Wednesday, 14 August 2019

☑️ Live like a baby

Baru ni saya terbaca satu Hadith. Dan hadith ni sangat menarik perhatian saya. Hadith nya berbunyi begini :

“Ruh-ruh itu bagaikan tentera-tentera yang berbaris. Siapa saja di antara mereka yang saling mengenal akan saling mengakrabi. Dan siapa saja di antara mereka yang tidak saling mengenal akan saling menjauhi.” 

(Riwayat Imam Bukhari, kitab Al Anbiya’ hadith no 2638)

MasyaAllah saya kata. Dahsyat Nabi punya pemahaman kan?

Macam saya selalu cakap sebelum ni. We are all connected at a spiritual dimensions. Thats why kita boleh connect dengan siapa saja dalam dunia ni yang kita nak connect.

Those with the same vibrations dengan kita akan terhubung dengan kita. Those yang Vibrations berbeza akan saling menjauhi.

Macam yang Nabi cakap. Mereka yang saling mengenal akan saling mengakrabi.

Sebab itu lah kadang-kadang orang yang jauh terasa dekat. Orang yang baru pertama kali jumpa, terus rasa macam dah lama kenal. Sebenarnya kita dah long connected di dimensi spiritual. Cuma di dimensi fizikal kita baru berjumpa.

Di dimensi fizikal, kita perlukan time & space untuk wujud. Jasad kita pun perlukan time & space untuk bertemu. Tanpa ruang dan masa, kita tak boleh bertemu. Tapi di dimensi spiritual. Kita tak terikat dengan ruang dan masa.

Thats why kita boleh panggil orang pada Negara lain untuk datang dalam bentuk fizikal, mind, body and souls jumpa kita. Seperti yang saya ceritakan sebelum-sebelum ni.

Sebenarnya, souls mereka yang tertarik. Tak kisah lah, customer, kenalan, idola atau siapa saja. Kita pun kadang-kadang hati ni terasa macam ada orang memanggil-manggil jeee kan? Tapi kita tak tahu apa perasaan tu.

Kadang-kadang kita sampai satu tempat, rasa macam familiar gila tempat ni. Rasa macam dah selalu sampai. Padahal 1st time sampai. Mungkin orang yang sedang memanggil kita, ada dekat-dekat kawasan tu. Interesting kan?

Dalam #Metamorphosis kita kupas bab ni. InsyaAllah.

Dapat sesuatu?

#Share Moga Bermanfaat.

            -Afnan Rosli-
Exclusive Calligraphy Artist

No comments:

Post a Comment

HIDUP JADI LEBIH TERKAWAL?

Kenapa ada orang deactivated Facebook??? kerana mereka percaya ia dapat tingkatkan vibration. Yes! sebab antaranya ialah untuk HIDUP JADI LE...