Thursday 15 August 2019

Silence isn’t empty, its full of answers.

Silence isn’t empty, its full of answers.

Selama ni kita duk ingat duduk diam itu kosong. Tak. Duduk diam itu lah pintu jawapan pada semua persoalan hidup. Duduk diam itu amalan semua Nabi, semua Wali, semua Pahlawan kita dulu.

Bertenang itu Kuasa, kenal diri itu Kuasa, berhubung dengan diri itu Kuasa, mampu Bahagia itu Kuasa.

Dunia ni dah terlalu ramai orang cerdik pandai. Tapi terlalu sedikit orang Bahagia dan Bertenang. Dari kecik kita di ajar untuk guna intellects. Tak pernah kita di ajar guna hati.

Dari kecik kita di ajar untuk membangun dunia luar kita (Outer world). Tak pernah kita di ajar membangun dunia dalam kita (Inner world).

Kita tak pernah latih untuk bahagia. Tak pernah kita di ajar untuk bahagia. Kita hanya di ajar yang bahagia itu perlu di kejar. Kita di ajar yang kita perlu kerja keras, korbankan segala nya, untuk jumpa Bahagia di depan.

Cuba tanya orang yang dah berpuluh tahun mengejar bahagia, mereka jumpa ke tak? Sebelum dapat kerja, kita rasa nanti dapat kerja aku akan bahagia, lepas dapat kerja serabut dengan kerja.

Then kita rasa kalau naik pangkat akan bahagia. Lepas naik pangkat serabut dengan tanggungjawab.

Then rasa lepas jadi bos akan bahagia. Lepas jadi bos serabut dengan amanah yang berat.

Sebenarnya bahagia dah sedia ada pada kita. Tak perlu korbankan demi mengejar ilusi. Belajar untuk sentiasa bahagia, sentiasa gembira. Ada kerja bahagia, takde kerja bahagia, ada duit bahagia, takde duit bahagia. Semua dah cukup sekeliling kita.

Aman. Tenang.

Students saya semua pelik, sepanjang kelas, most of the time just sit still without doing anything. Duduk diam tak buat apa-apa selama 2 hari. Kebanyakkan masa pejam mata.

Pejam mata, nangis sebab bahagia, pejam mata lagi nangis sebab gembira, pejam mata lagi nangis sebab syukur. 2 hari duduk saja, menangis, senyum, menangis, senyum. Peluk, kasih sayang, peluk, kasih sayang.

Sekarang dah masuk minggu ke 2 kita habis kelas. Sampai ke saat ini masih tak berhenti peserta share perubahan hidup. Share magic berlaku dalam hidup. MasyaAllah. Bukan suruh buat apa pun. Suruh duduk diam pejam mata, duduk diam bernafas dengan betul, duduk dia rasa Bahagia saja.

Balik kelas sales masuk bertimbun, Rezeki mencurah-curah, anak jadi baik, suami jadi baik, hati jadi tenang, masa rasa panjang, nafas rasa lebih nikmat, sakit Allah pulihkan & sembuhkan. Pelik sungguh. Kenapa?

Kerana hidup kembali pada fitrah. Fitrah kita hidup tenang. Fitrah kita hidup gembira, bahagia.

Kita ingat orang menangis ni orang lemah. Tak. Menangis ni amalan wajib para Nabi, amalan para sahabat, amalan para ulama’.

Nabi setiap malam menangis, sahabat setiap malam menangis. Tok Guru Nik Aziz setiap malam menangis.

Saidina Umar, orang paling kuat, orang paling di geruni di Makkah. Setiap malam menangis sampai ke pagi. Dia lemah ke? Tak.

Sebab dia menangis lah dia kuat. Menangis itu Kuasa. Kasih sayang itu Kuasa. Gembira itu Kuasa.

Kita? Kita terlalu sibuk kerja, tak sempat bangun malam, tak sempat menangis.

Dengan duduk diam kita mula dapat balance dalam life kita. Once dapat balance, baru kita boleh zahirkan balance itu ke dunia luar kita. Our outer life reflects our inner life.

Dunia kita harini chaos, kacau bilau, huru hara sebab kita di pimpin oleh cerdik pandai yang tak reti bertenang. Dalam diri tiada balance. Bila dalam diri tiada balance, mereka akan zahirkan ketidakseimbangan dalam diri mereka ke dunia luar mereka. Lebih besar kuasa mereka, lebih banyak kerosakkan mereka bawa ke dunia.

Anak-anak kita di besarkan dalam keadaan stress. Terpaksa kejar KPI, terpaksa kerja target. Imbalance dalam diri di zahirkan ke dunia luar.

Kita sendiri tak mampu bertenang. Hidup penuh stress, penuh chaos, penuh serabut. Apa dalam diri, di zahirkan ke dalam keluarga.

Society mengajar kita work harder, do more, grow bigger, push diri, push diri, kerja, kerja, kerja. Sampai kita terkejar kejar. Sampai kita sacrifices everything. Nobody tells you that you have to live that way.

Yes you need to work hard. But not work hard on the things that you don’t like. Work hard on yourself. Kerja keras. Tapi kerja keras pada diri anda.

Put all your attention and energy on yourself. Grow your inner world first. Then your outer world will grow automatically.

Belajar membangun diri. Belajar untuk gunakan kekuatan yang ada dalam diri. Belajar guna hati, belajar buat perkara yang kita gembira. 

Learn to enjoy life, learn to appreciate everything around you. Life is beautiful. You are not here just to survive, you are here to thrive.

Connect with your heart. 💖

Dapat sesuatu?

#Share Moga Bermanfaat.

Jemput Follow 👉🏻Afnan Rosli. Saya menulis tentang Motivasi dan Pembangunan Diri setiap hari.

          -Afnan Rosli-
Exclusive Calligraphy Artist

No comments:

Post a Comment

HIDUP JADI LEBIH TERKAWAL?

Kenapa ada orang deactivated Facebook??? kerana mereka percaya ia dapat tingkatkan vibration. Yes! sebab antaranya ialah untuk HIDUP JADI LE...