Thursday, 15 August 2019

APAKAH ITU POWER POSE???

APAKAH ITU POWER POSE???

Power pose ialah position-position badan kita yang boleh membuatkat kita berada pada HIGH ENERGY serta buatkan orang sekeliling kita boleh rasa High Energy kita.

Sebagai contoh, pernah tengok tak Usain Bolt setiap kali dia habis lari dan menang, macamana posing dia? Beliau akan angkat tangan tunjuk ke langit dan sengetkan badan ke tepi kan. (Rujuk gambar di comment)

Begitu juga dengan Christiano Ronaldo. Setiap kali dia score Goal. Perasan gak, macamana dia lompat sambil hayunkan dua-dua tangan kebawah dengan laju. Dada beliau ke depan sambil menjerit! (Rujuk gambar di comment)

Ini semua power pose.

Kenapa penting power pose?

Supaya kita boleh mempengaruhi orang untuk buat keputusan, dan kita boleh release energy power pada orang sekeliling.

Dalam satu experiment, mereka suruh satu kumpulan untuk buat power pose seperti
“V-POSE” atau Victory pose ( Angkat tangan dua-dua ke atas sambil genggam, then muka pandang keatas) *Rujuk gambar di comment. Selama seminit.

Then mereka diarahkan untuk buat terjunan Bungee (alah, yang terjun dari bangunan tinggi, ikat kaki tuu).

Kemudian mereka suruh group yang sama buat low power pose seperti meringkup, peluk kaki kepala tunduk ke bawah. (Rujuk gambar) selama seminit.

Then sama juga, mereka diarahkan untuk buat bungee jump.

Dan hasil experiment mereka dapati, sewaktu peserta buat High Power Pose, mereka buat keputusan lebih cepat 10-15 saat untuk terjun berbanding lepas peserta duduk pada low power pose, peserta akan ambil masa lebih lama untuk buat keputusan.

Nampak tak, dengan hanya ubah cara kita pose saja dah mempengaruhi cara kita buat keputusan.

Dulu masa belum belajar ni, Saya ni, jenis suka melepak bawah hot shower 🚿, kalau mandi tu memang lama, kadang-kadang sampai sejam saya duduk meringkuk bawah shower.

Bila dah belajar baru saya perasan, rupanya sebab saya pose low power pose terlalu lama setiap pagi. Saya lambat buat keputusan, saya punya self confidence jadi low, saya punya keputusan pun jadi tak betul.

Dah faham tu, saya ubah cara pose. Alhamdulillah keputusan semua berubah.

Sebab tu, dalam Islam, Nabi ajar. Bila marah, kalau berdiri, Nabi suruh duduk, kalau duduk Nabi suruh tidur. Sebab Nabi faham, dengan kecilkan position kita, kita akan buat keputusan dengan lebih lambat. So, ada masa kita nak fikir sebelum kita maki hamun orang.

So,basically ini tipsnya:

1. Power pose ni, kita kembangkan diri kita, kita ambil ruang yang lebih besar.

2. Low power pose pula, kita kecutkan badan, mengecilkan badan kita, meringkuk atas kecilkan bahu dan dada kita. Kepala ke bawah.

3. Apabila bergambar, nak buat profile pic ke, buat power pose.  Macam saya sedang pose ni, atau silang kaki macam saya selalu buat tu. Orang akan lebih trust kita dengan power pose.

Cukup untuk petang ni. Moga anda dapat sesuatu.

#Share Moga Bermanfaat.

Jemput Follow 👉🏻Afnan Rosli. Saya berkongsi tentang Motivasi & Pembangunan diri setiap hari.

           -Afnan Rosli-
Exclusive Calligraphy Artist

No comments:

Post a Comment

HIDUP JADI LEBIH TERKAWAL?

Kenapa ada orang deactivated Facebook??? kerana mereka percaya ia dapat tingkatkan vibration. Yes! sebab antaranya ialah untuk HIDUP JADI LE...