Thursday 15 August 2019

MENTAL REHEARSALS, TIPS UNTUK DAPATKAN HARI YANG TERBAIK.

MENTAL REHEARSALS, TIPS UNTUK DAPATKAN HARI YANG TERBAIK.

Hidup kita harini berjalan terlalu laju rasanya kan?
Kita bangun pagi, eh, tau-tau dah petang, tau-tau dah malam. Dan sedar-sedar dah nak masuk tidur.

Tau-tau dah habis sebulan. Pejam celik, pejam celik dan habis setahun. Tengok-tengok setahun tu takde achievement apa pun kita buat sepanjang tahun. Masih sama macam tahun lepas-lepas.

Kelmarin saya meeting bersama Dato’ Nurul Cynthia Williams & Madam Camelia Tan Sri Yaacob. And it was a great meeting. Saya pun terfikir, ramai orang tak tahu macamana nak ada hari yang baik, mereka bangun pagi tanpa tujuan dan kembali tidur tanpa arah tuju. 

why not saya ajar pada Followers bagaimana untuk dapatkan hari yang lancar baik, dan bernilai. Sedia nak belajar?

Ini tips nya:

1. Setiap malam, sebelum tidur, lepas dah solat, dah mandi, anda dah sedia untuk tidur kan. 1st sekali jangan tengok FB, jangan scroll Newsfeed. Sebab waktu tidur, minda separa sedar anda akan serap dan process semua benda yang anda tengok sebelum tidur.

2. Kalau anda tengok cerita horror, anda tengok berita cerai, berita kemalangan, gosip artist, semua tu minda anda serap dan process waktu tidur. Apa yang jadi, anda sedang menarik semua kisah hidup orang lain dalam hidup anda.

3. Duduk bertenang, tarik nafas, buat meditation sekejap, 10-15minit. Bagi mind anda vibrates pada level yang tinggi. Bagi jantung dan seluruh badan anda sedia untuk berehat dan recharge. Sebab esok kita nak bangun dengan Batery 100%.

4. Kebanyakkan kita harini penat, letih giler-giler pastu terus terjun atas katil dan tidur. Kita tak bersedia untuk tidur. Jadinya kita bangun bateri only charging 50-60% je. Macamna nak dapat hari yang baik kalau bangun pun dah low energy kan?

5. Lepas dah tenang semua, anda Visualise kan semua matlamat dan impian anda Tahun ni. Bagi nampak sejelas jelas nya.

6. Then tuliskan in details semua benda yang anda nak buat esok. Tulis dari anda bangun hingga anda tidur. Semua benda anda tulis pastikan ia membawa anda lebih dekat pada matlamat anda tahun ni.

7. Then buat apa yang saya panggil sebagai MENTAL REHEARSALS. Kita pejam mata dan bayangkan satu per satu yang kita tulis tu, bayangkan semua berjalan lancar. Bayangkan kita dapat Full benefits pada semua yang kita buat tu.

Bayangkan setiap clients yang kita jumpa, setiap sales yang kita buat, bayangkan duit berlambak lambak orang datang bagi pada anda, bayangkan kasih sayang yang anda dapat sepanjang hari, dan sebagainya.

8. Apa yang anda sedang buat ialah anda sedang bagi arahan pada otak anda supaya bersedia untuk hari yang GREAT dan Menakjubkan esok.

Nanti masa tidur, minda separa sedar anda process semua tu, dan badan serta otak anda dah bersedia nak terima hari yang HEBAT, nak terima REZEKI MELIMPAH esok.

9. Then masuk tidur dengan tenang seperti biasa. Esok bangun, anda revise balik apa yang anda tulis, dan buat visualisation lagi sekali. Dan mulakan hari hebat anda!

10. Untuk majlis-majlis dekat sekolah & pejabat saja pun kita buat Rehearsals, ini kan hidup kita. Hidup kita yang terhad ni kita taknak rehearsals, kita biar dia berjalan macamtu je, entah menjadi entah tidak. Pelik kan?

So, mulai malam ni dah sedia untuk buat Mental Rehearsals?

Belajar sesuatu?
#Share Moga Bermanfaat.

Jemput Follow 👉🏻Afnan Rosli. Saya menulis tentang Motivasi dan Pembangunan Diri setiap hari.

           -Afnan Rosli-
Exclusive Calligraphy Artist

No comments:

Post a Comment

HIDUP JADI LEBIH TERKAWAL?

Kenapa ada orang deactivated Facebook??? kerana mereka percaya ia dapat tingkatkan vibration. Yes! sebab antaranya ialah untuk HIDUP JADI LE...