Thursday 15 August 2019

CARA NAK BAHAGIA MACAM BUDAK KECIK

CARA NAK BAHAGIA MACAM BUDAK KECIK.

Harini Birthday anak saya Ahmad Luqman. Saja duk sembang-sembang dengan wife baru ni pasal anak kami ni. Duk tengah sembang-sembang, saya cakap kat wife.

Perasan tak, Luqman ni, semua orang sayang dia. Kalau kat rumah, tak kira lah, rumah mak saya, atau mak mertua saya. Luqman ni benda pertama diorang akan cari, orang terakhir yang diorang nak jumpa sebelum tidur.

Kalau kat rumah mak saya ni. Pagi-pagi lagi adik-adik saya akan ketuk pintu bilik tidur kami, tanya, Luqman dah bangun belum? Luqman mana?

Setiap hari macamtu. Orang akan pergi ke bilik kami cari Luqman. Kalau time diorang balik kerja, balik dari sekolah pun sama. Diorang sampai je rumah memang diorang cari Luqman dulu.

Hadiah takyah cakap lah, pergi shopping mall ke, mesti ade jee benda tokma dia bawa balik. Tak baju, mainan. Adik-adik saya pun sama. Asyik beli mainan beli hadiah untuk Luqman. Dan bukan tu je. Kitorang pergi mana2 pun selalu je orang bagi duit kat dia.

Kenapa ye jadi macamni? Padahal budak ni bukan bagi duit, bukan bagi pangkat pun dekat semua orang. Tapi kenapa semua orang sayang, dan semua orang nak serve dia? Kenapa?

Bila saya belajar tentang Energy, tentang Vibrations. Saya mula faham. Rupanya budak kecik ni, dia Vibrates pada Vibrations yang sangat tinggi. Pada level Happiness, pada level Joy dan Blissfulness.

Sebab dia sentiasa happy. Orang sekeliling rasa Bahagia duduk dengan dia, sebab orang nak menumpang Energy positive dia. Orang sekeliling rasa happy, rasa Bahagia duduk dengan dia.

Hasilnya, semua orang sayang, semua orang nak memberi something pada dia.

Dan kita pun patutnya macamtu. Kita kena sentiasa berada pada state tu. Happiness, Joy, Bliss. Ape pun jadi kat pejabat, ape pun jadi kat dunia luar pada diri kita. Dalaman kita kena Bahagia.

Bila dalaman kita Bahagia, orang keliling semua rasa nak dekat dengan kita, nak menumpang seronok kita, nak serve kita, nak memberi sesuatu pada kita. Sebab orang rasa selesa dan sedap khidmat pada kita.

Itu lah State yang kita semua patut ada sekarang.

So, macamna nak berada di keadaan macamni sentiasa?

1. JADI BUDAK KECIK BALIK.

Always buat apa yang dia nak buat, always buat apa yang dia rasa teruja, gembira, dan seronok. Pergi main, pergi lompat,buat je apa yang gembira kan anda.

2. ELAKKAN DOSA.

Dosa ni getaran dia rendah. Dia buat hati kita bergetar pada Vibrations Guilt & Fear. Rasa bersalah dan takut. So, budak kecik ni, dia tidak ada dosa. Dia jauh dari dosa. Bila kita tak buat dosa, baru seluruh Makhluk sayang.

3. Smiles 😇 & Laugh 😆 a lot! 

Senyum dan ketawa banyak banyak. Tengok budak kecik. Asyik senyum, ketawa, senyum ketawa. Itu je kerja dia sepanjang hari.  Kita pun kena buat macamtu kalau nak semua orang sayang, semua orang bagi macam-macam pada kita.

4. TIADA DENDAM.

Budak kecik, hati dia bersih, tak pernah simpan dendam. Nanti baca post saya tajuk tiada dendam baru ni. Anda akan faham bagaimana dendam sebenarnya memusnahkan diri anda dan merompak KEBAHAGIAAN anda.

5. CUKUP REHAT.

Tengok budak kecik, penat main, tidur, penat main tidur. Rest yang cukup perlu untuk kita berfungsi dengan optimum dan emosi kita stabil. Sebab tu, kalau perasan bos bos kita yang hardworking tidur tak cukup, semua pemarah, baran, cepat melenting. Dan semua orang benci. Yes.  Maybe boleh kaya, maybe boleh banyak harta. Tapi dalaman berperang.

Hari hari tak tenang, tak bahagia. So, cukupkan rehat. Sleep like a baby. Orang putih kata.

Anda Belajar sesuatu dari sini?

Sedia nak hidup Bahagia dan di Sayangi macam baby?

#Share Moga Bermanfaat.

Jemput Follow 👉🏻Afnan Rosli. Saya menulis tentang Motivasi dan Pembangunan Diri setiap hari.

           -Afnan Rosli-
Exclusive Calligraphy Artist

No comments:

Post a Comment

HIDUP JADI LEBIH TERKAWAL?

Kenapa ada orang deactivated Facebook??? kerana mereka percaya ia dapat tingkatkan vibration. Yes! sebab antaranya ialah untuk HIDUP JADI LE...