Thursday 15 August 2019

perkara yang anda boleh buat supaya lebih banyak connections terbentuk waktu pagi

Dalam kepala kita, ada suatu object Mistery seberat 1.3kg ke 1.4kg yang mana ia bertindak sebagai Command Center atau pusat arahan.

Ia terbentuk dari puluhan Billions cabang Neurons yang mengawal siapa diri anda, apa yang anda buat, apa yang anda rasa, cara anda bercakap dan sebagainya. Basically seluruh hidup anda di kawal di sini.

Apa yang anda lihat dalam gambar ini ialah Neuro mapping of brain connections. Cell-cell otak kita sentiasa berhubung antara satu sama lain. Setiap kali kita belajar benda baru, new connections akan berlaku. Lebih banyak cell berhubung lebih Powerful otak anda.

Jadi, jika anda nak hidup anda sepanjang hari jadi Legendary, jadi Extremely Powerful, perkara pertama anda kena buat setiap pagi ialah pastikan cell-cell otak anda berhubung sebanyak mungkin. Anda kena wujudkan neuro Highway yang banyak dalam otak.

Ini perkara yang anda boleh buat supaya lebih banyak connections terbentuk waktu pagi :

1. GRATITUDE / BERSYUKUR :

Mengikut kajian, mereka buat brain scan, Bersyukur akan nyalakan bahagian hadapan otak yang di panggil prefrontal cortex. Bahagian ini sangat crutial yang mengawal emotional expressions, cognitive skills kita, percakapan kita dan sebagainya.

2. GOSOK GIGI :

Gosok gigi dengan tangan berlainan atau tangan yang less dominant. Kalau selalu kita pakai tangan kanan, sekarang pakai tangan kiri. Banyak brain connections akan terbentuk.

3. ALTERNATE SHOWER :

Alternate shower ni saya dapat dari Anthony Robbins. Di mana anda mandi tukar-tukar suhu, sekejap anda hot shower, kemudian switch pada cold shower, kemudian hot balik, cold balik. Begitu seterusnya. Supaya otak keep firing & wiring.

4. MEMBACA :

Setiap perkara baru kita belajar, kita build new connections. Bila kita kongsi dengan orang lain, connection tu jadi makin kuat. Bila kita letak Emotions pada benda tu, connections tu akan terus kekal dalam otak. Macam status ni, anda belajar, nanti share dengan orang lain, supaya kuat connections.

5. TILAWAH ALQURAN :

Bacaan tajwid dalam Quran ni sangat power, sebab setiap ayat dia buat otak kita mengira, calculations panjang pendek bacaan, baris bawah, atas depan, dengung tak dengung, semua tu mathematical calculations yang kena berlaku dalam otak untuk kita membaca Quran. Hebat kan?

6. SUJUD :

Sujud dengan betul akan activate kan bahagian depan otak kita. Yang akan menyebabkan kita rasa Bahagia dan buat keputusan dengan baik sepanjang hari.

Saya harap anda dapat sesuatu pagi ni. Boleh mula amalkan start pagi esok. Semua ni perlu berlaku sebelum Subuh. Lepas Subuh dah tak valid dah.

Jika anda terasa cells otak anda sedang berhubung asbab baca status ni, belajar something new harini. Please #Share Moga orang lain turut terima Manfaat.

Jemput Follow 👉🏻Afnan Rosli. Saya menulis tentang Motivasi dan Pembangunan Diri setiap hari.

          -Afnan Rosli-
Exclusive Calligraphy Artist

No comments:

Post a Comment

HIDUP JADI LEBIH TERKAWAL?

Kenapa ada orang deactivated Facebook??? kerana mereka percaya ia dapat tingkatkan vibration. Yes! sebab antaranya ialah untuk HIDUP JADI LE...