Thursday 15 August 2019

FAHAM RAHSIA NI, REZEKI DATANG BERLUMBA-LUMBA

FAHAM RAHSIA NI, REZEKI DATANG BERLUMBA-LUMBA

Subuh tadi waktu saya nak ke Masjid, saya mencari-cari kopiah saya. Cari punya cari, tak jumpa juga. Habis tempat saya cari, dalam kereta, dalam rumah, dekat dapur. Tetap tak jumpa.

Subuh dah masuk dah. Saya jadi makin kalut. Akhirnya, saya kata. Tak boleh macamni. Kena bertenang dulu. Saya duduk, tarik nafas pelan-pelan. Tenaaaaang. Kemudian baru saya masuk rumah, terus jumpa.

Kita semua pernah alami situasi macamni kan? Kunci hilang, wallet hilang. Time nak guna,time tu lah dia nak hilang. Lagi kita cari lagi tak jumpa. Makin stress kita makin hilang dia. Hahahaha.

Pastu time taknak guna, eh tetibe muncul pulak. Penah kan?

Nak tahu tak kenapa benda ni terjadi?
Sebab waktu kita cari dengan kalut tadi tu, kita Operate at Low Vibrational Frequency. Getaran tenaga kita rendah waktu tu.

Pastu, Emotions kita biasanya duduk di Victimisation & Sufferings. Sebab tu makin kita cari, makin tak jumpa.

Begitu juga lah dengan #Rezeki kita. Kebanyakkan orang, Operate at Low Vibrational Frequency. Mereka Operate at Survival Mode. Duk risau nak bayar bill bulan ni, risau nak makan apa harini, risau bayar sewa, risau itu dan ini.

Itu semua Survival Mode. Bila kita dalam survival mode itu yang makin kita cari Rezeki, makin tak jumpa. Keadaan yang sama macam situasi kita cari kunci atau wallet tadi.

Tapi ada orang. Diorang Operate pada Vibrational Frequency yang tinggi. Pergi enjoy sana, enjoy sini, lagi banyak Rezeki mereka masuk. Jalan sana, jalan sini, lagi banyak customer datang pada dia, lagi banyak sales dia. Dan saya kenal ramai orang macamni.

So, macamna nak ubah vibration kita bagi diri kita vibrate pada level lebih tinggi?

1. Cuba tengok chart ni. High Frequency bermula pada state #GRATITUDE.

2. So, 1st steps, mula Bersyukur. Setiap apa kita buat, bersyukur dulu. Nak makan, syukur dulu, nak naik kereta, syukur dulu, nak masuk rumah, syukur ada rumah. Syukur tu akan ubah Frequency kita serta merta.

3. Atas pada Gratitude ialah #APPRECIATION. 2nd steps ialah menghargai semua benda sekeliling kita. Hargai orang sekeliling, kawan, keluarga, setiap harta kita, hargai semua benda. Hargai masa dan suasana sekeliling. Paling senang, pergi peluk seramai orang yang anda mampu harini.

4. Kemudian atas pada Appreciation ialah #JOY. Joy ni paling senang. Just buat semua benda yang kita suka, kita enjoy, kita happy. Buat je. Lagi banyak kita Joy, lagi banyak Rezeki datang.

5. LOVE, FREEDOM, BLISS yang 3 Frequency paling atas ni, kita boleh dapat dalam solat. Especially bliss tu. Bliss tu, dalam solat atau meditation kita boleh dapat. Sebab tu kalau solat betul betul InsyaAllah Rezeki tu takyah Risau. Dia datang melimpah limpah. Sebab, kita Operate at Highest Vibrational Frequency.

Belajar sesuatu?

Silakan #Share untuk rujukan. Moga bermanfaat.

Jemput follow 👉🏻Afnan Rosli, saya menulis tentang Motivasi dan Pembangunan Diri setiap hari.

           -Afnan Rosli-
Exclusive Calligraphy Artist

No comments:

Post a Comment

HIDUP JADI LEBIH TERKAWAL?

Kenapa ada orang deactivated Facebook??? kerana mereka percaya ia dapat tingkatkan vibration. Yes! sebab antaranya ialah untuk HIDUP JADI LE...