Ramadhan tahun ini antara Ramadhan paling best dalam hidup saya, setiap hari terima doa, terima kisah ajaib, terima ucapan terima kasih dan paling penting setiap hari saya melihat kehidupan orang berubah jadi lebih tenang, lebih bahagia, jumpa jalan kegembiraan, berjaya keluar dari cycle kehidupan yang memenatkan dan berjaya keluar dari Illusions yang society tanam pada kita.
Hari Raya ialah waktu paling bagus untuk kita practice segala apa yang saya kongsikan di wall ini dan di dalam Class Metamorphosis.
10 TIPS METAMORPHOSIS RAYA:
1. LAW OF GRATITUDE :
Pagi raya, practice law of gratitude. Bangun pagi dengan keadaan happy, excited, feels blessed dan grateful. Hari lain mungkin susah kita nak bangun pagi dengan keadaan begini. Esok, makesure bangun awal dan increase your Vibrations to this levels. Be grateful of every single things.
2. SPREAD LOVE :
Hari biasa mungkin susah nak sebarkan kasih sayang. Tapi hari raya, anda sebarkan kasih sayang sebanyak mungkin. Peluk semua orang macam peluk baby. Transmit love to them. Vibrates at love Vibrations sepanjang hari. Biar rasa sayang semua orang yang kita jumpa.
3. LIVING IN ABUNDANCE :
Hari raya paling senang nak rasa living in Abundance. Setiap kali bagi duit raya, bagi dalam perasaan KAYA. Feels. Ingat, its not the amount that counts, its the Feelings that counts. Memberi dengan penuh rasa kaya. Tambah feelings tu setiap kali bagi duit raya pada orang. Biar rasa kita ni Dermawan dan Hartawan. Don’t give out of lack & insecurity.
4. FEELINGS ABUNDANCE :
Hari raya paling senang nak practice Feelings abundance. Sebab hari raya saja kita ada access pada semua makanan yang berlimpah limpah. Makan sampai ke malam pun tak habis. There’s more to eat than can ever be eaten. Setiap kali makan, rasa berlimpah nya Nikmat Allah keliling kita. Practice that. Biar seluruh system tubuh kita mula percaya yang kita dah ada semua dah. Semua keberlimpahan dah ada pada kita.
5. PRACTICE BEING HAPPY :
Kalau hari-hari lain kita susah nak happy, trap in cycle life of depression, anxiety, stress, low self esteem. Hari raya adalah hari terbaik untuk practice being happy. Sebab hari ni semua orang akan senyum. Ini lah hari anda akan lihat lebih banyak senyuman berbanding hari lain. So, make sure you are happy all day long. Train your body & mind untuk addicted to Happy hormones.
6. BEST PRAYERS :
Hari raya juga peluang untuk kita mintak prayers dari orang-orang yang makbul doa mereka. Ibu bapa kita terutamanya. Itu doa mereka lebih mustajab dari mana-mana ustaz, dari mana-mana wali. Kalau mereka mintak, pasti dapat. Ajar mereka Feelings are prayers. Mintak mereka doakan kita. InsyaAllah pasti dapat.
7. PRESENT MOMENT :
Gunakan kesempatan hari raya ni untuk practice being in present moment. Put your phone most of the time in flight mode. Feel the moment. Sepanjang perjalanan cuba observes and admire permandangan sekeliling. Bila makan, be present. Appreciate the food. Bila jumpa orang cuba be present, pay close attention to them. Appreciate your conversation.
8. REMOVE BLOCKAGE :
Hari raya lah waktu nak remove all the blockage yang kita simpan dalam diri. Segala dendam, sakit hati, iri hati, kerisauan, ketakutan, keraguan. Hari raya ni maafkan semua orang. Forgive and forget. Let go and let God. Remove blockage yang halang energy flow kita. Ini lah kesempatan yang terbaik.
9. SPREAD KNOWLEDGE :
One of the best way to give back to society is by spreading knowledge. Pada ribuan Followers saya yang dah pernah dapat results dari sharing saya. Tak kira sekecil apa pun, please share the knowledge dengan mereka. Share excitements. Ramai lagi keluarga dan kawan-kawan kita yang perlu ilmu ini. Spread the knowledge. Ini antara saham akhirat terbesar kita.
10. HELPING OTHERS :
Lastly, reach out. Tak semua orang bernasib baik seperti kita. Setiap orang di uji dengan perjalanan dan ujian berbeza. Help others. Bantu saudara, kawan-kawan, saudara mara kita. Supaya sama-sama semua orang dapat hidup tenang, bahagia, aman, lapang penuh berlimpah.
Di kesempatan ini saya mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin buat semua lebih 47,000 Followers saya tercinta.
Moga hidup anda lebih baik melalui perkongsian di wall saya. Moga anda dapat manfaat dari sini InsyaAllah.
SELAMAT HARI RAYA.
-Afnan Rosli-
Exclusive Calligraphy Artist
No comments:
Post a Comment