Sedang saya buat beberapa persediaan terakhir untuk #Metamorphosis KL tadi, ada sesuatu yang saya rasa saya patut kongsikan dengan anda.
Waktu saya menulis status ni, saya sedang buat Affirmations list untuk para peserta nanti. Setelah menulis berpuluh-puluh “I AM”, saya perasan rupanya ramai yang tak sedar the power of “I AM”.
Apa saja perkataan yang anda letak setelah “I AM” akan membentuk Mental Self Image anda. Self image akan membentuk Personality anda. Personality anda akan menjadi Personal Reality anda.
Apa itu self image? Baca di sini:
https://www.facebook.com/100003997391076/posts/1369966139813286?sfns=mo
Kalau anda kata I AM LOVING, anda akan mempunyai Personality yang loving, I AM SUCCESSFUL, anda akan mempunyai Personality yang successful. Eventually Personality anda akan menjadi Personal Reality anda. Itu lah hidup anda.
Tapi saya sedih, terlalu ramai yang pm saya menggunakan I AM yang lemah, yang powerless, yang useless, yang tiada apa-apa.
Tuan Afnan, saya ni ibu tunggal yang tak ada apa-apa. Tuan Afnan, saya ni tak reti apa-apa. Tuan Afnan, saya ni orang susah. Tuan Afnan, suami saya dah tak sayang saya.
No! Berhenti bicara seperti itu.
Macam saya cakap sebelum ini, Kita boleh susah, kita boleh miskin, tapi jangan menyerah dengan mimpi. Karna Tuhan kita Maha Kaya.
Kita boleh sakit, kita boleh penat, tapi jangan pernah merasa lemah, karna Tuhan kita Maha Perkasa.
Mula gunakan I AM yang betul. Ubah identifications dalam diri. Anda boleh jadi siapa saja. Kuasa membentuk self image itu Allah bagi pada kita. Kita tentukan apa kita nak jadi.
Bagaimana saya menjadi Calligraphy Artist, Pendekar Muda, Speaker, Influencer & Author dan boleh Excell di semua bidang-bidang berbeza ini?
Macam saya kongsikan dalam post ni:
https://www.facebook.com/100003997391076/posts/1404243146385585?sfns=mo
Sebab saya gunakan I AM yang betul.
Bila saya nak jadi Pendekar, saya gunakan I Am STRONG & POWERFUL, I am ACTIVE dan sebagainya. Bila saya nak jadi Calligraphy Artist, saya gunakan i am CREATIVE. Begitu lah dalam bidang-bidang yang lain. Saya gunakan identifications yang betul.
Perkataan yang anda letak selepas I AM akan membentuk Self Image anda. Self image akan membentuk Personality. Personality akan membentuk Personal Reality anda. Hati-hati.
Choose your I AM carefully.
Soalan saya, apakah “I AM” anda?
Dapat sesuatu?
#Share Moga Bermanfaat.
Jemput Follow 👉🏻 Afnan Rosli. Saya menulis tentang Motivasi dan Pembangunan Diri setiap hari.
-Afnan Rosli-
Exclusive Calligraphy Artist
No comments:
Post a Comment