Wednesday, 14 August 2019

Cara untuk Increase Vibrations 1/11 - Air

Tubuh kita terdiri dari 60% Air. Otak dan jantung kita masing-masing terdiri dari 73% air. Paru-paru kita 83% air, kulit kita 64% air, buah pinggang kita 79% air, malah tulang kita yang keras tu terdiri dari 31% air.

So, secara asasnya, body fizikal kita hanyalah a huge bag of water. Bag air yang berjalan je kita ni.

Dalam Seminar #Metamorphosis saya ajarkan 11 cara untuk Increase Vibrations kita. Salah satu nya ialah menggunakan air.

Air ni antara substance yang sangat mudah terkesan dengan getaran. Kan kalau ada bunyi sikit pun getaran air tu dan berubah kan. So, since body kita ni full of water, body kita sangat sensetif dengan getaran.

Ada seorang Scientists bernama Masaru Emoto, beliau sangat Famous dengan kajian beliau selama berpuluh tahun tentang molecule air ni.

Baru ni saya pergi ke Kinokuniya KLCC, banyak rak buku dalam kedai tu. Ada bahagian Business, self help, motivation, Finance, Philosophy dan sebagainya. Dan di setiap rak, ada pelbagai-bagai nama Author. Tapi ada satu section ni, nama dia Masaru Emoto. Satu rak tu, semua buku Dr. Masaru je. Punya lah banyak research dan buku yang dia produce. Sampai satu section nama dia saja.

Anyway, Dr. Masaru kata, air ni sangat mudah terkesan hinggakan cara kita pegang bekas air, lukisan atau tulisan di bekas air, Emotions kita waktu nak minum air dan bunyi yang di perdengarkan pada air, semua nya mengubah molecule air.

Bayangkan, cuma sebut perkataan LOVE, atau kita just buat dengan jari bentuk Love di cawan, boleh ubah Crystal air tu jadi sangat cantik. Air yang di perdengarkan dengan ayat Al Quran, knowledge, music yang ada Vibrations bagus seperti  Mozart, semua mengubah crystal air menjadi cantik.

Manakala perkataan buruk, lucah, music heavy metal, image dan video keganasan semua mengubah crystal air jadi buruk.

So, bayangkan body kita ni, kalau sentiasa hold negative thoughts, negative image, dan negative beliefs. Macamana seluruh air dalam badan kita berubah? 

Dr. Masaru cuma letak gambar Dolphins dekat cawan pun air tu dah jadi cantik. Lebih lagi lah kalau thoughts kita sentiasa memikirkan perkara indah indah. Love, Joy, Happiness, Bless dan sebagainya.

Thats why saya selalu cakap, jangan kerja kerana Desperation, nak bayar bill, nak bayar kereta rumah semata-mata. Hanya buat kerja yang kita passionate, enjoy dan care so deeply. Dengan cara itu, kita akan Vibrations at higher vibrations, seluruh molecule air dalam badan kita akan cantik.

Kita lebih sihat, lebih gembira, lebih energetic, lebih banyak kebaikan datang dalam hidup.

Hanya dengar perkara baik, pakai baju yang ada image-image baik, berkawan dengan orang baik-baik, avoid gossip, mata jaga, jangan tengok berita bunuh, eksident, jenayah, itu semua ganggu Vibrations kita.

Expose semua deria kita pada knowledge, ilmu agama, ayat Quran, music yang lembut, nasihat kebaikan, amalan kebaikan dan sebagainya.

Dan lastly, of course lah kena minum air banyak-banyak. Jangan minum air mati.

Air mati ni macam air yang dah di masak, air yang duduk dalam botol dalam kereta kita terlalu lama, air dalam bekas yang terdedah pada sunlights terlalu lama, air Reverse Osmosis dan sebagainya.

Minum air yang penuh dengan Minerals. (Yang ni pergi tanya orang Coway & Cuckoo).

Water is Life. So, untuk berjaya, its very important untuk really take care of this part. Dalam Quran Allah sebut, “dari Air Kami jadikan segala sesuatu yang hidup.”

Belajar sesuatu?

#Share Moga Bermanfaat.

Jemput Follow 👉🏻Afnan Rosli. Saya menulis tentang Motivasi dan Pembangunan Diri setiap hari.

          -Afnan Rosli-
Exclusive Calligraphy Artist

No comments:

Post a Comment

HIDUP JADI LEBIH TERKAWAL?

Kenapa ada orang deactivated Facebook??? kerana mereka percaya ia dapat tingkatkan vibration. Yes! sebab antaranya ialah untuk HIDUP JADI LE...