Wednesday, 14 August 2019

BAHAYA BOSAN & PERANGKAP EMOTIONAL SPIRAL.

BAHAYA BOSAN & PERANGKAP EMOTIONAL SPIRAL.

Pernah tak, kita bangun tidur lewat, pastu anak pulak buat perangai, pastu dah keluar rumah nak gi kerja, ade pulak barang tertinggal, jalan pulak jam teruk haritu. Semua traffic light asyik meraaah aje.

Sampai office pulak, bos marah-marah, client pulak cancle project, tiba time lunch air tertumpah atas baju lah, macam-macam peristiwa malang datang bertimpa timpa dalam satu hari.

Kita semua pernah lalui kan? Hari yang lepas satu satu benda buruk berlaku. Kenapa jadi macamni?

Benda ni jadi sebab kita terperangkap dalam Emotional Spiral. Kelmarin saya mengajar bab ni dalam Coaching saya.

Ramai orang tak sedar yang mereka sedang spiral turun ke bawah. Once dia duduk dalam spiral ke bawah, itu yang jadi lepas satu satu benda malang jadi. Makin teruk makin teruk. Last sekali, dia akan bawa kita ke arah rasa diri ni Powerlessness. Rasa dah takde daya, putus asa, takde kuasa dah.

Permulaan downwards spiral ni ialah bosan. Selalu dengar orang duk sebut bosan la, bosan laaa. Kan?
Bila mula bosan, jangan di layan, cepat-cepat change Energy kita, buat benda yang boleh bagi kita Happy, Joy, buat benda kita passionate.

Kalau di layan, kita mula buat benda yang buat kita rasa teruk. Saya boleh cerita ni, sebab ini yang saya lalui. 😅

Masa saya decide malas nak kerja. Dua tahun saya tak buat kerja. Duk rasa duit dah banyak. Then lepas setahun setengah, dah datang rasa bosan dah. Yela, hampir hari hari bangun jam11 pagi. Pastu bangun, tengok Netflix. Sehari sampai 2,3 movie saya layan.

Duduk makan tidur, makan tidur. Last sekali, mula rasa diri Useless, rasa serabut, pastu satu satu bala datang menimpa. Lepas satu satu. Itu lah bahaya nya perkataan BOSAN tu. Huhuhuhuu.

Sebab tu hati-hati kalau kita ni jenis baran, pemarah, suka ragu ragu. Kena Aware. Masa nak marah tu cepat-cepat sedar. Pastu tukar State Of Energy kita bagi Spiral naik ke atas.

Baru ni wife saya sedih, saya tengok muka dia pun kusam, gelap, menangis nangis. Entah kenapa saya pun tak tahu. Saya cakap kat dia, jangan layan, nanti spiral ke bawah. Ape yang dia buat. Dia pergi mandi, makeup, pakai cantik-cantik, pakai baju warna terang. Terus nampak ceria, mood terus berubah.

Ramai perempuan tak pandai kawal. Mai mood sedih jee, dia pergi layan. Mula lah terperuk dalam bilik, duduk dalam selimut taknak cakap ngan orang. Jangan buat macamtu adik maniissss. Awak sedang spiral ke bawah tu, nanti makin parah hidup.

Thats why setiap pagi, mulakan dengan Kejayaan-Kejayaan kecil, macam kita kemas katil, kita cium anak isteri, bagi kucing makan, solat Subuh Jemaah ke. Anything yang buat kita rasa Happy, Achievements, Accomplishment. Yang buat kita feels good. Sebab, kalau awal pagi kita feels good dah, Emotions kita akan Spiral naik ke atas.

Sepanjang hari lepas satu satu kebaikan datang pada kita. Pastu kita panggil itu hari bertuah saya. Padahal, itu semua bermula waktu pagi, dari kebaikan dan Kejayaan kecil yang kita buat.

Faham? Belajar sesuatu pagi ni?
Anda pilih spiral ke bawah atau keatas?

#Share Moga Bermanfaat.

Jemput Follow 👉🏻Afnan Rosli. Saya menulis tentang Motivasi & Pembangunan Diri setiap hari.

           -Afnan Rosli-
Exclusive Calligraphy Artist

No comments:

Post a Comment

HIDUP JADI LEBIH TERKAWAL?

Kenapa ada orang deactivated Facebook??? kerana mereka percaya ia dapat tingkatkan vibration. Yes! sebab antaranya ialah untuk HIDUP JADI LE...