Thursday 15 August 2019

FEAR of FAILURE!

Baru-baru ni saya teman ibu saya ke satu majlis pengkebumian salah seorang customer ayah saya. Di kubur itu saya tengok satu satu batu nisan ni. MasyaAllah setiap satu batu nisan ini menyimpan seribu satu kisah suka duka kehidupan penghuninya.

Tengah saya duduk reflecting on life, saya teringat satu lecture oleh Les Brown yang saya dengar beberapa ketika dahulu.

Beliau kata, tahukan anda tempat paling Kaya di atas muka bumi ni?

Tempat paling kaya atas muka bumi ni bukan di Middle East di mana mereka mempunyai Berbillion Billion simpanan minyak. Bukan juga di Benua Africa di mana tanah mereka menyimpan Berbillion Billion berlian, batu permata dan emas.

Tapi, tempat paling kaya atas muka bumi ini ialah

TANAH PERKUBURAN!

Di situ tertanamnya cita-cita yang tak pernah di kejar, impian yang tak pernah terlaksana, buku yang tak pernah di tulis, lagu yang tak pernah di nyanyi kan, cinta yang tak pernah di lafazkan, ideas yang tak pernah di realisasikan, bakat yang tak pernah di persembahkan, kekuatan yang tak pernah di gunakan, music yang tak pernah di perdengarkan, dan kelebihan yang tak pernah di jumpai.

Segala macam khazanah tertanam di tanah perkuburan ini kerana penghuninya terlalu takut. Takut untuk meluahkan, takut untuk mengungkapkan, takut untuk menunjukkan pada dunia kelebihan dan bakat yang mereka ada.

Saya mungkin tak kenal anda, tapi saya PASTI! Setiap dari anda mempunyai kelebihan, kekuatan, bakat dan cita-cita anda!

Luahkan bakat anda, tunjuk pada dunia kelebihan anda, kejar cita-cita dan impian anda! Jangan simpan dalam diri, hingga hujung hayat anda baru anda sedar yang ia sudah terlambat untuk mengungkapkan nya.

Setiap hari adalah peluang baru! Allah wujudkan anda sebagai diri anda, pasti ada tujuannya. Hanya anda yang boleh buat tugas itu, kerana anda unik. Tiada orang lain boleh gantikan tempat anda.

Ada seorang wanita tanya saya baru ni, beliau sekarang sedang bekerja dalam bidang yang beliau tak gembira. Kepakaran dan passion beliau ialah memasak. Beliau nak sangat memasak.

Saya tanya kenapa tak berhenti saja, dan mula memasak? Beliau berikan pelbagai-bagai alasan demi alasan. Saya korek lagi, kenapa? Setiap kali beliau bagi jawapan, saya akan tanya kenapa? Kenapa? Kenapa?

Hingga akhir sekali beliau jawap. “Sebenarnya saya takut 😔😞. Saya takut, bagaimana kalau saya gagal?”

Itu lah yang menghalang majority masyarakat dunia
dari menjalani hidup yang mereka nak. FEAR! Fear of uncertainty, FEAR of FAILURE!

Jangan kerana masyarakat sekeliling kata anda patut jadi begini dan begini, orang sekeliling kata anda patut buat begini dan begini, anda mula hilang arah, hilang cita-cita dan mula ikut telunjuk orang. Sayang. 😞

Sangat-sangat sayang. Jangan biarkan genius anda tertanam bersama-sama jasad anda, tanpa dunia sempat melihatnya.

Cuba tanya diri anda, adakah hidup yang aku jalani harini ialah hidup yang aku nak? Kalau tidak, kenapa? Apa yang masih menghalang aku? Adakah kalau aku mati esok, aku boleh mati dengan hati yang tenang dan puas? Yang aku dah hidup dengan sepenuh hati?

Soalan saya, apakah Genius anda? Apakah kelebihan anda? Apakah cita-cita anda? Bersedia nak gunakan sementara masih hidup, atau anda nak bawa semua cita-cita ini bersama ke dalam liang lahad?

InsyaAllah peserta seminar nanti akan di bawa pada satu journey mencari dan menggali potensi diri, reprogram minda, dan badan supaya mampu meluahkan segala bakat dan kelebihan pada dunia.

Jumpa anda semua di Seminar #Metamorphosis chapter 1: REBORN!

13 April 2019. Ara Event Hall Shah Alam. Registrations akan di buka esok pagi jam 8.30 am.

Belajar sesuatu?

#Share Moga Bermanfaat.

Jemput Follow 👉🏻Afnan Rosli. Saya menulis tentang Motivasi dan Pembangunan Diri setiap hari.

           -Afnan Rosli-
Exclusive Calligraphy Artist

No comments:

Post a Comment

HIDUP JADI LEBIH TERKAWAL?

Kenapa ada orang deactivated Facebook??? kerana mereka percaya ia dapat tingkatkan vibration. Yes! sebab antaranya ialah untuk HIDUP JADI LE...