Thursday, 15 August 2019

LELAKI UMUR BERKAT

LELAKI UMUR BERKAT

Alhamdulillah Harini saya bertemu orang hebat Pak Ajak di kediaman beliau. Saya terjumpa beliau ni secara tak sengaja je tahun lepas di kedai frame. Tak sampai 10 minit pun kami borak waktu tu.

Tapi tadi saya pergi rumah beliau, beliau dan isteri layan memang betul2 macam anak sendiri. Beliau seorang Artist cat minyak, yang banyak melukis gambar2 Landscape Pemandangan macam kita selalu tengok di dinding rumah2 lama zaman tok2 kita dulu tu. Sekarang dah tak ramai pandai lukis macamtu.

Apa yang menarik saya tengok pada Pak Ajak ni, walaupun umur dah 60 Tahun lebih. Beliau suami isteri nampak 20 tahun lebih muda. Kalau orang xkenal memang tak sangka beliau dah 60Lebih.

Kemudian, saya tengok lifestyle beliau yang santai je pagi2 pergi masjid, lepas subuh sempat dengar kuliah, sempat boleh taalim, kemudian pergi ke kebun. Boleh bertukang, boleh melukis, berkarya dan travel sana sini. Saya nampak ini tanda orang Umur Berkat ni.

Tak pernah tak senyum. Asyik senyummm je memanjang. Beliau usahakan kebun ni pun, sikit je hasil yang beliau jual, yang lain semua di Sedekahkan.

Yang paling terkesan tadi, masa saya duk sembang dengan beliau, tiba2 beliau cakap nak balik jumpa anak angkat. Rupanya2 beliau cakap, bila hari Jumaat Toilet Masjid jadi anak angkat beliau. Beliau akan khidmat bersihkan toilet masjid. Now saya faham kenapa Allah bagi mudah hidup beliau.

Sebab beliau mudahkan urusan ramai orang. Anyway, terima kasih banyak2 Pak Ajak dan isteri untuk layanan istimewa dan Hasil2 kebun yang di beri tadi. Alhamdulillah Rezeki banyak harini.

Saya dan isteri pun tak lama lagi nak pencen juga. InsyaAllah nak teruskan lifestyle macam ni. Berkebun, Masjid, Jumpa kawan2, khidmat, bagi impact pada society dan Travel. Such an Awesome & Perfect lifestyle for me. Walaupun tak mewah macam orang lain. Tapi kalau dapat rasa ni semua di usia muda saya rasa something Amazing la. Sebab harini ramai sangat hidup terkejar2 Dunia sampai hujung hayat.

Akhir nya bila nak mati baru sedar yang dia sebenarnya terlupa nak betul2 “HIDUP”.

           -Afnan Rosli-
Exclusive Calligraphy Artist

No comments:

Post a Comment

HIDUP JADI LEBIH TERKAWAL?

Kenapa ada orang deactivated Facebook??? kerana mereka percaya ia dapat tingkatkan vibration. Yes! sebab antaranya ialah untuk HIDUP JADI LE...