Thursday 15 August 2019

5 TIPS UNTUK ORANG PANAS BARAN

Semalam ada yang pm saya beritahu yang beliau ni panas baran. Beliau mintak tips untuk panas baran.

Saya cakap pada beliau, saya ni seorang yang panas baran juga. Tak caya, boleh tanya mak saya, bini saya dan adik-adik saya. Kalau saya mengamuk, satu rumah macam nak roboh, semua orang rasa macam nak bunuh diri. 😂

Tapi Alhamdulillah lah sejak duk belajar ilmu-ilmu ni, dah hilang dah baran tu.

5 TIPS UNTUK ORANG PANAS BARAN:

1. AWARE OF YOUR EMOTIONS:

- Masa tengah marah tu, kena sedar yang kita sedang marah. Most of the time, kita nak marah tu, kita tak sedar yang kita sedang marah. Terus macam kena rasuk. Akhirnya kita buat benda yang kita akan menyesal 10,15 minit lepas tu. Kita kata benda yang kita akan menyesal 10,15 minit lepas tu.

Kata-kata dan perbuatan tu kita tak boleh undo dah. Kita mungkin boleh mintak maaf, tapi bekas emosi tu masih melekat pada orang-orang yang kita sayang. So, 1st be AWARE.

2. DISTANCE BETWEEN EMOTIONS:

- Kena faham, emosi bukan diri kita. Emosi hanyalah chemical reaction dalam diri kita. Diri kita ialah souls, roh kita tu. so, bila nak marah, jarakkan diri kita dengan emosi kita. Ambil 15 saat untuk observe emosi dari jauh.

Yang jadi kita melenting tak tentu hala tu sebab kita dengan emosi dah jadi satu. So, jarakkan diri dari emosi. Itu lah self mastery. Sebab tu Nabi kata orang yang boleh kawal marah, dia orang kuat. Sebab dia dah capai level Self Mastery. Dia berjaya jinakkan diri sendiri.

3. CONTROL BREATHING:

- Bila kita marah, kita akan nafas dengan laju, pendek dan cetek. Shallow breathing. So, 1st step tadi kan Aware. Bila dah aware, kita mula deep breathing.

Sebab mustahil untuk marah, bila kita deep breathing. Dalam #Metamorphosis saya ajar deep breathing ni. Tarik nafas dalam-dalam.

Breathing ni, dia bagi kita sense of purpose. Otak kita mula bertenang.

4. CHANGE POSTURES:

- Macam kita belajar dulu, our mind & body is connected. When u move your body, you move your mind. When u change your mind, you change your emotions. When you change your emotions you change your actions.

Dalam kelas, saya suruh semua peserta buat victory pose macam saya buat ni. Pandang atas, senyum, dada ke depan, jari semua buka dan nafas dalam-dalam. Then saya suruh semua fikir something yang sedih atau buat mereka marah.

Impossible. Semua tak boleh nak marah atau sedih sambil senyum dan victory pose. Sebab tu Nabi sangat Scientific. Nabi kata kalau marah, tengah berdiri, duduk, kalau duduk, baring, kalau baring ambil wudhu. This is the science behind apa Nabi SAW ajar tu.

5. RESOLVE EMOTIONAL BAGGAGE FROM CHILDHOOD ISSUES.

- Kebanyakkan orang yang marah-marah ni, bukan dia nak marah kat orang sangat. Sebenarnya dia lebih marah pada diri dia sendiri. Ada isu dalaman yang tak resolves. Macamana saya tahu? Saya juga orang panas baran. So, i can give good advice.

So, identify issues masa kecil yang kita carry dalam jiwa, yang kita pendam hingga jadikan kita seorang yang pemarah. Maybe masa kecil kita sunyi, atau selalu kena buli, atau tak cukup perhatian, atau kita ada masalah untuk express feelings kita dan sebagainya. Settle kan isu itu. Berdamai dengan masa kecil kita.

Saya tahu, lepas status ni, mesti ramai isteri-isteri pm, tuan Afnan, suami saya pun baran macam tuan Afnan cerita tu lah. Tolong azankan kat telinga dia boleh?

Macamni lah puan. Tiap kali suami puan mengamuk, puan diam saje. Jangan cakap apa-apa. Kadang-kadang sebab mulut kita, Ego kawan tu lagi active. Makin menjadi-jadi dia punya baran. So, zip mulut, diam-diam je. Just aware yang dia sedang meng expressi kan Perasaan dia. Itu saja.

You cannot fight fire with fire. You only can fight fire with water.

Marah ni boleh hancurkan relationships, orang-orang yang kita sayang, dan semua Kejayaan yang kita kecapi.

Belajar Mengawal marah antara benda paling susah saya practice in order to have a balance life. Tapi, once dah dapat. Alhamdulillah. Rasa Bahagia dan lapang hidup. Trust me, berbaloi jihad lawan amarah ni.

Dapat sesuatu?

#Share Moga Bermanfaat.

Jemput Follow 👉🏻Afnan Rosli. Saya menulis tentang Motivasi dan Pembangunan Diri setiap hari.

          -Afnan Rosli-
Exclusive Calligraphy Artist

No comments:

Post a Comment

HIDUP JADI LEBIH TERKAWAL?

Kenapa ada orang deactivated Facebook??? kerana mereka percaya ia dapat tingkatkan vibration. Yes! sebab antaranya ialah untuk HIDUP JADI LE...