Thursday 15 August 2019

Cara untuk Increase Vibrations 6/11 - Gratitude

Tips untuk Gratitude


Pagi tadi saya baca satu soalan, ada yang tanya tentang Gratitude list, dari post saya Tips ubah hidup 2019 tu.
So, heres the tips untuk Gratitude ni. Macam kita semua dah tahu, Kesyukuran ni selalu saya letak paling atas, paling awal dalam mana-mana list sharing saya. Sebab Gratitude ni adalah key to recieving.
Dia kunci pada process penerimaan. Bila kita submit doa, ada 2 process peneting sebenarnya. Satu process submit, atau asking. Lagi satu process recieving atau penerimaan.
Ramai orang ajar teknik asking, teknik dan cara berdoa, tapi tak ramai yang pernah belajar cara menerima doa. Sebab tu duk rasa macam doa tak termakbul. Macam sharing saya di post pasal abam posmen dan bungkusan yang Viral tu.
Ibarat saya whatsapp anda minta anda call saya, kemudian saya call anda. Tapi selagi saya tak tekan butang answer tu, selagi tu lah anda takkan dapat call saya. Haaa, gitu lah juga doa kita. Dah asking bagus, tapi kita tak mahu recieving.
Sebab tu kalau dalam Affirmations list tu, kena letak ayat ni. I am a Generous Giver, and an Excellent Reciever.
Tapi kita Melayu ni nak berbudi bahasa, cuma dalam tak sedar kita banyak menolak, orang nak bagi hadiah, eh takpe laah, takyah laah. Bila di rumah orang, orang hidang makan, eh, takyah susah susah laah. Bagus, cumanya, kita banyak menolak lah. Tak jadi excellent reciever.
Kalau baca Hadith, banyak gile Nabi pesan jangan tolak hadiah, jangan tolak pemberian. Sebab menolak hadiah ni macam menolak Rezeki lah. Once kita tolak sekali, Vibrations kita sentiasa keadaan menolak. Nabi faham awal lagi benda ni.
“Barangsiapa yang Allah datangkan kepadanya sesuatu dari harta ini, tanpa dia memintanya, maka hendaklah dia menerimanya, karena sesungguhnya itu adalah rezeki yang Allah kirimkan kepadanya.” (Shahih At Targhib)
Ok, faham bab Recieving  ye. Dia ada specific process on recieving ni. Nanti ada masa kita kupas.
Apa pun saya nak cakap, kunci Permulaan pada recieving process ni ialah Gratitude. Sebab tu setiap kali doa, kita mulakan dengan apa? Dengan Alhamdulillah dulu, Puji-Pujian dan Syukur pada Allah dulu, then baru kita asking. Betul?
Ok. Gratitude ni, anda kena ada 2. Satu fix list. Yang anda memang dah tulis siap-siap kesyukuran besar dalam hidup anda, macam ada Family, ada kerjaya, rumah, kereta, Imam, badan yang sihat dan sebagainya.
Lagi satu ialah list yang anda tulis setiap malam. Anda duduk sebelum tidur, ambil pen dan kertas, anda tulis semua kesyukuran anda hari tersebut. Tulis dengan penuh happy. Then baru tidur. Subconscious Mind akan process semua tu waktu tidur.
Dua-dua list ni, baca balik waktu pagi bila bangun tidur. Allah dah janji, lagi banyak syukur, lagi banyak Allah tambah. Very powerful.
Kalau tak tahu macamana nak tulis secara sistematik, boleh follow tuan Zuhairi Nopiah. Beliau ada keluarkan Journal Kesyukuran. Anda boleh beli dan tulis dalam journal tersebut.
Belajar sesuatu?
#Share Moga Bermanfaat.
Jemput Follow Afnan Rosli. Saya menulis tentang Motivasi dan Pembangunan Diri setiap hari.
           -Afnan Rosli-
Exclusive Calligraphy Artist

No comments:

Post a Comment

HIDUP JADI LEBIH TERKAWAL?

Kenapa ada orang deactivated Facebook??? kerana mereka percaya ia dapat tingkatkan vibration. Yes! sebab antaranya ialah untuk HIDUP JADI LE...