada seorang kawan. Beliau memang suka menulis tentang kegagalan dan kisah kesusahan beliau di Fb.
Memang kisah2 begini orang suka baca, tapi yang membacanya juga orang2 yang sedang gagal dan sedang susah.
Tiap kali dia muat naik status, mesti berkait dengan kisah gagal dan susah nya beliau. Ini sangat bahaya, kerana Self Image yang di pegang dalam minda ialah beliau seorang yang gagal!
Dan memang beliau buat apa bisnes pun semua gagal. Bahaya kan?
Sama juga macam orang yang suka baca group2 atau page2 seperti KRT. Kisah rumahtangga orang yang goyah.
Jika dibaca hari2, benda itu akan membentuk self image dalam minda bawah sedar kita dan akan membawa pada ke goyahan rumahtangga sendiri.
Sebab tu, orang yang suka mengumpat hal rumahtangga orang lain. Lama2 benda yang di umpat tu akan jadi pada rumahtangga sendiri. Sebab self image itu slowly terbentuk dalam minda setiap kali dia mengumpat.
Saya masih ingat sekitar tahun 90'an Tun Mahathir memperkenalkan slogan MALAYSIA BOLEH 🇲🇾!
Waktu itu saya ingat pelbagai pencapaian demi pencapaian Rakyat Malaysia cipta di Persada Dunia!
Apa yang Tun sedang buat ialah beliau sedang cipta self image dalam jiwa, minda dan perasaan rakyat yang Rakyat Malaysia memang BOLEH! Dahsyat kan?
Cuba lah check self image anda!
Kalau buat bisnes asyik tak menjadi aje, tengok balik lah. Mesti ada something wrong somewhere. Ubah mind set.
Kita mungkin boleh tipu orang sekeliling dengan luaran, tapi dengan diri kita sendiri memang tak boleh tipu.
Dia akan bawa kita ke arah diri kita yang kita sendiri image kan.
Yang terakhir, kenapa self image ini membentuk siapa kita sekarang?
Sebab self image adalah doa kita pada Tuhan sepanjang masa. Kita ingat yang kita lafaz lepas solat beberapa minit itu adalah doa.
Ya, itu doa, tapi doa kita lagi 23Jam lebih sepanjang hari, dalam minda, jiwa dan perasaan itu adalah self image kita.
Sebab tu dalam satu Hadith Qudsi Nabi sebut, Allah berfirman " Aku Sebagaimana Prasangka Hamba ku".
Macamna kita fikir, itulah yang kita dapat. 😊
Saya ada satu concept yang saya sebut.
“Let go of yourself, to become your new self.”
Jika bermanfaat, please #SHARE supaya lebih ramai dapat belajar. Kongsikan pada team anda, pada anak-anak anda dan pasangan anda. ☺️
Jemput Follow 👉🏻Afnan Rosli. Saya menulis tentang Motivasi & Pembangunan Diri setiap hari.
-Afnan Rosli-
Exclusive Calligraphy Artist
No comments:
Post a Comment