Thursday 15 August 2019

Survival mode is a very low vibrations

Ada yang tanya, tuan Afnan, apa makna “Exclusive Calligraphy Artist” yang tuan selalu tulis kat bawah status tuan tu?

Rupanya dah lama saya tak post tentang hasil kerja saya. 10K Followers yang terbaru ni maybe tak pernah tengok saya post pasal karya saya kan?

Sebenarnya ini lah career saya. Saya seorang Calligraphy Artist. Saya buat karya lukisan dan tulisan Calligraphy on canvas. Ini antara karya terbaru saya. Sudah terjual.

Menarik nya, tadi ada seorang pm saya, beliau mintak pendapat saya, patut ke anak beliau sambung Belajar course English or TESL.

Saya cakap, tak kisah lah anak puan nak belajar course apa pun, asalkan dia ada Passion. Jangan masuk course yang kita takde Passion.

Begitu juga dengan kerja. Jangan masuk kerja semata-mata untuk survival. Cari kerja yang kita passionate, yang memang jiwa kita. So that kita tak pernah rasa kita terpaksa kerja walau sehari pun.

Bila kita buat sesuatu yang kita passionate, kita buat sepenuh jiwa. Then Rezeki tu akan datang dengan sendiri. Sebab kita at a happy, excited dan joyful Vibrations.

Saya ingat dulu masa lepas kahwin, saya pun hilang arah, tak tahu nak buat kerja apa. Dah ada isteri, kerja pun takde, siap suruh isteri berhenti kerja lagi.

Tapi saya tanya diri saya. Apa yang aku minat? Apa yang aku tetap akan buat, walaupun orang tak bayar aku? Saya temui, saya minat 2 perkara. Silat & Calligraphy. Memang dari kecik saya suka melukis. Walau takde orang bayar pun, saya tetap akan melukis. So, saya decide untuk mula melukis.

Karya pertama saya jual tahun 2015 berharga RM5. Walaupun waktu itu hanya jual karya RM5, tapi buat sepenuh jiwa. Sebab passion. Alhamdulillah harini, karya saya sudah sampai ke tangan orang-orang tertinggi Negara, sudah di beli oleh VIP dan VVIP.

Anda semua ada Genius anda, korek, gali passion anda, gali bakat anda. Tak salah kerja dengan orang, tapi pastikan kerja itu suatu yang anda passionate. Kalau anda passion dalam account. Boleh kerja bidang accounting. Tak salah.

Kebanyakkan orang harini bekerja semata-mata untuk survive. Survival mode is a very low vibrations. Mereka pergi ke tempat yang mereka tak suka, hadap bos yang mereka tak suka, duduk sekali dengan rakan kerja yang mereka menyampah, dan buat kerja yang mereka tak suka semata-mata untuk bayar bil.

Kita tidak di cipta hanya untuk itu semata-mata. Kita di cipta untuk something lebih besar dari itu. To be happy, to live life to the fullest. Gunakan potensi diri anda sepenuhnya.

Now don’t get me wrong, follow Passion kita tak bermakna semuanya mudah. There will be challenges and difficulties. Tapi kita boleh hadap dengan tenang. Sebab kita passionate about it!

Baru ni ada yang mengadu pada saya, dah tertekan sangat dengan suasana tempat kerja, bos dan workload yang banyak. Macamana nak buat? Saya kata, dah menyampah stay buat apa? Berhenti saja. Pergi buat apa yang kita minat, apa yang kita suka. Simple.

But, tahu tak apa yang menghalang kita?

FEAR OF UNCERTAINTY!

Takut pada sesuatu yang belum pasti. FEAR yang halang kita untuk jalani hidup yang kita nak sangat jalani. Dengar cakap saya. Rempuh saja FEAR itu. Kejar Passion anda.

Waktu saya mulakan Calligraphy dulu, bermodalkan RM2.50 sahaja, saya pun ada ketakutan yang sama, tapi saya tahu, kalau saya nak hidup buat benda yang saya suka. Saya perlu dengar kata hati. Follow my heart.

Saya ingat lagi waktu habis SPM dulu, ayah saya bawa saya untuk Interview Pilot. Sebab bapa saudara saya juga seorang pilot. Malam sebelum Interview tu saya tak boleh tidur, saya fikir panjang. Akhirnya pagi sebelum pergi tempat Interview saya bagitaw ayah saya, saya taknak pergi.

Kenapa? Sebab saya sedar waktu itu. Ini ialah apa yang mak ayah saya nak saya jadi. Bukan apa yang diri saya nak saya jadi. Saya nak melukis, saya nak inspire orang. Saya nak mengajar. Itu passion saya.

Soalan saya, adakah anda sedang jalani hidup yang anda nak jadi, atau hidup yang orang sekeliling nak anda jadi?

Ada tak yang nak tahu, bagaimana untuk tukar Passion kita, kepada career kita? So that, sehari pun dalam hidup, kita tak rasa yang kita bekerja.

Kalau ramai, nanti saya buat satu live session untuk share step by step.

           -Afnan Rosli-
Exclusive Calligraphy Artist

No comments:

Post a Comment

HIDUP JADI LEBIH TERKAWAL?

Kenapa ada orang deactivated Facebook??? kerana mereka percaya ia dapat tingkatkan vibration. Yes! sebab antaranya ialah untuk HIDUP JADI LE...