Thursday, 2 April 2020

covid19

“What you do, feel, say and read in these 2 weeks will change your life.”

Semalam Afnan Rosli, ada kongsikan 15 perkara yang kita boleh lakukan sepanjang baki 2 minggu #dudukrumah

1. Be thankful for today
- Kita menerima apa yang terjadi ini semuanya kehendak Allah. Allah sedang memberikan aset paling berharga iaitu masa. Semasa IG Live Pak Ary Ginanjar petang semalam bersama Neelofa, Pak Ary pun cakap benda yang sama. 
Benda pertama kita kena buat ialah ikhlas menerima ujian ini Selalu berfikir positif sama Allah. Kehendak Allah selalu yang terbaik

2. Look on the positive side 
- Cara untuk melihat positif dari Covid-19 ini adalah dengan berhenti membaca berita dari social media. 

3. Use these time to reflect, re-evaluate and re-structure your life.

4. Be prepared physically, mentally, emotionally and spiritually.
- Study macam mana orang boleh buat duit semasa krisis
5. Upgrade yourself
- Study balik nota 8 aspek kehidupan yang Afnan pernah ajar. Buat 8 senarai tersebut. 

6. Learn from history
- Kaji sejarah bagaimana para Nabi survive dalam krisis. Nabi Yunus dalam kegelapan perut ikan paus, Nabi Yusuf duduk dalam sumur dan masuk penjara. 

7. Study balik nota-nota kelas #Metamorphosis. Without knowledge, you will be in lost.

8. Help your family and people around you.

9. Be careful with what we do, eat, see, hear and read during these crucial period.
- Don’t waste your time and energy with negativity. Invest time and energy on what you want to become.

10. Physical and mental diet
- Exercise and banyakkan membaca. Study history.

11. Stay calm and stay silence.
- If you have nothing good to say in social media, please remain silent. 

12. Be excited of what could go right instead of focusing on what could go wrong.

13. Give love instead of fear. 
- Love is a huge vibration, fear is a very small vibration. Salah satu cara dengan mendoakan orang lain. 

14. Tak semua orang ada gaji, tapi semua orang ada rezeki. 
- Berhenti fikir yang gaji ialah satu-satunya jalan untuk mendapat rezeki. Ada 13 punca rezeki, bekerja salah satunya. Bekerja ada suruhan, tapi belum tentu ada jaminan.

15. Always ask good questions. 
- Sepanjang 2 minggu ni, tanya soalan seperti “what kind of people i want to become after this?, how can i serve people?, what kind of impact i want to give?”

Semoga kita kekal tenang dan kekal duduk diam dalam rumah. Seperti kata Pak Nasrullah, founder Magnet Rezeki, “Jadikan rumah kita sebagai gua keajaiban. Semoga kita lulus cemerlang dari pesantren Al-Coroniyah.”

Noraini Radzi
PKP Hari ke-15

Thursday, 20 February 2020

Choose wisely, choose carefully.

Being a parent kita banyak focus pada nak mendidik anak kita jadi sebijik mcm kita nak dia jadi. Tapi seringkali kita lupa, they learn more from what we do rather than what we tell them to do.

Anak-anak ini belajar lebih banyak dengan melihat tingkah laku dan perbuatan kita seharian berbanding dengan kata-kata dan arahan kita pada mereka seharian.

Being a parent doesn’t mean that kita beri arahan dan suruh mereka jadi mengikut acuan kita. But being parents means showing good example to them and becoming the type of person that we want them to be.

Kalau kita nak anak kita kaya, berjaya, kita jadi kaya dan berjaya. Kalau kita nak anak kita ada akhlak yang baik, budi pekerti yang baik, penyayang, pengasih, penyabar. Kita jadi orang begitu. They will follow. It’s unconscious learning. 

Apa yang mereka lihat dan alami tertanam dalam minda mereka jauh lebih kuat dari apa yang kita arahkan mereka jadi. 

The best way for you to build your child character is by you being the person you want to see in him. 

Children are educated by what the grown up is, not by his talk. 

Setiap hari kita hidup, kita sedang buat deposit dalam memory bank anak-anak kita. Memory-memory ini yang mereka akan gunakan sepanjang hidup mereka membesar. 

Kalau nak anak baca Quran, kita baca Quran dengan mereka, kita zikir dengan mereka, kita solat dengan mereka, kita sedekah dengan mereka. Just be their biggest idols, be their biggest icons and role model. 

Sebenarnya bila Allah Anugerah kan kita anak, bukan saja Allah nak kita jaga anak ini. Tapi Allah bagi kita ruang dan sebab supaya kita boleh baiki diri. Kalau untuk diri kita, mungkin kita hidup segitu-gitu aja sudah cukup.

Tapi demi anak, we are willing to go further. Suddenly ada kekuatan untuk berubah lebih baik. Demi anak.

It’s easier to build a strong children than to build a broken men. So build your children’s character by you becoming the person and embodies the teachings. 

Ramai orang terinspirasi bila saya bawak kemana saja anak saya si Luqman ni. Seminar, Kelas, meeting dengan orang besar-besar pun saya bawak je budak ni. I just don’t care. Where ever i go, where ever i travel, anak dan isteri sentiasa ada menemani saya.

Why? Because we are one. They are part of me. Luqman naik aje ke pentas, i just want him to see what kind of father i am. Saya dia tengok apa yang bapak dia buat. 

Let him see your friends, let him join the meeting. Alhamdulillah seusia 2 tahun dia dah mula belajar bincang ideas di peringkat tinggi. Dah mula pandai bergaul dengan orang-orang hebat. Let them learn. Let them experience. 

You can see in his way of carrying himself sangat berbeza dengan budak biasa. Cara fikir dan cara cakap beliau nampak matang. 

Setiap hari seboleh mungkin i want to put as much deposit pengalaman-pengalaman menarik kedalam memory bank Luqman. 

Let him explore the world. Let him see this life in a bigger picture. Biar dia jumpa orang baik-baik, orang soleh-soleh. Ambil cara hidup mereka, ambil cara cakap mereka. Biar dia terkesan dengan kebaikan sekeliling. 

Everyday, is an adventure and learning heaven for him. Harini baru sempat balik tidur di Bangsar setelah berminggu-minggu kami travel merata-rata, vacations, meeting, gatherings, discussions, merasmikan program sana-sini. 

Basically for the past 3 weeks kitorang dah pusing Malaysia. Semua tu Luqman ikut dan alami bersama-sama saya dan isteri. 

And amazing childhood meeting different people, experience different culture and food, travelling and learning new things every. 

Another big things yang saya nak share is that bagi yang belum kahwin. Sebelum anda kahwini seseorang tunggu. 

Tunggu mereka marah dan lihat bagaimana reaksi mereka. Are they abusive? Are they quite? How they deal with anger? 

Kerana bagaimana Manusia bertindak waktu mereka marah itu adalan intipati diri mereka. Umpama buah orang jika di perah keluar orange juice. Mustahil keluar apple juice, kerana intipati nya ialah orang. 

Manusia juga begitu, bila di perah oleh situasi, masalah dan kekusutan. Apa yang keluar itu lah intipati mereka. Jika pemarah, itu lah isi nya, jika penyabar, pemaaf itu lah isi nya.

Ingat. Anak kita tak boleh pilih siapa yang jadi ibu dan bapa mereka. Tapi kita boleh pilih siapa yang bakal jadi ibu atau bapa pada anak kita. Choose wisely, choose carefully.

Belajar sesuatu? 
#Share #UpgradeDiri2020

         -Afnan Rosli-
Love, Peace, Happiness

Start moving in the right direction.

Harini dalam dunia serba laju, bahagia itu terasa bagai satu Destinasi yang amat jauh dan susah untuk sampai. 

Walhal bahagia itu bukan satu Destinasi, it’s your natural state of being. Memang manusia itu sepatutnya bahagia sepanjang masa. Tenang dan gembira itu fitrah kita. 

Sedih, keciwa, sakit, marah itu sebagai asam garam penambah rasa dalam cerita kehidupan kita. We do need these emotions every here and there, but not all the time. 

Cara kita didik dan di besarkan buat kita lagi susah nak rasa bahagia. We get impressed by the wrong things and we admire the wrong kind of people, that make us pursuit the wrong things and move into the wrong direction in life. 

Kita kagum dengan perkara yang salah, orang yang salah, sifat yang salah, dan buatkan kita kejar perkara yang salah dan bergerak dalam hidup ke arah yang salah. 

Instead of admiring people with Money, Followers, Degrees and Titles, why not we start to Admire people with Generosity, Humility, Integrity and kindness. 

Instead of admiring people that is soo called ‘successful’ why not we start to admire kind people. Orang-orang yang ada akhlak yang baik, yang layan semua orang sekeliling dengan akhlak yang baik. Yang percakapan mereka lembut, tak ada marah, tak ada maki hamun, tak ada keji mengeji. 

Tak kira setinggi apa pun kejayaan seseorang, bagi saya jika dia tak mampu nak layan ahli keluarganya dengan baik, dan bercakap dengan orang-orang bawah dari mereka dengan akhlak yang baik, mereka tetap tak berjaya.  

Sangat penting untuk pilih dengan teliti siapa idola atau orang yang kita admire dalam hidup. Kerana hidup kita akan mula bergerak ke arah itu. Semacam menetapkan layar kapal, kita tetapkan ke arah yang salah, kapal akan bergerak ke arah yang salah, dan tiba di Destinasi yang salah. 

Angin Kehidupan bertiup pada kita Semua. Angin yang sama. Yang membezakan hidup kita ialah layar yang kita tetapkan. 

Kata Jim Rohn - “it’s the set of the sails, not the direction of the wind that determines which way we will go.”

Once we start seeing successful, luxuries and riches, we start to put our life in these directions. It’s quite hard to find peace, tranquility and love with the life of constant pursuit of these things. Learn to be peaceful and loving along your journey of being successful. 

“You earn a living to live well, not to kill yourself with stress.”

Look at your daily habits and ask yourself if they are causing you to evolve or revolve? Are you moving forward or in circles? 

Most of us just lost in the journey moving in circles year, after year, after year repeating the same experience and story over and over and over again. 

Audit diri, check in which directions are we moving? Adakah arah kehidupan dan layar yang kita tetapkan itu kearah yang betul? 

Are we pursuing the right things or the wrong things? Kalau aku masih kejar perkara ini dan bergerak ke arah ini, how would my life looks like 10 years from now? 

Start moving in the right direction. 

Dapat sesuatu? 

#UpgradeDiri2020

        -Afnan Rosli-
Love, Peace, Happiness

Thursday, 13 February 2020

Practice reflections

Every night, sebelum tidur. Try to practice this single habit. REFLECTION. 

Practice reflections. Setiap malam sebelum tutup mata, duduk sekejap, reflects on your day. 

Cuba tanya diri soalan-soalan ini :

1. Bagaimana hari saya harini?
2. Adakah saya dah buat yang terbaik harini? 
3. Apa kesilapan yang saya buat harini?
4. Apa kejayaan saya harini?
5. Bagaimana saya boleh baiki hidup saya esok? 
6. How can i improve & what can i improvise tomorrow? 
7. Am i contributing enough to the world today? 
8. Am i being loving enough today? 
9. Am i being kind enough to the people around me? 
10. Adakah Tuhan redha dengan apa yang aku buat harini? 

After all these Questions, anda reflects diri anda. Mana yang perlu di tinggalkan harini. Tinggal kan di sini sahaja. Esok mulakan dengan semangat baru.

Jangan mulakan hari anda dengan dendam, keresahan dan masalah hari semalam. Every day it’s a fresh new start, it’s another opportunity for you to be better.

People says that we only live once. Wrong, we only die once, we live everyday. 

Practice reflections. It makes you grow in the pace you can never imagine. Trust me. 

Belajar sesuatu? 

Good nite guys. ❤️

*saya tulis status ni tengah malam buta ni. Korang nampak status ni jam berapa? 

         -Afnan Rosli-
Love, Peace, Happiness

LEMPENG CINTA.

LEMPENG CINTA. 

Pagi ni saya ada kelas bersama Datuk Faridah Hanim. Kelas dengan usahawan-usahawan dan jutawan-jutawan berjaya. 

Pagi tadi masa bangun tidur, saya duk bersiap-siap nak pergi kelas, fizah yang tengah berpantang tu naik ke Dapur, pergi siapkan my nutrition & protein shake. 

Fizah turun bawak shake, tanya abang nak minum tak? Saya kata takpe, bawak turun ke bilik, nanti sudah gosok baju abang turun minum. 

Dah siap workout and gosok baju, saya turun minum, setup rambut, pakai perfume semua. Saya salam dengan fizah. Dia cium tangan, peluk. Fizah tanya, abang tak makan ke (protien pancake) lempeng saya masak? 

Saya kata tak sempat, abang dah lewat. Then saya terus kalut-kalut naik, sarung kasut, masuk kereta, terus jalan menuju ke kelas.

Along the way ke kelas, hati saya jadi tak tenang. Orang asyik duk nampak muka fizah yang agak keciwa tadi. Yela, dia susah-susah dalam tengah pantang bangun, naik 2, 3 tingkat dari bilik ke dapur untuk siapkan breakfast saya, penuh ikhlas, saya tak jamah pun. 

Masa tu dah nak sampai ke kelas dah. Saya kata, hati tak tenang ni. Takpe lah, saya patah balik ke rumah. Perjalanan ke rumah kurang lebih 30minit, patah balik ke kelas pulak lagi 30minit, total i lost around sejam setengah. 

Dalam hati saya niat, takpela, aku balik ni nak gembirakan hati isteri, InsyaAllah masuk kelas belajar sikit Allah ganti banyak. Coz for me, kalau saya teruskan duduk dalam kelas dalam, sepanjang hari saya akan duduk dalam perasaan bersalah.

If the whole day i felt guilty, in would receive nothing. If the whole day my wife kecik hati, banyak mana pun knowledge i dapat harini, mungkin tak berkat. Berkat ni benda ajaib. Buat sikit jadi banyak, dapat sikit, terasa banyak. Saya sangat jaga bab berkat ni. 

MasyaAllah bila balik, fizah tak tahu pun saya patah balik. Saya pergi ke dapur angkat dengan pinggan-pinggan sekali, dengan sambal-sambal sekali. Saya meratah je lempeng ni dalam kereta.

Betul lah, nikmat tu luarbiasa. Hati terus rasa tenang, terus rasa lapang. Makanan yang di buat dengan ikhlas dan cinta, berkat. 

I’ve learn that in live, you don’t have to rush in anything. Just go with the flow. Put your priorities right. Jaga hati orang-orang yang kita sayang. 

Sampai kelas Ibu Hanim panggil saya. Afnan, nanti lepas lunch Afnan naik stage ya, bagi talk. MasyaAllah. Naaah, itu berkat. Dapat pulak peluang ladang pahala, bagi pengisian pada jutawan-jutawan  di sini. 

Ingat, apa saja yang orang buat untuk kita tanpa mengharap balasan, itu datang dari hati yang ikhlas, dari cinta. Semua yang di buat dengan perasaan cinta, InsyaAllah berkat. 

Kalau anak-anak kita datang tunjuk lukisan muka kita, keluarga kita, walaupun lukisan dia tu tak cantik, comot-comot, lukisan itu ikhlas, lukisan itu datang dari Cinta. Simpan. Appreciate it with all your heart. 

Hidup ini senang. Harga segala perkara kecil sekeliling. Sekecil apa pun, se simple apa pun. Walaupun hanya sekadar lempeng. 

Hati saya masih berbunga-bunga, kerana saya berjaya buat keputusan yang betul, kerana saya bersyukur masih ada Rezeki untuk di makan, kerana saya tahu ada orang yang sayang saya, siapkan sarapan untuk saya. MasyaAllah.

Sekarang dah masuk waktu lunch, perut masih terasa kenyang. Sebab rezeki berkat, saya rasa lempeng ni boleh kenyang seminggu kot 😂😂. 

Thanks baby Nurhafizah Mazuki. Mesti terkejut kan, pinggan dah takde kat dapur 😝😘😘.

Belajar sesuatu?

        -Afnan Rosli-
Love, Peace, Happiness
Aku dah sampai tahap tak faham dah dengan hidup sendiri. MasyaAllah Tabarakallah, lagi nak lepaskan dunia ni, lagi bertimpa-timpa pulak dia datang. 

Datang banyak dan besar pulak tu. Ya Allah 😭. 2, 3 hari lepas kami bertiga duduk reflections sampai jam 2 pagi atas jalan tar, sampai terbaring atas jalan masing-masing bincang macamana nak lepaskan dunia ni lagi. 

Dari duduk dalam kedai, kedai tutup, duduk discuss sambil berdiri depan kereta, sampai tak sedar dah duduk atas jalan tar, tanpa sedar dah kul 2 pagi, dua orang Jutawan hebat ni ustaz Hakim Mohd Nor & Dr Taufiq Razif duk terlentang. Power lain macam discussion malam tu. 

Nak focus bantu orang je. Nak focus beri impact pada dunia ja. 

We want to detach from our fame, success, achievements, wealth and everything. These are frictions. To go another higher levels yang tak terjangkau dek akal ni kena lepaskan frictions. 

Orang tengok macam tak logic. Tapi rupanya itu lah jawapan. Berbulan kami duk perah otak, dari tahun lepas di Pulau Redang, sampai ke harini baru lah jelas nampak perjalanan. 

Betul lah, Allah uji kita dengan cinta dunia. The moment kita boleh lepas je rasa cinta tu, fuhhh! Bertimpa-timpa datang tanpa henti, tanpa mintak, tanpa di duga. Boleh ke wall saya baca status yang ustaz tag saya tadi. Gila. Aku sendiri pun dah tak faham apa yang jadi dengan hidup ni. Terlampau ajaib.

Alhamdulillah tadi baru selesai meeting dengan Faridah Hanim Haron. Suddenly semua cloudiness yang duduk dalam otak berbulan-bulan jadi clear. Crystal clear.

Thanks ibu for your guidance. Something big is coming InsyaAllah. Huge impact we are making to millions of people’s life around the world. 

Syukur Allah hantar ramai gila orang-orang Hebat yang memang lain Level diorang ni. Kawan pulak ngan Dato’ Hakim  &  Dato’ Taufiq. Geng-geng ajaib ni. Lain maciam depa ni. 

Dua benda saya belajar harini : 

1. Needing nothing, attracts everything :

This one is a very deep truth yang jarang orang boleh alami. Unattached. Unconditional love. Being free. 

2. Clarity is power :

Today i’ve got my clarity. You can feels the power and confidence with every steps you take when you have clarity. 

Thank you ALLAH. 💖

        -Afnan Rosli-
Love, Peace, Happiness

Speak less, achieve more

Speak less, achieve more. 

Dalam dunia di mana semua orang ada sesuatu yang nak di perkatakan, you remain silence. It will differentiate you from others. That’s what makes you special. 

Ini lah antara rahsia orang bahagia dan berjaya, speak less. Orang cerdik tahu apa yang nak di perkatakan. Tapi orang berhikmah tahu samaada perlu katakan atau tidak. 

A smart person knows what to say, a wise person knows wether or not to say. Be wise my friend. Be wise. 

If you can master being silence, MasyaAllah, bahagia nya luar biasa. Bukan semua benda dalam dunia ini perlukan ulasan. Banyak masa kita perlu diam dan perhatikan saja.

Hanya bercakap apa yang perlu, bila perlu. Selebihnya diam. Banyak Fikir dan banyak zikir. 

When you understand this truth, you will definitely feel lighter. Jiwa terasa lebih ringan. Seriously sangat ringan. 

When you practice silence, automatically you learn to remain calm. You realise that not everything needs your reactions. 

Kata Jalaludin Rumi, 

“Listen to silence, it has so much to say.”

“The quieter you become, the more you are able to hear.”

Our true self has so much to tell us. Sebenarnya semua jawapan pada apa saja masalah hidup kita is already in you. 

It’s just that our mind is too noisy, the social media is noisy, our society is too noisy, our environment is too noisy that we cannot even hear the answers. 

Learn to be silence. It was a very powerful practice. Very powerful. 

Kalau nak tengok quality kehidupan seseorang, tengok pada percakapan mereka. Kerna apa yang keluar di mulut itu pasti apa yang ada di minda dan hati. 

Jiwa keluar negativity, hasad, iri hati, keluh kesan, gelisah, keciwa, dendam. Itu lah yang berada di minda dan hati. 

Jika keluar tenang, kebaikan, nasihat, motivasi, kasih sayang, kekuatan, inspirasi. Itu pasti yang berada di minda dan hati. 

Umpama kita tuang air dari cerek. Jika isi nya kopi, maka keluarnya kopi, jika isi nya tea, maka keluarnya tea. Apa yang terisi, itu yang keluar.

Silence is the language of the wise. Being silence isn’t empty, its full of answers. 

“Saying nothing sometimes says the most.” - Emily Dickinson.

Dalam hadith Bukhari Nabi bersabda :

“Siapa yang beriman pada Allah dan hari akhir,  hendaklah dia berkata baik atau diam.”

Same goes to your social media. Perkara yang tak perlu tulis, takyah tulis. Benda yang tak perlu comment, jangan comment. Hanya bila perlu bersuara, baru bersuara. Pastikan suara itu suara baik dan bermanfaat, atau diam saja. 

Everything that we do have consequences. Semua benda yang kita buat itu pasti ada akibat nya. Law of action and reactions. 

Jadi nak hidup tenang bahagia itu mudah saja. Hanya invest masa dan tenaga kita pada perkara yang bakal beri akibat baik dan bermanfaat. Nanti yang datang pada kita itu baik-baik ajaaa. InsyaAllah. 

Akhir sekali, dalam bab ni ialah avoid unnecessary arguments. Banyak masalah dalam hidup kita ni berlaku sebab kita get involved dalam perdebatan yang unnecessary. 

Kita bazirkan time and energy kita ke situ. Kita feed our ego untuk menang juga perdebatan. Benda tak perlu bahas, takyah bahas. Senyum dan berlalu saja. Isteri berleter, senang, tak perlu balas, senyum dan peluk saja dia. Simple.

Ada satu Quotes dia tulis begini : 

“I’m at the stage of my life where i keep myself out of unnecessary arguments, so even if you tell me 1+1=5, you’re absolutely correct. Enjoy.”

Dalam hidup kita banyak hadapi situasi begini. Kalau ada orang kata kita, orang kutuk kita, orang fitnah kita, orang kecam kita, it’s ok. Don’t take it personally. Ya udah, maafkan dan Senyum saja. 

Ingat saya tulis haritu, orang berjaya sentiasa  ada dua perkara di bibir. SENYUM dan DIAM. 

Senyum selesaikan banyak masalah, diam mengelakkan banyak masalah. 😇

Belajar sesuatu? 

         -Afnan Rosli-
Love, Peace, Happiness

HIDUP JADI LEBIH TERKAWAL?

Kenapa ada orang deactivated Facebook??? kerana mereka percaya ia dapat tingkatkan vibration. Yes! sebab antaranya ialah untuk HIDUP JADI LE...