Thursday 15 August 2019

NASIHAT PAK SHEIKH.

NASIHAT PAK SHEIKH.

Orang tengok lifestyle aku yang macam takyah kerja ni, ramai orang ingat aku terus senang. Sebenarnya tak! Meh bang nan ko nak cite sikit.

Tahun 2012 aku mengalami Depression yang teruk. Time tu ujian Allah bagi bertimpa2. Dengan family problem, dengan kawan2 problem, study, bisnes semua problem.

Time tu aku susah gila2. Aku lari pada University. Terpaksa tumpang rumah kawan, selalu gak tidur surau, tumpang mandi kat masjid. Kadang2 kalau malas aku tido je atas bangku kat taman.

Sampai satu masa mak aku tengok aku ni macam dah teruk sangat kot. Dia suruh aku masuk pondok. Dia arrange orang mai amek aku bawak ke pondok ni.

Aku ingatkan pondok mengaji agama. Rupanya pondok ni, macam pusat pemulihan bekas2 penagih. Kat situ ramai lah budak2 seawal darjah 4 pun ada yang family tinggal tak amek2 pun ada. Macam2 kes. Kes dadah, kes isap gam. Macam2 lah.

Pondok ni keadaan dia memang sangat2 uzur. Malam takde letrik. Kena pakai generator. Lepas isya' generator tutup. So, terpaksa pakai minyak tanah.

Makanan, semua diorang tanam sendiri. Kacang2, sayur2 tanam sendiri. Masak pun pakai kayu api lagi. Lembu diorang bela, ayam, ikan semua bela sendiri.

Mandi pun kitorang pakai air telaga. Kadang2 mandi air kolam ikan je. Kolam dia besar.

Time aku masuk tu, bulan Ramadhan.

Di sebabkan aku ni takde kes pape, cuma otak & emosi aku tak berapa stabil time tu. So, diorang letakkan aku dekat pondok yang elok sikit lah. Tak campur dengan ahli pondok lain.

Dekat situ aku duduk dengan ahli yang paling tua kat situ. Kitorang panggil Pak Sheikh je.

Pak Sheikh ni dulu bekas Penagih jugak. Tapi dah lama duduk situ, MasyaAllah dia punya Wara', Ilmu & Amalan dia memang hebat.

Sepanjang Ramadhan dekat situ, macam2 amalan lah yang Pak Sheikh ajar aku buat. Alhamdulillah lepas buat amalan2 tu Hati aku mula tenang sikit. Sel2 Otak pun mula berhubung dengan betul.

Sebelum aku tinggalkan pondok tu, ada beberapa Nasihat Pak Sheikh yang buat aku berubah dan lihat dunia ni dengan cara berbeza.

Aku plan nak share dalam satu posting je, tapi ni macam dah panjang sangat ni. Korang nak tahu tak nasihat yang ubah Afnan Rosli yang dulu jadi siapa Afnan yang sekarang?

Kalau ramai yang NAK, InsyaAllah esok malam aku share. Tak ramai yang nak, aku simpan jela.

Bersambung......

No comments:

Post a Comment

HIDUP JADI LEBIH TERKAWAL?

Kenapa ada orang deactivated Facebook??? kerana mereka percaya ia dapat tingkatkan vibration. Yes! sebab antaranya ialah untuk HIDUP JADI LE...